INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Thursday, November 29, 2012

Bakal calon UMNO Kepala Batas tegaskan UMNO parti pilihan tuhan untuk diberi kuasa

 

Perwakilan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membuat kejutan di dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.
 
"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

  


@Pantherian : Cuba lihat wajah lelaki di atas ? adakah dia salah masuk parti?MIC  KIMMA UMNO? Mamak reezal ini dikhabarkan oleh orang UMNO akan menjadi calon Kepala Batas untuk UMNO menggantikan Pak Lah.

Nama dia sudah tersenarai  dan mungkin sebab bersemangat mengatakan "UMNO parti pilihan tuhan "sebagai kata-kata pembodek kuat untuk menjadi calon UMNO Kepala Batas ?

UMNO parti pilihan tuhan atau parti syaitan dikenali seperti kata Tun M ?



Thursday, November 22, 2012

DS Rosmah Mansor lupakan gelaran VVIP dengan menari lagu hindustan



DS Rosmah Mansor melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh isteri PM iaitu "Menari secara LIVE lagu hindustan" di hadapan hadirin di satu majlis. Beliau telah meninggalkan status VVIP nya dan sanggup mempersembahkan tarian hindustan di khalayak ramai.

Pujian harus diberikan kepada beliau di atas usaha keras menjalani latihan untuk tarian hindustan tersebut. Aku berharap DS Rosmah dan DS Najib memohon untuk memasuki rancangan "Sehati Berdansa" pabila ia diadakan kembali di ASTRO.




Sunday, November 18, 2012

BN guna lori bergerak kempen cilok idea bas PKR

Sama tapi tak serupa

BN meniru idea PKR menggunakan bas yang boleh ubah menjadi pentas untuk berceramah. Kini BN mengubahsuai lori ala-ala lori MILO atau VICO percuma untuk dijadikan pentas untuk berceramah apabila kempen PRU 13 nanti. 

BN UMNO ternyata lesu dan bangkrap idea untuk berkempen PRU.

@Pantherian : Sama tapi tak serupa.








Saturday, November 10, 2012

Photo "Pelik" di Majlis Resepsi Lee Chong Wei


Photo Rosmah  Mansor yang berada di tengah antara pengantian di Majlis Resepsi LCW & WMC menimbulkan kontroversi  dan menjadi bahan ketawa pengguna Facebook.

Soalan orang ramai selepas melihat photo ini ialah : Siapa pengantin perempuan ?

Sunday, November 4, 2012

Program Bedah Buku YB Nik Nazmi -Mendepani Zaman :Melayu untuk Abad ke 21


Anwar Ibrahim Club (AIC),Alumni Sekolah Politik (ASP) dan Pusat Khidmat Dun Sri Setia menjemput  hadirin semua untuk hadir ke program Bedah Buku "Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke 21 " tulisan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Adun Sri Setia seperti tentatif berikut :

   Tarikh : 8 hb November 2012 (Khamis)
   Tempat : Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia(hadapan Lebuhraya Pantai Baru)
                 10-1 Jalan PJS 10/2, Taman Subang Indah, 46000 Petaling Jaya
   Masa    : 8.00 pm
   Pembedah buku : Al Azadi ( Timbalan Presiden AIC), 
                             Irwan Hidayat (Presiden Alumni Sekolah Politik)
                             YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Penulis buku)

Synopsis:
Dalam buku ini, mengemukakan hujah bagaimana orang Melayu perlu mendepani zaman bagi menghadapi cabaran dunia hari ini: Kemunculan politik baru, ke arah merakyatkan ekonomi, menyelesaikan persoalan pendidikan, kedudukan Islam dalam masyarakat  majmuk  dan keruntuhan sosial.


 Anda dijemput untuk sama-sama hadir ke program ini bermula jam 8.00 malam hingga 10 malam.

Saturday, November 3, 2012

Poster kempen PRU13 Keadilan dilancarkan



  

 Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu.

Kempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan "caci nista", katanya.

"Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan.

"Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang," katanya dalam ucapan perasmiannya.Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita.

@Pantherian : Tahniah kepada PKR di atas pelancaran poster kempen PRU  ! Semboyan pilihanraya sudah bermula !

Thursday, November 1, 2012

Tony Pua serang Syed Mokhtar hiris perasaan PERKASA



@Pantherian : Gaya Tony Pua  menyerang Syed Mokhtar dengan analogi kisah kehidupan seharian yang mana barang2 harian berkait rapat dengan empayar perniagaan Syed Mokhtar amat menarik dan mudah difahami rakyat.

Pasti video ceramah Tony Pua ini menghiris perasaan Perkasa yang lantang menyokong Syed mokhtar di atas kapasitinya sebagai usahawan Melayu dan nama Melayu. Perkasa sebelum ini menyerang keras Bung Mokhtar kerana mengkritik Syed Mokhtar yang memonopoli perniagaan terlalu banyak di Malaysia baik di udara, laut dan darat.





Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews