INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, April 3, 2009

Selamat bersara Pak Lah- PM ke 5

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Farewell to Pak Lah, Selamat Bersara..

Pak Lah meninggalkan Malaysia dengan keadaan negara tidak stabil dari segi politik dan ekonomi yang melanda Malaysia. Begitu juga dengan projek besar Pak Lah seperti penubuhan SPRM, Suruhanjaya Kehakiman dan Koridor Pembangunan yang seperti di suku jalan apabila beliau meninggalkan sewaktu ia baru dilaksanakan bak kata orang, bapa meninggalkan anak yang baru mula bertatih.Tetapi, itulah keputusan dari sanubari Pak Lah yang selepas ini akan menggalas tugas sebagai MP Kepala Batas dan Pengerusi UMNO PP.


Itulah ibarat berpolitik, suatu masa nanti kita akan didesak dan dinyahkan oleh rakan-rakan yang menyokong kita dahulu.Politik Pak Lah ialah politik secara berhemah dan mengamalkan prinsip keterbukaan yang menjadi amalan di semua negara sekarang.Di zaman Pak Lah, rakyat Malaysia menikmati sedikit ruang demokrasi dalam memperjuangkan permasalahan rakyat dan menyatakan pandangan walaupun terdapat sedikit perbedaaan pendapat.

Pak Lah mengikut peredaran zaman dalam rentak berpolitik walaupun beliau mengakui BN agak lambat mendengar suara rakyat dan menggunakan media baru iaitu internet dalam penyampaian maklumat berkesan kepada rakyat.Apa yang menarik bagi Pak Lah, beliau selalu bercakap mengenai menambah nilai (value added) dan penambahbaikan dalam sesuatu perkara sebagai contoh apa yang dilakukan beliau dalam perkhidmatan kerajaaan (SPA), Suruhanjaya Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ini salah satu contoh peninggalan Pak Lah kepada Malaysia dan apa yang boleh saya katakan Pak Lah sebagai penggerak demokrasi dan keterbukaan Malaysia.

Terima Kasih Pak Lah untuk Malaysia dan selamat bersara.



3 comments:

S i T i H a J a R said...

mahu jer saye vote mahathir jadi PM balik

Pantherian said...

dah daftar pengundi ke? hehehe

Dalam minggu depan Tun Mahathir akan umum kemasukannya ke dalam UMNO.Beliau hanya akan masuk UMNO apabila Pak Lah letak jawatan sebagai PM

Generasi Pejuang Bangsa said...

Pak lah ialah Bapa Demokrasi Malaysia !!

selepas bersara ini ,pak lah tentu akan dilihat kerap turun di kepala batas ..

Pulau Pinang sejak Pak Lah menjadi PM byk menerima kelebihan dan pembangunan . Mai LGE ini perintah ,cina ni mmg kejam ..tak fikir nasib rakyat bawahan bekerja gaji hari dengan menutup operasi kuari di PP .. mana mereka nak cari makan utk family jika periuk nasi mereka ditutup !!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews