INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, August 1, 2011

Tahanan EO6 kental perjuangan walaupun diasak "Brain wash " oleh POLIS SB

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle 

Syabas diucapkan kepada  sdr Choo Chon Kai yang begitu kental dan teguh dengan prinsip perjuangannya untuk rakyat bersama PSM walaupun beliau di "brainwash" oleh SB berjam-jam dalam tahanan.

Ini lah contoh anak muda yang dikatakan oleh DS Anwar bahawa anak muda perlu kental prinsipnya yang menolak kezaliman, penindasan, rasuah dan ketidakadilan terhadap rakyat. Chon Kai telah membuktikan anak Cina juga prinsipnya kuat dan tidak mudah goyah perjuangannya.

Chon Kai BUKAN seperti Ezam Mohd Noor dan Lokman Adam yang dikatakan  goyah dan luntur perjuangan mereka  selepas "brain wash"  semasa menjadi  tahanan ISA Kamunting .

Sumber Malaysiakini :

NONE
 Walaupun disoalsiasat berjam-jam setiap hari, namun pegawai Cawangan Khas (SB) gagal mempengaruhi tahanan EO yang baru dibebaskan, Choo Chon Kai, supaya meninggalkan perjuangannya.

Sebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan
ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.

"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan.

Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews