INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, July 31, 2012

Rafizi sedih kerajaan angkuh dengan beri projek LRT Ampang pada George Kent


Kenyataan Prasarana Negara Berhad

Syarikat Prasarana Negara Bhd hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).

Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), the project and asset owner of the light rail transit (LRT) line extension project, said engineers working for the project were highly qualified and experienced to ensure all safety measures are strictly observed. Prasarana group communications chief Masnizam Hisham said that in addition, contractors would be strictly supervised by Prasarana and officials from the Occupational Safety and Health Department under the Human Resources Ministry.

"We would like to emphasize that the safety of people is paramount to Prasarana when undertaking its project and in providing its services."At no time will safety be compromised in discharging our duties," she said in a statement today in response to safety concerns raised by some.

Masnizam said Prasarana and its contractors have been working closely with all the relevant agencies – both at state and federal levels – especially in securing all necessary approvals and permits, including for pre-work.

"Prasarana would like to stress that all work undertaken by the company and its contractors would only commence after issuance of the necessary permits and approvals by the relevant authorities," she added.


@Pantherian - Rafizi telah menzahirkan kekecewaan beliau pabila Najib Razak dengan prinsip JanjiDitepati nya telah memberi projek kepada rakan golfnya yakni tauke George Kent. Kerajaan ternyata tidak menghiraukan skandal yang didedahkan oleh Rafizi dan mereka dengan angkuh masih menjaga kroni dan tidak memikirkan keselamatan rakyat pabila LRT ini sudah mula beroperasi.

Monday, July 23, 2012

Pemimpin UMNO Bkt Mertajam beli tanah Kg Terang Balik Pulau dan jual pada pemaju lain ?


Sumber blog Anak Sungai Derhaka

Pada 31 Januari 2012, seramai 31 orang Melayu pemilik tanah warisan (tanah melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga RM8,563,983.12.




Ini berlaku apabila tanah milik mereka telah dijual kepada oleh mereka sendiri kepada Maison Heights Sdn. Bhd. Pada harga RM8.563 Juta.

Tanah mereka telah dibeli pada harga RM21 setiap kaki persegi dan tanah tersebut kemudiannya telah dijual semula dengan harga RM33 setiap kaki persegi oleh Maison Height kepada Kay Pride Sdn. Bhd.


Transaksi ini telah memberikan keuntungan mencecah RM5Juta dalam masa yang singkat kepada Maison Height Sdn. Bhd.

Menariknya dalam hal ini Masion Height Sdn. Bhd. yang menjadi agen atau orang tengah transaksi tersebut dikuasai oleh Pemimpin UMNO sendiri.

Dalam melaungkan isu kononnya angkara DAP/PR, Bangsa Melayu di Pulau Pinang mula tersingkir dan terpinggir dari Pulau Pinang mereka sendiri yang menjadi barua dalam menyebabkan hal tersebut berlaku.

Masion Height Sdn. Bhd. (849163-W) didaftarkan pada 06 Mac 2009 dan dialamatkan di 56-I, 3rd Floor Perak Plaza, Perak Road, Georgetown, Pulau Pinang.


Pengarah Syarikat tersebut ialah Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir dari Bukit Mertajam dan Dato Omar Bin Haji Faudzar dari Gelugor.


Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir  merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang dan juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

Manakala Dato Omar Bin Haji Faudzar pula ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor yang juga Pengarah Pilihanraya BN Pulau Pinang.

Perkataan ‘haram jadah’ sangat sesuai buat mereka kerana bijak bermuka-muka atau bersikap ‘Hipokrit’ , dalam media ditunggang UMNO mereka membela nasib Melayu di Pulau Pinang kononnya tapi hakikat sebenar merekalah yang menyebabkan Melayu tersingkir dari Pulau Pinang.

Tapi nak disalahkan mereka 100% pun tak patut.. sebab dalam perniagaan ini mesti ada pembeli dan penjual kalau tak mana boleh dikatakan perniagaan..

Jadi punca Melayu terpinggir dan tersingkir dari tanah mereka di Pulau Pinang ini bukanlah kerana dihalau dari Pulau Pinang seperti yang Pemimpin dan juga Pencacai UMNO sering suarakan.

Tetapi sikap tamak haloba yang wujud dalam diri pemilik tanah dan keinginan mereka untuk menjual tanah mereka membuak-buak setelah diperbodohkan oleh Pemimpin UMNO yang ada..

Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.


@Pantherian :  Melayu Pulau Pinang perlu sedar siapa pengkhianat sebenar Melayu? Inilah wajah pengkhianat yang nak jual tanah orang Melayu (Mamak Tongkong bebaju Melayu) dan mereka mengetuai UMNO dan menipu melayu Pulau Pinang.

Tanah yang dibeli cukup murah dan pengkhianat ini menjual dengan harga yang mahal dan untung atas angin RM 5 juta.

Ayuh tolak Mamak Tongkang dan UMNO di PRU 13 akan datang !


Sunday, July 15, 2012

Rakyat Selangor persoal iklan "Sayangi Selangor" di tren Komuter dan stesen

  

  

Malaysiakini:

Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''.

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.

Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri,"  Iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab pihak itu. - Mat, 22 tahun pelajar IPTA

"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen nak dekat pilihan raya umum," - Amirul, pelajar IPTS.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," -Liana, 26 pekerja swasta.


@Pantherian- Semasa mula pemasangan iklan ini, aku dapat merasakan rakyat Selangor khususnya yang kerap menggunakan Komuter akan menyampah dengan tindakan UMNO ini. Tren komuter  baru dibeli ini dicalarkan dengan iklan propaganda "Sayangi Selangor" yang tidak menarik dan menjengkelkan.

Di stesen LRT atau tren LRT, kita dapati ia lebih segar dan menarik dengan iklan produk telefon, makanan, filem dan sebagainya. Terdapat juga kes iklan wajah Najib di tren  telah dikoyakkan oleh individu yang kemungkinan menyampah dengan iklan propaganda ini.




Friday, July 13, 2012

Noh Omar sudah insaf dan mahu beri air percuma di Selangor


Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.
  
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
  
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.

@Pantherian : Apa makna semua ini? Noh Omar dan UMNO baru sedar bahawa beri air percuma tidak bankrap kan kerajaan ? Baru ingat kesusahan rakyat  untuk membayar bil bulanan air?

UMNO ternyata tiada idea dan kini mahu meniru pemberian air percuma pada rakyat Selangor walhal mereka dahulu cukup bising sewaktu pemberian air percuma dahulu.Noh Omar kini dilihat calon kuat mahu jadi MB Selangor jika BN menang dan mahu mematikan hasrat MP Sepang, Datuk Zin Mohamed yang dilihat calon potensi MB Selangor.


Sunday, July 8, 2012

Keselamatan rakyat perlu diutamakan dalam isu skandal LRT Ampang



Adalah malang sekiranya kerajaan membuat kesilapan dalam memilih kontraktor yang  layak untuk tender ini dan seterusnya membahayakan nyawa ratusan ribu rakyat yang menggunakan perkhidmatan LRT setiap hari.

Sejak 2 minggu lepas, negara telah digemparkan dengan pendedahan skandal projek LRT Ampang oleh  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa wujudnya campurtangan Perdana Menteri (PM), DS Najib Razak dalam menganugerahkan projek tersebut kepada konsortium George Kent JV bernilai RM960juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang “The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”.

Dakwanya lagi, merujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 25 Januari 2012 yang dipengerusikan oleh PM, kerajaan  telah memutuskan untuk menganugerahkan kontrak projek ini kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys. Namun, berita di Business Times pada 22 June 2012 lepas memetik sumber syarikat Prasarana mengesahkan kenyakinan bahawa George Kent akan memenangi bidaan projek tersebut telah menimbulkan keraguan besar kepada kita bagaimana syarikat yang gagal dalam penilaian teknikal mampu memenangi kontrak kerja-kerja pembinaan sistem LRT Ampang. Kegagalan George Kent dalam penilaian teknikal ini telah didedahkan oleh Rafizi Ramli di sidang media lepas dan di dalam blognya.

Sistem Rel berteknologi tinggi  
  
Molek kiranya saya menceritakan sedikit mengenai sistem rel LRT yang digunakan di Malaysia. Sistem rel yang digunakan untuk Light Rapid Transit atau Mass Rapid Transit adalah jenis Third Rail. Sistem ini membekal kuasa elektrik kepada tren melalui “semi –continuous rigid conductor” atau “conductor rail” yang dipasang di   sepanjang bawah landasan. Kuasa elektrik yang dijana adalah tinggi yakni sebanyak 750VDC. Oleh itu, bukan sebarangan kontraktor yang mampu untuk membina dan memasang sistem Third rail ini kerana ia  memerlukan pengetahuan dan kepakaran teknikal terhadap sistem elektrifikasi dan semboyan.

Dalam membina satu sistem rel baru, kos peralatan sistem yang mahal  adalah sistem elektrifikasi dan semboyan (signalling) disebabkan sistem ini berteknologi tinggi dan memerlukan kepakaran teknikal untuk membinanya. Sebagai contoh, sistem LRT laluan Kelana Jaya ke Gombak yang dikendalikan oleh sistem Pusat Kawalan tanpa menggunakan pemandu. Sebarang kesilapan dan masalah teknikal pada sistem semboyan dan elektrifikasi boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan nyawa penumpang pastinya diancam bahaya.

Keselamatan Rakyat
 
Apa yang membimbangkan saya adalah konsortium George Kent yang gagal dalam penilaian teknikal oleh syarikat perunding kejuruteraan, HSS Integrated Sdn Bhd/Halcrow  ini dipilih oleh kerajaan Malaysia seperti didedahkan oleh Rafizi Ramli. Selain itu, laporan perunding kejuruteraan ini juga mengesahkan bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini.

Adalah malang sekiranya kerajaan membuat kesilapan dalam memilih kontraktor yang  layak untuk tender ini dan seterusnya membahayakan nyawa ratusan ribu rakyat yang menggunakan perkhidmatan LRT setiap hari. Mengikut rekod pada tahun 2006, tren laluan Ampang  ke Sentul Timur pernah mengalami kemalangan di Stesen Sentul Timur apabila melanggar penghadang konkrit dan tergantung di ketinggian 25 meter namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Isu kerosakan teknikal pada  tren LRT juga hangat diperkatakan pada tahun 2006 sehingga Menteri Pengangkutan waktu itu, DS Chan Kong Choy mengarahkan perunding asing untuk mengaudit kejadian kes kemalangan dan kerosakan tren LRT.

Untuk makluman tentang tren baru laluan Ampang, Kementerian Kewangan telah menganugerahkan kontrak pembelian 20 set tren tersebut kepada syarikat CSR Zhuzhou dari China dengan nilai bidaan RM 530 juta pada bulan April lepas yang didakwa adalah terendah jika dibandingkan bidaan lain. Tren ini dijangka mampu membawa penumpang sebanyak 1308 orang dan berkelajuan 80km/sejam.

Jika pembelian tren telah dimuktamadkan dengan bidaan terendah dan kemampuan teknikal yang baik, maka keputusan untuk pemberian tender kerja pembinaan ini perlu lah dilakukan sedemikian rupa. Kerajaan perlu menyakinkan rakyat bahawa perkhidmatan LRT ini cekap dan selamat dengan pemberian tender kerja pembinaan tersebut kepada kontraktor yang kompetan dan berkelayakan. Rakyat tiada pilihan lain melainkan menggunakan pengangkutan awam terutama pengangkutan rel  untuk menjimatkan kos pengangkutan dan mengelakkan kesesakan di jalan raya. Saranan kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam perlu disusuli dengan penyediaan sistem pengangkutan awam yang selamat dan efisien.

@ikhwanhafiz- Penulis adalah seorang Jurutera yang pernah berkhidmat di industri rel dan automotif. Aktif  sebagai  Exco Pembangunan AIC dan juga merupakan Alumnus Akademi Pak Sako dan Sekolah Politik.






Saturday, July 7, 2012

Anwar Ibrahim boleh jadi tokoh pemikir besar jika tidak masuk politik


Siddiq Fadhil dalam penilaian Anwar

oleh Rahman Shaari (Kolumnis Sinar Harian)

SAYA menerima undangan daripada Rozan Azen Mat Arip, orang kuat Pemuda PKR, untuk hadiri majlis bicara buku Datuk Siddiq Fadzil, 25 Jun lalu. Saya jarang menolak undangan Rozan, anak muda yang berbakat dalam kesusasteraan dan deklamasi. Lagipun, kali ini saya berpeluang mengikuti apresiasi karya Siddiq Fadzil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya telah berbicara di sana sini, bahawa pada 1973 dan 1974, Anwar ialah tutor subjek Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pensyarah untuk kursus itu ialah Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Anwar amat memahami buku Naquib yang menggunakan judul sama dengan nama kursus: Islam dalam Sejarah dan Kesusasteraan Melayu. Elok dicatatkan, pada 2011, Prof Naquib menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno.

Kuliah Prof Naquib dan tunjuk ajar tutorial Anwar mengenai subjek berkenaan adalah seiring. Anwar benar-benar faham akan subjek dan maksud Naquib. Selain itu, kerap pula beliau menyebutkan nama pengarang lain yang sejajar dengan Naquib, misalnya Ismail Al-Faruqi, Cesar Adib Majul, dan beberapa lagi.

Anwar memaparkan pandangan dan penemuan sarjana itu, dan golongan pelajar senang mendengar huraiannya. Saya masih ingat judul buku yang disebut Anwar, antara lain buku Al-Faruqi, Our Beginning in Wisdom dan juga buku Adib Majul, Muslims in the Philippines.

Saya menyebutkan semua di atas, kerana dalam menyampaikan apresiasi terhadap buku Islam dan Melayu karya Siddiq Fadzil, Anwar ada menyebutkan bahawa buku ini sejajar dengan buku Naquib dari segi kekuatannya. Oleh itu, jika pandangan Anwar dipersetujui, maka dapat kita katakan bahawa Siddiq Fadzil tiba ke tahap Naquib Al-Attas, Ismail Al-Faruqi dan Adib Majul. Betulkah begitu?

Dalam tulisan yang lepas, ada saya sebutkan dalam hal ilmu seumpama ini, Anwar amat cekap. Beliau cekap mendaftarkan fakta dan berupaya menghuraikannya dengan kemas. Jika Anwar tidak memasuki gelanggang tendang terajang politik yang biasa-biasa seperti sekarang, saya kira beliaulah yang tiba ke tahap Naquib Al-Attas, bukan Siddiq Fadzil. Namun, biarlah demikian, semua ini subjektif.

Bicara Anwar pada 25 Jun lalu menyentuh beberapa hal penting. Misalnya, beliau mengingatkan kembali kenyataan Naquib bahawa Islam mengubah jiwa bangsa Melayu. Memang, dalam buku Naquib, teori otoktoni ditolak. Menurut Naquib, teori itu, iaitu yang mengatakan kepercayaan Islam disesuaikan saja dengan kepercayaan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu purba, tidak sesuai.

Teori itu sesuai untuk dipadankan dengan agama lain. Selain itu, Anwar juga menyebutkan konsep public intellectual (intelektual umum). Mereka ini, katanya, tidak hanya sekadar sarjana, jauh sekali profesor kangkung.

Menurut Anwar, ajakannya agar Siddiq Fadzil menyertai parti politik, ditolak Siddiq. Berkaitan dengan perkara ini, berbalik pada konsep public intellectual, kegiatan politik kepartian adalah kesilapan. Kegiatan politik kepartian, walaupun dipercayai orang terdekat dan pengikut taksub, langsung tidak dihayati pihak parti lawan. Ini ialah segi keburukan demokrasi.

Adalah hak sesiapa untuk memilih politik kepartian yang kerap durjana, atau menjadi pemikir yang membaiki kesilapan. Anwar telah menentukan jalan hidupnya, iaitu beliau mahu menuju ke Putrajaya, baik melalui Umno dan BN pada masa dulu, mahupun melalui PKR dan PR masa kini.

Dalam keadaan begini, beliau berhadapan dengan Datuk Seri Najib Razak, yang dapat dikira adik beliau dalam Pergerakan Pemuda Umno pada masa lalu. Sesetengah daripada rakyat percaya bahawa mereka berdua serius dalam pertentangan, namun sesiapa yang betul-betul tahu kesenian politik, apa-apa yang sudah, sedang dan akan terjadi, betapa dahsyat pun, adalah olok-olok yang kelihatan sungguh-sungguh.

Dalam majlis berkenaan saya juga memberikan perhatian terhadap persembahan Rozan yang membawa suara bijaksana Melayu masa lalu. Saya fikir persembahan itu bagus, dan adalah baik jika latihan ditambah untuk persembahan akan datang.

Saya sebenarnya telah mencipta konsep persembahan puisi artistik, dan Datuk A Samad Said (yang turut berada di majlis) telah menyebutkan kaedah PPA itu dalam satu makalahnya. Rozan amat tahu tentang itu, cuma mungkin beliau berhadapan dengan kerja yang banyak, maka latihan kurang. 

Keselamatan rakyat jadi taruhan untuk skandal LRT Ampang - George Kent

 adakah kita mahu kejadian ini berulang?

 Sumber Harakah 

KUALA LUMPUR: Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek itu.Demikian ditegaskan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan Umno BN berbanding keselamatan rakyat.

Katanya, tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan Umno BN mengatasi segala-galanya.

Menurutnya, ia juga mengesahkan bahawa Najib bimbang skandal itu bakal menggugat kedudukannya apabila maklumat mengenainya tersebar luas.Sehubungan itu, beliau kesal dengan kenyataan Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?

Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?” tanya beliau.

@Pantherian :  Saya secara konsisten agak berkempen untuk mendedahkan skandal LRT Ampang ini yang difikirkan amat penting kerana ia melibatkan keselamatan orang awam dan mahu kontrak untuk projek penyambungan laluan LRT Ampang ini diberikan kepada kontraktor yang layak dan kompetan.


Thursday, July 5, 2012

Skandal LRT : George Kent gagal penilaian teknikal dipilih untuk projek LRT Ampang ?

 Pemilik George Kent ini khabarnya rakan golf PM


GEORGE KENT GAGAL DALAM PENILAIAN BIDAAN, BAHAYAKAN NYAWA ORANG RAMAI

Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.

Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Najib Razak sendiri.

Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui
kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).

Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:

1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;

2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;

3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;

4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;

5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan

6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.
Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Najib Razak.

Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.

Jika niat Najib Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.

Saya menyeru supaya Najib Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Baca di Malaysia Chronicle juga.


@PantherianSaya sebagai seorang jurutera yang banyak terlibat dalam penilaian teknikal  untuk  sesuatu projek mengakui bahawa penilaian teknikal adalah amat penting dalam memilih syarikat yang layak untuk memenangi tender tersebut. 

Malah penilaian teknikal ini lebih penting dari penilaian komersial (kos)untuk sesetengah  projek kerana ia melibatkan faktor keselamatan, operasi dan kebolehpercayaan.

Oleh itu, pendedahan skandal LRT  oleh Rafizi yakni wujud campurtangan PM Najib dalam menganugerahkan kontrak ini kepada konsortium George Kent Lion Pacifiz JV yang sudah gagal dalam penilaian teknikal ini amat mengusarkan orang awam. Ini kerana ia melibatkan keselamatan orang awam yang menaiki tren tersebut dan juga menurut Prasarana tren baru LRT Ampang nanti tidak mempunyai pemandu seperti tren laluan Kelana Jaya- Gombak.



Wednesday, July 4, 2012

Rosmah muncul sebagai Perdana Menteri di RTM ?


ROSMAH Mansor kembali beraksi setelah sekian lamanya tidak muncul mempopularkan diri di media-media tempatan, kali ini beliau muncul sebagai Perdana Menteri.

Lihat gambar di bawah baik-baik, RTM mengadakan sebuah rancangan bertajuk "Expresi Remaja Bersama Perdana Menteri" dengan menjemput Rosmah Mansor datang ke studio untuk ditemubual.

Video boleh ditonton di www.tonton.com.my
Pantherian : Ini lah Perdana Menteri Malaysia yang sebenar , Bik Mama !
 

Tuesday, July 3, 2012

Anak Mahathir dapat kontrak bekal minyak untuk MAS


Petron bekal minyak untuk MAS

SUBANG 1 Julai - Petron Malaysia (Petron) dan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) telah menandatangani perjanjian untuk membekal dan membeli minyak pada harga berpatutan untuk penggunaan pesawat Airbus A380 dalam tempoh enam bulan.

Petron merupakan syarikat induk kepada Esso Malaysia Bhd. Petron dan MAS dalam kenyataan bersama di sini berkata, pembekalan minyak Petron kepada MAS, berkuat kuasa hari ini.

Jelas kenyataan itu, bagi menyambut kerjasama yang terjalin antara dua pihak itu, Petron akan memberi sumbangan minyak percuma untuk penerbangan sulung pesawat A380 MH2 dari Kuala Lumpur ke London, malam ini.

Pada 5 Jun lalu, MAS turut menikmati bekalan minyak dari Petron apabila menganjurkan penerbangan percubaan A380 untuk kakitangan dan tetamu termasuk tetamu kenamaan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pantherian  : Utusan agak bijak menutup berita bahawa Petron Malaysia adalah syarikat di bawah San Miguel dari Filipina yang kebanyakan sahamnya dimiliki oleh anak Mahathir iaitu Mirzan. 

Mengapa tidak beritahu San Miguel adalah syarikat induk Petron Malaysia ? Yang baru membeli ESSO Malaysia Bhd yang sekian lama bertapak di Malaysia.  San Miguel jika diselidik bisnesnya utamanya adalah di antara pembekal arak terbesar di dunia dan antara ke 10 jenama arak perjualan terbaik di dunia.

Apa jadi pada Petronas? syarikat Malaysia kepunyaan kerajaan yakni MAS memilih PETRON sebagai pembekal minyak? Siapa untung?


 

Sunday, July 1, 2012

Dasar pengangkutan negara yang diimpikan oleh Rafizi Ramli


Rafizi menjawab soalan anak muda berkaitan sistem pengangkutan awam



Jawapan Rafizi sebab perletakan  jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews