INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, August 19, 2008

Hot Seat !! Permatang Pauh (P44)

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Sewaktu kembali ke kampung halaman iaitu kawasan panas , Permatang Pauh yang sememangnya saya tiba betul-betul pada hari penamaan calon PRU Kecil P44 Permatang Pauh di IPG Tunku Bainun ,Mengkuang. Nampaknya panas kembali kawasan ini dengan bendera dan banner parti bertanding yang mana sudah mula dinaikkan.Tapi saya tidak sempat melihat suasana penamaan calon kerana bas UTeM tiba agak lewat di Butterworth kira-kira jam 9.00 am.Dengan badan yang agak letih akibat perjalanan yang jauh saya lepak saja dirumah kerana motor pun sudah tiada untuk ke sana.Kalau menggunakan kereta alamat sesak la..nak parking pun rasa susah nak cari.Takpala lepak di rumah dan tido la...huhuhu.

Keesokkannya di kampung diadakan kenduri arwah tok wan yang meninggal pada tahun lepas disebabkan sakit tua. Turut diadakan bacaan doa dan tahlil yang diketuai oleh imam dari Masjid Kg Pelet. Semasa di majlis kenduri tu saya sempat bertukar pandangan dengan beberapa masyarakat kampung mengenai PRU kecil ini .Kebanyakan mereka bersetuju PRU ini cukup besar kesannya pada negara dan rakyat kerana perubahan yang dibawa akan memberi faedah besar kepada rakyat amnya dari sudut ekonomi ,pembangunan dan suasan politik negara.

Dalam bicara tersebut ,seorang sedara yang juga seorang anggota polis memberitahu , jumlah yang hadir di hari penamaan calon cukup besar dan diluar jangkaan. Anggaran polis cuma sekitar 30ribu untuk kedua-dua parti. Tetapi ianya meleset ,sekitar 50ribu adalah penyokong Pakatan Rakyat dan 8 ribu lagi ialah penyokong BN.Beliau juga berkata penyokong Pakatan dari Selangor ,NS ,Melaka dan Johor sudah berkumpul di Highway BKE seawal 5 pagi yang mana sekitar 8ribu. Kebanyakan yang penyokong yang hadir adalah dari masyarakat tempatan dan penduduk utara tanah air.

Seluruh negara sekarang bertumpu di Permatang Pauh..??itulah kata-kata terlintas dihati saya.

Selamat Berkempen..kepada BN dan Pakatan Rakyat. Mari kita sama-sama menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.


Wednesday, August 13, 2008

Tahniah Pelajar UITM

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Semalam ,MPP UiTM telah mengetuai perarakan pelajar membantah dan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan MB Selangor Selangor berkenaan cadangan membuka UiTM kepada golongan Bukan Bumiputera dan pelajar asing baru-baru ini.

Sekitar 1000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah semalam. Demonstrasi yang diketuai oleh Presiden MPP UiTM, saudara Luqmann Ulhakim Mohamad Idris itu turut menyaksikan penyerahan memorandum bantahan kepada wakil menteri besar.Saya mengucapkan sekalung tahniah terhadap keberanian para pelajar dan MPP UiTM terhadap keberanian dan kesedaran untuk menyuarakan bantahan tersebut dan ini menunjukkn mahasiswa peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling dan kita perlu berani menyatakan pandangan walaupan ia amat pahit ditelan.

Inisiatif serta semangat yang wujud di kalangan mahasiswa UiTM seharusnya dijadikan contoh buat pimpinan mahasiswa institusi-institusi pengajian tinggi yang lain dalam menyuarakan pendapat serta kritikan terhadap sebarang tindakan pemerintah yang menyentuh kepentingan masyarakat.MPP ini bukan sahaja sebagai medium untuk pelajar sahaja bah kan kita juga boleh menyuarakan permasalahan masyarakat .

Saya pernah mengikuti seisi ceramah kepimpinan mahasiswa oleh Saudara Ann Wang Seng , beliau menekankan walaupun mahasiswa ditekan oleh AUKU ,kita perlu berani memperjuang isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat supaya suara mahasiswa menjadi jurubicara masyarakat. Ini sekaligus memberi persepsi yang baik terhadap mahasiswa oleh masyarakat.

Demonstrasi semalam jelas mempamerkan keterbukaan dan kematangan Kerajaan Selangor dalam mendengar suara mahasiswa.Tidak perlu kita melayan mahasiswa dengan sekatan polis dan FRU .Tindakan yang diambil oleh mahasiswa UiTM membuktikan bahawa para mahasiswa di negara ini semakin matang dan terbuka dalam menyatakan pendapat mereka.

Saya sebagai mahasiswa masih menunggu pengumuman pindaan terhadap AUKU ,yang diharapkan akan memberi sedikt ruang kebebasan kepada mahasiswa ,ahli akademik ,pentadbir universiti untuk mencorakkan halatuju universiti.

Friday, August 8, 2008

Keadaan Ekonomi Malaysia yang membimbangkan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Gambar hiasan : Kilang Ibiden

Apabila kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel ekoran penyusunan semula subsidi ini telah memberi kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi dan kuasa membeli rakyat .Kadar inflasi naik begitu mendadak ,harga barang makanan dan keperluan lain melambung tinggi.Saya bukan pakar ekonomi untuk ulas panjang psl ekonomi secara mendalam tetapi dari membaca pandangan masyarakat dan info dari laman internet sudah memberi kegusaran apakah yang akan berlaku pada ekonomi Malaysia....akan datang.

Sebagai mahasiswa ,saya bimbang terhadap kekurangan peluang pekerjaan di Malaysia yang mana sekarang kita tahu FDI di Malaysia banyak yang akan lari berpindah operasi ke tempat lain seperti di China,India ,Vietnam dan Indonesia. Ini sekaligus akan menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan di Malaysia.Saya baru selesai menghadiri Career Talk oleh JobsBroadway yang mana penceramah,Nick Cheng menyatakan bahawa zaman keemasan ekonomi Malaysia sudah berlalu dan keadaan sudah berubah dan kita perlu hadapi kenyataan ini. Dahulu pada zaman 90an ,seperti kata DSAI ,kita adalah Harimau Ekonomi Asia dan antara pilihan utama FDI asing dan juga setaraf dengan Korea Selatan ,Singapore ,Taiwan dan Hong Kong.Tapi sekarang kita hanya mampu bersaing dengan Thailand,Indonesia ,Filipina dan Vietnam untuk menarik pelaburan asing di kawasan Asia Tenggara. Korea selatan ,Singapura ,Taiwan sudah lama meninggalkan kita.

Entah mana silapnya kegagalannya ..mungkin tumpuan Politik yang lebih ataupun kelemahan pentadbiran pimpinan negara...??? dan mangsanya Rakyat Marhaen

Di Penang , Kilang Nikko yang ditutup telah mengakibatkan ramai yang hilang punca pendapatan.Tapi saya memuji langkah Kerajaan PP untuk cuba mengembalikan daya tarikan Penang sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia.Sebagai contoh kilang Honeywell dari US sudah mula dibina bersebelahan Sony ,Prai dan Ibiden dari Japan yang akan beroperasi pada tahun depan di Bukit Minyak. Mungkin ini peluang saya untuk berkerja apabila selepas tamat belajar pada tahun hadapan.

Diharapkan usaha untuk menarik pelabur di Malaysia perlu dilakukan secara lebih agresif dan langkah kerajaan untuk menubuhkan Majlis Ekonomi diharapkan akan mencapai matlamatnya dan bukan sebagai gimik politik sahaja.


Beberapa ahli ekonomi tempatan berkata, kerajaan perlu lebih serius terhadap objektif penubuhan Majlis Ekonomi itu agar usaha menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi dunia dapat diatasi segera.

Menurut mereka, sekiranya struktur dan modus operandi penubuhan majlis berkenaan tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, dikhuatiri Majlis Ekonomi tersebut akan menjadi seperti majlis-majlis lain yang dilihat hanya berperanan sebagai ad-hoc ketika waktu-waktu tertentu.

Berikutan itu, tokoh ekonomi, Datuk Zainal Aznam Yusoff berpendapat, Majlis Ekonomi yang baru dibentuk itu perlu lebih fokus terhadap keutamaan dalam objektif penubuhannya.

Menurut beliau, ia penting kerana Majlis Ekonomi perlu bertindak dan memberi reaksi segera terhadap perubahan yang berlaku dalam persekitaran ekonomi semasa.

''Saya memberi pendapat begitu kerana saya melihat keputusan penubuhan Majlis Ekonomi ini kerana kerajaan memandang serius terhadap kesan kelembapan ekonomi dunia kepada ekonomi negara,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Di sini contoh keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia....

PKS dijangka terjejas teruk

KUALA LUMPUR 7 Ogos — Sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan mentah dan perkhidmatan serta kejatuhan ketara dalam keuntungan, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.

Kaji selidik itu bertujuan mengukur kesan harga bahan bakar baru kepada industri.

Penyusunan semula subsidi bahan bakar baru-baru ini dan peletakan harga gas asli baru pada Jun dan Julai telah menyaksikan harga yang tinggi, sekali gus memberi kesan kepada PKS dan ekonomi secara keseluruhannya.

"Namun begitu, adalah menggembirakan yang 58 peratus daripada responden mengatakan mereka akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk menangani cabaran yang sukar ini," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian pada sesi kedua Dialog Tahunan 2008 kementerian di sini hari ini.

Dialog tiga hari itu akan berakhir pada 11 Ogos.

Mengulas berkenaan dengan harga gas asli yang baru pula, Muhyiddin berkata, kerajaan telah menerima cadangan oleh industri supaya kenaikan harga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk meminimumkan kesannya.

Untuk PKS yang menggunakan kurang daripada 2 juta kaki padu sehari (mmscsd), harga purata akan meningkat daripada RM12.87/ unit thermal British untuk setiap sejuta (MMBtu) kepada hanya RM22.06/ MMBtu.

"Malah, dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan PKS diskaun sebanyak 70 peratus daripada harga pasaran gas asli. PKS akan diberikan 13 tahun untuk menyesuaikan dengan harga pasaran memandangkan kerajaan akan mengurangkan diskaun subsidi sebanyak lima peratus setiap tahun, kecuali tahun lepas," kata beliau.

- Bernama

Cari kaedah baru tarik FDI

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mencari langkah dan cara baru bagi menarik pelaburan terus asing (FDI) ke dalam negara.

Presidennya, Tan Sri Yong Poh Kon berkata, antara langkah itu adalah membaik pulih proses penyampaian perkhidmatan sektor awam.

''Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang telah menyebabkan FDI semakin sukar (diperoleh) kerana pelabur-pelabur asing bertindak mengurangkan pelaburan mereka.

''Oleh itu, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik yang akan meningkatkan FDI negara,'' katanya.



Thursday, July 31, 2008

Dari LI ke PSM :Six Sigma

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Untuk Tahun 4 ni ,semester 1 , aku diwajibkan untuk mengambil subjek PSM 1 .PSM ini ialah singkatan kepada Projek Sarjana Muda dan ia terdapat 2 pecahan iaitu PSM 1 dan PSM 2 yang akan diambil pada semester 2. Anyway , FKP punya style ,student kena book title dengan lecturer jenis main sape cepat dia dapat la...mcm gitu ya...taktau la mcmana prosedur di Universiti luar negara ?? taktau la kita ni blajar di IPTA msia ja kn.

Aku telah memilih tajuk sendiri yang mana idea datang dari pengalaman Latihan Industri .Di sini memperlihatkan bahawa ada pro n kon juga LI ini diletakkan pada pertengahan semester di mana pelajar dapat melahirkan idea untuk PSM dan mungkin melakukan projek untuk industri .Macam FTMK ,LI mereka diubah kepada semester akhir dan mungkin juga ada sebabnya cthnya lebih kepada mendapatkan pekerjaan selepas tamat LI. Ada juga faedahnya.

Tapi bagi aku LI ni tempat kita jual diri kita pada Industri dengan tunjukkan prestasi kerja dan idea untuk improve kn sesuatu yang memberi faedah kepada industri.Seperti kata Bos masa LI di Conti,Mr Jazs ,dia kata"LI ni tempat hang belajar semua pasal knowledge tentang industri dan bgmana cara org industri bekerja under pressure " dan katanya dalam resume tu tulis ja apa yang hang wat masa LI dan project mana yang hang involve".Kalau kita tunjuk prestasi yang baik, orang akan recognize kita ..dan jika nasib baik kita mungkin akan ditawarkan bekerja slps tamat belajar. Aku pun lepas blajr ni pi cari bos lama la kot2 ada contact2 yang boleh dapat keja hehehe...so dia pun dh kenal cara kita bekerja.

Anyway ,tajuk LI aku yang propose kepada En Akramin telah diluluskan dan diletakkan dibawah kendaliannya . Tajuknya berbunyi mcmni la "Six Sigma(DMAIC) Implementation In Manufacturing Industry".Tajuk ni pun sebenarnya projek aku kat Continental Automotive Component dan aku turut juga terlibat sebagai one of team member.Kalau di Continental ,nama projek ni Six Sigma Green Belt : Scrap Reduction at CAC yang diketuai oleh bos aku ,Mr Jazs Azlan.Under Six Sigma team ni , aku juga turut involve team ,Component Damage Improvement Team yang keja dia wat improvement on assembly line for avoid defect component damage.

So skrg pun dah week 4 kn..gerak kerja PSM pn dh on...semalam dh submit Chapter 1 tentang introduction kat PSM Supervisor.Tunggu dia check la..tgk salah kat mana atau perlu ditambah lagi ka. Nak wat PSM satu ni perlu komitmen juga,kena banyak cari journal ,buku dan artikel. Banyak juga bahan yang dapat dr ONline database utem dan juga info buku.


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews