INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, May 31, 2009

Analisis PRU Penanti - Dr Mansor Adun Penanti

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Keputusan rasmi PRU N12 Penanti menunjukkan bahawa Dr Mansor Othman memenangi kerusi ini dengan majoriti 5558 dan ini meningkat 2 kali ganda dari PRU 12 tahun lepas.Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi.Manakala Kak memperolehi 392 undi, Khan ari 494 dan Ramizu dengan 56 undi.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.


Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Mengenai peratusan keluar mengundi, saya mendapati terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengundi untuk keluar mengundi. Antaranya ialah ketiadaan UMNO untuk bertanding dan memberi sebab suasana PRU tidak meriah, sentimen bahawa Dr Mansor akan menang di kalangan penyokong PKR, pengundi luar kawasan tidak pulang mengundi dan juga pemboikotan oleh penyokong UMNO.

Melalui tinjauan saya di sekitar Pusat Pembuang Undi, suasana tidak semeriah PRU 12 disebabkan beberapa peraturan baru SPR berkaitan pondok panas untuk parti perlu diletakan berjauhan dari pintu masuk pusat mengundi. Saya melihat SPR cuba memaksimumkan pengurusan PRU dengan meletakkan kakitangan mereka di 2 pondok panas. Kakitangan SPR yang digunakan untuk PRU kali ini cukup banyak di mana mereka diletakkan dari pintu masuk hingga ke bilik darjah pusat pembuangan undi.

Apabila melihat situasi pagi tadi, saya teringat kata-kata Dr Rahim Ghouse semasa berdiskusi dengan beliau di Kubang Semang semalam. Beliau berkata di Australia, kerajaan di sana bijak dalam memaksimumkan pengunaan tenaga manusia untuk penjimatan kos yang mana maksudnya kerja yang boleh dilakukan 2 orang tidak perlu dilakukan sampai 5 orang sebagai contoh menebang pokok. Kekadang kita sebagai rakyat pelik melihat bagaimana pengurusan oleh pegawai kerajaan apabila mengerahkan ramai tenaga manusia untuk melakukannya sesuatu kerja yang kita fikir secara logik boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu bantuan yang ramai.

Justeru itu, saya berani mengatakan bahawa kos pengurusan PRU boleh dijimatkan jika pihak SPR dan Polis telus dalam membelanjakan wang kerajaan untuk sesuatu pilihanraya. PRU kecil di Penanti tidak perlu SUBTEK dan MASTEK Polis yang berjuta-juta ringgit pembinaannya kerana suasana kempen PRU kecil ini aman tanpa sebarang gangguan. Lebih elok sekiranya polis-polis tersebut ditempatkan kawasan yang tinggi kes jenayah untuk mengurangkan kadar jenayah.

Tahniah Dr Mansor sebagai TKM 1 Pulau Pinang !!

Link
Mansor dilantik TKM Rabu ini
Maklumat lengkap keputusan rasmi mengikut JDM
Mansor bersyukur menang

Saturday, May 30, 2009

Selamat Mengundi Rakyat Penanti

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Selamat Mengundi rakan-rakan dan masyarakat Penanti !!

Saya salah seorang yang akan membuang undi esok di Pusat Pembuangan Undi di DUN Penanti. InsyaALLAH jam 900am besok, saya akan membuang undi untuk calon PKR , Dr Mansor Othman.

Raikan salah satu cabang penting dalam sistem demokrasi negara kita, Malaysia.

Pakat-pakat mai mengundi esok !!


Friday, May 22, 2009

Keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes MB Perak

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pengumuman oleh 3 hakim Mahkamah Rayuan sebentar tadi agak mengejutkan dengan menamakan Datuk Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sementara itu, Peguam Sulaiman Abdullah akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan kadar segera terhadap keputusan mahkamah rayuan ini.

Saya melihat keputusan ini cukup berat yang dilakukan oleh badan kehakiman apabila tidak melihat kes Stephen Kalung Ningkan sebagai penunjuk aras dalam membuat keputusan.Mahkamah Tinggi KL sebelum ini merujuk kepada kes tersebut dalam membuat keputusan bahawa perlunya undi tidak percaya dilakukan di sidang DUN untuk menyingkirkan MB.Saya tidak kisah samada Nizar atau Zambry menjadi MB tetapi ia perlulah mengikut prosedur betul iaitu melalui Sidang DUN dalam melakukan penyingkiran ke atas MB.

Reaksi saya dari keputusan ialah PM Malaysia boleh disingkirkan melalui kes di Perak ini dengan mengadap DYMM YDP Agong dan mempersembahkan senarai nama dan tandatangan MP yang beralih sokongan. Kita boleh memohon supaya PM disingkirkan kerana beliau telah hilang majoriti di Parlimen tanpa perlu membuat undi tidak percaya. Bagi kes 16/9 lepas, Pakatan rakyat mengusulkan sidang undi tidak percaya dilakukan tetapi semua MP BN dihantar ke Taiwan dan usul ditolak oleh Speaker. Kini , sekarang kita tidak perlu lagi undi tidak percaya kerana kuasa Raja/Sultan telah dikembalikan oleh mahkamah dalam melantik MB atau PM.

Antara reaksi oleh pemimpin politik :

"Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya" - Husam Musa


Tuesday, May 19, 2009

BN tidak bertanding DUN Penanti

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Namun semalam suasana tetap terang benderang di markas Pakatan Rakyat Kubang Semang ,dan calon bebas pertama yang muncul menyatakan untuk bertanding ialah Mohd Sabri Osman.

Mohd Sabri Bin Osman 49 seorang ahli perniagaan kereta terpakai mewah menetap di Kuala Lumpur dan berkata beliau adalah anak jati Kubang Semang dan mempunyai ramai kenalan dan saudara mara yang meminta beliau bertanding sebagai sebuah negara demokrasi.

"Saya anak jati Penanti dan bersal dari Kubang Semang dan kerana itu saya menawarkan diri untuk masyarakat di Penanti,dan saya mahu berbaik dengan semua pemimpin untuk memudahkan saya berkhidmat untuk anak tempatan" demikian dakwa Mohd Sabri lagi.

Beliau yang memunyai 6 anak kini pernah berkhidmat dengan angkatan tentera dan bersara dengan rekod yang baik, dan menjalankan perniagaan kereta terpakai dan terlibat aktif dalam kesatuan pengedar kereta terpakai.

Sehingga kini Aminah Abdullah , bekas ketua wanita PKR negeri belum muncul untuk menyatakan pendirian untuk bertanding.

Manakala PRM dalam kenyataan akhbar menyatakan akan meletakkan calon dengan lambang asal parti tersebut iaitu kepala lembu.


Adakah pilihanraya Penanti akan memecah rekod calon Bebas di Bukit Selambau hanya masa yang menentukan.Namun kemeriahan pilihanraya akan tetap berjalan dengan ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat dan juga perniaga yang menunggu kehadiran penyokong.

Thursday, May 14, 2009

Monday, May 11, 2009

Krisis di Perak : Bukan perlembagaan salah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


BERLAKU krisis politik di Perak bukan salah perlembagaan. Sebaliknya, ia kerana perlembagaan dilanggar dari segi peruntukan dan semangatnya. Demikian ditegaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari di Putrajaya Rabu lalu pada forum bertajuk ‘Dewan Perundangan, Eksekutif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan itu’. Pakar perlembagaan itu berkata penyelesaian di Perak bergantung kepada komitmen terhadap perlembagaan.

Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau membuat kejutan apabila mengatakan tindakan Barisan Nasional salah dari mula lagi dan Tuanku Sultan tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar. Beberapa minggu lalu, Mahathir berkata sebaliknya. Ini juga berubah dari awal Februari lalu apabila bekas Perdana Menteri keempat itu berkata tindakan Barisan di Perak itu adalah salah.

Dalam hujahnya, Aziz berkata kerajaan yang memerintah -baik di pusat mahu pun di negeri- adalah milik dewan. Ini kerana, jelas Aziz, ketua kerajaan berkenaan dilantik berdasarkan sokongan majoriti yang dimilikinya. Beliau berkata adalah salah dan tidak wajar apabila seorang menteri besar mendakwa bahawa dirinya dilantik oleh Sultan. Aziz seterusnya berkata prinsip itu turut menjadi tunjang kepada konsep kabinet yang diwajibkan bertanggungjawab kepada dewan.

"Oleh sebab itu tidak timbul soal konvensyen sebagaimana di Britain kerana di Malaysia prinsip kabinet ini telah menjadi undang-undang - yakni Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan - dan bukan lagi sekadar konvensyen," tambahnya.

Seorang lagi panelis, Tricia Yeoh, berkata perkhidmatan awam perlu bebas dari politik dan tidak boleh engkar kepada perintah kerajaan yang memerintah. Beliau yang merupakan pegawai penyelidik kepada Menteri Besar Selangor berkata prinsip federalisme yang dikandung oleh perlembagaan perlu dihormati. Sebelum itu, Mahathir mengakui bahawa parti-parti dalam Pakatan bukan lagi "pembangkang kerana mereka telah memerintah negeri-negeri berkenaan".

Seorang lagi panelis, Alif Benjamin Suhaimi, yang merupakan wakil pelajar undang-undang UiTM, berpendapat perlembagaan tidak menjadi masalah. Beliau optimis terhadap masa depan negara kerana perlembagaan itu cukup baik dan tidak perlu direformasikan. Sewaktu soal jawab Aziz menjelaskan tidak ada undang-undang yang boleh dibuat untuk menyekat pilihan raya kecil kerana ia adalah ketetapan perlembagaan. Sementara itu Tricia Yeoh berpendapat pilihan raya senat perlu diadakan kerana ada peruntukan berkenaan dalam perlembagaan. (2MA)

Friday, May 8, 2009

Perak Black 7 Mei

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





"Ini satu bentuk tahanan. Mereka kunci pintu,” katanya, sambil menyifatkan persidangan itu - yang tidak diiktirafnya - sebagai “konspirasi” yang melibatkan banyak pihak.

“(Konspirasi) ini jelas hendak jatuhkan Speaker (Sivakumar). Jika ini bukan konspirasi, saya tidak tahu apakah maknanya konspirasi,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini...........................Speaker Sivakumar.

Saya menyifatkan tragedi hitam terhadap sistem demokrasi di Malaysia pada 7 Mac 2009 apabila pihak eksekutif mencampuri urusan legislatif. Malaysia semakin menuju ke arah negara anarki dan bukan demokrasi. Paling jelik melihat Speaker Sivakumar di rentap dan diheret keluar oleh samseng atau polis dan dikurung di bilik persalinan.Apa hak polis menceroboh dewan yang mulia? ..ada juga samseng yang menceroboh masuk tanpa pas kebenaran.

Jika kita belajar sejarah di zaman sekolah , negara Malaysia terdiri daripada sistem eksekutif, kehakiman dan legislatif dan semua ini ada hak masing-masing menentukan perjalanan sistem mengikut apa yang digariskan oleh undang-undang. Kini sistem tersebut seakan mahu dicerobohi oleh tangan-tangan yang gila kuasa Umno BN.


Begitu juga penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini.







Monday, May 4, 2009

LIberalisasi ekonomi dan Kepimpinan Politik baru

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Saya cukup meminati rancangan bual bicara Sudut Pandang kelolaan sdr Kamarul Bahrin di Astro Awani dan tajuk yang dibincangkan ini cukup menarik iaitu Liberalisasi Ekonomi dan Kepimpinan Politik baru. Panel yang dijemput ialah sdr Dr Asyraf Wajdi Dasuki, pakar ekonomi Islam dan YB Nik Nazmi, ADUN Sri Setia.

Sunday, May 3, 2009

MTUC memperjuang hak pekerja di Malaysia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Sesuatu pangkat yang kita ada itu datangnya dari Tuhan. Penyababnya adalah rakyat. Rakyat yang mengundi. Bagi presiden MTUC, pangkat presidennya digunakan dengan baik sekali. Jika anda rujuk video-video di bawah dan di atas, ternyata beliau sedang memperjuangkan anak Melayu, Cina dan India terutamanya yang miskin (gaji bawah RM1,500).

Takkan Miskin Orang Miskin Jika Kekayaan Tidak Dibolot Orang Kaya
Memang ramai orang kaya atau pun segolongan bijak pandai mengamini atau pun meredhai suatu keadaan kemiskinan yang melanda kelompok miskin ini. Kata mereka, apa saja kemiskinan yang dialami, adalah akibat kemalasan dan kebodohan mereka sendiri. Bagi saya itu tidak benar. Kita tak boleh angkuh begitu lebih-lebih lagi ada di antara kita menggunakan jalan kotor atau pun jalan haram dalam mengecapi kemewahan berharta. Ada yang merompak, merasuah, melacur, menjual dadah, menipu melalui skim piramid, berjudi dan lain-lain yang anda sendiri boleh fikir.

Kita sebenarnya harus menyediakan satu penyelesaian dalam mengakhiri apa jua bentuk diskriminasi ke atas orang miskin sebelum kita terus memerhati kelangsungan (continuity) amalan zakat dari si kaya kepada si miskin. Zakat itu wajib di dalam Islam, ia bagi menstabilkan wang-wang (ekonomi) negara meratai semua rakyat (tidak berlegar di kalangan kelompok kaya sahaja) dan juga bertujuan membasmi kemiskinan.

MTUC Ini Mahu Apa?
Apa yang MTUC minta secara kasarnya? COLA (cost-of-living-allowance atau pun elaun kos sara hidup) sebanyak RM300.00 setiap bulan selepas terjadinya satu perubahan kos hidup dan gaji minima RM900.00. Itu pun masih tidak ada jawapan.

Syarikat Kecil Akan Bertambah Besar Dengan Gaji Minima
Ada yang berkata, syarikat kecil akan gulung tikar jika wang sebanyak itu diperlukan untuk menggaji para pekerja. Pada saya itu tidak benar. Kerana apabila wujud undang-undang gaji minimum, maka lambakan pekerja asing akan dapat diatasi. Mana tidaknya? Kalau pekerja tempatan kos penggajian minima ialah RM900.00 dibandingkan dengan pekerja asing (setelah perlaksanaan gaji minima) tentulah lebih mahal apabila RM900.00 sebagai gaji mereka dicampur dengan levi tahunan.

Oleh itu, syarikat kecil akan lebih berdaya saing dengan adanya pekerja tempatan yang lebih bersemangat dengan gaji minima yang berupaya menstabilkan kadar perbelanjaan harian mereka. Lalu apabila rakyat bertambah duit dan selesa, maka ekonomi akan turut rancak akibat mereka lebih berbelanja tak kira dengan perniagaan kecil, serdahana atau pun besar. Sebut mengenai saiz, pernahkah kita terfikir mengenai nasib peniaga dan peruncit yang diasak hebat oleh syarikat besar asing seperti TESCO, Carrefour dan lain-lain? Hah! Tanpa gaji minima pun syarikat kecil bungkus? Siapa nak jawab? Cuba gaji minima. Apa salahnya.

Sokonglah MTUC
Kehendak MTUC ini sekali gus melambangkan bertapa sayangnya MTUC kepada pekerja tempatan. Jadi orang-orang tempatan sama-samalah kita sokong MTUC. Perjuangan MTUC inilah yang akan menghidupkan daya juang orang-orang tempatan untuk terus hidup di dalam institusi berkeluarga yang lebih menguntungkan negara daripada meneruskan apa yang berlaku sekarang, lihat budaya anak muda tinggalkan keluarga, terlanjur maka lahir pula anak haram. Kemudian jadi masalah sosial (masyarakat) seperti Mat Rempit, Mat Dadah, Mat Rogol (tak ada bini rogol orang punya bini), Mat Mongol dan lain-lain.

Gaji Munasabah
Satu lagi yang presiden MTUC kata ialah berkenaan dengan gaji munasabah. Pada saya itulah perkataan yang kita cari-cari selama ini, apabila orang kaya yang berpangkat tinggi mengatakan orang tempatan memilih kerja, nak gaji lumayan. Ya, mereka memilih dalam mendapat kerja yang ada menawarkan gaji yang munasabah bukanlah gaji lumayan.

Mana Keluarga Mereka?
Ramai pekerja asing yang ke mari tanpa hadirnya isteri dan anak-anak mereka. Pernahkah anda perhatikan perkara ini? Apakah bezanya dengan budak-budak bujang lepasan kolej dan universiti dengan pekerja asing itu? Tiada beza dari segi status bujang atau pun berseorangan. Memang ada yang sudah kahwin tetapi isteri mereka ada di kampung nun jauh di Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Nepal, Myanmar, Filipina dan lain-lain.

Kesanggupan Yang Dipacu Perbezaan Nilai Matawang
Pekerja asing ini sanggup menerima gaji yang rendah kerana matawang negara mereka amatlah kecil dan apabila mendapat gaji dari Malaysia nilainya kian berganda-ganda. Ia berbeza dengan orang kita, yang tiada fenomena gandaan matawang seperti itu. Logik juga kalau diandaikan dengan orang kita yang bekerja di negara maju seperti di UK. Gaji dalam matawang GBP (Great Britain Pound) itu 5 kali ganda. Maka tak mengeluhlah orang kita jika memburuh dengan gaji rendah di sana.

Kesian Orang Miskin Yang Baru Kahwin
Kalau kita lihat, apabila sektor yang banyak menggunakan tenaga buruh asing meminggirkan warga tempatan, maka yang akan menjadi mangsa keadaan, ialah golongan yang baru mendirikan rumahtangga.

Bayi Dilahirkan Untuk Keperkasaan Tanah Air
Siapa sangka niat murni untuk menambah zuriat sekali gus memperkasakan negara ini seakan-akan diketawakan dengan keadaan yang melanda kita sekarang ini. Populasi negara kita yang ada seramai 27 juta ini lebih bagus jika ditambah hasil institusi kekeluargaan. Tak mainlah anak haram, bak kata Tukar Tiub, entot-entot lari.

Jadi mengapa tidak kita melegakan golongan yang berniat murni yang mahu menolong masadepan negara ini? Ingatlah, akan tiba waktunya di mana yang bujang-bujang ini semua akan berkahwin dan komitmen mereka dalam berbelanja ke arah itu semua akan menjadi semakin besar. Apakah anda mampu berhempas-pulas dengan gaji tiada had minimanya? Bagi yang sudah berkahwin, ekonomi sekarang sememangnya menghimpit, dengar cerita kerja lebih masa (OT) pun tak mendatangkan wang lagi. Bila tiba hari cuti, jangankan hendak melancong, hendak beranak dua pun tak mampu. Kesiankan?

Lagi satu, dari keluarga datangnya anak-anak atau pun bayi yang ramai. Fikirkanlah saiz fizikal negara kita sama besar dengan Vietnam, cuma bezanya jumlah penduduk Vietnam sekitar 80 juta orang. Kalaulah terjadi perang Vietnam-Malaysia apakah akan jadi dengan 27 penduduk kita?

ihsan dari hanief.blogspot

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews