INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, April 13, 2009

Gaji dalam keadaan krisis ekonomi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saya baru sebentar tadi usai menghadiri interview di sebuah syarikat pembuatan barangan plastik di Prai pada jam 10 pagi.Sesi interview itu agak relax dan tidak formal dimana penemuduga hanyalah seorang sahaja dan berlangsung lebih kurang 20 minit.Saya berasa beruntung mendapat call for interview dikala belum menghabiskan pengajian di universiti dan merasakan ini peluang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan.

Semasa sesi interview tersebut, saya menjawab soalan penemuduga dengan baik dan lancar dimana soalannya banyak berkisar mengenai tesis ,latihan industri dan sedikit mengenai proses "injection molding". Tetapi saya agak terkilan dimana beliau mempersoal tangga gaji yang diminta saya dan mengatakan RM 2200 adalah terlalu tinggi dengan mengambil kira faktor ekonomi sekarang.Syarikat hanya dapat menawarkan gaji hanya dalam lingkungan RM1500 iaitu tangga gaji diploma dalam bidang kejuruteraan.Akhirnya saya negotiate dengan beliau dengan request gaji sehingga RM1800. Anyway, it up for company to decide...

Ini merupakan interview pertama bagi saya dan dapat melihat kesan ketara krisis ekonomi terhadap pekerja swasta dalam bidang teknikal seperti saya yang bergelut dengan tangga gaji yang ditawarkan.Dengan keadaan taraf hidup sekarang yang tinggi, pendapatan antara faktor penting yang dititikberatkan dalam memilih pekerjaan kerana untuk mrnyara perbelanjaan harian dan keluarga.

Antara calon interview tadi adalah seorang engineer dari kilang plastik yang memohon jawatan tersebut kerana kilangnya di Kulim akan berpindah ke Nilai.Beliau memperlihatkan seorang calon yang berpengalaman bekerja dan mungkin agak senang baginya untuk mendapat jawatan tersebut.Sebelum sesi interview itu beliau sempat mengatakan kepada saya kemungkinan tangga gaji beliau request ialah lebih RM2500 mengambil kira faktor keluarganya.Saya kira beliau juga turut bermasalah dengan tangga gaji yang ditawarkan.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews