INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, March 18, 2009

Konspirasi Politik UMNO parah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Politik itu kejam !! Itulah yang dapat saya gambarkan terhadap apa yang berlaku kepada DS Ali Rustam yang tidak boleh bertanding jawatan No 2 dalam UMNO semasa pemilihan akhir bulan ini.Selain beliau, Khairy Jamaluddin juga terpalit dengan tuduhan politik wang tetapi bernasib baik kerana diberi amaran sahaja dan sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau menjelang pemilihan KP UMNO.

Saya tidak terkejut perihal kejadian ini berlaku dalam UMNO kerana sememangnya budaya mereka merencana pembunuhan karier politik orang tertentu dengan taktik yang cukup kotor seperti apa yang berlaku kepada DS Anwar Ibrahim 10tahun lepas. Saya melihat seakan satu konspirasi politik besar berlaku dalam UMNO menjelang peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib akhir bulan ini. Konspirasi ini memperlihatkan rancangan besar penghapusan etnik/saki baki penyokong kuat Pak Lah menjelang peralihan kuasa selepas Norza ,Azalina ,Ali Rustam dan KJ di kenakan tindakan atas tuduhan rasuah.Politik UMNO cukup jijik..!!

Sebab itulah saya enggan menaruh harapan besar kepada SPRM untuk bertindak lebih telus dalam memerangi rasuah kerana tindakan mereka tidak menyeluruh dan hanya memilih orang tertentu untuk dihadapkan pertuduhan disebabkan arahan.Rasuah politik wang sememangnya berlaku secara berleluasa dalam UMNO tetapi hanya beberapa kerat diambil tindakan. Siapa yang kena nasib la kan...

2 comments:

sitihajarhashim said...

stop talking bout politics........yeah!!

Ikhwan Pantherians said...

Kena hormati kebebasan bersuara.Hehehe

Permashyuran kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka pada 1957 dahulu menekankan kepada prinsip keadilan dan kebebasan rakyat dan itulah maknanya kemerdekaan.

Politik itu penting untuk masa depan negara Malaysia

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews