INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, June 18, 2009

Kerajaan Perpaduan -siapa jerat siapa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat. Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.""Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur)
yang menyifatkan kenyataan Najib mengenai kerajaan perpaduan adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan .klik disini.

Di atas adalah beberapa komentar beberapa pemimpin terhadap isu kerajaan perpaduan yang merupaka pandangan dan idea peribadi Presiden Datuk Seri Hadi Awang. Saya melihat gagasan dan publisiti media berlebihan terhadap isu ini merupakan suatu mainan politik oleh UMNO yang cuba memerangkap PAS dikala PRU kecil Manik Urai semakin hampir.Oleh itu, ia merupakan taktik UMNO untuk cuba memecahbelahkan PAS oleh kerana melihat kekuatan perpaduan antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sehingga menyapu bersih PRU kecil yang diadakan di Semenanjung.

Di pihak PKR, kenyataan Anwar Ibrahim lebih bersikap mengharapkan penyelesaian dengan bijaksana oleh Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi mengenai polimik tersebut. Mereka seakan tidak mahu mencampuri urusan dalaman PAS dan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Saya berasa janggal dengan idea mengenai Unity Government yang menekankan bahawa tiada pembangkang di Malaysia dan hanya sebuah kerajaan yang memerintah. Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara.Persoalannya adakah Malaysia sekarang mengalami krisis dalm negara yang teruk ?baik dari segi politik dan ekonomi?

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman. ini.Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Oleh itu jelaslah bahawa idea kerajaan perpaduan ini agak sukar dilaksanakan di Malaysia dan memerlukan penelitian yang mendalam dan penyertaan perlu melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat. Saya tertarik dengan pandangan Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana kerajaan melakukan sesuatu perkara tanpa ada pihak yang check and balance dan maksudnya perlu ada pembangkang di Parlimen.

Hujah perpaduan Melayu dan Islam dikatakan sebagai salah satu sebab unity government adalah tidak kukuh kerana di Parlimen Malaysia, didapati MP Melayu dan Islam lebih ramai begitu juga bilangan Menteri Melayu dan Islam di Kabinet 1Malaysia. Soalnya ialah peranan MP di Parlimen dan Menteri tersebut perlu lah mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.

Artikel berkaitan

bila-pas-tertelan-racun-lipas-umno
selepas-racun-lipas-najib-sedia-sapukan-gam-tikus/
adios-from-pas-tok-guru-to-nash/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews