INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, March 21, 2013

Raja Muda Sulu Azzimudie Kiram adalah rakyat Malaysia? - Rafizi Ramli

Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Azzimudie Kiram pernah menjadi  Pembantu Pegawai Daerah di Kudat selepas menyemak data Arkib Negara mengenai penjawat awam di Sabah pada tahun 1975.

Persoalan yang dilontarkan oleh Rafizi kepada UMNO untuk menjawab :

a ) Bagaimana azzimudin kiram ini menjadi penjawat awam?  Adakah dia mempunyai IC melalui Projek IC Mahathir?

b) Adakah Raja Muda Sulu ini menjadi ahli UMNO?

@Pantherian :soalan aku pula - Siapa pengkhianat sebenar negara?

Monday, March 18, 2013

AMK PP kritik salahguna premis awam sekolah untuk ceramah NGO TIBAI & Perkasa


 
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) melahirkan rasa kesal dengan insiden kekecohan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu semalam di antara penduduk tempatan dan pihak penganjur ceramah yang mengundang Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Nordin dan Pemuda UMNO Malaysia, Zahid Mat Arip. Kekecohan tercetus kerana tindakan penganjur yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat terutamanya di Taman Guar Perahu dan Penanti.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) difahamkan bahawa penduduk tempatan kesal dengan sikap penganjur yang tidak sensitif dan telah mempergunakan kemudahan awam (Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu) sebagai tempat untuk menganjur ceramah yang berbaur fitnah. Penduduk tempatan telah meminta pihak Polis Di Raja Malaysia untuk tidak membenarkan ceramah berlangsung di dalam dewan sekolah, tetapi keluhan dan bantahan mereka tidak dilayan oleh pihak berkuasa. Ternyata insiden semalam dapat dielak sekiranya penganjur dan pihak berkuasa mengambil langkah proaktif.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) percaya sekiranya pihak berkuasa dan penganjur ceramah memahami dinamika dan sensitiviti masyarakat setempat, mereka tidak akan menganjur ceramah seumpama itu dengan menyalahgunakan kemudahan awam. Ini bukan kali pertama UMNO dan Barisan Nasional, mempergunakan kemudahan awam untuk tujuan politik dan menyebar fitnah terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh. Selain dewan sekolah, dewan dan auditorium institut pengajian tinggi seperti UiTM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Perai telah dipergunakan dan siswa institut yang terlibat telah dipaksa untuk menghadiri program - program dangkal sebegini rupa.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) berharap sikap dwi-standard pihak berkuasa dalam membenarkan sebarang aktiviti politik dihentikan. Pihak berkuasa harus menjadi pihak yang neutral dan tidak memilih kasih apabila ingin mengambil sebarang tindakan atau membuat keputusan. Pihak berkuasa seharusnya menjadi penjaga kepada keharmonian masyarakat, bukan hanya tunduk kepada desakan dan arahan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.


Dr AFIF BIN BAHARDIN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
 

Sunday, March 17, 2013

#Lahad Datu: Panglima Tentera Darat Jeneral (B) TS Hashim Hussein berceramah soal keselamatan dan kenapa masuk PKR?




Mantan Panglima Angkatan Tentera Darat Jeneral (B) TS Md Hashim Hussein yang pernah bertugas di Sabah berceramah menurut perspektif tentera insiden Lahad Datu. Insiden Lahad Datu menurut beliau patut diserahkan kepada tentera lebih awal bukan polis yang mengepalai.  

Tahniah Tuan Jeneral (B) TS Md Hashim Hussein yang menyertai rakyat  membuat perubahan !




Saturday, March 16, 2013

Pengganas Sulu yang mati ada IC disebabkan Projek IC Mahathir?

Pengganas sulu memiliki IC? Mengapa sekarang buat terkejut? Ini hasilnya angkara projek IC Mahathir Mohamad. Ya, pengganas ini masuk Lahad Datu secara sah guna IC pemberian UMNO di bawah Mahathir. Malah ada kerabat diraja sulu itu yang menjadi ADO didaerah Sabah.

Polis kita sukar untuk mengenalpasti pengganas kerana semua mereka ada IC.Akhirnya, polis kita terbunuh di Lahad datu disebabkan serangan hendap apabila memasuki kampung yang menjadi kubu mereka. Jika kita fikirkan balik, latar krisis di lahad datu ini adalah disebabkan Projek IC Mahathir.

Jika rakyat sulu tidak ramai di Lahad Datu, adalah mudah untuk pasuka keselamatan menangani krisis Lahad Datu ini.

Monday, March 4, 2013

LahadDatu : Lokman Adam didakwa Penasihat Sultan Sulu ? Siapa dalang?



Panas: Lokman Adam Rupanya Penasihat Sultan Sulu!

Apa sudah jadi, ini maklumat panas terbaru yang kami terima hasil pembongkaran Blogger Milo Suam.

Sebelum ini kerajaan Malaysia menuduh pemimpin pembanglang dalang disebalik isu pencerobohan warga Sulu di Lahad Datu Sabah.

Maka, berbagai pendedahan panas telah dibuat oleh semua piahk untuk menafikan dan memastikan sebaliknya UMNO BN yang mempunyai hubungan langsung dengan Kesultanan Sulu. Terbaru, pendedahan berkaitan keterlibatan bekas Exco Pemuda KeADILan yang dipecat pada tahun 2004 iaitu Lokman Noor Adam.

Beliau yang kini menjadi Exco Pemuda UMNO dipercayai mendapat gelaran Datuk Sri Panglima dan kini merupakan Penasihat kepada Sultan Sulu di Malaysia.

Pendedahan ini pastinya menggemparkan dan membuatkan mereka tidak dapat mengelak lagi bahawa apa yang berlaku di Sabah itu adalah perancangan pihak berkenaan sebenarnya.


Inilah wajah sebenar UMNO, kuat menuduh Anwar Ibrahim sebagai "dalang" insiden berdarah Lahad Datu akhirnya Exco Pemuda UMNO sendiri adalah Penasihat Sultan Sulu di Malaysia.

Siapa pengkhianat negara?

Siapa dalang insiden di Lahad Datu ?

Lokman ini penasihat komisen bagi pangkat "Datuk " oleh Sultan Sulu  kepada rakyat Malaysia ?

 

Sunday, March 3, 2013

Najib arah polis siasat Anwar Ibrahim insiden Lahad Datu


Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan DS Anwar Ibrahim akan ditahan polis selepas Najib Razak mengarah polis menyiasat dakwaan Anwar sebagai "dalang" terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu.


PM Najib dan sepupu,Menteri KDN kini menerima kecaman hebat oleh pemimpin pembangkang dan rakyat disebabkan tindakan lemah dan berdolak dalih Menteri KDN yang tidak jujur melaporkan situasi ini yang sebenar kepada rakyat. Tindakan lemah dan berlembut Menteri KDN telah  mengakibatkan kematian 7 org polis termasuk Pegawai dan anggota bawahan

Anwar Ibrahim akan saman UTUSAN dan TV3

PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau  dalam isu di Lahad Datu, Sabah.Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.



INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

ANWAR IBRAHIM (1 Mac 2013)

Friday, March 1, 2013

Chegu Bard- Najib Razak dan Hishammuddin perlu bertanggungjawab isu #LahadDatu


Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah Segala Bidang
Pertempuran darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian dua komando PDRM adalah kemuncak 'kelemahan' kerajaan yang dipimpin oleh Umno Barisan Nasional. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras Najib Razak (PM) dan Sepupunya Hishamuddin Hussin (KDN) bertanggungjawab sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan akan datang.

SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru kerajaan nak bertindak?

Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakkan, dan teragak-agak sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara? Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi mangsa.


Seterusnya SAMM tetap mempersoalkan bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

SAMM juga persoal di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku terhadap rakyat negara ini walaupun telah ratus bilion dihabiskan oleh Kementerian Pertahanan. Sudah lengkap bersenjata, tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika waktu genting satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
 
Cukuplah, cukuplah mandat buat Barisan Nasional. Najib Razak membuktikan dialah Perdana Menteri paling konsisten kadar penakutnya. Apakah rakyat mahu si penakut yang kurang bijak lagi penindas rakyat terus menerajui negara?

che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
email: samm4anakmuda@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews