INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, August 16, 2011

UMNO arah PATI buat SUMPAH TAAT sokong dan undi UMNO/BN untuk PRU13

 Cewek Indon sayang sama Abg Hisyam KDN !

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing."

NONEZuraida mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan.

"Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

"Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

NONEBeliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media hari ini.

Kumpul sepuluh saksi
Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan "bukti sahih" kerana "kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salam seorang daripada (pendatang asing)."

Jelasnya, beberapa orang "kawan-kawan kita" berjaya memasuki pusat pemutihan yang enggan dipastikan lokasinya itu dan berjaya mendapat salah satu daripada salinan dokumen itu keluar.

"Setakat ini kita ada sepuluh orang saksi. Kita sedang kumpul lebih banyak bukti sebelum kita bawa mereka ke hadapan untuk dedahkan (perbuatan tersebut)," katanya.Zuraida hanya berkata, PKR sebelum ini membuat pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, yang didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam.
 
**********************************************************************************
@pantherian : Kerja-kerja terdesak UMNO kian memuncak sekarang sehingga sanggung mengadai kedaulatan negara hanya untuk kekalkan kuasa di Putrajaya.

Warga asing (PATI) kebanyakannya Indonesia ditagih untuk undi UMNO jika mahu diberi kerakyatan Malaysia.Sebegitu mudah kerakyatan Malaysia diberi kepada orang asing dan ini boleh dianggap pengkhianatan pada negara.

Pendedahan bukti oleh Wanita PKR yang menyusup masuk ke program pemutihan 6P KDN ala-ala agen perisikan ternyata membuahkan hasil. Syabas diucapkan kepada Wanita PKR atas usaha mereka dan sehingga kini sudah 10 saksi akan tampil memberi kenyataan terhadap penipuan dan SUMPAH ini.

Kita perlu desak melalui ruang media baru ini supaya Menteri KDN, Hisyam perlu menjawab dakwaan penipuan dan sumpah taat pada UMNO ini dalam Program Pemutihan 6P.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews