INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, August 29, 2011

Lynas - Apa Dr Che Rosli buat bila Tragedi keracunan radioaktif di Kilang Nadir Bumi Bukit Merah?

 Blogger Tulang Besi menperingatkan kepada kita akan tragedi keracunan radioaktif di Kilang Nadir Bumi milik Mitsubishi di Bukit Merah pada tahun 1984 yang memberi trauma kepada penduduk di sana.

Beliau juga menyatakan  Dr Che Rosli yang ketika itu bekerja di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia sebagai AJK Perlindungan Sinaran adalah salah seorang yang terlibat dalam kelulusan lesen kilang tersebut.

Jadi, setelah belaku tragedi keracunan radioaktif  Bukit Merah tersebut, adakah kita boleh percaya jaminan  ini saintis?

Sumber Blog Tulang Besi


TV3 suku menyiarkan kenyataan seorang MP PAS bernama Che Rosli yg mendakwa kilang yang bakal di bina di Kuantan itu selamat untuk semua orang.

Merujuk kepada biodata Che Rosli di Facebook, tertera:

AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN.
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, MALAYSIA, 1984-1999


Ini bererti Dr. Che Rosli adalah antara yang memberi khidmat kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(LPTA) sewaktu berlakunya trajedi keracunan radioaktif di Bukit Merah sekitar 1984 hingga sekarang.

Keracunan radioaktif (antara lain)akibat stor simpanan bahan buangan kilang nadir bumi milik Mitsubishi Chemicals, Tabung Haji serta beberapa syarikat bumiputra yang lain.

Mengapa LPTA disebut? Ini adalah kerana sewaktu berlaku keracunan radioaktif ini, LPTA telah mengeluarkan lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi. Di dalam ombak protes dari penduduk2 tempatan, LPTA terus memberi lesen.

LPTA terus memberi lesen kerana mereka berkata kilang tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.

Dan dari biodata Dr. Che Rosli, beliau berkhidmat dengan LPTA sepanjang skandal/trajedi Bukit Merah yang meragut nyawa itu.

Maka, Tulang Besi tidak boleh menerima jaminan Dr Che Rosli bahawa kilang Lynas itu bakal selamat.

Ini kerana LPTA juga telah memberi jaminan kepada penduduk Bukit Merah bahawa kilang nadir bumi Mitsubishi itu selamat. Malangnya, jaminan LPTA satu masa dahulu adalah pembohongan semata-mata dan 9 penduduk tempatan telah menghadapi penyakit leukemia, anak2 lahir cacat dsbnya.

Dan oleh kerana Dr Che Rosli berkhidmat dengan LPTA sewaktu trajedi Bukit Merah berlaku, maka Tulang Besi beranggapan apa-apa jaminan yang datang dari alumni LPTA tidak boleh dipercayai angkara trajedi Bukit Merah.

Tulang Besi juga rasa, kalau benarlah dakwaan Che Rosli ni, Tulang Besi cadang kilang RARE EARTH ini dibina di sebelah rumah Che Rosli. Tulang Besi nak tengok berani atau tidak?

Tidak hairanlah walaupun diberi jaminan berulang-ulang kali oleh LTAP dan beberapa pakar, penduduk Kuantan dan Gebeng tetap menolak kilang Lynas. Mereka belajar dari pengalaman rakyat Bukit Merah.

SABOTAJ TERAKHIR GENG PERPADUANG?

Kalau kita ingat kembali, sejurus selepas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, Dr Che Rosli adalah satu-satunya kepimpinan Selangor yang menyatakan sokongan Hasan Ali dikekalkan sebagai Pesuruhjaya Selangor.

Hasan Ali telah pun memulakan langkah mensabotaj PAS dalam isu serbuan JAIS. Maka, Tulang Besi pula merasakan kini giliran Dr. Che Rosli pula.

Tulang Besi melihat kesemua tindakan-tindakan ini adalah satu bentuk sabotaj kepada PAS oleh geng perpaduang yang sudah pun melangkah sebelah kaki keluar dari pintu.

Mungkin juga Tulang Besi salah tapi nampak gayanya begitu. Semuanya seperti mengikut jejak langkah Zul Nordin Al Kazzab.

1 comment:

Anonymous said...

kita boleh anggap Dr. Che Rosli sebagai pakar nuklear...tapi dia bukannya pakar dalam process safety, engineering, environmental, waste management, occupational health, transport & distribution safety…. Ulasan yang menyatakan Loji Lynas adalah selamat hanya bedasarkan pertimbangan kadar pendedahan radioaktif yang minimum semata-mata adalah hujah yang dangkal…. Dr Che Rosli & Pak MSO harus ingat… lebih banyak “silent expert” dalam bidang dinyatakan diatas yang membantah loji tersebut dan banyak membantu BADAR dan YB Fauziah dalam memperjuangkan isu ini….. hasilnya sila Pak MSO baya betul-betul laporan IAEA, 11 cadangan penambahbaikan itu adalah sebahagian yang dituntut oleh kami yang membantah loji tersebut….Tahniah YB Fauziah. Salah satunya adalah kelemahan EIA & RIA report…. Cuba tanya Dr. Che Rosli siapa yang terlibat dalam penyediaan EIA & RIA report.

Kedudukan loji tersebut juga menjadi persoalan kerana terletak di “upstream of wind direction”, yang mana yang paling teruknya kalau berlaku “unwanted release of failure of vent scrubber”, yang keluar bukannya angin Pak MSO oiii…tapi gas beracun H2S, SO2, SO3 yang boleh menyebabkan hujan asid… yang paling bangang nya Kuarters dan Pengkalan APMM serta cluster industri sawit terletak di downstream of wind direction kira-kira 1km sahaja. Kalau nak ulas panjang lagi… tak termasuk HAZOP study, safety, protection & interlock system (SIL2 or SIL3)…

Saya cadangkan pihak BADAR buat jemputan kepada Dr. Che Rosli dan buat professional discussion di Masjid Balok Makmor atau pon Pusat Tarbiyyah Balok..

Bagi saya usahkan loji Lynas…. Malah kalau Loji Indah Water dibina disebelah rumah Dr Che Rosli atau Pak MSO, saya gerenti dia & Pak MSO akan bising…. Jangan perkecilkan Hak Kami.

Jangan pandang rendah & perbodohkan kami penduduk Balok dan Sungai Ular…. hanya dengan title Dr…di depan nama dan dianggap pakar. Kalau kita Dr. Sakit Puan, jangan cerita pasal penyakit Jantung… :) Oleh Mamat Ali untuk Blog MSO

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews