Kebenaran terhadap penayangan filem 'The New Village' perlu ditarik
balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan
provokasi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau
berkata berdasarkan tontonan treler filem itu dilihat seolah-olah ia
mengagung-agungkan pejuang komunis dan perkara itu tidak boleh diterima
sama sekali."Ini
satu usaha untuk menulis semula sejarah kita dengan mengagung-agungkan
komunis yang kita tahu adalah pengganas yang banyak melakukan keganasan
di negara kita.
"Walaupun betul komunis lawan British tetapi
keganasan itu tidak boleh dimaafkan,"
"Kalau
ada orang kata kenapa saya buat keputusan dan kenyataan ini sedangkan
saya belum tengok (keseluruhan) filem ini. Saya boleh rujuk kepada kes
filem 'Tanda Putera', ramai yang tidak tengok tetapi terus menghukum
sampai 'Tanda Putera' ditunda dan ditangguh selama satu tahun," katanya.
Khairy mahu kerajaan melihat semula keputusan membenarkan tayangan filem itu.
@Pantherian : Menteri KJ kini menjadi pengkritik filem tanahair apabila hanya menonton trailer sahaja mampu membuat keputusan ini filem pro komunis dan wajar diharamkan tayangan.
Ketua Pemuda UMNO ini sebenarnya mahu publisiti menjelang pemilihan UMNO akan datang dan mahu dilihat nasionalis pro Melayu melawan Cina DAP. Beliau mungkin bercita-cita mahu bertanding Naib Presiden selepas bertapak kukuh sebagai Ketua Pemuda.
Beliau sengaja menghangatkan isu filem ini sebagai pro komunis untuk mengajak Lim Kit Siang berbalah isu ini untuk mengaitkan dengan filem Tanda Putera. Ternyata ia berhasil apabila anaknya Lim Guan Eng terjerat masuk jerat KJ di media.
Kita lihat apa kesudahan perbahalahan LGE DAP dan KJ UMNO seterusnya. ;)