INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Sunday, June 10, 2012
Forum Syed Sheikh Al Hadi - "Pencetus Gerakan Pencerahan di Malaysia?
Assalamualaikum & Salam Perjuangan!
Saya Syed Mikael Rizal Aidid, mewakili Penang Institute dengan penuh takzim, menjemput rakan2 FB mai memeriahkan sesi cakna minda, sempena Forum Nusantara ke-5 kita. Kali ini kami janjikan ia lebih mantap, dengan dibarisi panelis-panelis tersohor yang pakar dalam bidang masing2. Sdr/i boleh hantar pengesahan kehadiran ke inbox FB saya atau e-mel ke syedmikael@penanginstitute.org. Terima kasih!
Latar Tokoh
Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi lahir di Melaka 1867. Pada usia 14 tahun beliau dihantar ke Riau untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan berguru dengan reformis terkenal di Kaherah – Muhammad Abduh.
Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut. Beliau membina cita pendidikan yang moden dengan intepretasi Islam yang progresif (setidaknya pada zamannya).
Beliau bersama sahabatnya kemudiannya menerbitkan majalah Al-Imam(1906), Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Dia juga menghasilkan Hikayat Faridah Hanum yang menggoncang akar kelaziman cara fikir masyarakat Melayu 1920-an ketika itu. Tokoh yang sukar diterima di Singapura, Johor bahru, dan Melaka rupanya amat disenangi di Pulau Pinang. Apakah kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea progesif yang melangkaui zamannya ini mampu bertapak dan membina bentuknya di negeri ini? Apakah inti pemikiran dan kaedah beliau mampu kita teladani dan manfaatkan untuk masa kini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment