SINOPSIS PROGRAM BEDAH BUKU “ISLAM & MELAYU: MARTABAT UMAT& DAULAT RAKYAT” KARYA DR. SIDDIQ FADZIL.
OLEH AIC MALAYSIA – 23 JUN 2012, HILL CITY HOTEL IPOH PERAK.
Moderator: Saudara Irwan Hidayat
Panelis: i) Dr. Muhd Nur Manuty.
ii) Saudara Hasmi Hashim
iii) Saudara Saifullah Maslul
Program dimulakan dengan pengenalan oleh Moderator, sisi-sisi
perbincangan yang terkandung dalam buku ini, tetang kritikan penulis
terhadap kelesuan Bangsa Melayu sejak 50 tahun kemerdekaan apatah lagi
semasa di bawah penjajahan kuasa asing.
Buku ini mengimbau pensejarahan keunggulan Pemerintahan Melaka citra
Melayu dalam sejarah, pegangkatan Martabat Ummah setelah kehadiran Islam
sebagai Ad-Din dan cara hidup masyarakat pada masa tersebut.
Saudara Saifullah Maslul.
Moderator menyerahkan perbicangan kepada Saudara Saifullah untuk
memulakan, beliau memperincikan tentang penegasan penulis terhadap
peranan institusi beraja dalam suasana bangsa Melayu komitmen amanah
& keadilan. Setia Melayu adalah setia bersyarat maka lahirnya
penegasan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DIsanggah!”
Ianya menjelaskan komitmen Melayu terhadap maruah & keadilan
dengan tiada kompromi menyembah pemimpin membuta-tuli ianya selaras
dengan tuntutan islam mengesa penganutnya berlaku adil. Menurut
Saifullah buku ini merungkai banyak isu islam & melayu yang selama
ini dianggap sensitif. Yang menurutnya, bila disentuh mengenai
Melayu/Islam kita akan emosional, tergangu & “defensive”.
Seterusnya Penulis membincangkan solusi bertenaga terhadap kelesuan
bangsa bicara tentang komitmen martabat, memaknai bangsa merdeka,
pembebasan & pencerahan.
Saudara Hasmi Hashim.
Moderator menyerahkan perbincangan kepada Saudara Hasmi, beliau
menegaskan komitmen anak muda melawan rejim adalah melalui idea &
perbincangan intelektual seperti yang diadakan pada hari ini. Beliau
mengkritik tentang pengambilan sejarah daripada prospektif Orientalis
tanpa diselidiki. Apabila merungkaikan sejarah tidak harus dikecilkan
kepada Melayu & Islam sahaja tetapi harus terangkum semua.
Menurut Hasmi anak muda harus kenalpasti zaman yang mereka hidup dan
adaptasikan corak pemikiran.Tahu sejarah,hanya panduan. Anak muda perlu
tahu memilih antah ntegr beras. Latar pemikiran politik Melayu dan
budaya harus difahami.
Baliau mengkritik Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) yang menurutnya
dicipta untuk mengangkat berlebih-lebihan Sultan Melaka. Apakah tiada
Sultan Negeri lain yang cerdik pada zaman tersebut jika ingin bicara
sejarah melayu keseluruhannya?
Beliau mengambil sejarah Kanun Undang-undang Terengganu dahulu
memperuntukkan seseorang raja berhak dijatuhkan sekiranya melakukan
kesalahan. Ini adalah menjelaskan komitmen tentang keadilan. Hasmi juga
mempersoalkan tentang Orang Melayu sampai ke hari ini keliru dgn kisah
pertentangan Hang Tuah dan Hang Jebat. Siapa benar dan siapa salah? Dan
ianya tidak dapat dirungkai sehingga hari ini.
Dr. Muhd Nur Manuty.
Seterusnya Dr. Muhd Nur Manuty mengambil tempat dalam perbincangan,
mengimbau sejarah persahabatan dengan Penulis mengulas tentang peribadi
pintar, dianugerah Tuhan dapat menulis dan seorang ahli pidato yg
baik, kuasai arab, Inggeris & Jawa. Malah boleh berkhutbah dalam
bahasa jawa di Kampungnya.
Dr. Muhd Nur menyatakan buku ini sediakan formula agar Melayu tidak
lagi diperlekehkan.Beliau melontar persoalan Bagaimana nak baiki semula
martabat Melayu yang rosak? Jawabnya Islam menjelaskan peluang
pemulihan.
Beliau mengupas mengenai daulat, daulat rakyat sudah digunakan
pemuka-pemuka islam lama, daulat menurut penulis nte berpaksi kepada
syariat Allah swt. Beliau juga mengupas tentang hubungan Islam-Demokrasi
yang ditegaskan oleh penulis.
Beliau mengupas persoalan penulis tentang de-humanisasi akibat
rempuhan globalisasi, mewaspadai ancaman-ancaman baru globalisasi yang
sebenarnya menyaksikan gejala berulangnya Jaman Edan. Zaman gila yang
kehilangan prinsip dan integriti moral.Penulis adalah seorang tokoh yang bergitu berhati-hati dalam menggabungkan idea warisan & idea baru.
Penulis ialah Hasani Mohamed, Exco Anwar Ibrahim Club (AIC)