INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, October 18, 2010

Najib -Kerajaan takda duit untuk bonus


Bik Mama perkenal fesyen Islam di Monaco. Putera Monaco (baju putih)



Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

azlanNajib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.


Tempelak Ketua Pembangkang

Anwar berkata alasan Perdana Menteri bahawa kerajaan perlu berjimat apabila diajukan soalan mengenai pemberian bonus kepada lebih 1. 2 juta kakitangan kerajaan tidak boleh diterima kerana pada masa yang sama pentadbiran Najib mampu membazir sejumlah wang yang besar untuk menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti yang bukan keutamaan dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

"Ke mana Perdana Menteri pergi? Ke pertunjukan Islam d Monaco. Ini jawapan yang paling tidak munasabah. Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan busana Islam di Monaco. Seluruh dunia tahu Monaca adalah pusat perjudian yang terkenal.

Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur, Jakarta, Jeddah atau Istanbul.

Apa yang lebih menyedihkan boleh pula menyerahkan derma kepada Prince Albert (pemerintah Monaco).

Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'.

Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews