INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Friday, September 30, 2011

Program Interaksi Balik Pulau , JOM ke Balik Pulau !

Jom Pi Balik Pulau Hari Sabtu & Ahad ni - Destinasi Hari Minggu Pilihan Anda!













Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau mempersembahkan

INTERAKSI BALIK PULAU 2011
Program-program 'Interaksi Balik Pulau 2011'

1hb Oktober 2011, Sabtu

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perikanan Negeri dan banyak lagi

KEMPEN DERMA DARAH
9 pagi – 5 petang

PERTANDINGAN MEWARNA DAN BENGKEL MELUKIS
9 pagi – 10.30 pagi

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN
9 pagi – 10.30 pagi

SENAMROBIK
9 pagi – 10 pagi

MAJLIS PERASMIAN INTERAKSI BALIK PULAU & PELANCARAN DATARAN MUAFAKAT
9.30 pagi – 10.15 pagi

PIDATO PEMBANGUNAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
10.15 pagi – 11 pagi
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Profesor di
universiti terkemuka dunia ini akan memberikan pidato bertajuk, “Ada
Apa Dengan Pembangunan?”

KENDURI RAKYAT
11 pagi – 1 petang
Jamuan makan yang ditaja oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi
Yusoff sempena maraikan program Interaksi Balik Pulau

PASAR SENI BALIK PULAU
10 pagi – 12 tengah malam
Nama pasar seni diambil sempena nama lokasi acara diadakan dan juga
bertujuan untuk merakyatkan seni ke tempat awam seperti contohnya di
Kompleks Pasar Awam ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan di bawah
program PASAR SENI BALIK PULAU iaitu;

• Konsert hari pertama menampilkan sensasi baru dunia nyanyian Najwa
Latif, Azhan Atan dari Akademi Nasyid, band asal Balik Pulau, Marble
Band dan banyak lagi band muzik dari seluruh Pulau Pinang.
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Wayang pacak atau lebih dikenali dengan nama wayang milo
• Pameran foto Balik Pulau

PAMERAN MOTOSIKAL
12 tengah hari – 4 petang
Anak-anak muda dengan motosikal mereka akan bertarung untuk menjadi
pemenang pertandingan motor berhias tercantik.

BENGKEL UNDI MALAYSIA
2 petang – 5 petang
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa anak-anak muda dengan isu yang
dekat dan penting bagi mereka seterusnya dapat dilahirkan dalam bentuk
tindakan seperti bagaimana nantinya isu tersebut cuba ditangani
bersama wakil rakyat di kawasan mereka.

MALAM ANUGERAH BALIK PULAU TERBAIK
8 malam – 9 malam
Penerima anugerah terdiri daripada anak-anak kelahiran Balik Pulau
yang telah mengharumkan nama Balik Pulau dan mendapat pengiktirafan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. Program diserikan lagi dengan
persembahan istimewa dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

WAYANG MILO
9 malam
Tayangan filem

2hb Oktober 2011, Ahad

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perikanan Negeri dan banyak lagi

FORUM INTERAKSI PEMBANGUNAN BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
Program ini akan menggunakan pendekatan baru berbeza dengan
forum-forum lain iaitu dengan mengambil pendekatan Interaksi &
koloborasi kunci falsafah 'Muafakat'. Panitia mengalu-alukan warga
Balik Pulau untuk mengambil peluang sebagai pembentang kertas kerja,
pendiskusi dan lain-lain. Terbahagi kepada 4 sesi iaitu;

Interaksi 1 - Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan
Interaksi 2 - Balik Pulau Kampung Lestari
Interaksi 3 - Balik Pulau Dan Pembangunan Masyarakat
Interaksi 4 - Agenda Muafakat Balik Pulau

BENGKEL HAK ASASI & TATA KELOLA OLEH SUHAKAM
9.00 pagi – 1 petang
Bengkel tentang hak asasi manusia dikendalikan oleh Suhakam

PASAR SENI BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
• Konsert hari kedua menampilkan kumpulan-kumpulan muzik independen baru
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Pameran foto Balik Pulau

Terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran
Pulau Pinang, JKKK seluruh Balik Pulau, Komuniti Frinjan, Little
Penang Street Market dan semua pihak atas sokongan yang diberikan

Pertanyaan 010 512 6836

http://yusmadi.yusoff.blogspot.com/
http://www.balikpulau.my/

Terima kasih :)

Forum Awam -Malaysia dan Sejarah Yang Belum Selesai


ANDA DI JEMPUT HADIR KE FORUM AWAM UNTUK PENCERAHAN MINDA !

Wednesday, September 28, 2011

Orang Anwar dalam kerajaan bongkar penyelewengan - Zaini Hasan UTUSAN

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

NONEDalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam 
badan-badan strategik kerajaan?' 
yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya Zaini dalam kolumnyaCuit.


Komen DS Anwar Ibrahim

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya. 

"Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?"

Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu.


@Pantherian - Kasihan pada Zaini Hasan yang bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO dan PM walaupun tahu maklumat yang didedahkan oleh PKR tentang penyelewengan itu sahih. 

Ini manusia tidak kisah jika Najib,Rosmah atau Pak Menteri membelanjakan harta negara sesuka hati asalkan maklumat itu tidak sampai kepada pengetahuan rakyat.Tugasnya hanya lah mempertahankan UMNO dan BN di tampuk kuasa.

 Jika kita imbas pendedahan Mamak Parpu, Reezal Naina yang begitu GAH mendedahkan penyelewengan "medical claim" Mat Sabu tapi akhirnya kantoi apabila TIPU media dan rakyat dengan menyembunyikan satu lagi resit claim.


Kes ini jelas menunjukkan terdapat juga "org dalam" yang membantu Naina dengan memberi salinan resit "claim. Mahu jadi hero tapi MAMAK PARPU ini GELOJOH ! hahah

Dengan pendedahan Zaini Hasan ini, jelas menunjukkan Pegawai Kerajaan sudah muak dengan penyelewengan oleh UMNO BN dan mereka mahu tumbangkan UMNO BN secara senyap !









Namawee "Fuck" UTUSAN MALAYSIA



@Pantherian : Utusan Meloya ....Kasihan...! Hahahaha

Friday, September 23, 2011

Bisnes jual pulau Sabah di pasaran dunia,siapa angkara?


@Pantherian - Soalan pertama - Malaon  mana yang jual tanahair (pulau) menjadi pulau persendirian? Siapa yang luluskan penjualan/pertukaran tanah pulau menjadi hak milik persendirian? 
Sabah tidak sunyi dengan cerita/kisah pengkhianatan oleh sekelompok dari warga kerajaan yang "KHIANAT" pada negara. Kisah Projek IC di Sabah yang mana 60000 orang pendatang Filipina diberi IC dan kebenaran mengundi untuk memenang UMNO di Sabah.

Kini ia Sabah kembali panas dengan kisah BISNES JUAL PULAU di pasaran DUNIA dan tidak mustahil jutawan atau kuasa besar dunia akan membida untuk mendapatkan pulau-pulau strategik di Malaysia. 
Jika musuh negara atau kuasa besar dunia seperti AS dan Israel membeli pulau-pulau ini semestinya ia akan dijadikan pengkalan strategik untuk kerja pengintipan dan risikan.


Soalan ini perlu di jawab oleh KM Sabah, Musa Aman dan kerajaan Sabah !....adakah anda terlibat dlm perjualan pulau? atau ini kerja orang lain?


Kalau tak nampak sila klik pada image..

Kalau tak nampak jugak sila klik di (SINI) untuk ke sumber berita.. buat masa sekarang masih ada seperti image diatas.. esok lusa aku tak pasti..

Kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terhadap Penjualan Pulau Kepada Pihak Asing
Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Thursday, September 22, 2011

Menteri KDN, Hisyam marah isu kerakyatan Mat Bangla "Banglasia"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Malaysiakini berhubung dua laporan berita mengenai pemberian kewarganegaraan Malaysia.

Dua hari lepas Malaysiakini lapor 6P beri warganegara kepada Bangladesh - apabila (Ketua Pengarah JPN) Datin Jariah (Mohd Said) jawap dengan fakta dan duta (Bangladesh) nafikan - senyap!” tulisnya di Tweeter.

Bagaiamanapun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.


Tindakan oleh Malaysiakini

- Malaysiakini telah menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh AKM Atiqur Rahman pada 19 September dan menyiarkan laporan itu pada hari yang sama.

- Sebelum itu, e-mel juga dihantar kepada agensi di Bangladesh yang menyiarkan dakwaan berkenaan di laman webnya tetapi tidak mendapat jawapan.

- Tidak ada laporan disiarkan sehingga Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur memberikan jawapannya pada Isnin lalu.

- Pesuruhjaya Tinggi juga mengeluarkan kenyataan media menafikan nota berkenaan yang dihantar ke JPN pada Isnin, jam 6.26 petang.

- Bersama kenyataan Pesuruhjaya Tinggi adalah kenyataan media oleh ketua pengarah JPN, Datin Jariah yang menyatakan 37 rakyat Bangladesh diberikan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008. Ini disiarkan Selasa lalu.


@Pantherian - Mat Hisyam Kitee baru berjinak-jinak dengan Twitter mula berpolitik dengan membidas portal terkenal Malaysiakini isu Mat Bangla dapat kerakyatan Malaysia.

Namun, bidasannya tidak mengena kerana dibalas kemas oleh geng Malaysiakini seperti jawapan diatas.

Isu sekarangnya bagaimana boleh seorang Perdana Menteri Bangladesh boleh mendakwa sedemikian rupa ?semestinya Pegawai kerajaan Bangla memberi maklumat kepadanya untuk membuat kenyataan sedimikian.





Sunday, September 18, 2011

Malaysia kini menjadi Banglasia? PM Bangla seru bangla jadi warganegara Malaysia



Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.


Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.

Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.

Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.

Tak nampak apa yang tertulis dalam Print Screen itu? sila baca di bawah..

BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.

At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech.

During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.

Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.

Today, Prime Minister’s office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian’s general election.

Another highly placed source from prime minister’s office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.

Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government’s initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.

Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.

ngoab.gov.bd


@Pantherian - Nah ! Pengakuan ikhlas dari PM Bangladesh yang mengakui rakyatnya mudah mendapat kerakyatan Malaysia sejak tahun lepas jika menyokong dan mengundi UMNO.

Adakah UMNO sudah liberal dengan membuka kerakyatan pada Mat Bangla ?

Jika imbau Bersih 2.0, kita dapati Mat Bangla sudah mula mengikut gerakan Patriot UMNO di bawah KJ dan Reezel Naina. Mat Bangla ramai daripada Geng MELAYU UMNO semada Bersih 2.0.

Siapa pengkhianat negara? Bagaimana kerakyatan boleh diberi pada Bangla?

Silap siapa? SPR (Aziz Yusof)? JPN ? UMNO ? Najib?

Friday, September 16, 2011

DS Anwar Ibrahim - Memaknai Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia




Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 54 Kemerdekaan negara dan esok rakyat negara ini akan menyambut pula Hari Malaysia pada tanggal 16hb September. Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara.
Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha membangun negara bernama Malaysia ini, yang usianya jika dibandingkan dengan negara lain, sebenarnya masih muda.

Namun sudah beberapa lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja. Tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya.

Sejarah diseleweng demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.
Mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran  kanan. Mereka ini walaupun berbeda pandangan, hakikatnya punyai matlamat yang sama, iaitu mahu tanah air kita merdeka dari penjajah.


Adalah suatu keangkuhan sekiranya kita menafikan sumbangan golongan tertentu menuntut kemerdekaan hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kita.

Jikalau kita jujur berhadapan dengan sejarah, ternyata selain dari Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, ramai lagi seumpama Dr Burhanuddin al Helmi, Ishak Haji Muhammad, V.T Sambathan, Tan Cheng Lock, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah ternyata gigih menentang penjajahan terutamanya penjajahan British.

Tidak wajar dilupakan juga sumbangan tokoh persuratan seumpama Syed Sheh al Hadi dan Pendita Zaaba yang berusaha membina kesadaran membawa pembaharuan kepada masyarakat. Berbekalkan senjata berupa mata pena, mereka tajam menembusi tembok kelesuan yang membarah akibat dari penjajahan.
Tokoh persuratan ini berhasrat membongkar mitos yang ditanam penjajah, kononnya kita tidak berupaya bebas merdeka memerintah tanah air sendiri. Jasa mereka semua wajar dikenangi dan tidak dilupakan.
Mutakhir ini, muncul suatu polemik pensejarahan yang tajam berkaitan siapa sebenarnya pejuang menuntut kemerdekaan. Akan tetapi yang dikesali polemik yang sewajarnya disusuli wacana berhasrat memahami latar perjuangan menuntut kemerdekaan, lebih banyak dibaluti mesej propaganda.

Fakta sejarah diabaikan manakala naratif sejarah terbabas dari landasan rasional sehinggakan ada mereka yang mendabik dada sebagai intelektual, kerana mahu mengampu pemerintah, menafikan negara ini pernah dijajah. Sekonyong-konyong filsafat yang disarankan filasuf Jerman, Hans Vaihinger melalui karyanya, Philosophie des Als Ob (Philosophy of As If) diterima para sarjana kita demi kepentingan penguasa.

Mereka mengiyakan agar diciptakan fiksyen demi memenangkan agenda politik. Meminjam judul karya Julien Benda, perbuatan mereka yang mendabik dada sebagai intelektual itu digelar La Trahison des Clercs (Pembelotan Kaum Intelektual).  Seharusnya tragedi keganasan Hitler dan aliran Nazime itu dijadikan iktibar, jangan sesekali menidakkan kebenaran kerana keserakahan agenda politik golongan tertentu.
Teguran Almarhum Profesor Syed Hussein Alatas sepertimana yang terkandung dalam karyanya Intelektual Masyarakat Membangun janganlah dikesampingkan.  Intelektual atau para sarjana jangan dihinggapi penyakit “Bebalisme,” suatu penyakit malas berfikir, kelesuan intelektual dan takut menyatakan yang benar.
Tidaklah menjadi suatu kesalahan sekalipun, tatkala kita mengakui sumbangan Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, adalah fakta sejarah sememangnya Umno itu lunak dengan pemerintahan British berbanding golongan lainnya sehinggakan pendiri Umno itu pernah menyelar Hizbul Muslimin yang didirikan antaranya oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir sebagai “bahaya dari gunung.”

Karya berjudul From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Dr. Nordin Sopiee, mantan Pengerusi ISIS, sebuah badan pemikir bagi pemerintah turut mengakui hakikat ini.

Negara kini berada di persimpangan, ketika rakyat negara ini mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak dogengan ciptaan pemerintah, para sarjana dan intelektual tidak boleh lagi tinggal diam membisu. Mereka harus bingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalan memaknai Kemerdekaan dan Membangun Negara Malaysia ini.

Antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakan kebenaran tanpa rasa takut. Kita masyhgul apabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menunding siapa pengkhianat dan siapa yang bukan. Sewajarnya wacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali fakta memperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hatta mengenepikan hakikat sejarah.
Polemik Mat Indera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balas dengan nada emosi. Retorika seumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkan rujukan seperti karya berjudul “Pengukir Nama Johor” terbitan Yayasan Warisan Johor serta disunting Profesor Dato’ Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zam itu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahan British.

Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme. Kita tuntas menolak apa sahaja bentuk fahaman yang membenarkan pemerintahan satu parti, membungkam suara mereka yang tidak sehaluan dan berlandaskan keganasan. Kita tuntas mengecam tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa.
Sejarah menunjukkan kepada kita asakan Komunisme dapat ditewaskan lantaran kekuatan muafakat terutamanya umat Melayu termasuk Umno, PAS dan seluruh kekuatan rakyat. Maka amat dikesalkam manakala Kemerdekaan berjaya dicapai, pihak penguasa kini cuba menafikan sumbangan mereka yang sudah berkorban nyawa, keringat dan harta demi perjuangan yang mulia itu.

Kerana itu kita tidak menafikan pengorbanan pihak keselamatan menumpaskan gerakan militan komunis sekaligus berjaya mengekalkan keamanan di seluruh negara. Berasaskan faham itulah juga memperkukuh tekad kita mahu melakukan perubahan danmenumbangkan hipokrisi pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Manakala komunisme dimomokkan sebagai pengkhianat, pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak segan silu pula curang kepada semangat Kemderdekaan yang raih itu. Persoalannya, bagaimana kita menilai makna Kemerdekaan itu. Apakah kita sudah bebas dari segala bentuk penindasan dan kezaliman?

Tiada gunanya dicanang laungan kemerdekaan sekiranya masih ramai yang terpinggir tatkala khazanah negara dikongsi kelompok kecil yang rapat dengan penguasa. Apa makna Kemerdekaan jika Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat masih diteruskan, bahkan digunakan pula untuk memenjarakan musuh politik.
Kita rakyat Malaysia tidak mahu suatu pemerintahan yang sekadar menggantikan regim penjajah, sekadar bertukar bekas sedangkan isi dicurah dan disisihkan. Oleh kerana itu kita tuntas menuntut agar dikembalikan Semangat Kemerdekaan dan dipenuhi pula Makna Pembentukan Negara Malaysia itu.

Adalah suatu keutamaan agar negara ini senantiasa makmur, rakyatnya sejahtera, hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan terjamin serta pilihanraya umum dilaksanakan secara bebas dan adil. Moga negara ini yang sudahpun berusia 54 tahun senantiasa kekal merdeka dan rakyatnya makmur sejahtera.

Dirgahayu Negaraku Malaysia


ANWAR IBRAHIM

Ibrahim Ali PERKASA beri peringatan pada Najib tentang pemansuhan Akta ISA



Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan “jangan keris makan tuan” ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.


Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini.


Perutusan Khas PM Najib sempena Hari Malaysia

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan :
 a) ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
b)  memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

c) Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

d) Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

@pantherian - Akan ada juga makhluk seperti Ibrahim Ali , bekas tahanan ISA ini yang  tidak bersetuju dengan langkah-langkah pembaharuan oleh Najib. Hahaha...

Tahniah Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan seluruh rakyat Malaysia  ! 

Perjuangan kalian semua mengadakan Himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 ternyata tidak SIA-SIA.


Tuntutan GMI ketika itu ialah Mansuhkan ISA, Bebaskan tahanan ISA dan Tutup Kem Kamunting !


Kini ISA dimansuhkan !....


Menteri Agama Jamil Khir ada kediaman Mewah di Batu Caves?


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.


Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.



“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat

Sumber Keadilandaliy

Tuesday, September 13, 2011

Muhyiddin takut berdebat dengan Mat Sabu isu Mat Indera


 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.

Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."
"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.
Muhyiddin makan malam dengan Komunis?

Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata, hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.

"Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.

Beliau berkata, Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China."Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya.

@pantherian - Bapa kepada Najwa Mahiaddin ini takut berdebat dengan Mat Sabu? haha haha..apa hal ni?...ketaq lutut ka?

Dulu TPM ini minta Mat Sabu tobat "Nasuha" sebab sokong komunis yang bunuh polis British tetapi kini meniskus bila diajak berdebat isu Mat Indera. Adakah kerana takut isu kak Muhyiddin hampir berkahwain dengan Mat Indera terbongkar?

Anwar Ibrahim ajak Najib berdebat hal ekonomi pun takut.Teryata, UMNO memang takut bedebat di media TV hanya mampu cakap dan kutuk orang di TV3 dan RTM
.
Semalam "mentekedarah" dengan Cina Komunis dari negara Bapak Komunis boleh pulak yer? apa beza komunis dulu dengan sekarang? 

Tahan Dr Jeya dan geng PSM atas tuduhan menghidupkan fahaman komunis? Kata Komunis sekarang sudah baik mengapa Dr Jaya dan kawannya ditahan EO?

Jangan lah bodohnya rakyat ...

EX CID Polis KL - Gani Patail dan Musa Hasan palsukan bukti & tipu dalam kes 98 Anwar


Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan .


@pantherian- Orang bersara meninggalkan nama tetapi ada orang bersara diburu kesalahan dan kezaliman lampau.


Saturday, September 10, 2011

Prof Zainal Kling - "Tanah Melayu tidak pernah terjajah"

 Cendiakawan tersohor kebanggaan UMNO ,baca profile di atas.

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi."Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi.Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah."Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan"."British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam."Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.
 
 


 @Pantherian - Wah ! Hebat sejarah kemerdekaan kini diberi tumpuan oleh seluruh rakyat yang mahu mengetahui sejarah sebenar tanahair Malaysia.

Prof Datuk Dr Zainal Kling kali ini mencipta sejarah mengatakan "Tanah Melayu tidak pernah dijajah" hanya naungan British. Kenyataan Zainal ini senada dengan fakta dari Prof Khoo Kay Kim yang berkiblatkan fakta dari penjanjian British dan Raja2 Melayu.

2 Prof yang kini dilabel Prof Kangkung UMNO dikecam keras oleh kebanyakan anak muda di Facebook dan Twitter. Prof Aziz Bari sanggah kenyataan KK Kim dengan mendakwa perjanjian itu hanya teknikal tetapi secara praktikalnya British mengawal semua baik dari segi cukai, hal ehwal melayu/islam, hasil bijih timah,keselamatan dan sebagainya.

Rasional dari kenyataan Prof Kangkung UMNO  ini:

a) Tidak perlu sambut  Hari Merdeka 31 Ogos kerana Malaya tidak pernah dijajah British. Malah yang menarik, 400 tahun lagi Malaya sudah Merdeka..haha
b) Buku sejarah sekolah menengah boleh dibakul sampahkan kerana dalam buku sejarah dakwa British menjajah Tanah melayu.






Thursday, September 8, 2011

Mat Indera :MB Johor cakap macam British "Mat Indera ialah pengganas"


Pemuda PAS Johor berkata tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.


"Tindakan beliau (Ghani) melabel Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Hujah Ketua Pemuda PAS Johor

a)  jika tindakan Mat Indera menyerang rumah pasung Bukit Kepong 1950 yang pentadbirnya ketika itu adalah British dan benderanya masih lagi bendera Union Jack, "saya mahu beliau (Ghani) beritahu kepada saya apakah status Tok Janggut yang turut mengambil tindakan yang sama sewaktu menentang penjajah British di Kelantan?"

b) Bagaimanakah Ghani boleh bercanggah dengan penulisan berkaitan Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dalam buku Pengukir Nama Johor yang beliau sendiri menjadi penaung dan penulis prakata bagi buku ini?

"Bahkan buku itu merupakan terbitan Yayasan Warisan Johor yang merupakan agensi kerajaan negeri itu sendiri? "Bagaimana selama ini semuanya ok dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?" tegasnya.

c) Satu penemuan dan kajian baru tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong 1950 ini juga perlu dijadikan asas agar ruang kepada debat ilmiah serta kajian akademik dibuka semula, bukan dengan cara melabel secara semberono sepertimana dilakukan oleh Ghani.


"Hujah yang beliau gunakan adalah saling tak tumpah seperti alasan dan hujah dari seorang pagawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan airmata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu," katanya.

Link MB Johor -Mat Indera pengganas


@Pantherian  - UMNO kini sudah mula takut dek kerana isu yang dimainkan oleh mereka kononnya Mat Sabu sokong komunis kini memakan diri . Rakyat terutama anak muda sudah mula dahagakan kebenaran tentang sejarah sebenar perjuangan ke arah kemerdekaan negara.

Isu Mat Indera telah mula diselongkar oleh anak muda seluruh negara melalui sumber internet dan bacaan buku. UMNO melalui MB Johor telah "turn" 360 darjah apabila mengatakan Mat Indera ialah pengganas dan pengkhianat. Jika sebelum ini, Mat Ghani sign dan menulis prakata buku tersebut yang bermaksud beliau mengiktiraf sumbangan dan ketokohan Mat Indera. 
 
 Nampaknya , ada desakan kerajaan pusat supaya MB Johor kecam anak watan Johor sebagai pengganas melawan British. 
 
Syabas Mat Sabu ! 
 
Rakyat sudah tahu UMNO tidak ubah seperti penjajah British kecam anak watan sebagai yang menentang British sebagai "Pengganas"

Tuesday, September 6, 2011

Panas! Reezal Mamak UMNO P.Pinang tipu rakyat,sorok resit kos perubatan Mat Sabu


Sumber Penang Daily

GEORGETOWN – UMNO Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).

“Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk…saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang),” ujar beliau.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.

Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.
Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa pula berkata, pihaknya wajar berlaku profesional membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.Ditambah dengan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA yang dijadualkan pada 19 Ogos lepas, beliau berkata pihaknya wajar melakukan tanggungjawab korporat kepada Mohamad.

“Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah ‘manfaat perubatan’. Ini adalah keputusan korporat.
“Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA),” ujar beliau.Sambil menegaskan bahawa PBA tidak pernah menyeleweng dana rakyat, beliau berkata manfaat yang disumbangkan kepada Mohamad adalah rekod pertama bagi tahun ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai status sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu yang sengaja dicetuskan oleh pihak pembangkang.“Tidak ada sebarang siasatan ke atas saya. Sebab itu, mereka (SPRM) datang ke pejabat kami (PBA). Kalau tidak (jika saya disiasat), saya ke pejabat mereka,” ujar beliau lagi.

Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.
Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

[Caption: Resit perubatan yang didedahkan oleh pembangkang]


@Pantherian - Sememangnya saya sudah agak UMNO PP terutama Mamak Reezal yang mengaku Melayu ini "kaki kencing" sehingga sanggup tipu resit kos perubatan Mat Sabu.
 
Mamak tongkang ini tunjuk satu resit sahaja kemudian kata Mat Sabu tipu "claim", satu Malaysia tonton mamak tongkang ini dok penipu rakyat.
 
Lepas itu, Mamak PERDA Tok Musa tokok tambah kononnya dalam Perjanjian Pekerja PBA , Mat Sabu tidak layak claim kos perubatan disebabkan menyertai perhimpunan haram.

Tok Musa tokey Bandar Perda ini tidak faham bahawa Ahli Lembaga Pengarah seperti Mat Sabu tidak termasuk dalam perjanjian antara kakitangan PBA dan majikan. Nak kata BODOH, kasihan pulak tetapi dia pemaju tersohor Bandar Perda.
 
2 Mamak bukan wajah Melayu ini memang kaki kencing !
 
 
 
 

Saturday, September 3, 2011

Panas ! Kerajaan Johor iktiraf sumbangan Mat Indera,sokong Komunis?

 oleh Mohamed Hadi Al Majwi bersumber "Pengukir Nama Johor"


     
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera?

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan.

Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.
 
Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.
Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

@Pantherian - Setiap hari TV3 serang Mat Sabu di musim Raya ini sampai  Raya kali ini Buletin Utama temanya "MAT SABU" . Semua orang kenal siapa Mat Sabu dari budak kecil sampailah orang tua dek kerana isu Mat Indera komunis.

Kini semua anak muda mahu "GOOGLE" ingin tahu siapa "Mat Indera", mereka tidak mahu dengar omongan Ramlah Adam atau Kay Kim yang kata komunis tidak patut dianggap pejuang kemerdekaan. Hits post saya berkaitan Mat Indera naik mendadak dan ini menunjukkan anak muda dan orang ramai ingin tahu siapa Mat Indera.

Kini terbongkar pula kisah Kerajaan Johor yang mengiktiraf ketokohan Mat Indera sehinggan namanya tercatat dalam Buku Biografi Pengukir Nama Johor. Adakah kini MB Johor Ghani Othman penyokong komunis?


Rosmah Mansor isteri PM pertama Malaysia beri perutusan Raya secara solo live

Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.

"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.

"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.


@pantherian - Jika anda menonton TV baik di saluran Perdana ataupun saluran Astro, mood Raya anda akan tersentak apabila iklan PERUTUSAN RAYA oleh BINI PM, Rosmah Mansor yang secara SOLO berbaju PINK memberi ucapan hampir 10 min dengan wajah "Control Ayunya".

Jangan ditutup TV anda kerana PERUTUSAN RAYA ini amat penting untuk kesejahteraan NEGARA. Rosmah Mansur boleh memohon Malaysia Book of Records mencatat namanya sebagai Isteri Perdana Menteri Malaysia membuat Perutusan Raya secara solo.




Friday, September 2, 2011

Pakatan Rakyat -Mat Sabu tidak sebut komunis, Utusan pembohong rakyat


Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.
Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS
Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN
Liew Chin Tong, DAP

Anwar Ibrahim bangga Permatang Pauh dipilih sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Malaysia

 Anwar minum teh bersama penduduk Permatang Pauh.
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia".Menurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.
"Sah Umno sebenarnya fobia terhadap parlimen ini. Sebab itu menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka mengadakan sambutan Perayaan Aidil Fitri 1 Malaysia di sini. BN nak tengok sokongan."Setiap media dan akhbar ... mempunyai fobia ini," katanya.

"Jika ada rumah terbuka Hari Raya, ia perlu diadakan di Permatang Pauh," katanya.

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

@pantherian - Tahniah, Permatang Pauh dipilih sebagai lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri 1 Malaysia oleh Najib,mungkin mahu mendapat ilham untuk tarikh PRU13. Dulu, Dr Mahathir datang ke SMK Guar Perahu mengadakan Mjls Mesra Rakyat dan kemudian selepas itu mengumumkan PRU pada tahun 1999.

Yang menariknya iklan di TV tentang Rumah Terbuka ini menggunakan alamat SMK Guar Perahu, Permatang Pauh,P.Pinang dan mengeluarkan nama Bandar Bukit Mertajam. Itu makluman, Permatang Pauh hanyalah pekan kecil (nama Parlimen) dan nama bandar yang sepatutnya ialah Bukit Mertajam.

Ternyata YORAIS memang FOBIA dengan  Permatang Pauh !..

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews