INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, December 23, 2011

Dialog Anak Muda-DS Anwar Ibrahim dengar suara anak muda dan mahasiswa


Semalam saya menghadiri  Sesi Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di kediamannya terletak di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Ini pertama kali saya sampai ke rumah beliau dan mendapati Anwar Ibrahim lebih selesa memilih tinggal di tempat yang dihuni oleh  rakyat bawahan. Apabila memandu kereta ke rumahnya, jalan yang dilalui agak teruk dan dihiasi pemandangan di sekeliling rumah kampung milik rakyat bawahan dan bukannya banglo besar atau kondo mewah.

Tiba di sana sudah ramai yang hadir terutama anak-anak muda dan juga teman dari ABIM yang melakukan solat hajat dana bacaan Yasin di rumah beliau. Program solat hajat ini merupakan acaran rutin yang dilakukan oleh teman-teman  dari ABIM bersama Anwar Ibrahim.
Pihak penganjur program dialog iaitu Anwar Ibrahim Club (AIC) turut mengedarkan risalah berkaitan Buku Jingga, Harga Minyak Turun, isu NFC, isu pinjaman Bank Dunia/IMF,akhbar Selangorkini dan Kes fitnah 2 kepada peserta sebelum program bermula. Selain itu, turut dijual buku Gelombang Kebangkitan Asia tulisan Anwar Ibrahim dan buku Qazaf. Saya juga membawa teman baru seramai 3 orang  yang belum pernah mengikuti program parti dan mereka amat teruja dan bersemangat apabila bertemu secara dekat dengan Anwar Ibrahim melalui program tertutup seperti ini.

Program dialog tersebut dipengerusikan oleh Dr. Afif dan ucapan dimulakan dengan YB Nurul Izzah diikuti dengan DS Wan Azizah, sdr Rafizi Ramli dan DS Anwar Ibrahim. DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan dengan mengupas isu anak muda, mahasiswa dan negara. Beliau mengimbau pengalamannya sebagai pemimpin mahasiswa yang agak keras mengkritik kerajaan tetapi layanan pemimpin negara dahulu seperti Tun Razak amat berbeza dengan pemimpin sekarang. Kini mahasiswa dan anak muda ditakutkan dan ditekan oleh pemerintah dan universiti supaya tunduk dan tidak mengkritik kerajaan.

Kemudian, sesi QA bermula dengan pelbagai soalan berkaitan politik, pilihanraya, masyarakat dan ekonomi diutarakan kepada Anwar Ibrahim untuk dijawab. Saya sempat bertanya Anwar mengenai persoalan penswastaan di Malaysia, berkaitan penjualan aset-aset negara kepada syarikat kroni semakin berleluasa sebagai contoh KTMB dibida sebanyak RM 1 billion oleh MMC yang dipunyai oleh TS Syed Mokhtar untuk dibeli. Beliau menjelaskan dasar penswastaan tersebut perlu telus dan memberi keuntungan kepada rakyat dan negara bukan hanya untung besar pada kroni sahaja seperti isu IPP. 

Program tamat pada jam 11.30 pm dan berakhir dengan acara bergambar bersama Anwar Ibrahim. Syukur kehadiran cukup membanggakan lebih 100 orang. Saya selaku penggerak majlis tersebut dan AIC berterima kasih kepada yang hadir dan InshaALLAH program seperti ini diadakan lebih kerap dengan anak muda. Untuk makluman juga, pelamin di photo dibawah itu untuk perkahwinan puteri Anwar, iaitu Ilham dan suaminya, Reza yang diadakan pada hujung minggu ini.



Sesi bergambar bersama Anwar dan Izzah.


Klik Link dibawah untuk berita berkaitan dialog ini daripada Keadilandaily









No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews