INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, April 17, 2009

Protes senyap di Penanti

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Reaksi dan kontra berhubung perletakkan jawatan Yb Mohd Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti dan juga semua jawatan dalam kerajaan negeri Pualau Pinang.Ramai yang tahu akan kelemahan dalam beberapa pekara tetapi kurang enak lah mengatakan seolah-olah beliau langsung tidak melakukan sebarang tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri Pualau Pinang dan ADUN Penanti.

Di sini aku mengambil posting dari blog WRLR dimana mereka mengemukakan beberapa sms yang beredar di kalangan ahli dan masyarakat Permatang Pauh yang menunjukkan seolah-olah satu protes akan dilakukan secara senyap terhadap parti tersebut.

Salah satu sms yang di terima pihak kami berbunyi begini.

Perjuangan 98" ..Kita diajar lawan korupsi,kronisma,Nipotisme, dan satu lagi konspirator.Kami tak lupa Mahzab ini....Keadilan Untuk FAIRUS"


Siapa yang menjadi dalang dan menulis dalam Alahai Fairus TKM1 sehingga kini belum pasti .Cuma ada beberapa pihak mendakwa DSAI telah mengetahui dalangnya kerana telah diberikan satu laporan lengkap dan menurut sumber lagi ianya melibatkan beberapa individu dalam parti.

Walau bagaimana pun,ianya adalah masalah PKR dan kita menganggap bahawa ianya satu kelemahan dan masih gagal dibendung.Kita tahu DAP ada masalaah dalaman, PAS sedang dan akan juga bergolak dalam sedikit masa lagi , namun agak berbeza kerana PAS mengamalkan Syura iaitu dengan berunding dan DAP seolah-olah semacam PAS kerana parti ini telah lama menjadi pembangkang sejak azali walau PAS pernah tidur sebantal dengan Umno dan mimpi berlainan.

Oleh kerana menjadi pembangkang oposisi yang lama dalam negara, kedua-dua parti tersebut hampir berjaya menyelesaikan masalah dalaman yang dianggap boleh menjejaskan parti mereka dan tidak di londeh dikhalayak umum.Berlainan dngan apa yang sedang berlaku.Masyarakat seolah-olah menyalahkan orang lama dalam PKR kerana gagal membendung gejala ini walau telah lama mengetahui akan perkara ini.Ada yang menyatakan bahawa "tiada kuasa","masalah Fairus", malah ada pula yang "lepas tangan".


Kini ADUN Penanti akan menjadi medan sebenar bagi PKR menguji kesetiaan penyokongnya.Malah di dilihat dari rekodnya Penanti amat sensitif dengan kawasan mereka.Jatuh bangun UMNO dan oposisi dilihat sebagai trend bagi masyarakatnya.DSAI sendiri mungkin akan berkampung lama di kawasan ini bagi menangkis persoalan yang akan dibawa Umno.

Ramai rakyat Penanti yang kini mula merasa kecewa kerana dengan mengganggap Fairus hanya menghadapi situasi ini berseorangan dan pihak parti tidak mengindahkannya berlainan kisah ADUN Bkt Lanjan, Ex ADUN Bkt Selambau dan Tan Sri Khalid dimana pimpinan parti negeri mempertahankan mereka.Ramai pula yang menyatakan bahawa beliau tidak dengar cakap dan keras kepala dan macam-macam lagi.Namun Alahai Fairus TKM1 berjaya menjatuhkan beliau dan ini kejayaan yang diluar jangka.Namun dalam masa yang sama, kini ramai pula yang mula bersimpati.Wanita Bahagian mula bertindak dan pihak AMK sebahagiannya pula mula bertindak dengan persetujuan beberapa pemimpin peringkat pengurusan PKR negeri dan kini kemelut dalaman memang melanda PKR Penang. Teori konspirasi sememang cukup sinonim dengan Permatang Pauh dan rakyat Permatang Pauh mudah bersimpati kepada mereka yang dianaiya.

Melihatkan kepada kegagalan perlantikan pengganti Yb Mohd Fairus, jelas DSAI sudah tahu secara mendalam akan situasi yang berlaku , dan khabarnya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak melalui saluran parti.Jika Fairus menjadi mangsa ,pihak yang lain juga mungkin akan menjadi mangsa pula.Mungkin lebih mudah jika melantik 2 ahli berbangsa Melayu dalam PKR menjadi pengganti seperti YB Abdul Malek Kassim dan Yb Maktar dari Sungai Bakap.Namun dalam PKR apabila di tanya akan soalan ini ada yang menyatakan bahawa jika ingin melantik YB Abdul Malek, ianya telah lama dibuat oleh penasihat parti tersebut , dan YB ustz Maktar pula dilihat sebagai bukan pilihan dan mungkin sesuai untuk dilantik sebagai Exco.Namun peruntukan kerusi hanya 2 untuk Exco Melayu.Pertama sebagai Timbalan ketua Menteri dan Exco Agama dan beberapa potfolio lagi dalam kerajaan negeri dan juga peruntukan untuk Exco yang lain sebagaimana yang sedang di pikul YB Abdul Malek.


Namun, oleh kerana mungkin penasihat PKR mahukan calon yang sama di bawah Parlimen Permatan Pauh, maka kerana itulah ramai pula yang beranggapan bahawa Fairus "harus" dikorbankan demi melantik seorang calon TKM1 di Pulau Pinang.Maka kerana itu ada sms yang diterima lagi berhubung perkara ini ianya berbunyi

"Yb Fairus disuruh letak jawatan sertamerta.Bersiap untuk PRK di DUN Penanti.Clon PKR yang disebut menggantikan Fairus adalah Dr Mansor.Itulah KEADILAN".

Apa pun keadaan sudah menjadi bubur.Orang ramai di kampung-kampung mula menunding jari menyalahkan pihak yang menjatuhkan Fairus.Namun jika dikaji semula adakah benar laporan dalam Alahai fairus menjadi tekanan kepada beliau jika dilihat dari sudut yang lain.kenapa Fairus tidak menjadi sekental -kental seorang pahlawan yang punya semangat waja dalam jiwa beliau.Seharusnya lah pihak PKR mengambil tindakan awal dengan membendung dan berbincang.Ramai cerdik pandai dan juga ilmuan dalam parti dan tidak terbawa-bawa dengan semangat dalam parti yang kebanyakkan ahlinya meninggalkan parti nenek moyang mereka.Bagi kaum reformis yang tidak mendapat sebarang jawatan dan imbuhan melihat ini sebagai permulaan yang tidak begitu selesa untuk DUN Penanti.



"Aku tak minat politik.Lain kali jangan sms pada aku lagi.Orang politik penipu.penat aku pangkah PKR.Ahli pelingkup parti"- rakyat Penanti

Semua ni menunjukkan reaksi amarah orang ramai terutama penyokong PKR di Penanti.Aku menanti pengumuman dan penerangan Anwar di Yayasan Aman malam ini.

Keadilan untuk Fairus !!!



1 comment:

Generasi Pejuang Bangsa said...

PKR pun sama spt UMNO ..politik cantas dan tikan belakang

jika PKR ckp ttg masalah dalaman UMNO kini PKR pulak saman menghadapi masalah.

Adakah fairuz dijadikan kambing hitam juga oleh pihak konspirator dlm PKR sendiri ???

kes fairuz sama dgn pemimpin sebayanya dalam Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin yang cuba dijatuhkan oleh musuhnya dalam UMNO. Pemimpin muda spt mereka ini cukup ramai org dengki dan cemburu ,biasalah PHD ini ada juga dalam UMNO dan PKR.

kalu kita amik petikan sukarno

‘Berikan aku seribu orang tua, dan aku mungkin bisa bercucuk tanam di atas gunung, tapi berikan aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia” - Sukarno.



cuma fairuz tidak kental dan berani spt KJ ..kalau tak ikut KJ pun contohi sendiri idola mereka DSAI.

Seperti kata Datuk Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang merosakkan parti adalah ahlinya sendiri. Kita berada di zaman era langit terbuka, bilakah Melayu nak buang perangai hasad dengki dan menjadikan semua pemuda bijak pandai sebagai Hang Nadim, sedangkan yang perlu dibuang ke laut adalah penderhaka seperti si tanggang?

Fairuz bg aku adalah Hang Nadim seperti KJ dalam UMNO yang akan cuba dibunuh karier politiknya oleh musuh dalam partinya sendiri.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Rocky Balboa lakonan Sylvester Stallone yang diguna juga dalam buku terbaru Pak habib Najib vs Kaki Kacau .Mungkin kata2 semangat ini perlu kepada anak muda seperti KJ ,pemuda umno dan AMK sendiri .


"Dunia ini bukanlah hanya berkenaan sinaran suria dan pelangi. Ia adalah sebuah tempat yang kejam dan ada kalanya zalim, dan ia tak peduli anda segagah mana sekalipun, ia akan memukul anda sehingga ke lutut dan membuatkan anda berlutut selamanya, jika anda membenarkan ianya berlaku sedemikian. Anda, saya atau sesiapa sahaja, akan memukul anda sekuat kehidupan. Ia bukannya mengenai betapa kuat anda boleh memukul tetapi betapa kuat anda akan dipukul, tetapi masih boleh maju tanpa menyerah kalah. Itulah cara bagaimana kemenangan diperolehi. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda kuat, keluarlah dan buktikan kekuatan anda. Tetapi anda harus sanggup menerima segala pukulan. Dan bukannya menuding jari dan mengatakan: Anda gagal menjadi orang yang anda mahu jadi akibat angkara orang lain. Hanya sipengecut saja yang melakukan sedemikian!!!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews