Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan
iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya
umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.Wan Azizah berkata PKR
mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat
melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu.
Kempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan "caci nista", katanya.
"Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan.
"Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang," katanya dalam ucapan perasmiannya.Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita.
@Pantherian : Tahniah kepada PKR di atas pelancaran poster kempen PRU ! Semboyan pilihanraya sudah bermula !
No comments:
Post a Comment