INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, August 6, 2011

Projek IC BN- 200,000 warga Indonesia didaftar untuk menangkan UMNO di PRU 13


MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial  The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata,  demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.
Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.
Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon CityBeliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.

@pantherian - UMNO hanya mampu menang PRU 13 dengan bantuan warga Indonesia yang diberi status kewarganegaraan oleh KDN (Hisyam Kitee) yang boleh ditafsirkan sebagai PENGKHIANATAN kepada kedaulatan negara.

Tidak pula kedengaran suara-suara bantahan PERKASA dan NGO2 Melayu berkaitan Projek IC ini yang sememangnya membabitkan kedaulatan dan keselamatan negara. Mengapa senyap? adakah kerana membabitkan UMNO ?...

Selepai tergadainya Stesen Tanjong Pagar dan Pulau Batu Putih kepada SG, kita kini bermurah hati memberi kerakyatan kepada warga asing !

AYUH RAKYAT MALAYSIA,

KITA TOLAK PEMIMPIN UMNO KORUP dan GADAIKAN KEDAULATAN NEGARA !

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews