INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, July 25, 2011

Penubuhan NGO AMANAH oleh Ku Li



Kepimpinan Pakatan Rakyat mengalu-alukan inisiatif bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menjadi sebuah suara solidariti dan perpaduan negara.

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi Tvselangor berkata, hasrat yang dibangkitkan oleh badan bukan kerajaan itu bertepatan dengan pendekatan Pakatan Rakyat selama ini menuntut sebuah tata kelola yang lebih baik.

Beliau berkata, usaha tersebut mampu menyempurnakan perjuangan kemerdekaan yang telah dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra tanpa mengambilkira kepentingan kaum dan agama.

"Supaya masayarakat Malaysia dapat memikul amanah merdeka ini dalam konteks kehidupan pelbagai kaum serta kita harus mengelak daripada berlaku perkara yang boleh membawa kita kepada adu domba politik perkauman sepertimana yang berlaku muktahir ini," ujar beliau.

Pertubuhan Amanah yang dilancarkan pada sebelah pagi tadi mengajak rakyat untuk bersama-sama melakukan perubahan terhadap negara dengan menghapuskan gejala rasuah dan kronism selain menyalakan semangat amanah merdeka.

Ianya turut dianggotai oleh bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil, bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam, dan pemimpin-pemimpin Sarawak seperti Datuk Daniel Tajem, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Mahfuz berpendapat persoalan samada kerajaan mengambilkira pandangan pertubuhan itu adalah subjektif namun menyifatkan tujuan untuk memastikan kerajaan yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah rakyat tidak mampu ditandingi.

Beliau menambah penglibatan golongan profesional seperti bekas pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Keesavan dan Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS memaparkan hasrat rakyat untuk menambahbaik sistem negara.

"Saya fikir bahawa mereka boleh membantu meletakkan kembali asas negara kepada landasan yang betul," tambahnya lagi.






@pantherian
- Tahniah sahabat sdr Wan Saiful Wan Jan yang turut sama terlibat dalam penubuhan NGO pelopor amanat Tunku Abdul Rahman. Semoga dengan penubuhan NGO ini bersama Ku Li dan Mantan Menteri Kabinet dapat menperbaiki sistem perpaduan,keadilan dan urustadbir yang baik di Malaysia.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews