INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, June 20, 2010

Najir Razak tempelak DEB hanya untuk kroni rapat UMNO

Golongan yang menentang kajian semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah mereka yang selama ini memperoleh manfaat daripada polisi kerajaan itu selama 40 tahun.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak sehubungan itu berkata, kerajaan tidak perlu tunduk kepada golongan yang membuat bising itu sebaliknya perlu mengutamakan kumpulan majoriti yang mahukan dasar itu diubah dalam aspek tertentu.

"Merekalah yang membuat bising sedangkan hak semua bumiputera adalah lebih penting. Sebab itu ada kontraktor yang marah apabila ada tender terbuka sedangkan mereka tidak terfikir jika tender itu diberikan kepada mereka, apa akan jadi kepada kontraktor Melayu yang lain.

"Kenapa enggan bersaing," katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia di sini hari ini.

NAZIR RAZAK

Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, matlamat DEB membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat, biasiswa dan masih relevan dan perlu dikekalkan.

Tetapi, jelas beliau, pada masa sama orang Melayu perlu menambah satu lagi matlamat iaitu membina dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif.

" Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu. Untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif kita tidak dapat lari daripada mengkaji semula cara DEB dilaksanakan," ujarnya.

Beliau berkata, saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera atas nama DEB tetapi persoalannya siapa yang layak dan yang meraih keuntungan.

"Saya lihat orang yang senang dapat, senang juga menjualkannya," tegas beliau.

Dalam pada itu Nazir berkata, bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30 peratus di kalangan bumiputera dan pada masa sama bersaing dalam 70 peratus yang disaingi oleh semua pihak.

Ujarnya, DEB perlu adil dan untuk Melayu berjaya, Malaysia perlu berjaya sepenuhnya.

Sehubungan itu, katanya lagi , semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut kerana Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya.

"Itu pandangan saya. Sebab itu, perlu mewujudkan tempoh masa untuk melaksanakannya kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia," jelasnya.


*************************************************************************************

Nampaknya adik Najib,Mat Najir Bank bukan Nazir Sekolah tau.. sudah istihar WAR ke atas PERKASA Madey & Bang Berahim. ..tokey bank sudah bijak lawan ultra cauvanis Melayu..hahahaha..

Sudah menarik ini, Mat Tak Muktamad akan pening dan biol hahahaha..mahu pilih sedara Kandung atau Mentor TV3 Tun Madey & Bang Berahim ....hahahaha.

Mat Najir Bank dah nampak kebobrokan dan penyelewengan DEB ini oleh UMNO dan Pak Menterinya sejak dulu lagi dan oleh sebab itu beliau kecam DEB dalam akhbar ultra cauvanis Melayu, Mingguan malaysia.

Nazir also questioned the lack of transparency in the allocation of bumiputera shares in listed companies and the awarding of APs.

“In the name of NEP, shares of listed companies are given out to bumiputeras, but the question is who is entitled and who is benefiting from it?” he asked.

And look at the awarding of APs, what is the basis for the award?” said Nazir.

Jawapan untuk Mat najirr...seperti dibawah :

AP atau Approved Permit pernah menjadi satu Isu yang menggemparkan negara suatu masa dulu, dan kini isu ini semakin pudar dari menjadi sebutan masyarakat.

Walaupun isu ini mungkin telah tenggelam bersama bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Rafidah Aziz dari wanita UMNO, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar. MITI merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam soal penganugerahan AP ini.

Mari kita lihat siapa sebenarnya yang benar-benar memperolehi kekayaan dari AP yang dianugerahkan oleh MITI.....


Datuk Seri Syed Azman

Selain dari Allahyarham Tan Sri Nasimuddin SM Amin pemilik Naza Group, Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim adalah antara mereka-mereka yang telah dianugerahkan AP ini.


Mat Najirr...sememangnya beri masalah kepada abgnya , LGE dah tembak awal-awal lagi katanya Najib patut ikut kata adiknya -LGE.hahaha.

Mat Najir kaya (namaku sudah masuk kelab Gang kaya Malaysia) pun tumpang abgnya sebagai PM ..tak gitu? dapat projek gabung Sime, Guthrie dan Golden Hope..jadi Synergy? apa citar projek tu Mat Najir? ikonnya mat zubir , anak PP pun kena tendang..

Melayu kampung terus ditipu oleh UMNO DEB dan Perkasa DEB..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews