INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, October 28, 2010

Bapak ex CM PP UMNO sedang terlantar



Ini wajah ex KM PP yang merencana projek menghalau Melayu Pulau ke Seberang Perai .

Dimusnah habis Kg2 melayu terutama di Jelutong dan Georgetown....

Dihalau melayu Tanjong ke Seberang Jaya...

Juga roboh kg2 Melayu di Batu Feringghi... untuk dibina hotel tempat minah salleh berjemur....

Ini lah manusianya...UMNO mudah lupa.....




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini melawat bekas ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu yang kini dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang di Georgetown.

Dr Lim dimasukkan ke hospital itu sejak dua hari lepas dipercayai akibat serangan angin ahmar.

Koh yang juga Presiden Gerakan tiba bersama beberapa pemimpin parti Gerakan dan meluangkan masa kira-kira 30 minit di wad berkenaan.

"Saya meminta semua rakyat Pulau Pinang dan ahli parti Gerakan supaya berdoa untuk kesihatan Tun Dr Lim," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Dr Lim berkata, pada Ogos lalu, beliau telah mengunjungi Dr Lim di rumahnya serta berbual seperti biasa.


Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.Pada zaman pentadbirannya, Dr Lim telah membangunkan kawasan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) yang kini dikenali sebagai Zon Perindustrian Bebas (FIZ).

Mercu tanda Pulau Pinang, Komtar yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri dan Jambatan Pulau Pinang adalah hasil perancangan beliau

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews