INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, April 4, 2009

PM- 6 DS Najib

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Malaysia secara rasmi mendapat PM yang keenam semalam apabila DS Najib ditabalkan sebagai menjadi PM oleh YDP Agong di Istana Negara pada awal pagi.Sejurus ditabalkan, beliau telah membuat perutusan PM yang baru semalam di media perdana semalam.Saya sempat mengikuti ucapan dan perutusan beliau yang bertema satu Malaysia /One Malaysian.klik di sini.

Antara perkara penting ialah pembebasan 13 tahanan yang ditahan oleh Akta yang ditakuti rakyat iaitu ISA. Sebelas 8 orang yang dibebas terdiri daripada Melayu yang dikaitkn dengan Daulah Islamiah /JI, 2 orang berketurunan India dari kumpulan Hindraf dan 3 rakyat asing. Keputusan PM mengingatkan saya kepada Obama yang menutup terus Penjara Guantanamo sebagai janji manifestonya untuk meraih populariti rakyat.

Perkara itu biasa bagi semua pemimpin di dunia yang baru dilantik dan di Malaysia pun seperti yang dinyatakan oleh DS Anwar,(klik di sini) PM secara tradisi akan membebaskan tahanan ISA apabila dilantik memegang jawatan tersebut. Perkara ini tidak akan berkesudahan selagi akta ISA itu tidak dihapuskan di mana prinsip keadilan sememangnya mati apabila akta ini dikuatkuasakan. Seingat saya di zaman diktator Mahathir, akta ini cukup "famous" dengan beliau apabila ramai rakyat dan aktivis politik ditahan melalui akta ini seperti di Operasi Lalang dan Zaman Kebangkitan Rakyat (reformasi 98).Saya menyokong jika akta ini dihapuskan oleh kerajaan baru ini kerana ia akta zalim dan tidak adil kepada tahanan.

Perkara kedua ialah arahan penggantungan akhbar Seruan Keadilan dan Harakah ditarikbalik serta merta.Dalam amalan demokrasi, kebebasan media amat penting dan perlu diberi ruang bebas kepada semua parti untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.Jika Malaysia ingin dipandang tinggi sebagai negara yang menjunjung demokrasi liberal ,antara perkara penting ialah kebebasan media yang perlu diamalkan dan bukan disekat.

" Dengan ini saya mengajak seluruh negara untuk sama-sama untuk melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat :Satu Malaysia,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan " -oleh DS Najib.

Satu Malaysia ini dikatakan seolah-olah mirip konsep Ketuanan Rakyat yang diperjuang oleh Pakatan rakyat. Satu Malaysia seperti satu konsep bangsa Malaysia yang meliputi Melayu , Cina dan India yang menjadi teras rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar dalam menuju Wawasan 2020. Ketuanan Rakyat pula ialah konsep yang memperjuangkan hak rakyat bawahan tanpa mengira kaum dan etnik.

Selepas ini dimanakah agaknya Ketuanan Melayu ?








1 comment:

Generasi Pejuang Bangsa said...

ONE MALAYSIA.NEW CONCEPT YANG AKAN BUNUH TERUS KARIER POLITIK ANWAR.

PM NAJIB YANG BIJAK MELAKSANAKAN URUSAN PENTADBIRANNYA DENGAN MEMENTINGKAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN .

TIDAK SEPERTI ANWAR DAN NIZAR NAMRUD YANG SELALU MEMBOHONGI KAUM INDIA DAN CINA.APA YANG ANWAR BAGI? KALAIVANAR TELAH DEDAHKAN APA PKR KEDAH BUAT SELAMA 1 TAHUN MEMERINTAH ..GOBALAKRISHAN SUDAH KAYA RAYA DAN MAMPU BELI KERETA RM400K ...INI LAH YANG MEREKA DAPAT ..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews