INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, January 15, 2012

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk PRU 13




Dasar FELDA Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah


1. FELDA yang ada sekarang telah menyimpang dari matlamat asalnya iaitu untuk membantu rakyat termiskin memiliki tanah dan menjaga kepentingan peneroka dengan menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada mereka agar berdaya saing dan mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka.

2. Sekarang, peneroka dilayan seolah-olah mereka pekerja ladang yang bermajikan sebuah konglomerat perladangan besar.

3. Masanya telah tiba untuk mengembalikan FELDA dan konsep rancangan tanah persekutuan kepada semangat asalnya; iaitu FELDA menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada peneroka sebagai tuan tanah agar mereka mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka.

PR akan menghentikan penyenaraian FELDA Global Ventures

1. Penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) adalah bertentangan dengan semangat asal penubuhan FELDA dan mengkhianati kedudukan peneroka sebagai tuan tanah.

2. Kumpulan FELDA kini mempunyai 137 syarikat yang aktif dalam pelbagai perniagaan. 47 adalah anak syarikat atau hakmilik FELDA Holding Berhad (FHB) manakala 90 lagi ditubuhkan di bawah FGV.

3. Bagi tahun kewangan 2010, FGV mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM366.37 juta sementara FHB mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM760.10 juta.

4. Sejak FGV ditubuhkan dalam tahun 2007, FHB terus mencatat keuntungan yang jauh lebih baik berbanding dengan FGV yang banyak rugi dengan pelaburan di luar negara yang diragui ketepatan nilai pelaburannya.

5. Kedua-dua syarikat FGV dan FHB ditubuhkan dan dibina di atas kekuatan kewangan hasil sumbangan peneroka-peneroka FELDA yang menjadi pelanggan kepada syarikat-syarikat ini.

6. Melalui penyenaraian, pegangan bersih peneroka dan kakitangan FELDA di dalam FHB (yang lebih menguntungkan) akan berkurangan seperti berikut:

7. Oleh yang demikian, penyenaraian kesemua syarikat perniagaan di bawah FELDA melalui suntikan ke dalam FGV yang akan disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur wajib ditentang kerana:

Pegangan bersih peneroka dan  kakitangan FELDA dalam FHB
Sebelum penyenaraian 51%
Selepas penyenaraian 42.6%

a. Bertentangan dengan konsep asal FELDA yang menjunjung hak peneroka sebagai tuan tanah, bila mana syarikat-syarikat yang dibina di atas kekuatan kewangan hasil keringat peneroka diperjudikan di pasaran saham;

b. Penstrukturan entiti perniagaan FELDA di bawah FGV dan FHB yang dilakukan melalui penyenaraian bermakna peneroka terpaksa menanggung risiko kerugian syarikat-syarikat yang kurang berdaya saing yang kini berada di bawah FGV;

c. Penstrukturan itu juga bermakna peneroka dan kakitangan FELDA akan kehilangan lebih banyak pegangan di dalam syarikat-syarikat penting yang untung di dalam FHB, sebagai pertukaran kepada pegangan di dalam FGV;

d. Penyenaraian bermakna tanah-tanah yang diambil atau dibangunkan atas nama peneroka akan hilang dari pegangan peneroka apabila ia menjadi milik syarikat awam yang majoritinya bukan peneroka dan kakitangan FELDA.

PR akan menghapuskan ketidakadilan dan penganiayaan berterusan peneroka oleh FELDA

1. Setelah sekian lama menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara, masih ramai peneroka FELDA yang sengsara dengan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan berhadapan bebanan hutang berpuluh-puluh tahun.

2. Manipulasi peneroka oleh pihak berkuasa berlaku secara meluas melalui dua cara:
a. Pembayaran yang tidak telus dan menipu peneroka melalui peratusan kadar perahan (KPG) yang lebih rendah dari sepatutnya;
B. Tidak ada ketelusan dari segi pendapatan yang dijana oleh peneroka melalui penanaman semula bila mana mereka diberikan penyata hutang tetapi hasil pendapatan disembunyikan dari peneroka. Seluruh laba hasil dari kenaikan harga komoditi dibolot oleh pihak berkuasa.

3. Oleh itu, Pakatan Rakyat berjanji akan merombak kedua-dua sistem ini untuk memastikan sistem agihan keuntungan yang adil dan telus kepada peneroka, kerana merekalah tuan tanah yang memiliki hasil tanaman mereka, bukannya pekerja ladang yang makan gaji dengan pihak berkuasa atau syarikat-syarikat FELDA.

Empat Tawaran Jingga Pakatan Rakyat kepada Peneroka FELDA

1. Konsep FELDA Plantations diperluaskan, tanahnya dibuka kepada warga FELDA.
Pengubahsuai Konsep FELDA Plantations untuk merangkumi keturunan peneroka FELDA akan menyaksikan 830,000 ekar tanah dibuka kepada peneroka baru yang terdiri dari generasi kedua dan ketiga FELDA.

2. Bebanan hutang peneroka dikaji semula dan keuntungan dikongsi bersama

Sekian lamanya warga peneroka dibebankan dengan hutang sedang keuntungan hasil penat lelah mereka disembunyikan. Beban hutang ini akan dikajisemula. Segala penyata pendapatan peneroka juga akan dikemukakan bersama dengan kos sara hidup dan kos pembangunan.

3. Skim perumahan selesa warga FELDA diperkenalkan

Pakatan Rakyat menjunjung hak rakyat memiliki perumahan mampu milik yang selesa. Keluarga yang bahagia bermula dari rumah yang selesa. Skim perumahan selesa untuk warga FELDA akan menjadi mercu tanda anjakan ekonomi dan sosial warga FELDA dengan memberi tumpuan kepada hak perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA.

4. Warga FELDA tidak ditindas dengan penipuan hasil dan kiraan KPG yang belot

Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan amalan kiraan kadar perahan gred (KPG) yang menipu warga FELDA.  Reformasi menyeluruh untuk menukar sistem KPG akan dibuat selaras dengan perjuangan KEADILAN selama ini yang membela hak warga FELDA mendapat KPG sehingga 28%; seperti kemenangan kes di FELDA Kemahang 3.

Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah

1. Salah satu gejala krisis ekonomi yang terus membelenggui rakyat dan negara    ialah    Inflasi.    Inflasi membawa bencana    kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat dan pengguna.  Kelompok yang paling terhempit dengan kenaikan kos saraan hidup ialah golongan berpendapatan rendah.

2. Pelbagai akibat penarikan balik subsidi sekaligus mengakibatkan harga komoditi tersebut tinggi (Cost Push), atau kerana memang permintaan tinggi sementara barangan atau perkhidmatan tersebut terhad (Demand Pull).

3. Antara yang mencetuskan kenaikan kos barangan dan servis (perkhidmatan) ialah amalan Monopoli tajaan kerajaan Barisan Nasional dalam pemberian lesen perkhidmatan, pengimportan, pengilangan serta mengawal seluruh rantaian bekalan (monopolise the entire supply-chain) dan sekaligus tidak menggalakan bahkan menyekat Persaingan (Competition) sihat dalam pasaran.

4. Pemberian lesen kepada pihak kroni atau terkadangkali kepada syarikat kaitan kerajaan kerajaan (GLCs) mengakibatkan pengherotan pasaran (market distortion)     dan    menjadikan    pasaran tidak efisien (inefficient market). Ini juga serentak akan mencetuskan kenaikan kos tidak munasabaha mengikut kehendak pembekal produk atau perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan akan turut terjejas.

5. Kartel juga dalah amalan pihak monopoli yang berpakat dan bergabung mengepong dan mengherotkan pasaran sekaligus mencekik rakyat dan pengguna dengan kos servis atau kualiti produk yang tidak mempedu- likan kepentingan rakyat dan pengguna.

Contoh-contoh amalan monopoli terkini:

1. Monopoli dalam pemberian lesen mengimport dan mengedar beras kepada syarikat Padiberas Nasional Berahd (BERNAS) milik kroni. Amalan memberikan subsidi kepada BERNAS dan bukan petani secara langsung menjadikan petani tidak mendapat menafaat secara terus. Begitu juga kedudukan semua barang kawalan - "Control Item" seperti gula, minyak dan tepung.

2. Amalan monopoli pada perkhidmatan "last mile" oleh Telekom Malaysia (TM) yang mengamalkan pemberian perkhidmatan "last mile" Kepada syarikat telekomunikasi (Telcos) secara tunggal (samada Maxis, Celcom dsbnya) lantas menghalang persaingan dalam perkhidmatan.

3. Monopoli perkhidmatan televisyen satelit oleh Astro dan penguasaan monopoli Media Prima yang kini memilikki TV3, 8TV, kumpulan New Straits Times, Channel 9 dan NTV7.

4. Monopoli pemberian lesen teksi kepada pihak kroni dan bukan kepada pemandu dan pemilik teksi.

Tujuh Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk Menamatkan Monopol
i

1. Import lesen dalam monopoli beras dihentikan dan lesen permit import diberi secara tender terbuka.  Import lesen ataupun Approved Permit (AP) untuk barangan lain termasuk kereta juga akan diberi secarat tender terbuka.

2. Pemberian subsidi diagih terus kepada petani dan tidak diberikan kepada BERNAS atau pihak orang tengah.

3. Pengedaran dan seluruh rantaian bekalan peruncitan dibuka bagi menggalakkan persaingan.

4. Satu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi-konsesi dan perjanjian-perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kepentingan umum khusus di sektor utiliti seperti penjana tenaga bebas dan perjanjian pembelian tenaga yang jelasnya berat sebelah dan menguntung pihak pemilik konsesi serta mengorbankan kepentingan awam dan pengguna.

5. Akta ini juga wajar menilai semula perjanjian dalam pensawastaan sektor air dan konsesi tol-lebuhraya.  Sektor-sektor kritikal lain juga seperti Telekomunikasi, Kesihatan, Perolehan Pertahanan dan Pengangkutan Awam juga perlu dikaji bagi menjamin kemaslahatan umum dan pengguna.

6. Sistem Tender Terbuka yang lebih bermakna untuk perolehan kerajaan yang mesti dilakukan secara lebih profesional dalam penentuan harga oleh kumpulan berkepakaran bagi menjamin "value-for-money" Untuk dana awam dan mengelakkan perunutkan bajet tidak menasabah dan menyekat ruang amalan rasuah.

7. Akta Persaingan 2010 yang akan dilaksanakan tahun 2012 ini akan diperluaskan kepada semua sektor ekonomi termasuklah syarikat telekomunikasi, perkhidmatan televisyen berbayar dan sektor media, sektor pernerbangan dan sektor tenaga yang paling banyak mengalami gejala pengherotan pasaran dan harga akibat monopoli dan amalan kartel.

Dasar Pengukuhan Federalisme Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah

1. Malaysia pernah dikatakan sebagai sebuah "Negara Persekutuan Berpusat", disebabkan kuasa luas yang dinikmati oleh Kerajaan Persekutuan berbanding dengan kerajaan-kerajaan negeri.  Apabila ciri- ciri sebuah negara persekutuan pusat digabungkan dengan kepimpinan yang bersifat autoritarianisme, ia menghasilkan sebuah sistem birokrasi pusat yang makin luas cengkamannya.  Kebertanggungjawaban dalam perbelanjaan akan terhakis dan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri juga makin berkurangan.  Sebagai contoh, belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 adalah RM191 bilion berbanding dengan hanya RM16.6 bilion, iaitu jumlah majmuk belanjawan kesemua negeri-negeri dalam persekutuan.

2. Kerajaan BN di peringkat persekutuan telah menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati sistem federalisme terutama sekali dalam hubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang bukan di bawah tadbir mereka.  Kerajaan Negeri Kelantan, yang telah dikuasai PAS sejak tahun 1990,telah dinafikan royalti minyak sebanyak RM800 juta    setahun sejak tahun 2005.  Kerajaan Negeri Terengganu yang pernah dikuasai PAS dari tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menerima pembayaran royalti minyak 5%, yang merupakan 80% dari jumlah belanjawan negeri.  Sebaliknya, wang tersebut telah disalurkan sebagai "wang ehsan" melalui ahli-ahli politik UMNO di negeri itu untuk membolehkan mereka memenangi semula Kerajaan Negeri.  Sampai sekarang, 8 tahun selepas mengambil balik pucuk pimpinan negeri Terengganu, royalti minyak di sana masih lagi diklasifikasikan sebagai "Dana Khas", dan kerana itu tidak tertakluk kepada proses-proses biasa seperti audit dan penelitian lain.

3. Baru-baru ini, dana pembangunan untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor (dan Perak sebelum dirampas) telah disalurkan melalui Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) yang berada di bawah arahan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri.  Dalam erti kata lain, kerajaan-kerajaan negeri tersebut tidak mempunyai kuasa ke atas dana pembagunan negeri-negeri mereka sendiri.

4. Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, hak-hak dan kuasa negeri bukan sahaja akan dikembalikan tetapi diperkukuhkan.  Semangat federalise yang mengiktiraf hak dan tanggungjawab kerajaan negeri akan diluhurkan.  Di bawah Pakatan Rakyat, sebahagian besar hasil serta tanggungjawab-tanggungjawab pengawalseliaan dan penguatkuasaan akan diluaskan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dengan matlamat untuk memperkasakan masyarakat tempatan dalam pelaksanaan kemudahan prasarana dan perkhidmatan awam.  Ini akan menjadi dua teras utama Kerajaan PR untuk mengukuhkan sistem federalisme.

Lima Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk Pengukuhan Federalisme

1. Sebahagian hasil yang dikutip di peringkat pusat akan diperuntukkan kepada negeri-negeri, serentak dengan penyerahan kuasa untuk menggunakan hasil tersebut mengikut budi bicara negeri. Pakatan Rakyat akan memastikan belanjawan kerajaan-kerajaan negeri akan ditingkatkan melalui geran perkapita dan geran pembangunan ekonomi di samping royalti minyak dan gas.  Sebahagian daripada peruntukan itu akan diasingkan untuk keperluan pembangunan dan sosial khusus bagi negeri-negeri tertentu yang memerlukan pembangunan infrastruktur yang lebih seperti Sabah dan Sarawak serta rancangan pembasmian kemiskinan di Terengganu dan Kelantan. Tambahan pula, dana khas petroleum akan ditubuhkan di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk menstabilkan aliran hasil dan perbelanjaan di negeri-negeri tersebut. Ini penting memandangkan rizab minyak dan gas akan merosot pada masa depan. Wadah dana khas ini adalah serupa dengan Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) tetapi akan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

2. Pakatan Rakyat juga akan memastikan kebertanggungjawaban perbelanjaan dengan mempertingkatkan bidang kuasa dan peruntukan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Ketua Audit Negara supaya dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang diperlukan.  SPRM juga akan diperkasakan dengan kuasa pendakwaan bebas.

3. Tambahan pula, Pakatan Rakyat akan mengagihkan kuasa pusat dalam tanggungjawab-tanggungjawab yang sepatutnya berada di bawah bidang kuasa negeri dan kerajaan tempatan. Salah satu bidang utama yang akan diagihkan adalah dalam pengangkutan awam yang sedang dimonopoli beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang kurang memuaskan.

4. Pakatan Rakyat akan mengkaji semula semua undang-undang yang melindungi monopoli kerajaan dan menyekat perdagangan antara-negeri dan antarabangsa. Undang-undang seperti Dasar Kabotaj Kebangsaan di Sabah dan Sarawak telah mengakibatkan kenaikan harga barang yang secara langsung meningkatkan kos sara hidup rakyat di sana.

5. Akhir sekali, Pakatan Rakyat akan mengiktiraf kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak serta menegaskan semula komitmen untuk mendukung dan mengukuhkan Perjanjian 18/20 Perkara dengan Sarawak dan Sabah.  Khususnya, PR akan meningkatkan perwakilan Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam di kedua-dua negeri tersebut, di samping meningkatkan autonomi dalam bidang pendidikan.

Sebagai kesimpulan, pengagihan kuasa pusat atau desentralisasi di bawah Pakatan Rakyat akan mengambil lima pendekatan berikut:

(i) Desentralisasi dalam hasil dan perbelanjaan.
(ii) Perluasan bidang kuasa SPRM dan Jabatan Ketua Audit Negara di peringkat tempatan.
(iii) Desentralisasi dalam tanggungjawab-tanggungjawab strategik kepada peringkat tempatan.
(iv) Mengkaji semula monopoli kerajaan dan sekatan dalam perdagangan antara-negeri dan antarabangsa.
(v) Mendukung dan mengukuhkan Perjanjian 18/20 Perakara dengan Sarawak dan Sabah, terutamanya dalam perkhidmatan awam dan pendidikan.

Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah

1. Campurtangan politik yang berleluasa merupakan hakikat di dalam Perkhidmatan Awam negara pada masakini. Ini menyebabkan banyak pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terganggu. Kakitangan awam menjadi keliru dengan arahan politik yang bercanggah antara satu sama lain, atau bercanggah dengan dasar sedia ada di dalam perkhidmatan awam, dan kadangkala bercanggah dengan kepentingan negara dan urustadbir ke- wangan yang baik.

2. Perkhidmatan awam yang terlalu berpusatkan kepada Perkhidmatan Tad- bir dan Diplomatik atau "PTD-centric" sehingga seolah-olah memberikan gambaran bahawa perkhidmatan awam itu hanyalah PTD dan PTD itulah sahaja perkhidmatan awam.

3. Kenaikan gaji yang jauh tidak sejajar dengan kenaikan kos sara hidup dan tidak seimbang jika dibandingkan antara pelbagai kategori di dalam Perkhidmatan Awam. Bahkan di dalam SBPA yang diwarwarkan baru-baru ini pun, golongan berpendapatan rendah dari kategori perkhidmatan sokongan adalah merupakan golongan yang diberikan kuantum kenaikan yang paling rendah berbeda dengan kumpulan-kumpulan lain, sedangkan golongan inilah yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang lain.

4. Perkhidmatan Awam adalah merupakan paksi yang strategik kepada sistem penyampaian (delivery system) kerajaan kepada rakyat jelata. Sistem Penyampaian yang baik adalah penting bagi menjamin kelancaran pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Lantaran itu, Pakatan Rakyat komited kepada usaha untuk mewujudkan satu Perkhidmatan Awam yang berwibawa dan berintegriti. Bagi mencapai tujuan ini, Pakatan Rakyat akan mempastikan bahawa Perkhidmatan Awam sentiasa dibela dan diberikan sokongan padu oleh kerajaan bagi mempastikan jentera Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh dedikasi, berkesan dan cekap.

Enam Tawaran Jingga Pakatan Rakyat untuk Memperkasakan Perkhidmatan Awam

1. Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada Perkhidmatan Awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik.  Memartabatkan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah entiti yang memberi khidmat professional mereka kepada "government of the day".

2. Mewujudkan satu model perkhidmatan awam yang saksama atau "equitable" untuk semua kategori perkhidmatan termasuk professional dan pengurusan, badan berkanun, perkhidmatan tadbir negeri, perkhidmatan sokongan dan separa professional dan lain-lain lagi supaya semua penjawat awam merasakan bahawa perkhidmatan mereka di hargai dalam menyumbang untuk pembangunan negara.

3. Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian danAgensi kerajaan dengan cara mengadakan suatu    penjustifikasian semula supaya sumber-sumber yang bertindih dapat diagihkan semula ke agensi-agensi yang memerlukan gunatenaga mereka dengan tidak mewujudkan "redundancy" di dalam skop tugas dan bidangkuasa kakitangan awam.

4. Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat "PTD-centric".

5. Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara "merit" dan telus.  Bagi tujuan ini, satu mekanisma yang sistematik akan diwujudkan supaya kelayakan, kemahiran dan pengalaman kakitangan awam dapat dipertingkatkan secara konsisten bagi tujuan ini.

6. Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.
*Buku Tawaran Jingga oleh Pakatan Rakyat, sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kedah pada 14 Januari 2012.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews