INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label AIC; anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label AIC; anwar ibrahim. Show all posts
Thursday, June 14, 2012
Meet Anwar di Ipoh, Perak
Program Dialog Anak Muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali #MeetAnwar memasuki sesi ke-6 diadakan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Detail acara adalah seperti berikut:
Tempat: Hotel Hill City, Ipoh Perak
Tarikh: 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: 2.00 - 6.00 Petang
Tentatif Program
2.00 ptg : Pendaftaran Peserta
3.00 ptg : Ucapan Pemimpin Muda bersama hadirin
i) Saudara Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)
ii) Saudari Siti Aishah (Srikandi PKR)
3.30 ptg : Program Dialog Anak Muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
6.00 ptg : Sesi Bedah Buku Anjuran #AICLibrary "Islam & Melayu: Martabat Ummah, Daulah Rakyat - Karya Dr Siddiq Fadzil"
Malam: Pada sebelah Malam pula, AIC Perak mengadakan program forum "Seni Sebagai Senjata Politik" menampilkan Sdr Hasmi Hashim, Sdr Najwan Halimi & Sdr Huzaimin.
Saturday, February 18, 2012
Anwar Ibrahim Club (AIC) cabar TV3 beri ruang Anwar Ibrahim menjawab isu Israel dan Palestin
Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain - cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.
"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.
Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.
@Pantherian - Syabas kepada Presiden dan Timbalan Presiden AIC ! Ini adalah permulaan AIC untuk turun ke mainstream media .
Tuesday, January 10, 2012
Kenyataan Media Anwar Ibrahim Club (AIC) mengenai Pembebasan Anwar Ibrahim
KENYATAAN MEDIA
Pembebasan DSAI: Ayuh Perbaharui Komitmen Ke Arah Malaysia Yang Lebih Adil
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diputuskan tidak bersalah.
Keputusan ini – yang diakui sedikit mengejutkan – membuktikan bahawa segala fakta-fakta perundangan yang telah dikemukakan oleh pasukan peguam pembela Datuk Seri Anwar berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah sehingga gagal disanggah oleh pasukan pendakwaraya.
Walaupun mahkamah membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar, AIC melihat ini bukanlah bermakna sistem kehakiman Malaysia sudah bebas sepenuhnya. Malah, AIC berpandangan sekiranya sistem kehakiman Malaysia mempunyai integriti yang tinggi, kes ini sewajarnya dibuang lama dahulu kerana kes yang dibawa pendakwa adalah kes yang rapuh dan tidak kredibel sama sekali.
Dalam masa yang sama, AIC berharap agar pihak berkuasa boleh bertindak untuk mengekang sebarang bentuk fitnah yang disasar ke atas Datuk Seri Anwar. Tidak perlu ada kompromi dalam hal ini, tanpa mengira sasaran, budaya fitnah harus dikekang dan dihentikan sepenuhnya.
Segala kemungkinan akan dihadapi, dan sokongan generasi muda sentiasa tidak putus ke atas Datuk Seri Anwar dengan agenda merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik.
Tanggal 9 Januari harus menjadi satu permulaan baru untuk rakyat Malaysia, memperbaharui azam dan tekad untuk mengeluarkan Malaysia dari gejolak rasuah, salahguna kuasa dan sistem tadbirurus negara yang lompong. Perubahan yang dituntut, melangkaui perbezaan agama, ideologi dan kaum: ianya untuk masa depan generasi muda Malaysia pastinya.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
Julailey Jemadi
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)


