INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, August 8, 2011

Nazri Aziz pening bagaimana Mismah boleh jadi pemilih PRU 13?




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan membincangkan dengan perdana menteri hari ini berhubung usul Pakatan Rakyat meminta diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk membincangkan isu 'Mismah ;.

Nazri Aziz PENING dan TERUJA PENIPUAN ini !
Bernama memetik Nazri berkata pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.

Katanya, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.

"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas menerima surat rasmi mengenai usul tersebut.

Mohamed Nazri berkata pada umumnya, seseorang itu boleh memohon menjadi PR iaitu pemegang kad pengenalan merah setelah tinggal di Malaysia selama 12 tahun.

@pantherian : Apabila Pak Menteri sudah PENING akan pendedahan penipuan daftar pemilih Pilihanraya, maka jawapannya MUSTAHIL? TIDAK BENAR? dln...Hahaha.

Adalah lebih molek SPR yang memberi penjelasan penipuan ini? JPN di bawah KDN juga mesti menjawab soalan2 MP  di Parlimen.

Adakah masih ada harapan jika Nazri membawa USUL TERGEMPAR di Parlimen kepada NAJIB untuk sidang tergempar di Dewan Rakyat?

Diharapkan  PM Najib  dan Speaker terbuka untuk memanggil Sidang Tergempar ini...!




No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews