INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, June 30, 2009

Puaka di UM hantui siswa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.

Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat semalam.

Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.

Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut "digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu".

Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.

Sementara itu, YDP MPPUM,Mohd Ridzuan Mohammad berpendirian isu ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya tidak perlu diperbesarkan kerana masih lagi dalam siasatan.

“Saya minta tidak diperbesarkan isu ini (anti-Rosmah) sebab kes ini masih lagi dalam siasatan (Polis), namun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut kerana menyalahi nilai-nilai moral dan tidak matang,”ujar beliau yang ditemui setelah selesai sesi ramah mesra bersama mahasiswa baru universiti tersebut pagi tadi.

Diminta memberi respon tindakan polis yang tidak memaklumkan tangkapan tertuduh kepada waris, Redzuan ada pendirian tersendiri.

“Kalau betul seperti yang dilaporkan oleh media, sememangnya bagi saya pihak polis tidak sepatutnya menahan tertuduh tanpa pengetahuan waris,”respon beliau.

http://um-today.com/

Breaking News !

kemaskini 11.27pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.

rosmah mansor and universiti malayaDua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.

Tiga suspek dicari

Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 seorang untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya

Sunday, June 28, 2009

Politik biasiswa -Biasiswa Nasional(BN)

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Selepas penghapusan MECD dan kuota dalam dasar liberalisasi ekonomi, DS Najib kini tidak menoleh ke belakang lagi dengan melangkah ke hadapan dalam mengadai lagi sensitiviti orang Melayu iaitu biasiswa. Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.Beliau berkata biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.

"Kalau individu tersebut benar-benar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benar-benar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.

biasiswa-ketepi-taraf-bumiputera

Thursday, June 25, 2009

Kampung Buah Pala akan menjadi Apartment mewah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


PUTRAJAYA, 24 Jun - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala atau High Chapparal di Pulau Pinang untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan mengarahkan penduduk mengosongkan segera kampung tersebut.

Keputusan itu membuka laluan kepada syarikat yang telah diberikan konsesi untuk tanah itu oleh kerajaan Umno-BN yang lalu untuk mengusir keluar penduduk berkenaan bagi tujuan komersil.

Pakatan Rakyat telah menubuhkan sebuah badan petugas khas dalam usaha menyelamatkan kediaman 400 penduduk berkenaan yang rata-rata golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkannya bekerja sebagai buruh.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah berpendapat penduduk Kampung Pala tidak layak mencabar keputusan Mahkamah Rayuan kerana kononnya mereka menduduki tanah itu secara haram.

Mahkamah menolak hujah peguam penduduk Kampong Pala bahawa tanah itu milik kerajaan persekutuan dan mereka menetap di situ dengan kebenaran daripada pihak berkenaan.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejut itu walaupun tidak dibekalkan keputusan bertulis oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan hari ini memberi tamparan hebat kepada usaha penduduk menuntut hak milik tanah yang mereka duduki sekian lama tetapi dijual oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007 kepada Syarikat Pembangunan Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dengan nilai RM3 juta

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohammad Yusoff yang mengetuai badan petugas Pakatan Rakyat itu melahirkan kekecewaannnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap terlampau menekan penduduk terbabit.

Menurutnya, hakim boleh menangguhkan keputusan mahkamah rayuan atas dasar keprihatinan terhadap isu rakyat tetapi keputusan sebaliknya menyebabkan arahan pengosongan berkuat-kuasa serta merta.

“ Keputusan mahkamah bermakna penduduk Kampung Pala sudah kehilangan hak dan ruang untuk mencari keadilan di mahkamah sivil namun begitu, para penduduk boleh mencuba mencari jalan jain seperti membawa isu ini ke mahkamah jenayah” ujarnya kepada TVAntara hari ini.

Yusmadi berpendapat mahkamah sewajarnya memberi peluang perbicaraan penuh kepada isu ini kerana terdapat banyak persoalan berkaitan kesahihan pemilik tanah Kampung Pala.

“ Peguambela penduduk Kampung Pala berhujah bahawa tanah Kampung Pala merupakan hak milik kerajaan persekutuan tetapi disangkal peguam lawan yang menjelasakan tanah tersebut milik kerajaan negeri” kata Yusmadi lagi.

Katanya, perbezaan fakta tersebut perlu diteliti secara mendalam terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat yang tertindas.

Bagi Yusmadi keputusan mahkamah tersebut merupakan perkembangan falsafah perundangan yang tidak baik kerana mengetepikan hak rakyat.

Justeru beliau memohon kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak segera membantu menyelesaikan kemelut yang membelenggu penduduk Kampung Pala bagi membuktikan komitmen mereka membantu rakyat.

*** Gambar Apartment Oasis yang dibina oleh pemaju.




The Oasis condominium located at Gelugor, off Jalan Yeap Choy Ee in a residential neighbourhood with easy accessibility to Bayan Lepas, the mainland and Georgetown.

The development is well-served by numerous retail stores including Tesco and Queensbay, as well as hospitals, clinics, schools and University Sains Malaysia (USM). Nearby neighborhoods include Minden Heights, Taman Gelugor, Taman Brown, Taman Pekaka and University Place.

Facilities
24 hours security, CCTV, Wi-Fi, Ready centralized Astro point, Swimming Pool, Gym, Squash Court, Jacuzzi, Yoga Room, Courtyard, Barbeque Pit

Klik disini Penang Property

Wednesday, June 24, 2009

BN baru sedar keburukan PPSMI

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle.



The teaching of maths and science in English the last six years has not improved the performance of students in those subjects, the education minister admitted today.He said there had only been a two to three per cent change since the policy was implemented in 2003.

There have been changes but the difference is nominal,” said DPM ,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara."Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Nampak baru mereka sedar selepas Perhimpunan Hapuskan PPSMI di Masjid Negara pada awal tahun ini. Saya telah menyertai perhimpunan tersebut dan bersama-sama ribuan rakyat pecinta Bahasa Melayu dan akhirnya matlamat perjuangan kami kini sampai kepada penghujungnya apabila kerajaan kini mengakui dengan jelas dasar tersebut gagal dan merugikan anak bangsa Melayu.

Kerajaan akan mengumumkan keputusan terhadap dasar tersebut pada awal bulan 7 ini. KliK disini.


Politik Letak Tepi

Jelas sekali isu PPSMI tidak mengira logo parti atau pun fahaman politik. Kesemua itu telah diketepikan dengan hanya satu niat, iaitulah demi menjaga bahasa ibunda.



Pejuang Bangsa

Inilah pejuang bangsa seperti Pak Said, Dr Hassan Ahmad dan pemimpin politik lain yang memberi sokongan terhadap perhimpunan tersebut . Mereka yang berarak ini mahukan bahasa ibunda dimartabatkan di dalam ilmu Sains dan Matematik. Mereka tidak mahu bahasa ibunda tinggal di pasar-pasar sebagai perbualan kecil-kecilan seperti bahasa asing yang lain di Malaysia untuk siapa lagi kalau bukan orang Malaysia.

Link
perjuangan-membantah-ppsmi-1.html
perjuangan-membantah-ppsmi-2-akhir.html


Monday, June 22, 2009

Gula : Penghasilan dan Monopoli

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pada pertengahan Februari lepas, saya berkesempatan mengikuti lawatan industri ke Kilang Gula Felda Perlis di Chuping ,Perlis. Di sana, saya dan rakan mahasiswa lain berpeluang belajar mengenai proses penghasilan gula dan berdialog berkaitan dengan industri gula di Malaysia.

Justeru itu, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai proses penghasilan gula dan peniagaan gula di Malaysia.

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifatmakanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan “gula” untuk bermaksudsukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih.Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula.

Tebu merupakan tanaman tropika atau sub-tropika yang memerlukan cahaya matahari dan air kerana akarnya tidak dapat menakung air.Tebu biasanya memerlukan masa lebih kurang 6 hingga 12 bulan untuk mencapai tahap matang dan ianya berbeza mengikut tempat.

Ketinggian tebu boleh mencapai 3 meter di kawasan penanaman yang baik contoh di Chuping,Perlis. Sebelum dituai, kebanyakan pokok tebu dibakar untuk menghilangkan daun-daun yang telah kering bagi memudahkan proses penuaian.

Tebu dituai dengan memotong bahagian batang(stem) dan bahagian akar sengaja ditinggalkan bagi membolehkan ia tumbuh semula dimusim hadapan.Selalunya tebu dituai pada musim kering dan tempohnya adalah dari bulan Jun hingga November.Penuaian dilakukan secara manual menggunakan tangan ataupun dengan mesin.

Lebihan daun yang tidak terbakar akan dibuangkan dan batang dipotong serta diikat menjadi satu.Penggunaan mesin mampu memotong tebu menjadi potongan yang lebih pendek.Selepas ditebang, tebu akan dihantar terus ke kilang dengan segera kerana tebu yang dipotong tidak boleh bertahan lama.

Proses pertama dalam penghasilan gula tebu ialah pemerahan jus dari batang tebu.Dalam kebanyakan kilang, tebu dihancurkan dalam satu siri pengisar(roller mills)yang bersaiz besar.Batang tebu akan dihancurkan menjadi hampas dan jus yang dikeluarkan akan dikumpul.

Lebihan hampas yang mengandungi kandungan gula dibasahkan menggunakan mesin diffuser.Hampas yang dibasahkan akan dimasukkan semula ke proses pengisaran sehinggan kandungan gula habis.

Jus yang terhasil masih merupakan cairan yang kotor iaitu sisa-sisa tanah dari ladang dan ekstrak dari daun dan kulit tanaman yang semuanya bercampur di dalam jus tebu. Jus dari hasil ekstraksi mengandungi kira-kira 15% gula dan serat bendasing.Hampas tebu dipanggil bagasse akan digunakan sebagai bahan bakar bagi boiler.

Jus yang dihasilkan akan dipanaskan sebelum dilakukan liming untuk mengoptimumkan proses penjernihan(clarifier).Kalsium hidrosida atau Ca(OH)2 dicampurkan ke dalam jus dengan peratusan yang telah ditentukan bagi mempercepatkan proses penjernihan.Jus yang sudah dicampur kapur ini kemudian dimasukkan ke dalam tangki penjernih(clarifier).

Di sini, jus disalirkan melalui clarifier dengan kelajuan yang rendah sehingga gumpalan bendasing yang terdiri dari serat tebu yang terbentuk.Gumpalan tersebut akan mendap dan jus yang keluar merupakan jus yang jernih.

Kotoran mendapan yang masih mengandungi gula akan disaring lagi dan kali ini menggunakan penyaring vakum putar supaya lebihan jus dapat diasingkan dari lumpur tersebut dapat dibersihkan sebelum dikeluarkan.Hasilnya merupakan cairan yang mengandungi gula dan disalurkan untuk proses seterusnya.

Jus tebu ini kemudian akan disejat menjadi sirap dengan memanaskannya menggunakan stim dalam suatu proses yang dinamakan penyejatan (evaporation).Jus yang telah diikatkan mungkin mengandungi 15% gula tetapi cairan (liquor) gula tepu iaitu cairan yang diperlukan dalm proses penghabluran memerlukan kandungan gula sebanyak 80%.Proses ini akan dilakukan berulangkali dan berperingkat melalui multiple effect evaporator yang dipanaskan dengan stim bagi tahap tepu.

Pada tahap akhir,sirap dimasukkan ke dalam vakum dandang yang sangat besar untuk dididihkan pada suhu 70c .Di dalam dandang ini, sirap tersebut dipanaskan sehingga kristal gula terbentuk.Pembentukan Kristal bermula dengan mencampurkan sejumlah benih Kristal ke dalam sirap.

Kemudian , proses pengasingan dilakukan mengguna mesin emparan untuk memisahkan kristal yang bercampur dengan sirap yang dipanggil mother liquor.Lebihan sirap hasil dari pemisahan tadi juga akan melalui proses penghabluran beberapa kali sehingga tiada lagi kandungan gula, lebihan ini dipanggil molases. Hablur gula yang diasingkan akan dikeringkan sebelum proses pembungkusan.

Sebelum proses pembungkusan, gula putih yang dihasilkan akan diayak bagi meleraikan dan mengasingkan dari gumpalan gula.Gula putih akan disimpan di silo.Gula akan ditimbang dan dibungkus dalam jumlah 50kg dan 1 kg.Proses dilakukan menggunakan mesin secara automatik. Gula yang siap dibungkus akan disimpan di dalam stor sebelum dihantar kepada pengguna.

Beralih kepada perniagaan gula di Malaysia pula, saya mendapat maklumat bahawa terdapat 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM(Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.

Di antara keempat kilang tersebut, MSM Sdn Bhd yang dikuasai oleh Raja Gula, Robert Kuok menguasai pasaran tempatan lebih 47 % jika dibanding dengan syarikat lain. Kesemua empat syarikat itu membeli bahan mentah untuk mengeluarkan gula dari Brazil dan Australia.

Dalam seisi dialog antara mahasiswa dengan pihak pengurusan syarikat, kami difahamkan bahawa industri gula Malaysia tidak menjalankan perniagaan dalam secara bebas untuk pasaran tempatan.Maknanya, untuk usahawan yang berkeinginan untuk menceburi dalam industri gula adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada keempat syarikat gula yang sedia ada.

Oleh itu, jelaslah bahawa industri gula di Malaysia telah dimonopoli oleh pihak tertentu yang sudah tertentu cukup selesa mengaut keuntungan tanpa persaingan daripada pesaing lain. Saya difahamkan oleh wakil syarikat bahawa kilang-kilang gula Malaysia dikuasai oleh dua individu iaitu Tan Sri Syed Bukhary dan Robert Kuok.Mereka menguasai 3 daripada 4 kilang yang diberi hak pengeluaran gula oleh kerajaan.

Jika kita imbas masalah kekurangan gula di pasaran pada tahun 2006 adalah disebabkan oleh keengganan kilang untuk memproses bahan mentah gula untuk pasaran tempatan.Tiga pengilang gula itu lebih mengutamakan pengeluaran bagi tujuan eksport daripada menjual di pasaran tempatan untuk meraih keuntungan tinggi dan mereka menyalahgunakan perolehan gula bahan mentah melalui kontrak jangka panjang (KJP) yang diberikan oleh kerajaan.

Oleh itu, jangan terkejut juga suatu hari nanti pengilang gula ini akan meminta kerajaan untuk menaikkan harga gula sehingga RM2 sekilo dengan pelbagai alasan dalam merealisasikan hasrat mereka untuk kekal meraih keuntungan.

Di akhir tulisan ini, saya menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula sistem monopoli pengeluaran gula yang sedia ada yang sememangnya akan merugikan rakyat untuk masa akan datang. Mungkin kerajaan perlu melihat kepada rancangan untuk meliberalisasikan industri gula di Malaysia kepada pasaran bebas.

Teringat kata-kata emak sewaktu saya bekerja sambilan sebagai operator pembungkusan gula di MSM Prai, bahawa kerja di kilang gula stabil dan tidak tergugut dengan masalah ekonomi kerana gula adalah barang keperluan.

Semut pun suka gula inikan pula manusia !!


*Artikel ini telah disiarkan di Mahasiswakini.com



Thursday, June 18, 2009

Kerajaan Perpaduan -siapa jerat siapa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat. Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.""Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur)
yang menyifatkan kenyataan Najib mengenai kerajaan perpaduan adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan .klik disini.

Di atas adalah beberapa komentar beberapa pemimpin terhadap isu kerajaan perpaduan yang merupaka pandangan dan idea peribadi Presiden Datuk Seri Hadi Awang. Saya melihat gagasan dan publisiti media berlebihan terhadap isu ini merupakan suatu mainan politik oleh UMNO yang cuba memerangkap PAS dikala PRU kecil Manik Urai semakin hampir.Oleh itu, ia merupakan taktik UMNO untuk cuba memecahbelahkan PAS oleh kerana melihat kekuatan perpaduan antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sehingga menyapu bersih PRU kecil yang diadakan di Semenanjung.

Di pihak PKR, kenyataan Anwar Ibrahim lebih bersikap mengharapkan penyelesaian dengan bijaksana oleh Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi mengenai polimik tersebut. Mereka seakan tidak mahu mencampuri urusan dalaman PAS dan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Saya berasa janggal dengan idea mengenai Unity Government yang menekankan bahawa tiada pembangkang di Malaysia dan hanya sebuah kerajaan yang memerintah. Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara.Persoalannya adakah Malaysia sekarang mengalami krisis dalm negara yang teruk ?baik dari segi politik dan ekonomi?

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman. ini.Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Oleh itu jelaslah bahawa idea kerajaan perpaduan ini agak sukar dilaksanakan di Malaysia dan memerlukan penelitian yang mendalam dan penyertaan perlu melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat. Saya tertarik dengan pandangan Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana kerajaan melakukan sesuatu perkara tanpa ada pihak yang check and balance dan maksudnya perlu ada pembangkang di Parlimen.

Hujah perpaduan Melayu dan Islam dikatakan sebagai salah satu sebab unity government adalah tidak kukuh kerana di Parlimen Malaysia, didapati MP Melayu dan Islam lebih ramai begitu juga bilangan Menteri Melayu dan Islam di Kabinet 1Malaysia. Soalnya ialah peranan MP di Parlimen dan Menteri tersebut perlu lah mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.

Artikel berkaitan

bila-pas-tertelan-racun-lipas-umno
selepas-racun-lipas-najib-sedia-sapukan-gam-tikus/
adios-from-pas-tok-guru-to-nash/

Tuesday, June 16, 2009

Isu Perak panas di Parlimen

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



DS Nizar mengangkat sumpah sebagai MP Bkt Gantang



Soalan Ketua Pembangkang, MP Permatang Pauh kepada Menteri Dlm Negeri berkenaan pencerobohan polis dalam Sidang DUN Perak 7 Mei.

Sidang Parlimen yang bersidang harini panas apabila DS Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan oleh kerana beliau dan beberapa MP lain enggan menanggalkan lilitan bertulis Bubar DUN Perak.

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).


Sunday, June 14, 2009

Che Guevara - Pemimpin Revolusi Rakyat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


81 tahun yang lalu pada tarikh hari ini lahir seorang tokoh yang menggemparkan dunia dengan idealismenya anti penjajahannya.

Ernesto Che Guevara lahir di Argentina pada 14 Jun 1928. Walaupun adalah warga Argentina, Che lebih disayangi dan diingati di Cuba kerana beliau telah membantu Revolusi rakyat yang dipimpin oleh Fidel Castro untuk melawan diktator Batista.

Selepas menang Revolusi Cuba, oleh kerana Che adalah seorang yang berpegang kepada ideologi “internasionalisme” telah pergi ke Bolivia untuk membantu perjuangan rakyat disana bagi membebaskan dari cengkaman Imperialisme Amerika Syarikat.

Che di bunuh setelah ditangkap oleh pakatan tentera Bolivia dan CIA Amerika Syarikat ketika sedang bersama-sama rakyat Bolivia yang berjuang melawan kerajaan boneka Amerika Syarikat.

Hari ini setelah begitu lama Che Guevara meninggalkan dunia nama beliau masih harum dan terus disebut. Beliau masih lagi menjadi “ikon” kepada gerakan-gerakan anti imperialisme dan anak muda yang memberontak.




Ahmadnejad menang PRU Presiden Iran

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



PRU Presiden Iran ke 10 kali ini kekal milik penyandang iaitu Dr. Ahmadinejad. Keputusan PRU ini menunjukkan daripada 78% jumlah undi yang dikira sehingga ini Ahmadinejad sudah mendapat 64.9% undi berbanding dengan Moussavi yang memperolehi 32% undi. Kira-kira tidak sampai 25% undi saja yang belum kira. Setakat ini menurut Menteri Dalam Negeri Iran, Seyed Sadeq Mahsouli seramai 70% daripada 46 juta rakyat Iran yang layak mengundi keluar mengundi.

Saya tidak mengenali sangat peribadi Ahmadinejad tetapi cukup menghormati sifat kesederhanaan beliau dalam menjalankan amanah rakyat sebagai Presiden Iran.Riak wajahnya juga cukup untuk menggambarkan beliau nampak telus dan jujur dalam menjalankan amanah rakyat.Rakan saya iaitu Hairiz,Ketua AMK Melaka mengangkat beliau sebagai idolanya kerana sifat kesederhanaan beliau dalam menjalani kehidupan dan menjalankan tugas. Oleh itu saya percaya keputusan rakyat Iran memilih Ahmadinejad adalah tepat sebagai pemimpin negara republik Iran itu dalam mengharungi ancaman AS dan Israel.

Tahniah Dr Ahmadinejad


Friday, June 12, 2009

Tukar Tiub di Penang Bridge

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Melihat gambar di atas sememangnya bukan mengejutkan bagi pengguna Jambatan PP yang saban hari menggunakan jambatan tersebut untuk ke pulau dari seberang. Kejadian tayar pancit ini saban hari berlaku terutama waktu pagi apabila warga pekerja menggunakan jambatan untuk ke Bayan Lepas.

Saya sebelum ini yang menggunakan jambatan pada waktu pagi sudah masak dengan panorama si penukar tiub sedang menukar tiub tayar pelanggan mereka. Secara puratanya waktu pagi ialah sebanyak 10 buah motorsikal yang akan pancit pada setiap pagi.

Jika melihat kepada paku yang dikutip dengan magnet oleh pekerja PPSB ialah sepanjang 5-7 cm yang mana ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor. Upah servis menukar tiub tayar ini ialah antara RM 12- 15 bergantung kepada budibicara dengan pomen segera di Penang Bridge.




Forum Perdana :Politik -Agenda Perubahan di Permatang Pauh

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Satu Forum Perdana bertajuk Politik :Agenda Perubahan akan diadakan di Institut Al Qayyim ,Mengkuang , P.Pinang. Ahli panel yang terlibat ialah Dr Asri Zainal Abidin, Ustaz Mohd Afandi Yusoff dan Ustaz Azman Shapawi.

Sila hubungi pihak penganjur untuk sebarang pertanyaan:

Institut al-Qayyim,
458B MK18, Mengkuang,
14000 Bukit Mertajam,
P.Pinang
Tel/Faks: 04-5222691

Hadirin Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke masjlis ilmu ini..

Thursday, June 11, 2009

Satu Malaysia, banyak sejarah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Mutakhir ini, terdapat ungkapan yang keras berkaitan sejarah di dalam surat khabar. Sebagai zamil muda, saya tidak berani mahu menyertai perdebatan sebagaimana cara Dr. Collin Abraham dan Tan Sri Khoo Kay Kim: Sebagai graduan sarjana dalam bidang Perbandingan Politik Empayar, saya telah melihat kerosakan daripada perdebatan sejarawan dan ahli sosial sains. Bagaimanapun, jika saya berani mahu menyertainya, saya berpandangan bahawa kenyataan yang dipetik Tan Sri Khoo ialah daripada Hugh Clifford, bukan Ormsby-Gore (rujuk: Base conclusions on hard evidence, 29 April). Saya mungkin berkeras, tetapi ini berasaskan bukti.

Perbezaan pendapat seperti ini akan kelihatan bodoh apabila satu versi sejarah yang diajar di bilik darjah dianggap sebagai satu kebenaran mutlak tetapi itulah yang berlaku. Idea gila ini - yang sangat digemari oleh kaum fasis dan komunis - yang mengatakan bahawa rakyat hanya bersatu dengan satu kisah sejarah kebangsaan. Masih belum terdapat perbezaan kisah yang banyak dalam Kerajaan pimpinan Raja Henry VIII dan Ratu Victoria dan Inggeris seakan berpuas hati dengannya. Sejarah menjadi popular apabila berlaku perdebatan yang sihat dan kaya sama ada dalam atau luar dunia akademik - ia boleh ditonton dalam filem sejarah yang banyak diterbitkan. Ia sangat memberi inspirasi.

Untuk memulihkan keadaan memerlukan kita melakukan pembaharuan, termasuk kebebasan akademik dan persaingan dalam kurikulum persekolahan. Untuk waktu terdekat, kita boleh mulakan dengan meningkatkan pencarian kepada sejarah keluarga yang boleh menjadi sumber alternatif kepada sejarah masa lalu, dan saya adalah peminat rancangan BBC - Who Do You Think You Are? dan Photos for the Future dalam History International. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk mencabar sejarah rasmi. Buku teks dan ensiklopedia menunjukkan salasilah saya tiba di Negeri Sembilan pada 1773 tetapi penemuan terkini menunjukkan ia tidak tepat. Ia amat menyakitkan apabila saya tidak dapat meletakkan maklumat tepat di dalam teks dan saya membayangkan betapa kecewa ramai rakyat Malaysia yang mendapat maklumat dari sumber utama keturunan mereka bahawa sejarah di Malaysia telah rosak akibat kemalasan penyelidik akademik dan memenuhi kehendak politik. Jika kita benar seorang patriotik, kita harus tahu apa sebenarnya yang berlaku dan sebab itu saya selalu mengulang kalimat bahawa sejarah tidak bermula pada 31 Ogos 1957 tetapi lama sebelumnya!

Pada satu isi penting, saya bersetuju dengan Tan Sri Khoo: kedaulatan kita tidak pernah dipindahkan dari Raja Melayu kepada Raja British. Saya memiliki salinan perjanjian di antara Tuanku Muhammad dan Kerajaan Ratu Victoria dan sesungguhnya tidak ada fasal seumpamanya. Termasuk Perjanjian MacMichael, tidak ada perkataan tentang keperluan Kerajaan mewujudkan Malayan Union termasuk satu fasal yang memperakukan kesahan perjanjian yang ada. Selain Pulau Pinang, Melaka, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak, kita tidak pernah menjadi tanah jajahan secara formal oleh British.

Isu pecah dan perintah juga telah dikembangkan secara berlebihan secara untuk menjustifikasi dasar awam. Ia tidak berlaku secara tuntas di kawasan lain seperti Terengganu dan di sebahagian yang lain ada berlaku perpecahan intra-kaum dan kerjasama antara-kaum di mana konflik dan kerjasama didorong oleh sebab lain misalnya Perang Sivil di Selangor. Pengertian perpaduan kaum agak sangsi; termasuk di kalangan orang Melayu: perpaduan budaya dan bahasa, mungkin, malah punya variasi tersendiri - sebagai seorang Minangkabau, tentu saya gembira untuk menerangkan banyak kelebihan adat perpatih - tetapi tentunya bukan perpaduan politik. Saya telah menyatakan hal ini dalam banyak artikel sebelumnya.

Pecah dan perintah telah memunculkan semula rakan perjanjian kita - tetapi dengan berasaskan alasan kelas. Walaupun rekod kerajaan menunjukkan mereka gagal menangani isu kepelbagaian budaya, minggu lalu kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi dengan 50% kadar cukai dan penghapusan insentif cukai simpanan. Seorang rakan saya yang baru diberhentikan kerja tidak mahu terus kecewa kerana ia tidak membantu mendorong pewujudan peluang kerja untuk mereka manakala rakan lain yang agak berkemampuan telah ke UK bersama-sama. Kebiasaannya, ini menunjukkan kecenderungan besar kepada konservatif.

Ia mengambil masa berminggu tetapi saya melihat konsep Satu Malaysia yang diwar-warkan Perdana Menteri mungkin diambil daripada tradisi Satu Negara oleh Parti Konservatif yang mempromosi perpaduan melalui perkongsian nilai dan dorongan kebebasan untuk semua. Meski dikatakan menjarak diri dari dari konsep Satu Negara yang dipopularkan Parti Konservatif, Margaret Thatcher pernah berkata: “Dari Malaysia ke Mexico, penswastaan akan bergerak… kami Konservatif percaya kepada kapitalisme yang popular… kami Konservatif akin memulangkan kuasa kepada rakyat. Itulah jalan ke arah Satu Negara, Satu Rakyat.

Dengan Kenyataan terkini yang agak memberangsangkan berkaitan liberalisasi pasaran, harapnya Dato’ Seri Najib dapat membuat ucapan yang sama untuk menjelaskan konsep Satu Malaysia - supaya di masa hadapan, para ahli akademik dapat berdebat tentangnya.

Artikel dari waubebas.com tulisan Tunku Abidin Muhriz





Wednesday, June 10, 2009

Filem seram "Perempuan Puaka"

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Saya terkejut apabila menonton filem pendek seram melalui Facebook yang melibatkan isteri PM , Datin Seri Rosmah Mansor.Video terbitan c4productionhouse ini mendedahkan perangai Datin Seri Rosmah Mansor. Lebih menghangatkan lagi, pengakuan ini adalah dari saudara, jiran dan adik lelakinya sendiri.

Tonton dan hakimi lah sendiri..Selamat Menonton !!

Sunday, June 7, 2009

Dalang dalam percaturan pimpinan PAS

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya agak terkejut membaca komentar MSK di Perak Express mengenai keputusan pemilihan pimpinan di Muktamar PAS 2009. Apabila membaca keseluruhan kupasan MSK, saya mengakui penyakit UMNO sudah merebak ke dalam PAS dan tidak mengejutkan kerana pendokong kuat muqabalah iaitu Mustafa ALi menjadi Pengarah Pemilihan PAS untuk Muktamar kali ini. Di bawah ialah kupasan MSK mengenai keputusan yang dikira agak mengejutkan.

Keputusan siapa Timbalan Presiden Pas sudah keluar dan Ustaz Nasha terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut. Terkejut?

Memang terkejut. Ada banyak yang berlaku dibelakang tabir sehingga mengejutkan orang ramai.

Dalam mana-mana pilihanraya…petugas-petugas Pas dikenali sebagai petugas yang paling berdedikasi dan pandai membuat kerja…terutama dalam membuat culaan pengundi. dan petugas-petugas inilah juga yang membuat culaan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

Sebaik sahaja tamat waktu mengundi…mereka sudah dapat membuat jangkaan siapa yang menang. Dan pemenangnya ialah Husam Musa..diikuti dengan Ustaz Nasha dan Mat Sabu.

Pada pukul 7.30…pengiraan undi dimulakan dan menjelang jam 9.30 malam…pengiraan tamat, dan keputusan tak rasmi sudah bocor kepada pemimpin dan wartawan.

Dan sekitar jam 9.55 malam…Malaysiakini sudah dapat membuat laporan.

They see Husam garnering about 45 percent of the votes, with Nasharuddin trailing at 35 percent while Mohammad Sabu finishing third with 20 percent.

Keputusan tak rasmi pada malam semalam sudah diketahui bukan sahaja pemimpin Pas malah pemimpin PKR juga sudah mendapat maklumat. Husam mendapat 453 undi (44.1%), Nasha 388 (37.8%) dan Mat Sabu 188 (18.3%).

Mstar juga melaporkan perkara yang sama.

Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.

Husam menang dengan perbezaan 65 undi.

(Cuma disini Mstar tersilap menulis jumlah undi yang diperolehi oleh Husam..543 undi..sepatutnya 453 undi. perbezaan undi antara Husam dan Nasha ialah 65.( 388+65=453. Bukan 543)

Tetapi mengapa perlu keputusan ditangguhkan sehingga pagi ini?

Dan kalau mengikut laporan Malaysiakini..Mustafa Ali mengatakan pengiraan undi berlaku sehingga jam 2.30 pagi!! Apakah Jawatankuasa Pemilihan memerlukan ENAM jam setengah untuk mengira seribu undi?

Ada sesuatu yang tak kena dalam pemilihan Pas kali ini.Apakah taktik Mahathir semasa menentang Tengku Razaleigh sudah diimpot oleh Pas?

Dan apabila keputusan rasmi diumumkan pagi tadi…memang ramai yang terkejut. Macam mana keputusan tak rasmi dan rasmi begitu jauh berbeza?

Keputusan rasmi.. Husam 281 (27.4%), Nasha 480 (46.8%) dan Mat Sabu 261 (25.5%)

Ada apa-apa yang berlaku dalam gelap lagi?

Ha.ha..ada perwakilan ke muktamar SMS kat aku..bezanya sekarang…Pas pakai kopiah/Umno pakai songkok

LInk
Ahamad Awang enggan dedah nama penagih dadah UMNO dalam PAS.



Saturday, June 6, 2009

Husam tewas timbalan presiden Pas

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


SEPERTI mana didugakan sejak awal Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiga, periode 2009 - 2011 apabila mendapat undi sebanyak 480 undi menewaskan dua calon lain, Husam Musa yang mendapat 281 dan dan Mohamad Sabu 261 undi.

Undi diperolehi Nasharudin lebih 10 undi daripada yang saya jangkakan beliau akan diperolehi 470 undi.

Kemenangan Nasharudin dengan meraih undi kurang 50% itu mengesahkan pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu begitu sengit sekali. Ia benar-benar mencabar Nasharudin. Jadi tidak hairanlah kalau blog dan protal berita tertentu telah membuat spekulasi sejak awal pagi mengatakan Nasharudin bakal kecundang.

Untuk tiga kerusi Naib Presiden pula, bekas Ketua Pemuda, Sallahudin Ayub menepati ramalan apabila menang dengan undi kedua terbanyak. Sallahuddin mendapat 824 undi. Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat undi terbanyak untuk kerusi berkenaan dengan mendapat 871 undi.

Manakala Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar meraih undi sebanyak 663 undi menempatkan diri disalah satu daripada tiga kerusi berkenaan. Percubaan Mahfuz untuk kali ketiga ini membuah hasil.

Seramai 18 ahli jawatankuasa yang terpilih pula ialah:

1. Mohamad Nizar Jamaluddin - 854 undi.
2. Idris Ahmad - 799 undi.
3. Kamaruddin Jaafar - 769.
4. Azizan Razak - 653.
5. Hassan Ali - 642.
6. Dr Mohd Hatta Ramli - 638.
7. Abdul Ghani Shamsuddin - 637.
8. Abu Bakar Chik - 622.
9. Hanifa Maidin - 619.
10. Amiruddin Hamzah - 606.
11. Dr Lo Lo Ghazali - 598.
12. Ghani Abdul Rahman - 584.
13. Zulkefli Mohamad - 576.
14. Syed Azman Syed Mohamad - 530.
15. Hashim Jasin - 522.
16. Mazlan Aliman - 513.
17. Taib Azmuddin Mohamad Taib - 504.
18. Mujahid Yusuf Rawa - 448.


Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews