INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, January 30, 2012

Awan Nano dan Buddhi Hekayat @HasmiHashim


Tahniah dan syabas kepada Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat di atas kemenangan lagu Awan Nano di Anugerah Juara Lagu (AJL ke 26).  Lagu Awan Nano yang cukup indah dari segi lirik dan melodi sememangnya antara calon Juara Lagu ke 26 kali ini. Lirik lagu  ini ditulis oleh Buddhi Hekayat dan muzik oleh M Nasir cukup hebat di pentas Final AJL yang didendangkan oleh Hafiz. Hafiz cukup bertenaga dengan vokal yang baik turut menggondol Anugerah Vokal Terbaik.

Kemeriahan sokongan terhadap Awan Nano ini bermula di Twitter pada petang Ahad (29 Jan) apabila aku   rakan-rakan Twitterjaya yang lain seperti @Mamunakhabaq,@NajwanHalimi @Bumilangit dan @afifbahardin mula berkempen di Twitter menyatakan sokongan dan solidariti kepada lagu Awan Nano dan Hasmi Hashim. Kempen di twitter tersebut ternyata berjaya menarik sokongan orang ramai sehingga lah sewaktu keputusan pemenang diumumkan oleh FBI dan Cheryl pada malamnya.

Kenali Hasmi @Buddhi Hekayat

Aku mula mengenali Hasmi Hashim sekitar tahun 2008 melalui Facebook apabila membaca tulisan cerpen kisah cintanya dengan gadis Tionghua. Bahasa yang digunakannya cukup indah dan puitis. Kemudian sekitar tahun 2010, aku menemui secara dekat dengan beliau di  program Pidato Zaman Gila anjuran Republik Anak Muda (RAM)  di Penang yang turut dinaungi oleh beliau.Aku tertarik dengan pidatonya yang tegas perjuang hak anak muda  melalui usulnya di Testamen Politik Anak Muda dan penyampaian sajak WS Rendra Paman Doblang pada malam tersebut.

Oleh itu malam tersebut membawa aku mengenali siapa itu Hasmi Hashim, ternyata seorang budayawan dan sosok seni yang hebat yang petah berpidato. Kemudian aku ke program Debat Calon Ketua AMK pada September 2010 di Taiping dan hadir untuk menyatakan sokongan pada Hasmi Hashim yang mahu bertanding Ketua AMK. Kelompok anak muda seperti Hilman dan Izmil dan kebanyakan  siswa yang hadir memberi sokongan Hasmi kerana beliau  rapat dengan mereka melalui Sekolah Politik IKD.


Beliau terkenal dengan  idea Gagasan Pencerahan yang mahu mengupas semula makna dan harapan semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan  fungsi seni dan budaya tidak diketepikan dalam arus perjuangan politik negara.



Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat,” katanya

Kini setelah berpindah di KL, aku kerap hadir lepak sembang seni & politik bersama Hasmi dan kawan-kawan lain seperti Khairil, Najwan, Beeha dan Puspa di Pelita Jalan Telawi, Bangsar. Lepak dengan mereka ternyata tidak membosankan walaupun hingga larut pagi dengan pelbagai cerita dan topik dibualkan. 
Sembang Seni
Jangan lupa untuk hadir jam 8mlm di NZ Garden, KLCC pada 31Jan 2012(Selasa) akan diadakan @Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat yang dianjurkan oleh Akademi PakSako. Semua kawan-kawan dan peminat Buddhi Hekayat dijemput hadir.
Tahniah Buddhi !
 

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews