INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, September 23, 2011

Bisnes jual pulau Sabah di pasaran dunia,siapa angkara?


@Pantherian - Soalan pertama - Malaon  mana yang jual tanahair (pulau) menjadi pulau persendirian? Siapa yang luluskan penjualan/pertukaran tanah pulau menjadi hak milik persendirian? 
Sabah tidak sunyi dengan cerita/kisah pengkhianatan oleh sekelompok dari warga kerajaan yang "KHIANAT" pada negara. Kisah Projek IC di Sabah yang mana 60000 orang pendatang Filipina diberi IC dan kebenaran mengundi untuk memenang UMNO di Sabah.

Kini ia Sabah kembali panas dengan kisah BISNES JUAL PULAU di pasaran DUNIA dan tidak mustahil jutawan atau kuasa besar dunia akan membida untuk mendapatkan pulau-pulau strategik di Malaysia. 
Jika musuh negara atau kuasa besar dunia seperti AS dan Israel membeli pulau-pulau ini semestinya ia akan dijadikan pengkalan strategik untuk kerja pengintipan dan risikan.


Soalan ini perlu di jawab oleh KM Sabah, Musa Aman dan kerajaan Sabah !....adakah anda terlibat dlm perjualan pulau? atau ini kerja orang lain?


Kalau tak nampak sila klik pada image..

Kalau tak nampak jugak sila klik di (SINI) untuk ke sumber berita.. buat masa sekarang masih ada seperti image diatas.. esok lusa aku tak pasti..

Kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terhadap Penjualan Pulau Kepada Pihak Asing
Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews