INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label anak muda. Show all posts
Showing posts with label anak muda. Show all posts

Friday, March 21, 2014

#FMFA2014 :Belia zaman KhairyKJ mati di konsert sebab overdose dadah ?


Sedih pabila mengenangkan belia zaman Menteri KBS Khairy Jamaluddin mati di konsert disebabkan overdose dadah di Std Bukit Jalil. Menteri dalam reaksi segera mencadangkan tindakan penyelesaian perlu diambil untuk masa akan datang :

a) Kempen kesedaran bahaya dadah diadakan segera melibatkan semua agensi berkaitan.

#LOL : Perkataan kempen dadah ini dengar sejak sekolah rendah lagi kot tapi hasilnya macam melepaskan habuk di tangga. Mungkin Menteri mahu kempen dadah diadakan diluar pintu masuk konsert yang penting konsert ON!  #LOL

b) Pemberian lesen permit yang perlu ditapis dengan lebih ketat oleh kementerian berkaitan terutama berkaitan faktor keselamatan dan bebas dadah dan maksiat.

  #LOL : Mungkin kena buat screening di pintu masuk  mcm di airport untuk kesan dadah.#LOL janji konsert ON, tak kena BAN.

Dadah mcm pil estacy itu kecil dan pastinya mudah dibawa masuk ke dalam konsert. Selain itu, tin air minuman  arak dan kondom juga banyak ditemui di tapak  konsert yang pastinya digunakan untuk berhibur dan maksiat.

@Pantherian : Konsert Hiburan tidak perlu diharamkan tapi yang salah ialah dadah. Dadah yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam konsert. #LOL 

Thursday, August 22, 2013

Isu CCRIS & PTPTN: Siapa buat drama Melayu?

Awal minggu ini anak muda terutama peminjam PTPTN dikejutkan dengan UGUTAN Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh yang mahu blacklist nama peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang PTPTN di sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara.

Apa itu CCRIS?

Jika nama peminjam tersenarai  dalam CCRIS ini maka anda tidak boleh membuat sebarang pinjaman  daripada bank atau institusi kewangan kerana nama telah disenaraihitamkan. Jadi, anda tidak boleh membeli kereta, rumah dan membuat pinjaman peribadi.

Drama Politik

Cadangan ugutan CCRIS ini telah mendapat kritikan keras anak muda di Twitter sejak Isnin lps dan antara politikus yang terawal membantah dan menerangkan bab CCRIS ini ialah Rafizi Ramli.

Kemudian harini Menteri KBS, Khairy Jamaluddin  juga membantah cadangan pengunaan CCRIS ini dan isu ini juga telah dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet.

Apa yang menarik selepas mesyuarat Kabinet, Khairy Jamaluddin dengan bangganya mengumumkan pembatalan langkah penggunaan CCRIS ke atas peminjam PTPTN.

Persoalan di sini :

1) Siapa KJ mendahului Menteri Pendidikan dalam membuat pengumuman soal pembatalan CCRIS ini?

Orang lain yang umum orang lain pula yang menjawab?

2) Kerajaan BN sendiri buat keputusan, kerajaan sendiri yang batal ? Yang dapat nama ialah Khairy Jamaluddin KJ.

Konon dengar suara anak muda atau ini strategi politik menjelang pemilihan?

Sunday, February 3, 2013

Najib Razak ke Pandan bawa BR1M RM500, Rafizi Ramli berkempen beri limau sahaja


"Pemberian limau menjelang tahun baru Cina di pasar-pasar pagi. Terharu dengan sambutan luar biasa rakyat Pandan " - Rafizi Ramli 

Semalam PM Najib ke Pandan dan Taman Dagang membawa gula-gula BR1M RM 500 untuk ditabur kepada rakyat sebagai sogokan kepada rakyat menjelang PRU13 yang kian hampir.  

Najib juga berkata, pemberian BR1M mampu diteruskan kerajaan kerana sistem urus tadbir ekonomi yang baik dan bukan melalui kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti didakwa pembangkang.


Biarlah UMNO nak bagi RM500 atau sumbangan apa ke tetapi rakyat makin bijak mengenal siapa pemimpin yang tak rasuah , korup dan curi duit rakyat. Mereka rompak duit kita dan curi tanah rakyat kemudian beri kepada rakyat RM 500 setiap tahun? ..

Rafizi Ramli, bakal calon PKR Parlimen Pandan pada pagi ini turun di kawasan pasar Pandan terharu dengan sambutan rakyat terutama kaum Cina. Beliau hanya membawa limau sahaja untuk diberi untuk CNY dan bukannya menabur wang ringgit untuk gula-gula PRU seperti UMNO BN.

Rafizi Ramli tidak pandai menabur wang Ringgit seperti pemimpin UMNO yang kaya raya tetapi beliau membawa idea membantu rakyat dan aspirasi rakyat bawah yang mahu negara yang bebas, telus dan adil kepada semua rakyat.




 


Tuesday, January 15, 2013

Khairy Jamaluddin malu mengaku Syarifah Zohra SW1M mewakili suara BN




YB KJ , Ketua Pemuda UMNO malu untuk mengaku Syarifah Zohra Jabeen ini mewakili BN di 
Forum Mahasiswa UUM.

"Siapa2 pun boleh salah guna 1Msia " - Khairy Jamaluddin. 

  
@Pantherian : Dalam UMNO ini, bila kantoi buat salah, masa itu kawan-kawan sekeliling malu mengaku kawan dan tidak akan membantu. Lihat sahaja kes blogger UMNO Doc Novandri ,tiada  pimpinan UMNO yang turun untuk  membantu kes saman oleh Khalid Samad dan akhirnya mengaku salah dan meminta maaf.




Jawapan balas Suara Wanita 1 Malaysia isu Bawani



Jawapan balas  SW1M pasai isu Bawani

Sunday, December 9, 2012

PENTAS 152 : Konsert Apresiasi Seni Anak Muda !

 

Konsert Apresiasi Seni - Ayuh datang beramai-ramai dan ekspresikan diri anda - Suara Anak Muda!


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan sebuah konsert Pentas 152 khusus untuk mengiktiraf dan menghargai peranan anak muda dalam mengekspresi seni mereka.

Semua persembahan pada malam itu akan disampaikan dalam Bahasa Melayu, sejajar dengan tujuan utama konsert tersebut, iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Konsert yang membariskan 16 kumpulan pemuzik dan penyair itu bakal berlangsung pada 12 Disember 2012, bertempat di Pentas Utama Selangor Agro Fest, Stadium Malawati Shah Alam, bermula jam 8.30 malam.

Kartunis, Ronasina akan tampil sebagai pengacara di samping penampilan khas oleh Hishamuddin Rais, Hasmi Hashim dan Pyan Habib.Konsert tersebut turut mendapat kerjasama Alumnus Sekolah Politik, Akademi Pak Sako, Radio Bangsar Utama, Jalan Telawi, Institut Pemberdayaan Strategik (IPS) dan Grup Pemikir Muda (GPM

Monday, September 3, 2012

Isu bendera :AMK cabar UMNO tukar lambang bendera parti



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan respon balas ke atas polemik mengenai 'Sang Saka Malaya' yang kini digembar-gemburkan oleh media Umno-BN dan juga penggiat siber.

Isu ini dilihat bermula apabila ada beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya sewaktu perhimpunan aman Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos 2012. Insiden ini kemudiannya dipolemikkan melalui media khususnya Utusan Malaysia yang pada hari ini juga, telah menyiarkan keberkaitan ciptaan bendera tersebut dengan seorang pimpinan AMK pusat.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Ketua Umum KEADILAN, DatukSeri Anwar Ibrahim, tidak ada sebarang cadangan pun untuk menukar ganti Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya. Apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarahnya dalam meraikan sumbangan dan semangat tokoh-tokoh kemerdekaan yang 'didiamkan' oleh buku-buku teks sejarah seperti Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, Almarhum Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, dan lain-lain lagi.

Sejarah telah menunjukkan bahawa elemen Merah Putih di dalam Sang Saka Malaya ini merupakan antara cadangan awal gabungan politik pertama di Tanah Melayu, iaitu PUTERA-AMCJA yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Tun Tan Cheng Lock untuk dijadikan bendera negara selepas kemerdekaan berjaya diraih. Jangan kita lupa, PUTERA-AMCJA dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin, parti pertama tanah air yang berani menggunakan slogan 'Merdeka' sebagai semboyan perjuangannya. PKMM kemudiannya diharamkan British dengan 'endorsement' oleh Umno.

Sungguhpun begitu, pada 1949 dengan perkenan Majlis raja-raja, inisiatif untuk melakar bendera baharu untuk Tanah Melayu telah dimulakan dan lahirlah bendera Tanah Melayu setelah reka bentuk bendera tersebut mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Pada 31 Ogos 1997, ia dimasyhurkan dengan nama Jalur Gemilang. Dan status Jalur Gemilang sebagai panji negara terus kekal tanpa pertikaian sehingga ke hari ini.

AMK perlu memberi penegasan, bahawa isu ini tidak mempunyai asas untuk dipolemikkan sama sekali. Apa yang jelas kelihatan isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara. Di saat Perdana Menteri menyeru generasi muda mempunyai fikiran yang terbuka dan harus menerobos sempadan kemustahilan, adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea yang berbeza dalam mengiktiraf sejarah.

AMK juga merasa pelik apabila wujud juak-juak 'laskar siber' Umno-BN yang kononnya mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara-negara jiran. Justeru AMK ingin mencabar Umno, sekiranya mereka melihat elemen 'Sang Saka' adalah satu ancaman, maka Umno-lah harus menukar lambangnya 'Sang Saka Bangsa' berkuat kuasa serta merta kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen "Sang Saka" selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehinggalah ke hari ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Anak muda kibar Sang Saka Malaya beri hujah kenapa bendera ini dikibarkan


  
Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.


Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.

Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.

Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..


Baca penjelasan mereka ini..

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.

Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.

Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.

Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.

PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.


Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.

Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.

Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

Penjelasan oleh Singa Selatan 

@Pantherian- Sejarah dunia harini tidak dapat disembunyikan lagi apabila ia kini mudah dicapai melalui sumber internet mahupun buku lama. Anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Melayu memberi penjelasan yang baik mengapa mereka membawa bendera tersebut.

Monday, January 30, 2012

Awan Nano dan Buddhi Hekayat @HasmiHashim


Tahniah dan syabas kepada Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat di atas kemenangan lagu Awan Nano di Anugerah Juara Lagu (AJL ke 26).  Lagu Awan Nano yang cukup indah dari segi lirik dan melodi sememangnya antara calon Juara Lagu ke 26 kali ini. Lirik lagu  ini ditulis oleh Buddhi Hekayat dan muzik oleh M Nasir cukup hebat di pentas Final AJL yang didendangkan oleh Hafiz. Hafiz cukup bertenaga dengan vokal yang baik turut menggondol Anugerah Vokal Terbaik.

Kemeriahan sokongan terhadap Awan Nano ini bermula di Twitter pada petang Ahad (29 Jan) apabila aku   rakan-rakan Twitterjaya yang lain seperti @Mamunakhabaq,@NajwanHalimi @Bumilangit dan @afifbahardin mula berkempen di Twitter menyatakan sokongan dan solidariti kepada lagu Awan Nano dan Hasmi Hashim. Kempen di twitter tersebut ternyata berjaya menarik sokongan orang ramai sehingga lah sewaktu keputusan pemenang diumumkan oleh FBI dan Cheryl pada malamnya.

Kenali Hasmi @Buddhi Hekayat

Aku mula mengenali Hasmi Hashim sekitar tahun 2008 melalui Facebook apabila membaca tulisan cerpen kisah cintanya dengan gadis Tionghua. Bahasa yang digunakannya cukup indah dan puitis. Kemudian sekitar tahun 2010, aku menemui secara dekat dengan beliau di  program Pidato Zaman Gila anjuran Republik Anak Muda (RAM)  di Penang yang turut dinaungi oleh beliau.Aku tertarik dengan pidatonya yang tegas perjuang hak anak muda  melalui usulnya di Testamen Politik Anak Muda dan penyampaian sajak WS Rendra Paman Doblang pada malam tersebut.

Oleh itu malam tersebut membawa aku mengenali siapa itu Hasmi Hashim, ternyata seorang budayawan dan sosok seni yang hebat yang petah berpidato. Kemudian aku ke program Debat Calon Ketua AMK pada September 2010 di Taiping dan hadir untuk menyatakan sokongan pada Hasmi Hashim yang mahu bertanding Ketua AMK. Kelompok anak muda seperti Hilman dan Izmil dan kebanyakan  siswa yang hadir memberi sokongan Hasmi kerana beliau  rapat dengan mereka melalui Sekolah Politik IKD.


Beliau terkenal dengan  idea Gagasan Pencerahan yang mahu mengupas semula makna dan harapan semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan  fungsi seni dan budaya tidak diketepikan dalam arus perjuangan politik negara.



Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat,” katanya

Kini setelah berpindah di KL, aku kerap hadir lepak sembang seni & politik bersama Hasmi dan kawan-kawan lain seperti Khairil, Najwan, Beeha dan Puspa di Pelita Jalan Telawi, Bangsar. Lepak dengan mereka ternyata tidak membosankan walaupun hingga larut pagi dengan pelbagai cerita dan topik dibualkan. 
Sembang Seni
Jangan lupa untuk hadir jam 8mlm di NZ Garden, KLCC pada 31Jan 2012(Selasa) akan diadakan @Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat yang dianjurkan oleh Akademi PakSako. Semua kawan-kawan dan peminat Buddhi Hekayat dijemput hadir.
Tahniah Buddhi !
 

Friday, December 23, 2011

Dialog Anak Muda-DS Anwar Ibrahim dengar suara anak muda dan mahasiswa


Semalam saya menghadiri  Sesi Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di kediamannya terletak di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Ini pertama kali saya sampai ke rumah beliau dan mendapati Anwar Ibrahim lebih selesa memilih tinggal di tempat yang dihuni oleh  rakyat bawahan. Apabila memandu kereta ke rumahnya, jalan yang dilalui agak teruk dan dihiasi pemandangan di sekeliling rumah kampung milik rakyat bawahan dan bukannya banglo besar atau kondo mewah.

Tiba di sana sudah ramai yang hadir terutama anak-anak muda dan juga teman dari ABIM yang melakukan solat hajat dana bacaan Yasin di rumah beliau. Program solat hajat ini merupakan acaran rutin yang dilakukan oleh teman-teman  dari ABIM bersama Anwar Ibrahim.
Pihak penganjur program dialog iaitu Anwar Ibrahim Club (AIC) turut mengedarkan risalah berkaitan Buku Jingga, Harga Minyak Turun, isu NFC, isu pinjaman Bank Dunia/IMF,akhbar Selangorkini dan Kes fitnah 2 kepada peserta sebelum program bermula. Selain itu, turut dijual buku Gelombang Kebangkitan Asia tulisan Anwar Ibrahim dan buku Qazaf. Saya juga membawa teman baru seramai 3 orang  yang belum pernah mengikuti program parti dan mereka amat teruja dan bersemangat apabila bertemu secara dekat dengan Anwar Ibrahim melalui program tertutup seperti ini.

Program dialog tersebut dipengerusikan oleh Dr. Afif dan ucapan dimulakan dengan YB Nurul Izzah diikuti dengan DS Wan Azizah, sdr Rafizi Ramli dan DS Anwar Ibrahim. DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan dengan mengupas isu anak muda, mahasiswa dan negara. Beliau mengimbau pengalamannya sebagai pemimpin mahasiswa yang agak keras mengkritik kerajaan tetapi layanan pemimpin negara dahulu seperti Tun Razak amat berbeza dengan pemimpin sekarang. Kini mahasiswa dan anak muda ditakutkan dan ditekan oleh pemerintah dan universiti supaya tunduk dan tidak mengkritik kerajaan.

Kemudian, sesi QA bermula dengan pelbagai soalan berkaitan politik, pilihanraya, masyarakat dan ekonomi diutarakan kepada Anwar Ibrahim untuk dijawab. Saya sempat bertanya Anwar mengenai persoalan penswastaan di Malaysia, berkaitan penjualan aset-aset negara kepada syarikat kroni semakin berleluasa sebagai contoh KTMB dibida sebanyak RM 1 billion oleh MMC yang dipunyai oleh TS Syed Mokhtar untuk dibeli. Beliau menjelaskan dasar penswastaan tersebut perlu telus dan memberi keuntungan kepada rakyat dan negara bukan hanya untung besar pada kroni sahaja seperti isu IPP. 

Program tamat pada jam 11.30 pm dan berakhir dengan acara bergambar bersama Anwar Ibrahim. Syukur kehadiran cukup membanggakan lebih 100 orang. Saya selaku penggerak majlis tersebut dan AIC berterima kasih kepada yang hadir dan InshaALLAH program seperti ini diadakan lebih kerap dengan anak muda. Untuk makluman juga, pelamin di photo dibawah itu untuk perkahwinan puteri Anwar, iaitu Ilham dan suaminya, Reza yang diadakan pada hujung minggu ini.



Sesi bergambar bersama Anwar dan Izzah.


Klik Link dibawah untuk berita berkaitan dialog ini daripada Keadilandaily









Sunday, December 18, 2011

Panas ! Arman Azha UMNO mengamuk dan mahu ludah mahasiswa ?

 Ini lah wajah Panglima UMNO Arman Azha, bekas Ketua Wira Perkasa



Sebab utama Arman Azha naik angin adalah kerana sekumpulan mahasiswa (SMM) berarak seramai 500 org  ke UMNO HQ di PWTC dan menurunkan bendera berwajah muka Najib Razak. Selepas itu, mahasiswa ini menaikkan bendera panji-panji gerakan mereka menuntut kebebasan akademik dan menghapuskan AUKU.

Apa kata mahasiswa ?


"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan. Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.

Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi.



Thursday, December 15, 2011

Dialog Terbuka Anak Muda bersama DS Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur


Saudara/Saudari,
Satu Program Dialog bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, Segambut Dalam, Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur
Pertanyaan : aicmalaysia@yahoo.com
Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com/ sebelum 21/12/2012.
Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.
Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel di aicmalaysia@yahoo.com

AYUH ! Daftar sekarang dan TEMUI DS ANWAR IBRAHIM !



Monday, June 27, 2011

Kongres AMKPP - 3 Julai 2011



KONGRES AMKPP 2011
Pada : Ahad 3 July 2011
Tempat : Hotel Pearl View, Seberang Prai
Bersama : YB Azmin Ali, TKM1 YB Dato' Dr Mansor, Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, N. Surendran dan Chegubard

Sunday, June 19, 2011

Pidato Rapat Anak Muda 3.0 Anwar Ibrahim








Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berada di barisan hadapan bagi memimpin perubahan (Islah) pada masa akan datang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan.

"Orang (yang yakin) di barisan hadapan, pimpinan (AMK yang) kurang yakin, tolak ke belakang," tegasnya.

Menurutnya, syarat tersebut turut diaplikasi kepada pemimpin AMK di semua peringkat termasuk di peringkat pusat atau negeri.

Oleh itu, Anwar menggesa ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin - yang juga hadir dalam himpunan itu - mengkaji kepemimpinan AMK di semua peringkat yang mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk diketengahkan ke hadapan.

"Angkatan Muda Keadilan, yang (mempunyai) keyakinan, kita akan ketengahkan. Yang kurang yakin, susun di barisan belakang," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan lebih seribu anggota AMK di Shah Alam malam tadi.

"Buat sekarang, (kamu semua) beritahu Shamsul Iskandar, (buat) sekarang," katanya sambil diiringi ketawa dan ajukan anggota AMK perkataan "sekarang" beberapa kali.

Anwar membuat cabaran demikian sekalipun beliau sedar bahawa Shamsul Iskandar mampu untuk bertindak seperti yang dicadangkannya.

Erti perjuangan

Bercakap dalam majlis Rapat Anak Muda 13.0 di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, Anwar menasihatkan AMK dan ahli-ahlinya untuk memperkuatkan parti ketika berdepan BN pada pilihan raya umum kelak.

Malah, beliau juga menegur anggota AMK yang didakwanya "merengek atau mengeluh" kerana tidak bersetuju dengan beliau atau dengan ketua cabang tertentu dalam sesuatu perkara.

samm whipped negri sembilan mb mohd hasan 010110  chegubard speechDengan tidak menyebut identiti anggota itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut seperti orang "yang tidak mengenali erti pejuangan".

"Jangan bertelagah sesama kita kerana setiap tenaga diperlukan walaupun tidak bersetuju dengan saya... (Kalau) ada agenda tersendiri sukar untuk dipertahankan.

"Parti ini adalah jamaah dan kita bertungkus lumus (struggle) sebagai sebuah pasukan. Ini agenda kita... Ada masa kita bersaingan dalam parti, ada masa kita bertempur dengan dalam gelanggang.

"Sekarang adalah masa untuk kita bertempur dalam gelanggang untuk melawan Umno dan BN," tegasnya.

Dengan nada yang serius Anwar berkata AMK harus sedia melalui "pahit getir' dalam perjuangan walaupun ada yang di tahan, di penjara atau di hadap ke mahkamah.

Bagaimanapun, beliau meminta anggota AMK terus yakin bahawa rakyat bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan BN sungguhpun berdepan pelbagai fitnah dan hasutan.

Cetusan dhamir

Beliau turut mengingatkan anak muda dalam sayap parti agar sentiasa mengikut kata hati atau cetusan dhamir dalam usaha untuk membela nasib dan masa depan rakyat.

NONEAnwar yang juga ketua pembangkang berkata dengan mengikut cetusan dhamir tersebut menyebabkan mereka "tidak terpukau dan terpedaya" bagi meneruskan agenda perubahan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar AMK menggilap semula "jeritan dhamir itu menjadi satu jeritan suci" demi survival negara dan mengembalikan hak yang terjamin dalam perlembagaan sebagai seorang muslim atau rakyat.

Mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mengajak semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu.

anti us middle east crisis rice protest 280706 khairyDengan nada menyindir, Anwar berkata perhimpunan itu tidak sama seperti "jerit-jerit Pemuda Umno" - yang juga bercadang untuk berhimpun pada tarikh yang sama.

"Kita berjuang kerana prinsip, bukan hanya (mencari) keasyikan semata-mata," katanya.

Anwar turut menasihatkan anggota AMK berperanan di peringkat akar umbi dengan memperbanyakkan program demi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan menjadikan Umno sebagai pembangkang.

Terima cabaran

Sementara itu, Shamsul Iskandar menyahut cabaran yang dibuat oleh Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri supaya segera membuat perubahan demi menyediakan pemimpin AMK di barisan hadapan.

pkr weekly meeting 190707 shamsul iskandar"Saya terima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya tahu isyarat dari saudara sekelian kepada saya untuk membuat perubahan.

"Kita akan periksa (anggota dari) negeri mana yang tidak datang hari ini... Kita akan periksa cabang mana yang tidak datang.

"Saya ada senarai lengkap (bermula) dari Perlis sampai ke Sabah. Tapi dari cabang mana, yang ini kita akan teliti," katanya.

Dalam pilihan raya umum akan datang, Shamsul berkata beliau berjanji akan mencadangkan kepada kepimpinan PKR Pusat bagi memastikan anggota AMK dipilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Oleh itu, beliau mahu anggota AMK bekerja bersungguh-sungguh demi untuk memastikan bahawa negara dipimpin dari kalangan generasi anak muda pada masa akan datang


Sunday, June 12, 2011

Tahniah Al Amin,penerima Tokoh Anak Muda Kelate 2011




"Jadi Duta Yang Menjaga Imej Nama Serambi Mekah "-Y.A.B Datuk Seri Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada Sdr Al Amin B Mohamad Sultan.

Belia Kelate Bermaruah! itu mottonya..


Tahniah kepada rakan seperjuangan di universiti iaitu Sdr Al Amin yang menerima Anugerah Tokoh Anak Muda Kelantan 2011. Beliau merupakan rakan dan sahabat baik aku sejak di zaman kampus (UTeM di Melaka) dan sebagai rakan berasa bangga beliau terpilih untuk menerima anugerah tersebut.

Beliau memang layak untuk menerima anugerah tersebut berdasarkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sumbangan pada masyarakat, aktiviti sosial, penulisan dll.

Semoga kata-kata Tok Guru memberi semangat kepada beliau untuk menjadi contoh terbaik anak muda.

Takbir !!

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/berita-zon/timur/949-tokoh-anak-muda-kelantan-tekad-jadi-muslim-cemerlang

Tuesday, May 31, 2011

Lautan Manusia 1 Juta Belia di Putrajaya untuk sokong UMNO?


Perhimpunan Belia 1 Juta SOKONG UMNO ?

Cuba KLIK photo untuk zoom dan anggaran AGAKNYA 1 JUTA ke?

Hahahhaha...

Anak MUDA bengang harga barang NAIK, peluang kerja tiada, gaji rendah, hutang PTPTN,

dan KINI Harga Tarif elektrik NAIK !



Friday, April 15, 2011

Platform Anak Muda- Protes Media

Orang tua menangis ini dilarang .


Orang tua ini di larang kerana Tak COOL







ANAK ANAK MUDA:

Platform.AM atau Platform Anak Muda akan menganjurkan protes terhadap media yang mempromosikan politik kebencian, berat sebelah dan kotor

Tarikh: 16hb April 2011, Sabtu
Masa: 4 petang
Tempat: Masjid Jamek dan seluruh negara

Mari membaca!

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda

2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!

3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!

4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook, http://www.facebook.com/platform.am

5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook Platform.AM serentak mulai jam 4 petang

6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 4 petang di sekitar Majid Jamek dan tulis "Protes Media!"

7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda

b.Offline:

1. Flash mob membaca akhbar terbalik di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

2. Membaca akhbar terbalik secara santai (tidak perlu flash mob) di Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.AM
Emel ke platform.anakmuda@gmail.com
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 16 April 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 4 petang

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada

Sunday, February 20, 2011

Gelombang kebangkitan mahasiswa sudah bermula



Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjadi
antara orang yang pertama dalam kerajaan BN yang mengingatkan supaya diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

NONEJika pihak berkuasa menekan suara golongan muda - sedang mereka
mereka dapat mengikuti perkembangan politik di seluruh dunia - Saifuddin (kanan) berkata, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah ke jalanan.

Senario pertama telah berkali-kali berlaku apabila mahasiswa
berdemonstrasi berhubung hak mereka terhadap pilihan raya kampus yang bebas dan adil.

Manakala minggu lalu, seratusan mahasiswa Universiti Malaya (UM) memecahkan pintu pejabat timbalan naib canselor kerana membantah penolakan calon daripada bertanding dalam pilihan raya kampus esok.

Dalam wawancara melalui emel dengan Malaysiakini, Saifuddin mengakui bahawa mahasiswa mahu suara mereka didengar.

"Ini adalah hak asas dan sejagat. Pihak berkuasa harus melayani hak pelajar. Jika pihak berkuasa menafikan hak-hak ini, maka pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka bertindak dengan cara yang boleh dradikal, dan sebagainya," kata Saifuddin.


Hahahaha BAPAK MENTERI mula GOYAH..

Aku akui Saifuddin Temerloh ini agak terbuka dan kuat menyokong gerakan mahasiswa...

Tapi kuasanya TERBATAS SBB SISWA MASIH DI belenggu AUKU...

LID NORDIN...pulak tak sebulu dan semulut dengan Brader Temerloh ini...

Songkok tinggi JOHOR itu agak KERAS terhadap siswa persis Shafie salleh dahulu..BEBAL !

Ngobrol dari MP Temerloh ini ada kebenarannya...

Mahasiswa mula berang melihat kebebasan dan keadilan terhadap mereka disekat oleh pihak universiti...

PR Kampus terutama di UM (kws PANAS) dilihat banyak kepincangan !...

Mahasiswa mahu sebuah Pilihanraya Kampus yang BEBAS DAN ADIL !...

Gelombang STUDENT POWER dijangka merebak meluas selepas INI !....

Ayuh SISWA...Lawan TETAP Lawan !


UM tarik balik penolakan 2 calon pro-M klik di sini

Tuesday, October 12, 2010

Tahniah UIA benarkan STUDENT POWER lecture

Inilah hasil peninggalan dan JASA Ibrahim Abu Shah pada UiTM iaitu doktrin falsafah MIM,
iaitu menyekat segala kebebasan mahasiswa dan suara mahasiswa
Kehadiran siswa seramai 70 org semalam menunjukkan STUDENT POWER mendapat tempat di hati mahasiswa.
Sayang , lecture berkaitan kebangkitan siswa di UM pada zaman 60an gagal untuk diadakan di UM, Uitm memang ban lagi awal2.
TAHNIAH UIA ! ...


Suasana diskusi yang terbuka dan bebas

HARAP STUDENT POWER TURUN KE USM PENANG !




















Friday, October 1, 2010

UMNO berpolitik di kampus universiti !



Contoh NC TERBILANG Kebanggaan UMNO



Jelas dari foto di atas Umno telah menyalahgunakan kuasa mereka sebagai pemerintah..mereka bukan sahaja menjadikan universiti sebagai tempat menyebarkan dakyah politik sempit mereka, malah dengan BONGKAKnya membuka kaunter untuk pendaftaran sebagai AHLI UMNO...


Siapa target mereka? sudah pastilah mahasiswa2 yg tertakluk dibawah undang2 AUKU yang mereka sendiri gubal dan cipta...gambar dirakam di UNiKL City Campus, Kuala Lumpur..mohon supaya diberi perhatian oleh pihak berkaitan!

Di bawah terdapat lagi bukti UMNO sanggup menyumbang dana sebanyak RM20K untuk memenang calon ASPIRASI di PRU UTHM.


MEMANG DASAR MEMBODOHKAN MAHASISWA

HIDUP MAHASISWA !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews