INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, November 30, 2009

UMNO BN PP belajar berdemo di Dewan DUN PP

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

PULAU PINANG: Sekumpulan lebih 100 orang (orang UMNO dan BN) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini mengadakan demonstrasi di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Tindakan mereka yang membuat kecoh sambil menghamburkan kemarahan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan di bawah kepimpinannya itu bukan sahaja menarik perhatian anggota Dewan, malah turut mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.

Gelagat mereka yang berdiri di tengah jalan dan menghalang laluan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Lebuh Light dan Padang Kota Lama selama hampir sejam.

Perhimpunan yang bermula sekitar pukul 12 tengah hari yang turut disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala, juga menyaksikan potret Ketua Menteri dibakar, gesaan supaya Ketua Menteri letak jawatan diutarakan, dan kata-kata "kerajaan negeri penipu" dilaungkan.

Bagaimanapun perjalanan sidang DUN tidak terjejas dengan demonstrasi itu dan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain mengarahkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya meneruskan sesi soalan lisan.

Polis bagaimanapun berjaya menyuraikan kumpulan berkenaan dan seorang pemimpinnya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari DUN untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu. Sebelum kekecohan tercetus, Pengerusi Pertubuhan Kampung Buah Pala, M. Sugumaran sempat menyerahkan memorandum berhubung nasib sembilan penduduk kampung yang tidak menandatangani surat tawaran rumah teres dua tingkat daripada pemaju kepada Ketua Menteri.

** Tahniah UMNO dan BN PP kerana sudah mula berjinak-jinak dengan demonstrasi jalanan dan ini boleh dikira sebagai melanggar amanat pemimpin besar UMNO yang mengatakan demonstrasi bukan budaya di negara kita. Tetapi di PP, UMNO dan parti komponen lain mula melihat demo sebagai cara untuk menghantar mesej jelas kepada kepimpinan negeri.Cuma yang perlu digilap ialah bakat mengepalai perhimpunan dilihat masih kurang berbakat cthnya Norman Zahalan KP UMNO PP yang cakap entah apa-apa di media TV3. Sepatutnya beliau menekankan isu-isu yang dibangkitkan kepada media tetapi melalut cakap KM PP penipu dan tidak membuat apa-apa untuk rakyat PP.

Norman Zahalan perlu berjumpa orang lama demo seperti Mat Sabu, Tian Chua ,Ibrahim Ali dan Chegu Bard yang banyak makan garam bab berdemo. Demonstrasi itu dikira akan lebih menarik jika FRU melepaskan gas pemedih mata atau air dari water cannon dan dari situ boleh merasa pengalaman dan kenikmatan berdemo di Malaysia.



Tetapi oleh kerana diketuai UMNO dan BN maka layanan istimewa diberikan dan diiktiraf sebagai perhimpunan aman dan bukannya perhimpunan haram. Lihat lah pembakaran poster LGE di jalan raya dan adakah ini dikira aman? Saya yang pernah menyertai perhimpunan bantahan PPSMI yang aman tanpa pembakaran pun dikira sebagai haram. Kami diserang dengan gas pemedih mata dan water cannon sehingga memaksa kami berkubu di Masjid Negara.

Kerana mereka UMNO dan BN dihalalkan !....selamat berdemo !







Saturday, November 28, 2009

Arus pembangunan merebak ke Kg Bagan Serai yang kini ditekan Perda

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.

Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas.

Apa yang lebih memilukan adalah majoriti penduduk kampung adalah dari golongan miskin, yang hanya berpendapatan kira-kira RM500 bekerja sebagai operator kilang di serata Pulau Pinang.

“Sepertimana yang dilapor oleh Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman, tanah kampung ini telah diambil-alih oleh Perda. Majoriti penduduk disini adalah Melayu dan India yang secara relatif dalam kategori miskin,” kata Anwar.

“Saya dan Dr Mansor akan angkat perkara ini untuk pertimbangan kerajaan negeri, majlis perbandaran dan peringkat atas. Setelah berbincang berulang-kali dengan penduduk, kita tidak berpuas hati dengan cara Perdana tangani perkara ini. Penduduk meminta sekurang-kurangnya diberi tempat-tinggal. Perda sebagai agensi sepatutnya membantu masyarakat desa dan tidak ketepikan tuntutan penduduk,” tambahnya.


Thursday, November 26, 2009

Najib gagal dalam lawatan rasmi ke US

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Prime Minister Najib Razak was in Washington DC today, busy eating nasi lemak and mee goreng as Bernama proudly reports. No mention of meetings with State Department, on Capitol Hill, with the White House, or any think tanks.

Instead he bragged about 1Malaysia to the choir of Malaysians who have already heard it so many times. He also offered some comments on Malaysia’s economy, which according to a recent report is failing to make much progress these days.

What is the point of a 20 million dollar contract with APCO if our prime minister cannot even get a manufactured speaking slot at the National Press Club? We’re not even talking about Brookings or SAIS where one has to have something meaningful to say to be invited. Anyone can speak at the Press Club so long as they can afford the cost of organising the function. Does the concept of 1World not carry much weight in the halls of international diplomacy or in the most powerful city in the world? I guess not.

I think taxpayers should demand to know why, after spending that much money on a DC lobby our prime minister cannot even get an interview on the local news.

On Anwar Ibrahim’s recent trip to the United States, in just a few days he held events at Brookings, SAIS (even our US Ambassador attended the function),Georgetown and the Council on Foreign Relations. He met with officials from the House foreign relations committee, the Senate Foreign relations committee, the state department and the White House. His visit covered in the media including the Wall Street Journal, Far Eastern Economic Review and theWashington Post (but not Bernama), Saudi television and ABS-CBN from Manila.

Does the Prime Minister’s flimsy schedule have anything to do with the scandal that just won’t go away? Not PKFZ. Not the Bukit Antarabangsa slide. Not the collapsed bridge. None other than the Mongolian who we cannot talk about. And in the time it took me to write this, how many new designer bags did the Prime Minister’s wife purchase

Lihat link ini dari UTUSAN

** Nampaknya PM Najib hanya mampu bercakap di hadapan rakyat Malaysia dan tidak mampu untuk bertemu wakil dari White House, Capitol Hill ,pengurus dan dan pelabur asing US dan oleh itu apakah maknanya permergian Najib ke US tersebut jika hanya mahu bercakap 1Msia dihadapan rakyat Malaysia ?sepatutnya sebagai lawatan rasmi, Najib perlu ditemubual wakil media di sana dan berucap dengan warga pelabur di sana untuk masa depan Malaysia berkaitan pelaburan asing.

Justeru itu, perlantikan APCO (konsultan yahudi) sebagai penasihat 1Malaysia kepada kerajaan Malaysia dengan bayaran RM20juta ternyata gagal untuk mempromosikan PM dan Msia kepada dunia luar berasaskan kepada kegagalan menarik wakil media US sempena lawatan rasmi Najib ke US.







Monday, November 23, 2009

Friday, November 20, 2009

Nik Aziz dan Anwar Ibrahim - antara tokoh berpengaruh di dunia Islam

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dari Khairul Hidayat

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.



Thursday, November 19, 2009

UPSR - Peningkatan 1 %

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki UPSR bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini.

"Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus.

"Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.

"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan.

"Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.

Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.

Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.

Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 506,620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon. BERNAMA

** Saya merakamkan ucapan tahniah kepada sepupu saya iaitu Asyraf yang mendapat keputusan yang baik dalam UPSR iaitu 4A 1B. Segala usaha dan penat lelah tekun mengulangkaji pelajaran dan menghadiri tuisyen ternyata membuahkan hasil apabila melihat keputusan peperiksaan yang diumumkan.InsyaAllah dengan keputusan yang baik ini melayakkannya ke sekolah berasrama pada tahun depan.

Pendidikan,pengubah masa depan yang gemilang!


Tuesday, November 17, 2009

Nasib Melayu Kebun Bunga

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

sumber -Din Binjai -

P.Pinang - Kelmarin saya bersama Rizal Hamid begegas ke Water Fall atau Kebun Bunga untuk meninjau sendiri keadaan Najib yang akan diusir serta rumahnya yang akan dirobohkan.

Rumah ini telah didudukinya sejak tahun 1958 di mana rumah ini dibina untuk menjaga tapak kawasan Perkhemahan Pengakap.

Beliau adalah pesara bomba yang kini seorang nelayan yang tidak tentu hasil pendapatannya. Lebih memilukan apabila beliau juga mempunyai seorang anak OKU berusia 9 tahun.

“Saya dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak untuk menduduki rumah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ditawarkan,” katanya.

Abdul Najib berkata, dalam surat tawaran penyewaan rumah oleh MPPP bertarikh 27 Oktober 2009, keluarga Najib hanya layak menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Hitam selama tiga tahun sahaja dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan.

“Untuk memasuki rumah itu, saya terpaksa membayar deposit sewa rumah tiga bulan berjumlah RM720, deposit air dan elektrik (RM150), deposit kunci (RM100) dan deposit penyelenggaraan (RM50). Ini amat membebankan sedangkan Kerajaan Negeri sedia maklum pendapatan isi rumah saya tidak sampai RM800 sebulan termasuk pendapatan anak saya.

“Diskaun 50 peratus pembayaran sewa rumah baru yang kononnya akan diberikan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya juga tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu. Bagaimana saya hendak percaya tawaran Kerajaan Negeri sekiranya hanya memberikan janji secara lisan semata-mata?,”katanya


Rumah ini bukan pampasan tetapi hanyalah sebuah rumah sewa yang perlu Najib bayar sewa bulanan dan hanya boleh tinggal di situ selama tiga tahun sahaja.

Najib bukanlah menuntut permintaan yang melampau seperti Kg Buah Pala, beliau sedia berpindah jika pampasan yang diberi munasabah.

Beliau terpaksa pindah bila projek ini telah diluluskan zaman BN lagi. Projek ini bukan projek Pakatan Rakyat tetapi kerajaan baru Pakatan Rakyat haruslah bijak menangani isu ini.

Adakah Melayu P.Pinang yang dulu di bawah kerajaan BN terpinggir dan kini akan tersingkir pula di bawah Pakatan Rakyat? Inilah persoalan serta kerisauan orang Melayu di P.Pinang.

Saya terus menelefon YB Jason Ong selaku adun PKR Kebun Bunga untuk mendapat penjelasan. Beliau berkata wang ehsan sejumlah RM 10 ribu akan diberi kepada Najib. RM10 ribu sahaja?

Saya terus ke KOMTAR untuk mendapat penjelasan YB Mansor Othman tentang isu tersebut.

YB Mansor Othman memandang serius isu ini dan beliau berjanji akan menyelesaikannya dalam tempoh sebulan.

Menurut En Anuar Hamid (Setiausaha Sulit TKM 1 P.Pinang), dalam mesyuarat bersama Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah, YB Dr Mansor Othman mengamuk dan memarahi mereka kerana tidak peka dan beliau mahu isi ini diselesaikan segera.




Sementara itu, kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga.

Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .






Saya yakin isu ini akan dapat ditangani dengan baik oleh YB Dr Mansor Othman. YB Dr Mujahid Yusof Rawa juga telah turun padang bertemu dengan Pak Najib.

InsyaAllah saya akan siarkan video temuramah Rizal Hamid bersama Pak Najib. Saya mohon maaf kerana masih berada di Hospital Sg Petani menjaga ayah saya. Jadi video cam tak bawa untuk upload video, cuma bawa laptop sahaja.

BTN - Perkauman dan politik kepartian

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya menyambut baik saranan ADUN PR Selangor yang menggera supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ezam leave pkr pc 280607 amir sariADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

"Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

"Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.

"Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan," tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

"Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja."

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri - yang pernah mengikuti program BTN - mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

"Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat," katanya.

"Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM."

Tambahnya, peserta juga "dimomokkan" tentang tentang "ancaman orang Cina" dalam program yang disertainya itu.

"Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).

"Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman," katanya.

** Saya pernah mengikuti prog. ceramah BTN sebanyak 2 kali di Melaka dan sememangnya ia memfokuskan agenda politik UMNO BN dengan mendakwa Anwar sebagai Agen AS,Haji Hadi sebagai ektremis agama(sesat) dan LKS agen Singapura. Di samping itu ,agenda perkauman juga ditekankan dengan membawa gambaran bahawa Malaysia akan dikuasai oleh Cina dan Melayu akan merempat dan perlu menyokong UMNO jika mahu Melayu kuat.

Haramkan BTN (Biro memperbodohkan siswa) !

Monday, November 16, 2009

PRU kecil Kota Siputeh

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

DUN Kedah akan bersidang esok untuk meluluskan bajet kerajaan PAS negeri itu.

Abu Hassan boleh memfailkan rayuan. Permohonan lisannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mahkamah itu tidak dibenarkan hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar permohonan formalnya Jumaat ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Abu Hassan mendapat 8,160 undi manakala Ismail mendapat 7,665 undi.

Sumber Malaysiakini

Zaman jakun kembali -Pengarah PSP ditukar

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

sumber Harakah.

PERMATANG PAUH, 15 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.


Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas.Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan program yang pernah dibuat.

Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan. Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah berusaha menukar beliau.

Friday, November 13, 2009

Tuesday, November 10, 2009

Sultan tiada kuasa pecat Nizar

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Monday, November 9, 2009

Konvensyen PKR Penang

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


memberi tazkirah di Masjid Simpang Enam,KOMTAR.





Semalam saya ke Komtar untuk mengikuti program Konvensyen PKR Penang bermula jam 8.15 malam di Dewan Tunku ,KOMTAR. Saya bersama dengan Dr Afif sempat mengikuti ucapan Dr Mansor ,YB Johari Abdul ,YB Tian Chua dan DS Anwar Ibrahim.

Kupasan menarik dari YB Johari Abdul yang memberi kenyakinan jelas kepada seluruh pimpinan negeri bahawa PR sudah mempunyai bilangan(parlimen) yang cukup untuk memenangi PRU ke 13. Beliau ada menunjukkan kertas fakta tersebut untuk menyakinkan audiens semua tetapi mungkin hanya pemberi semangat untuk semua pimpinan yang hadir.

DSAI semalam dalam ceramahnya memberi amaran tegas kepada mana-mana pemimpin dan juga ahli yang enggan menerima perubahan pucuk pimpinan dan juga seringkali melahirkan rasa tidak puas hati kepada parti supaya meninggalkan parti jika tidak senang dengan apa yang di lakukan parti dan juga kepada ahli yang seringkali mengkritik secara terbuka pimpinan parti agar keluar dari parti dan menubuhkan parti sendiri.


"kita tidak mahu ada yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu apa-apa ,malahan ada pimpinan yang mahukan tindakan di ambuil keatas beberapa individu ahli parti ,namun saya berlembut kerana mengenangkan jasa-jasa mereka, namun mereka juga perlu ingat bahawa mematuhi agenda dan perubahan parti itu penting untuk kita meneruskan perjuangan kita dan teruskan dengan lawan tetap lawan dan insyaAllah kita akn ke putrajaya" demikian di sambut dengan tepukan dari peserta yang hadir.

PKR baru-baru ini menerima sedikit tamparan apabila ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham telah keluar dari parti tersebut dan mengistiharkan dirinya calon BEBAS yang rapat dengan Umno.

Dalam hal ini DSAI menjelaskan bahawa soal ini adalah sesuatu yang diluar jangka pihak parti kerana untuk pilihanraya akan datang PKR akan memastikan calon-calon yang dipilih adalah dari kalangan yang benar-benar komidted untuk bersama parti dan faham erti perjuangan parti.Beliau juga membayangkan bahawa wakil rakyat yang sedia ada kini juga tidak secara automatik dipilih sebagai calon PRU 13 akan datang jika tidak menjalankan tugas dan amanah dengan baik seperti yang diharapkan oleh rakyat.

"Jangan kita kesal dengan ada beberapa kerat yang telah meninggalkan parti. Biarkan mereka, namun kita akan pastikan pada pilihanraya akan datang calon yang akan kita pilih adalah calon yang benar-benar mahu bersama PKR dan juga setia bersama parti" demikian jelas beliau lagi.



Sunday, November 8, 2009

Runtuhnya Tembok Berlin

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Nov 8 — Pada 9 November 2009, genaplah dua puluh tahun runtuhnya Tembok Berlin. Tembok Berlin dibina atas arahan Parti Kesatuan Sosialis (Sozialistische Einheitspartei Deutschlands) yang memerintah Jerman Timur.

Puak sosialis di Jerman Timur takut cengkaman kuku besi mereka tergugat jika rakyat mereka boleh menyaksikan sendiri kebebasan yang dimiliki di Berlin Barat hasil daripada demokrasi dan kapitalisme pasaran bebas di sana.

Tembok Berlin dibina dengan pantas dan penuh kerahsiaan. Pada waktu malam 12 dan 13 Ogos 1961, tatkala rakyat Berlin sedang tidur, tentera Jerman Timur dan buruh mereka bertungkus lumus mengorek lubang, meletak kawat berduri serta menaikkan tembok pemisah untuk menutup jalan daripada Berlin Timur ke Berlin Barat. Talian telefon juga turut dipotong.

Bayangkan betapa terkejutnya warga Berlin. Sebaik sahaja mereka bangun dari tidur, tiba-tiba ada tembok pemisah yang tidak ada pada petang sebelumnya. Dengan sekelip mata warga Berlin tidak lagi boleh bertemu rakan-rakan mereka yang tinggal di sebelah sana tembok pemisah itu.

Pelbagai alasan diberikan sebagai justifikasi pembinaan Tembok Berlin oleh puak sosialis di Jerman Timur. Tetapi tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa pemerintah sosialis yang zalim itu sebenarnya mahu menyekat kebebasan rakyat mereka sendiri.

Dalam sebuah makalah propaganda yang diterbitkan oleh Parti Kesatuan Sosialis cawangan Berlin, mereka menyatakan bahawa tembok itu didirikan untuk menyekat warga Berlin Timur daripada bebas berhijrah ke Berlin Barat.

Makalah tersebut mendakwa bahawa: “Daripada pandangan moral dan kepentingan negara, meninggalkan Jerman (Timur) ialah satu tindakan yang salah dari segi moral dan politik.” Bagi mereka sistem sosialis di Jerman Timur ialah satu sistem yang progresif manakala Berlin Barat pula telah dirosakkan oleh demokrasi, kapitalisme dan kebebasan. Inilah dakyah yang terus dibawa oleh penganut faham sosialis hingga ke hari ini.

Dengan justifikasi itu, pemerintah Jerman Timur mendirikan Tembok Berlin untuk mengasingkan rakyatnya daripada dunia luar. Puak totalitarian sosialis sewenang-wenangnya menyeksa malahan membunuh rakyat sendiri yang cuba berhijrah ke Berlin Barat untuk mencari kehidupan yang lebih baik dalam sistem pasaran bebas yang lebih terbuka. Mujurlah sisa-sisa golongan sosialis hari ini belum lagi mengikut contoh kezaliman dan kekejaman yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh lama mereka itu.

Dr Haitham al-Zubaidi, seorang penganalisis sosio-politik Timur Tengah, ada menulis bahawa sebenarnya pemerintah Jerman Timur mendirikan Tembok Berlin sebagai percubaan untuk menyembunyikan kekejaman sistem totalitarianisme yang diamalkan oleh Jerman Timur.

Pandangan ini disokong oleh Temba Nolutshungu, pengarah Free Market Foundation yang berpusat di Afrika Selatan. Menurut Temba lagi, Tembok Berlin dibina oleh Jerman Timur untuk menyekat pergerakan golongan buruh agar mereka tiada pilihan melainkan terus hidup dalam sistem totalitarian sosialis yang keji dan kejam.

Syukurlah kerana jihad rakyat marhaen Jerman Timur untuk membebaskan diri daripada cengkaman sosialisme dan berhijrah ke wilayah kapitalis demokratik akhirnya berjaya dengan keruntuhan Tembok Berlin dua puluh tahun lalu.

Walaupun Tembok Berlin telah roboh, banyak lagi tembok-tembok yang masih wujud di pelbagai tempat dalam dunia., termasuklah di sini. Tembok-tembok itu tidak semestinya berbentuk fizikal.

Kita masih lagi ada tembok yang memisahkan antara kaum-kaum dan penganut pelbagai agama. Sekolah-sekolah aliran berbeza yang mengasingkan masyarakat baik mengikut bahasa mahupun agama sejak peringkat umur yang muda masih terus wujud.

Jika ada sesiapa yang cuba merobohkan tembok yang menyekat kebebasan berfikir dalam beragama, maka mereka akan dihukum oleh pihak berkuasa agama. Tetapi tindakan hanya diambil jika yang “menyelweng” itu ialah rakyat biasa. Sekiranya “penyelewengan” itu dilakukan golongan elit yang berselindung di sebalik tembok mahligai istana mewah atau tembok jawatan yang tertentu, biasanya tiada tindakan untuk mereka.

Dalam sistem ekonomi juga banyak tembok-tembok sekatan ekonomi yang menzalimi rakyat marhaen. Lihat sahaja harga kereta sebagai contoh. Jika seseorang warga Britain mempunyai RM10,000, maka dia sudah boleh membeli sebuah kereta terpakai Toyota yang agak selesa. Tetapi jika di Malaysia, hampir mustahil untuk membeli kereta yang sama kualiti jika wang yang ada di tangan hanya RM10,000.

Tembok sekatan perdagangan dan cukai yang dikenakan terhadap kereta import itu semuanya semata-mata untuk melindungi Proton. Untuk melindungi pihak yang berkepentingan di Proton, rakyat biasa dizalimi dengan harga kereta yang mahal.

Temba Nolutshungu ada menulis satu kenyataan yang saya rasa tepat sekali. Menurut beliau, sesebuah perusahaan “nasional” yang dijalankan oleh pemerintah tidak bermaksud perusahaan itu dijalankan untuk kepentingan rakyat. Tetapi ia biasanya “dimiliki, dikawal dan ditadbir” oleh “golongan elit yang berkuasa dan mengawal negara”.

Mereka inilah yang biasanya mendapat faedah besar daripada tembok-tembok cukai dan duti yang menyebabkan harga barangan import melambung-lambung. Hasilnya rakyat terpaksa membeli barangan yang berkualiti lebih rendah. Yang dizalimi ialah rakyat. Pengaruh faham sosialisme masih berleluasa termasuklah di kalangan ahli korporat yang kaya raya. Merekalah yang beriya-iya mahukan perdagangan bebas disekat demi kepentingan kewangan atau politik mereka.

Baik dalam bidang pendidikan, pentadbiran agama, ekonomi, mahupun apa jua bidang lain, semua tembok-tembok ini perlu dirobohkan.

Dua puluh tahun lalu Tembok Berlin roboh walaupun pemuka-pemuka sosialis menyeksa dan membunuh mereka yang cuba melangkauinya. Marilah kita merayakan ranapnya Tembok Berlin serta memuziumkan fahaman sosialisme anutan para penzalim dan pembunuh yang mendirikan tembok pemisah itu.


Wan Saiful Wan Jan juga merupakan Editor www.AkademiMerdeka.org yang merupakan portal untuk idea-idea libertarian dalam Bahasa.



Monday, November 2, 2009

Bantah penahanan Dr Asri Zainul Abidin

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai menyebarkan ajaran Wahhabi.

NONEBeliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu pihak pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannnya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Bekas mufti itu, yang sering juga mengeluarkan kenyataan kontroversi, ditahan malam tadi sewaktu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah Jais di sebuah banglo di Ampang.

Sewaktu ditangkap, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais. Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah, tiada pertuduhan terhadap anak guam mereka difailkan.

Menurut laporan Bernama tengah malam tadi, Dr Mohd Asri ditahan ketika berceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri
Ukay, Hulu Klang.

Beliau dilaporkan ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10
tengah malam oleh polis serta pegawai Jais dan kemudian dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor agensi berita itu lagi.




Komen YB Zuraida dan YB Saari yang mengikuti ceramah Dr Asri Zainal Abidin:

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang, sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.



*** Saya membantah keras penahanan Dr Asri Zainal Abidin dan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS cukup dangkal dan benak sampai mahu menyampaikan kuliah agama pun memerlukan permit.

Adakah tindakan ini kerana UMNO gusar khabar angin semakin meluas bahawa Dr Asri akan menyertai PAS ?


Sunday, November 1, 2009

Teknologi LED untuk masa depan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



TATKALA seluruh dunia bergelap dalam kempen tutup lampu, Earth Hour beberapa bulan lalu, mungkin ada yang skeptikal tentang siginifikannya. Bagaimana dengan menutup lampu dapat memberi manfaat kepada alam sekitar? Artikel ini mungkin secara tidak langsung dapat membuat kita lebih memahami isu tersebut.

Rata-rata lampu yang digunakan di dunia pada masa ini adalah lampu mentol atau pijar dan lampu kalimantang. Tahukah rakan semua bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut.

Menyedari peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif.

Lampu yang dimaksudkan itu adalah lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED. Selama ini, kebanyakan kita mungkin hanya mengenali LED dengan cahaya warna-warninya ketika berada di bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup. Tetapi, teknologi LED kini boleh diadaptasi menjadi satu pencetus fasa baru dalam sektor pencahayaan. Tidak mustahil kalau selepas ini, lampu pijar atau kalimantang konvensional hanya tinggal sejarah.


Sebagai contoh saya membaca satu artikel mengenai sebuah syarikat syarikat bumiputera yang berpangkalan di Pulau Pinang, KCC Engineering & Trading Sdn. Bhd. turut terlibat melakukan kajian dan pembangunan teknologi LED untuk lampu. Meskipun penggunaan lampu LED masih belum meluas di negara ini, KCC sudahpun mempunyai pelanggan dari Itali, Jerman, Sweden, Jepun dan Australia.

"Lampu LED mengeluarkan haba yang sangat rendah. Ia sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar. Penggunaannya boleh mengurangkan kadar pemanasan dunia sebanyak 50 peratus sepanjang masa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KCC, Abdul Khalid Mydini.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid turut menunjukkan satu model cahaya putih LED yang dimajukan syarikatnya. Warna putih sememangnya warna lazim dalam pencahayaan, namun syarikatnya juga boleh menghasilkan warna-warna lain.

Menerangkan bagaimana teknologi LED beroperasi, Abdul Khalid berkata, lampu LED beroperasi secara sekejap-sekejap, itulah sebabnya ia kurang mengeluarkan haba.

"Tetapi, tidaklah bermakna lampu LED kami hanya boleh dipasang secara sekejap-sekejap. Kami telah memajukan teknologi LED ini agar ia mampu digunakan oleh pengguna sebagai produk harian seperti lampu yang biasa kita gunakan," katanya sambil menerangkan antara kaedahnya ialah dengan mengguna pakai material sokongan seperti aluminium yang boleh memindah haba.

Menyerap teknologi LED pada jenis-jenis lampu sedia ada, Abdul Khalid misalnya telah menghasilkan lampu kalimantang berasaskan teknologi LED. Operasinya nyata berbeza dengan lampu kalimantang biasa yang membebaskan gas halogen dan merkuri


Untuk membuktikannya, Abdul Khalid telah membuat perbandingan pada kedua-dua jenis lampu berkenaan.

"Lampu kalimantang biasa memerlukan penggunaan starter, sebaliknya lampu kalimantang yang menggunakan teknologi LED tidak memerlukannya. Lampu kalimantang biasa juga akan berkelip-kelip sebaik sahaja kita membuka suis tetapi lampu LED terus mengeluarkan cahaya. Selain itu, lampu kalimantang biasa menyebabkan warna gelap di bahagian tepi berikutan proses pemanasan dan tindak balas gas

"Cuba anda sentuh kedua-duanya, mana yang lebih panas?" kata Abdul Khalid sambil menyua kepada penulis untuk merasainya. Ternyata, lampu kalimantang biasa lebih panas daripada lampu berteknologi LEDSelain lampu kalimantang berteknologi LED, menerusi syarikat pembuatannya, KCC Global Sdn. Bhd. juga menghasilkan pelbagai lampu konvensional yang diadaptasi dengan teknologi LED seperti lampu-lampu downlight (lampu sorot).

Lebih menarik tentang lampu LED adalah ia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan mampu mengurangkan kos penggunaan.

"Sebagai contoh, lampu kalimantang konvensional yang biasa kita gunakan di rumah memerlukan 40 watt tenaga, sedangkan lampu LED hanya mengeluarkan 20 watt. Oleh kerana LED menggunakan tenaga elektrik yang rendah, maka ia memanjangkan jangka hayatnya. LED mempunyai jangka hayat sekitar 35,000 jam berbanding lampu biasa yang hanya dapat bertahan sehingga 5,000 jam. Secara ringkas, lampu biasa perlu ditukar setiap 15 bulan manakala lampu LED boleh digunakan sehingga 10 tahun berasaskan penggunaan selama 10 jam sehari," katanya.

Walaupun harga lampu kalimantang berteknologi LED lebih mahal iaitu RM168 seunit, namun Abdul Khalid berkata, pengguna perlu berfikir secara jangka masa panjang.

"Walaupun lampu mentol berfilamen dan kalimantang lebih murah berbanding dengan lampu LED, tetapi jika diambil kira penjimatan penggunaan elektrik, kos keseluruhan untuk penyelengaraan lampu-lampu LED dijangka akan menyamai kos keseluruhan penyelenggaraan lampu-lampu mentol dan kalimantang dalam masa setahun penggunaannya.

"Bil elektrik juga mungkin berkurangan kerana pendingin hawa tidak perlu terlalu mengeluarkan tenaga bagi menyejukkan kawasan yang panas disebabkan lampu," katanya.

Produk lampu LED juga dilengkapi dengan elemen mesra alam. Jika lampu kalimantang biasa diperbuat daripada kaca, lampu LED diperbuat daripada plastik dan boleh dikitar semula.

Menerangkan tentang industri LED di negara ini, Abdul Khalid berkata, pembuatan LED pada asasnya telah wujud di negara ini sejak tahun 1970-an. Namun, teknologi LED yang diserap pada lampu-lampu pengguna baru dimajukan kira-kira dua tahun lalu.

"Ada lampu LED di pasaran tempatan terutamanya buatan China tetapi kualitinya agak meragukan. Terdapat juga lampu LED keluaran syarikat lampu berjenama tetapi harganya amat mahal, mencecah RM500 seunit.

"Apabila syarikat-syarikat luar negara membuat tempahan daripada kami, ini menandakan mereka meyakini produk kami. Kami juga baru menghantar prototaip lampu LED untuk pencahayaan lampu tanaman di sebuah negara Eropah. Maklumlah, negara itu bermusim dan apabila musim sejuk, mereka kurang cahaya matahari sedangkan pengeluaran hasil tanaman perlu diteruskan," katanya sambil memberitahu syarikatnya sudah mempunyai beberapa pelanggan tempatan.

"Percaya atau tidak, seorang pengkaji Sweden menyatakan, buah tomato yang dipancarkan dengan cahaya LED mampu menghasilkan rasa yang lebih sedap berbanding dengan cahaya lampu konvensional," ujarnya mengakui lampu LED mempunyai potensi untuk dimajukan dalam pelbagai bidang pada masa depan.

Fakta diatas merupakan petanda jelas potensi produk lampu LED di masa depan dan untuk itu syarikat di mana saya bekerja iaitu Philips Lumileds Lighting Sdn Bhd juga mengorak langkah dengan mempelbagaikan produk LED untuk digunakan dalam pelbagai bidang seperti automotif, IT dan elektrik dan elektronik.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews