INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label AUKU. Show all posts
Showing posts with label AUKU. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Panas ! Arman Azha UMNO mengamuk dan mahu ludah mahasiswa ?

 Ini lah wajah Panglima UMNO Arman Azha, bekas Ketua Wira Perkasa



Sebab utama Arman Azha naik angin adalah kerana sekumpulan mahasiswa (SMM) berarak seramai 500 org  ke UMNO HQ di PWTC dan menurunkan bendera berwajah muka Najib Razak. Selepas itu, mahasiswa ini menaikkan bendera panji-panji gerakan mereka menuntut kebebasan akademik dan menghapuskan AUKU.

Apa kata mahasiswa ?


"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan. Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.

Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi.



Tuesday, September 28, 2010

Zaman Gelap Universiti di Malaysia -UKM 4

By Hilman Idham

Hilman Idham of the UKM 4 writes on the eve of their court hearing about their battle thus far in challenging the constitutionality of AUKU, as the possibility of a decision being reached tomorrow looms ahead.

UKM 4 in court

Tulisan ini saya buat mereka yang akan hadir perbicaraan dan keputusan kes UKM 4 pada Isnin ini.

Selesai sertai Pertandingan Pidato anjuran Sekretariat Belia Negeri Selangor di Auditorium MPAJ. Saya bawakan tema “Pencerahan” (Enlightenment) idea tokoh falsafah Jerman, Immanuel Kant. Tajuknya Pembodohan dan Pencerahan.

Dalam orasi kali ini saya bawakan pengalaman sepanjang tiga tahun di kampus – dari Julai 2008 hingga hari ini.

Isnin ini, tanggal 2 haribulan Ogos, saya dan tiga orang teman sekuliah ? Woon King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar sebutan kes dan kemungkinan besar keputusan akan di umumkan terus oleh Yang Arif hakim.

Memo Group Clear

in Parliament with Deputy Minister of Higher Education, Saifuddin Abdullah

Juga saya bawakan situasi dan keadaan zaman gelap kampus universiti di negara kita. Bagi saya ini suatu petanda buruk yang bakal meranapkan masa depan negara.

Ketika saya tahun satu, dengan harapan dan kesungguhan mendaftar ke kampus. Apa yang saya cita-citakan adalah ke kampus untuk hadir kuliah, untuk turut aktif berpersatuan, untuk sertai diskusi-diskusi mingguan, dan untuk belajar dikritik dan mengkritik.

Namun, saya tidak pernah puas dan selesa dengan keadaan kampus yang kuliahnya kosong dan retorik, anak mahasiswa yang aktif itu digelar pengganas, diskusi-diskusi mingguan itu hampir tiada, segala kehidupan direncanakan dan pensyarah itu alah sekali bila dikritik.

Bagi saya, inilah zaman gelap universiti.

Dalam orasi itu saya sebutkan bahawa jawapan kepada kegelapan dan pembodohan itu adalah pencerahan.

Pencerahan yang mana asasnya harus membebaskan. Bermula dengan pembebasan akal fikiran – yang mana dikatakan oleh Immanuel Kant sebagai perkara yang paling tidak memudaratkan.

Maka pencerahan di kampus itu harus bermula dengan membebaskan pemikiran mahasiswa daripada proses pembodohan. Undang-undang dan peraturan zalim yang membentuk budaya selesa dalam ketidakmatangan – pembodohan itu harus terus dimansuh.

Isnin ini bakal jadi sejarah. Sama ada pertuduhan terhadap saya itu gugur atau akan balik semula untuk dibicarakan di Mahkamah Universiti.

Sebulan yang lalu, saya digantung daripada jawatan Yang Di Pertua kelab Sains Politik. Minggu lepas, sudah timbul isu bahawa Kelab Sains Politik yang saya asaskan itu dibubarkan.

Hilman Idham

Hilman Idham

Apa yang berlaku adalah seakan suatu bentuk hukuman ke atas saya.

Saya dihukum oleh universiti kerana saya aktif berpersatuan dan memegang jawatan Yang Di Pertua. Saya di hukum kerana mencari ilmu politik yang praktik di lapangan pilihan raya. Kelab Sains Politik dihukum dan dibubarkan kerana saya adalah Yang Di Pertua dan saya adalah pengasasnya.

Namun, jawapan yang mereka berikan adalah; saya dihukum kerana saya terlibat dengan kempen politik, dan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Tidak pula salah bagi segolongan pensyarah di kampus saya yang turut menyertai parti politik dan berpolitik secara terang-terangan walaupun golongan pensyarah ini turut termasuk dalam AUKU.

Saya tidak katakan salah untuk pensyarah atau pentadbir ini juga turut menyertai parti politik. Malah saya turut menyokong penyertaan mereka.

group4-1

Lihat saja baru-baru ini, timbul suara pembaharu daripada beberapa pimpinan dalam parti pemerintah yang mahukan penyertaan guru, mahasiswa, dan pensyarah dalam politik kepartian itu dibenarkan.

Idea ini harus dilaksana segera supaya ia membebaskan anak muda, mahasiswa, guru dan pensyarah daripada belenggu pembodohan hegemoni sesetengah pihak.

Terdapat juga anak mahasiswa yang lantang memperjuangkan agar jangan dibenarkan penyertaan politik ini berlaku seperti perjuangan sebuah kumpulan yang dinamakan “Kaukus Siswa Melayu UKM” – kumpulan yang dilihat pro-pentadbiran universiti. Mereka yang seakan sudah selesa dengan keadaan kampus sekarang.

Maka merekalah seperti yang dikatakan oleh Immanuel Kant sebagai golongan yang selesa dengan ketidakmatangan – pembodohan yang berlaku. Oleh kerana itulah mereka tidak mahu bebas dan berjuang mempertahankannya.

Untuk saya, tidak ada yang lebih penting bagi menyelesaikan zaman gelap universiti ini melainkan percerahan yang bermula dengan pembebasan akal fikiran yang rasional.

Masharakat kampus ini harus dibiarkan bebas menggunakan akal fikiran sendiri. Mereka harus dibiarkan bebas merencana masa depan sendiri. Mereka juga perlu bebas untuk membuat pilihan.

Kebebasan inilah yang akan membuatkan mereka berani menggunakan kefahaman sendiri dan inilah tindakan yang bakal membawa pencerahan.

Maka beranilah anak muda, masharakat kampus dan mahasiswa untuk menggunakan kefahaman sendiri – Sapere Aude!

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, August 4, 2010

Suara bantahan AUKU di Dewan Negara




AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA

Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismai. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.

Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.

Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?

Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.

AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.

Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?

Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?

Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.

Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.

Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.

Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.

Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.

Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010

Tuesday, February 24, 2009

AUKU disalahgunakan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Memetik berita di Harakahdaily, seorang mahasiswa akan didakwa esok pagi ekoran tindakannya membangkitkan isu berhubung kenaikan harga tambang perkhidmatan bas di UUM melalui internet baru-baru ini.Mahasiswa tahun tiga, Choo Kok Wei akan dihadapkan ke Bilik Mesyuarat Sri delima, Bangunan Canselori sektar jam 9 pagi esok atas dakwaan membuat bantahan secara maya ke atas isu-isu dalaman universiti.

Tindakan ini bagi saya amatlah kurang profesional dan tidak beretika kepada mahasiswa.Orang yang berkuasa menggunakan undang-undang seperti AUKU untuk menyekat kebebasan dan mengunci mulut mahasiswa daripada menyatakan bantahan dan atau menyoal berhubung ketidakpuasan hati pelajar terhadap beberapa isu membabitkan kebajikan pelajar.Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip amalan demokrasi dan menunjukkan isyarat bahawa pihak universiti menggunakan AUKU untuk menindas mahasiswa daripada bersuara.

Tetapi saya tidak pelik dan hairan apabila ia berlaku di UUM kerana NC UUM amat terkenal dengan tahap keintelektual dan keilmuannya terutama apabila mengenangkan soalan "killer "nya kepada DS Anwar sewaktu debat harga minyak..

Soalan Tan Sri Datuk Nordin:

Tadi saya telah menanyakan komitmen DS Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluar minyak.Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%.Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh DS bukan isu minyak lagi tetapi telah memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakapa mengenai pengurangan cukai kepasa mereka berpendapatan di bawah RM2K, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada miskin di bandar, tetepai memilih minyak, mengapa agaknya DS tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%.Jadi soalan saya kepada Dato' Shabery ialah mengapa agaknya DS memilih minyak sebaga sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok.Terima Kasih.

**** Terkini dari Malaysiakini 2/3/09

Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan tindakan disiplin terhadap tiga mahasiswanya berhubung bantahan mereka terhadap kenaikan tambang bas di kampus itu.

Jawatankuasa tatatertib pelajar yang dijadual memanggil ketiga-tiga mahasiswa itu 2.30 petang ini memaklumkan penangguhan tersebut kepada mereka dalam satu surat lewat petang semalam.

Surat itu tidak menyatakan alasan penangguhan tersebut dan tarikh baru perbicaraan ke atas Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek.

Tahniah di atas kupasan meluas media Harakah dan Malaysiakini dalam memberi maklumat yang tepat.


Tuesday, November 11, 2008

AUKU- Menteri sokong dimansuhkan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Dalam ucapan penggulungan YB. Menteri Pengajian Tinggi Bagi perbahasan Bajet 2009 parlimen kedua belas penggal pertama pada 3 November 2008 menyatakan bahawa AUKU tidak akan dimansuhkan.

Kenyataan YB Dato’ Seri Khaled Nordin :

Mengenai isu Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) ingin saya maklumkan bahawa AUKU adalah satu Akta yang mentadbir urus IPTA dan ianya bukan bertujuan untuk mengongkong mahasiswa seperti yang didakwa oleh sesetengan pihak. Justeru, kerajann tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU. Rang Undang-Undang AUKU (Pindaan) 2008 telahpun dibacakan kali pertama pada bulan Julai yang lalu dan akan dibacakan kali kedua dan seterusnya dibahaskan di dewan yang mulia ini. Tiga aspek utama telah diberikan penekanan dalam cadangan pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), iaitu “:

*tadbir urus universiti ;

*kebajikan dan hak asasi pekerja universiti; dan

*kabajikan dan hak asasi mahasiswa universiti

Ini adalah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi dalam teks ucapannya, namun ketika ucapan penggullungan ini dajalankan oleh beliau perkara AUKU ini tidak dibacakan dihadapan Ahli Parlimen kerana dikuatiri akan menimbulkan persoalan-persoalan tentang AUKU ini. Jelaslah bahawa menteri berasa takut untukk menyebut tentang akta ini. Adalah dimaklumkan bahawa persoalan tentang AUKU ini telah dibangkitkan oleh YB. Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pindaan AUKU masih lagi kosmetik yang tidak mengubah apa-apa pada akta yang sedia ada. Pindaan yang dilakukan hanya dapat kelulusan diimplemntasi di kampus dengan budi bicara Naib Canselor. Maksudnya disini, pindaan ini tidak dapat dinikmati oleh mahasiswa dan tidak langsung membantu manaikkan universiti di Malaysia satu tapak kehadapan. Adalah dimaklumkan, mahasiswa di luar negara bebas untuk menyatakan pandangan kepada sesiapa sahaja, boleh mencetak akhbar sendiri, membina syarikat sendiri dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana karajaan mereka memberikan kebebesan kepada golongan intelektual untuk mewarnakan negara mereka. Namun di Malaysia, terlalu banyak akta yang dicipta oleh kerajaan khususnya ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamed menyebabkan rakyat dan mahasiswa manjadi takut.

Mahasiswa pada satu ketika dulu, berani memberi pandangan ketika pensyarah memberikan kuliah tanpa batasan. Bebas mengatakan apa sahaja yang ingin mereka mahu katakan. Perkara ini yang membina idealisme mahasiswa ketika berada di bangku Universiti. Budaya ini juga menjadikan mahasiswa berfikiran kritis dan punyai pandangan sendiri. Namun, hasil pendidikan kini dan lambakan akta yang ada menyebabkan mahasiswa seperti sekarang. Bukan sekadar menjadi budak sekolah yang tekun belajar, malah yang sedih terlibat dengan budaya liar sepertii rogol, berzina, berkesedudukan,, lari dari rumah dah lain-lain lagi.

Tetapi cabaran bagi mahasiswa jika AUKU dimansuhkan ialah membina semula generasi mahasiswa yang tegar berpencak manyatakan idealisme. Membentuk golongan mahasiswa yang telah di”AUKU”kan selama 37 tahun sebenarnya bukan perkara yang senang. Suasana selesa dengan budaya ”feeding spoon” menjadi satu amalan dalam hidup mahasiswa. Bentuk pendidikan yang lebih kepada ”examination type” juga menjadikan kekuatan seorang mahasiswa hanya boleh diukur dengan kertas peperiksaan sahaja. Inilah cabaran bagi kamu generasi muda mahasiswa.

Sebenarnya, mahasiswa menjadi satu kegurunan masa yang lalu, sehingga Prof. Ungku Aziz pernah mengucapkan :

Belajar sambil MENCABAR, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. "Biarlah mahasiswa MENCABAR asalkan sambil itu mereka belajar".



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews