INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, September 16, 2011

Ibrahim Ali PERKASA beri peringatan pada Najib tentang pemansuhan Akta ISA



Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan “jangan keris makan tuan” ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.


Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini.


Perutusan Khas PM Najib sempena Hari Malaysia

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan :
 a) ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
b)  memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

c) Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

d) Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

@pantherian - Akan ada juga makhluk seperti Ibrahim Ali , bekas tahanan ISA ini yang  tidak bersetuju dengan langkah-langkah pembaharuan oleh Najib. Hahaha...

Tahniah Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan seluruh rakyat Malaysia  ! 

Perjuangan kalian semua mengadakan Himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 ternyata tidak SIA-SIA.


Tuntutan GMI ketika itu ialah Mansuhkan ISA, Bebaskan tahanan ISA dan Tutup Kem Kamunting !


Kini ISA dimansuhkan !....


1 comment:

Anonymous said...

Ibrahim Ali dan PERKASA apalah sangat nak tunggu nak lihat sebelum keris makan tuan! Ini bukan masa nak bermadah seloka, ini sewajarnya satu transformasi yang perlu kita lihat bersama andaiannya dari aspek positif dan pemeliharaan perlembagaan undang-undang.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews