INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, August 27, 2011

UMNO singkir Gerakan, mahu jadi KM Pulau Pinang untuk PRU 13?


UMNO sekali lagi mengusul cadangan mereka untuk menjadi teraju utama dalam kompenan BN di P.Pinang apabila ketua propaganda di Utusan , Datuk Zaini Hasan menulis artikel di kolum Cuit "Jika UMNO menjadi Ketua Menteri selepas PRU kelak, saya yakin PP akan berjaya diambil semula".


Umno dengan jelas tidak mengendahkan semangat setiakawan mereka dengan rakan kompenan BN iaitu Gerakan dan MCA, Mereka hanya inginkan KUASA memerintah supaya dapat terus mengaut harta-harta rakyat .




Agaknya siapa bakal KM Melayu pertama di Pulau Pinang? Mat Non? Reezel eeee?Arif ?Mat Jalil?



 ***********************************************************************************************
“Jika semua pihak setuju Umno akan menjadi ketua menteri selepas pilihan raya umum kelak ini, saya yakin Pulau Pinang akan berjaya diambil semula,” tulis Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit' hari ini.

Katanya, kedudukan kerusi dalam DUN Pulau Pinang sekarang ialah 11 bagi Umno, satu bagi PAS, 19 untuk DAP manakala PKR memiliki 9 kerusi.

“Jika semua pihak setuju (bagi Umno diberikan kerusi ketua menteri), maka undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada Umno dan Umno pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak.

“Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku,” hujahnya.

Zaini juga membidas presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga pengerusi BN Pulau Pinang kerana “banyak membuat bising” baru-baru ini sedangkan beliau juga kurang arif mengapa media arus perdana mengasak sakan dirinya.

“Sepatutnya BN Pulau Pinang jangan buat kecoh. Tumpuan ialah mengambil balik negeri itu. Yang kecoh sekarang ialah Lim Guan Eng. Mengapa beliau disenyapkan sahaja?

“Sepatutnya perbincangan sekarang ialah untuk memberi balik pusingan Ketua Menteri kepada Umno yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang.

“Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya,” kata Zaini.

2 comments:

ayakmaidinserdang said...

hangpa ingat semua melayu nak kat hangpa ka UMNO dulu orang dah bagi peluang hangpa kata setiakawan bg kat gerakan jadi KM la baru nak pikiaq boleh blah.LAgi hangpa pegang lg tanah melayu tergadai.Tgk tanah kat kepala batas dah ada issue.klu mamak ,mamak lah juga,Mamak teringin nak jadi KM PP kah!!!!!!!!addlerse

BZ said...

Mangkuk hayun puakx UMNO ini masih
kekal dengan fahaman rasis mereka.
Bukan saja kaum cina yang tak bagi
kaum melayu sendiri pun sama.Mereka
tahu kalau puak ini memerintah habis
Pulau Pinang depa pakatx agihx sama
adik beradik depa.Jahanam Penang
dapat kat depa.Memang betul jangan
mimpi disiang hari.Jahanam UMNO!!!!!!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews