INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, December 5, 2008

Fatwa: Ada haram dan harus

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis


p/s : Ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 22/11/2008 di pejabat Jakim.Fatwa ini menerangkan kepada umat Islam bahawa kita dilarang mengamalkan senaman yoga.Kesan daripada fatwa ini telah membuatkan beberapa pihak terutama kaum bukan Islam mempersoalkan langkah pengharaman yoga ini.Saya sempat mengikuti seisi penerangan oleh Jakim di rancangan Isu Semasa di TV 1 mengenai fatwa pengharaman yoga ini dan antara isu penting diketengahkan ialah fatwa ini hanyalah untuk umat Islam dan ia tidak melarang kaum bukan Islam untuk mengamalkan senaman yoga.Jakim juga sama sekali tidak mengatakan senaman yoga diharamkan di Malaysia tetapi hanya melarang umat Islam mengamalkannya kerana bertujuan untuk menjaga akidah umat Islam.Hal ini sememangnya sudah jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi oleh kaum bukan Islam kerana ia tidak akan melibatkan mereka.


Fatwa juga ada melibatkan perkara harus dilakukan dan tidak melibatkan semua haram sahaja.Contohnya pada bulan Februari 2008, JK Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional(ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB) serta dividen yang diterima adalah harus.Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.Marilah kita melabur di ASB dan ASN...!!!




No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews