INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Friday, March 14, 2014
DS Anwar Ibrahim bahas titah Diraja isu ekonomi, jenayah, Bomoh1Malaysia dan krisis #MH370
Siapa VIP bayar bomoh 1 Malaysia di KLIA?
Kaum Bumiputra Melayu paling terkesan dengan rationalisasi subsidi - Kajian UM
Perbahasan penuh Ketua Pembangkang di Parlimen
Tuesday, December 18, 2012
Anwar Ibrahim tiru gaya MGR Malaysia di Himpunan Rakyat Perak
Anwar Ibrahim cuba meniru gaya MGR Malaysia !
Seorang pakcik tua memeluk Anwar Ibrahim, Bapa Reformasi Malaysia.
Monday, September 10, 2012
Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim menggunakan bas jadi tarikan rakyat
Walaupun disimbah cat oleh gangster UMNO, Anwar tetap tenang melambaikan tangan pada rakyat apabila tiba di Melaka
Bas besar dan moden ini menjadi tarikan kempen baru PKR yang segar dan cool. Penggunaan bas ini merupakan salah satu cara kempen parti AKP di Turki yang memenangkan PM Turki sekarang, Erdogan.
Anwar berceramah ala2 Erdogan dan Obama yang tidak menggunakan rostrum. Pentas PKR memang antara terbaik seperti menghadiri konsert.
Bakal PM ke 7 Malaysia
Cat sengaja dibiarkan untuk tatapan rakyat bahawa inilah kerja-kerja khianat dan bacul UMNO yang bertindak seperti gangster.
Saturday, September 1, 2012
Pidato Ambang Kemerdekaan ke55 oleh DS Anwar Ibrahim
" Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahaman perlu dibaca oleh semua rakyat terutama anak muda. " - DS Anwar Ibrahim
"Kemerdekaan menjanjikan kebebasan , kebajikan kepada rakyat, kemerdekaan menjanjikan kemudahan dan kepedulian pemerintah kepada rakyat " - DS Anwar Ibrahim
Sunday, August 12, 2012
Borak bersama Anwar Ibrahim di Google Hangout
Borak Bersama Anwar is a Google Hangout event with Dato' Seri Anwar Ibrahim that will be broadcasted live via Youtube.
We would like to encourage people to post their video questions on
Youtube and share the link on our Facebook or Google Plus event page. We
will also go through your notes and questions to determine our topics
for the night.
If we find your questions interesting, we will also invite you to be one of our panels live as well.
Thank you, and hope to see you at Borak Bersama Anwar.
If we find your questions interesting, we will also invite you to be one of our panels live as well.
Thank you, and hope to see you at Borak Bersama Anwar.
Saturday, July 7, 2012
Anwar Ibrahim boleh jadi tokoh pemikir besar jika tidak masuk politik
Siddiq Fadhil dalam penilaian Anwar
oleh Rahman Shaari (Kolumnis Sinar Harian)
SAYA menerima undangan daripada Rozan Azen Mat Arip, orang kuat Pemuda PKR, untuk hadiri majlis bicara buku Datuk Siddiq Fadzil, 25 Jun lalu. Saya jarang menolak undangan Rozan, anak muda yang berbakat dalam kesusasteraan dan deklamasi. Lagipun, kali ini saya berpeluang mengikuti apresiasi karya Siddiq Fadzil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya telah berbicara di sana sini, bahawa pada 1973 dan 1974, Anwar ialah tutor subjek Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pensyarah untuk kursus itu ialah Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Anwar amat memahami buku Naquib yang menggunakan judul sama dengan nama kursus: Islam dalam Sejarah dan Kesusasteraan Melayu. Elok dicatatkan, pada 2011, Prof Naquib menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno.
Kuliah Prof Naquib dan tunjuk ajar tutorial Anwar mengenai subjek berkenaan adalah seiring. Anwar benar-benar faham akan subjek dan maksud Naquib. Selain itu, kerap pula beliau menyebutkan nama pengarang lain yang sejajar dengan Naquib, misalnya Ismail Al-Faruqi, Cesar Adib Majul, dan beberapa lagi.
Anwar memaparkan pandangan dan penemuan sarjana itu, dan golongan pelajar senang mendengar huraiannya. Saya masih ingat judul buku yang disebut Anwar, antara lain buku Al-Faruqi, Our Beginning in Wisdom dan juga buku Adib Majul, Muslims in the Philippines.
Saya menyebutkan semua di atas, kerana dalam menyampaikan apresiasi terhadap buku Islam dan Melayu karya Siddiq Fadzil, Anwar ada menyebutkan bahawa buku ini sejajar dengan buku Naquib dari segi kekuatannya. Oleh itu, jika pandangan Anwar dipersetujui, maka dapat kita katakan bahawa Siddiq Fadzil tiba ke tahap Naquib Al-Attas, Ismail Al-Faruqi dan Adib Majul. Betulkah begitu?
Dalam tulisan yang lepas, ada saya sebutkan dalam hal ilmu seumpama ini, Anwar amat cekap. Beliau cekap mendaftarkan fakta dan berupaya menghuraikannya dengan kemas. Jika Anwar tidak memasuki gelanggang tendang terajang politik yang biasa-biasa seperti sekarang, saya kira beliaulah yang tiba ke tahap Naquib Al-Attas, bukan Siddiq Fadzil. Namun, biarlah demikian, semua ini subjektif.
Bicara Anwar pada 25 Jun lalu menyentuh beberapa hal penting. Misalnya, beliau mengingatkan kembali kenyataan Naquib bahawa Islam mengubah jiwa bangsa Melayu. Memang, dalam buku Naquib, teori otoktoni ditolak. Menurut Naquib, teori itu, iaitu yang mengatakan kepercayaan Islam disesuaikan saja dengan kepercayaan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu purba, tidak sesuai.
Teori itu sesuai untuk dipadankan dengan agama lain. Selain itu, Anwar juga menyebutkan konsep public intellectual (intelektual umum). Mereka ini, katanya, tidak hanya sekadar sarjana, jauh sekali profesor kangkung.
Menurut Anwar, ajakannya agar Siddiq Fadzil menyertai parti politik, ditolak Siddiq. Berkaitan dengan perkara ini, berbalik pada konsep public intellectual, kegiatan politik kepartian adalah kesilapan. Kegiatan politik kepartian, walaupun dipercayai orang terdekat dan pengikut taksub, langsung tidak dihayati pihak parti lawan. Ini ialah segi keburukan demokrasi.
Adalah hak sesiapa untuk memilih politik kepartian yang kerap durjana, atau menjadi pemikir yang membaiki kesilapan. Anwar telah menentukan jalan hidupnya, iaitu beliau mahu menuju ke Putrajaya, baik melalui Umno dan BN pada masa dulu, mahupun melalui PKR dan PR masa kini.
Dalam keadaan begini, beliau berhadapan dengan Datuk Seri Najib Razak, yang dapat dikira adik beliau dalam Pergerakan Pemuda Umno pada masa lalu. Sesetengah daripada rakyat percaya bahawa mereka berdua serius dalam pertentangan, namun sesiapa yang betul-betul tahu kesenian politik, apa-apa yang sudah, sedang dan akan terjadi, betapa dahsyat pun, adalah olok-olok yang kelihatan sungguh-sungguh.
Dalam majlis berkenaan saya juga memberikan perhatian terhadap persembahan Rozan yang membawa suara bijaksana Melayu masa lalu. Saya fikir persembahan itu bagus, dan adalah baik jika latihan ditambah untuk persembahan akan datang.
Saya sebenarnya telah mencipta konsep persembahan puisi artistik, dan Datuk A Samad Said (yang turut berada di majlis) telah menyebutkan kaedah PPA itu dalam satu makalahnya. Rozan amat tahu tentang itu, cuma mungkin beliau berhadapan dengan kerja yang banyak, maka latihan kurang.
Wednesday, June 27, 2012
Laporan Meet Anwar Ibrahim di Perak
Pada
23 jun yang lepas kelab Anwar Ibrahim ( AIC ) telah mengadakan program
dialog anak muda atau lebih dikenal dengan Meet Anwar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempat di HillCity
Hotel Ipoh, Perak.
Program
ini mencipta sejarah kerana buat pertama kali nya program seumpama ini
diadakan diluar Lembah Klang, tambahan lagi program itu sendiri telah
dirancang dan diaturkan oleh AIC negeri perak sendiri.
Pada
program berkenaan, seramai lebih kurang 200 lebih orang peserta yang
kebanyakannya terdiri dari pelajar institusi pengajian tinggi sekitar
Ipoh telah hadir dan beramah mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Juga
pada program tersebut Saudari Siti Aishah Shaik Ismail yang merupakan
Ketua Serikandi PKR telah hadir sebagai Panelis disamping Saudara Rafizi
Ramli iaitu seorang anak muda yang sedang kini menjadi perhatian kerana
kehebatannya berdebat baru-baru ini.
Tahniah
sekali lagi kepada AIC Perak dan rakan-rakan AIC yang menjayakan
program ini, AIC selepas ini akan meneruskan jelajah mereka ke Kedah dan
Pulau Pinang sebelum melebarkan aktiviti ke seluruh negara.
Dibawah adalah sedikit sedutan video pada program lepas.
Tuesday, February 28, 2012
Dialog Terbuka Anak Muda bersama DS Anwar Ibrahim di Ampang
Satu Program Dialog Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Negeri Selangor) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 2.45 ptg – 5.45 ptg
Masa : 2.45 ptg – 5.45 ptg
Lokasi: De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2 , Palm Square,
Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang,
Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Pendaftaran: http://aicmalaysia.blogspot.com/
Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.
Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 7 Mac 2012 (Rabu)
Pendaftaran/RSVP: http://aicmalaysia.blogspot.com/
Sunday, January 29, 2012
Anwar Ibrahim bidas UMNO fitnah Pro Israel dan Homoseksual
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York.
Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
ANWAR IBRAHIM
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
Wednesday, January 18, 2012
Pidato Anwar Ibrahim di Konvensyen Pakatan Rakyat 3
Saturday, January 14, 2012
Monday, January 9, 2012
Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan oleh mahkamah
Syukur, Alhamdulillah DS Anwar Ibrahim telah dibebaskan daripada pertuduhan fitnah liwat oleh Mahkamah Tinggi KL harini. Ketika berita tersebut diterima melalui Twitter, saya maseh di pejabat dan terharu dengan keputusan tersebut.
Ternyata rekayasa UMNO kedua ini melalui Saiful Bukhari yang bersumpah laknat hanyalah dusta dan fitnah semata- mata dan akhinya mahkamah memberi keadilan kepad Anwar Ibrahim. Sosok bernama Anwar Ibrahim ini amal terkenal dengan imej Islamnya dan dihormati dunia Islam. Mana mungkin sosok ini melakukan perbuatan liwat tersebut walhal dia seorang yang mementingkan solat 5 waktu dan patuh pada ajaran agama.
Berita bebasnya Anwar Ibrahim tersebar luas di media termasuk juga di pejabat. Kecoh dibuat seketika pejabat bila rakan sekerja berkata " Ya, sememangnya tuduhan ini fitnah" . Melalui keputusan bebasnya Anwar Ibrahim ini, saya mengetahui bahawa ramai rakan sekerja yang menyokong dan simpati pada Anwar Ibrahim.
Hakim Zabidin memberi penghakiman seperti berikut :
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful."Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.
"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.
Malam ini, Anwar Ibrahim dan pimpinan PR ke Permatang Pauh merayakan kebebasannya bersama rakyat di sana sebelum berangkat ke India dan Turki.
Walaupun kes ini memihak kepada Anwar Ibrahim tetapi perjuangan yang sebenar ialah menumbangkan UMNO BN di PRU 13 akan datang seperti kata Anwar Ibrahim mahu "membebaskan Malaysia".
REFORMASI !!
Friday, January 6, 2012
Surat terbuka ilmuan Islam dunia keadilan untuk Anwar Ibrahim
SURAT TERBUKA BERHUBUNG DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM
Penerangan: Surat Terbuka oleh tokoh dan ilmuwan Islam ini diterbitkan pada Julai 2008 oleh Majalah Islamica. Admin blog berhasrat memaparkan semula surat terbuka ini kerana keprihatinan rakyat terhadap kezaliman ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Surat ini menjadi saksi betapa ramai sarjana dan tokoh umat Islam yang khuatir fitnah berterusan ke atas beliau. Moga kita mendapat manfaat dari surat ini.
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful
May Peace and Blessings be upon the Prophet Muhammad and his kin
“ … [M]ake peace between them justly, and act equitably. Lo! Allah loveth the equitable. / The believers are naught else than brothers. Therefore make peace between your brethren and observe your duty to Allah that perhaps ye may obtain mercy.” (The Holy Qur’an,Al-Hujurat, 49:9-10)
Al-Salaamu ‘Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu,
Kami yang menandatangani surat ini, percaya saudara kami yang terhormat Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim merupakan seorang yang beretika dan tinggi integriti moralnya, Muslim yang patuh serta ayah dan suami yang setia. Beliau dikenali dunia sebagai pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, beliau mempunyai sejarah panjang dalam memartabatkan Islam serta mengangkat etika Islam dan usaha amal.
Kami sesungguhnya mengambil berat akan keselamatan fizikal dan kebebasan rakan kami yang dihormati Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim. Kami terganggu dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan ke atas beliau yang jelas cuba menghina keperibadian beliau. Allah berfirman dalam Al Quran al Karim:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencri-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” ( Al Quran, Al Hujurat, 49: 12)
Negara Malaysia yang tercinta hari ini merupakan salah satu negara terkemuka buat umat Islam. Ia merupakan salah satu negara Islam moden, dan dalam banyak hal ia merupakan model dan contoh kepada negara Islam lainnya. Ini oleh kerana Rahmat Allah dan juga usaha serta sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohammed dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi. Setiap Muslim yang mengetahui Malaysia pasti akan berbangga dan menghargai usaha tersebut. Begitu juga setiap Muslim yang mengetahui mengenai politik Malaysia, pastinya menghargai kekuatan kepimpinan politik Tun Dr. Mahathir Mohammed yang ditunjukkan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan contoh ketakwaan serta kesederhanaan yang tampilkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada ummah masa kini.
Oleh kerana Malaysia tersohor di kalangan umat Islam dan dunia, kami ingin menyatakan komuniti umat Islam seluruh dunia memerhatikan dengan dekat layanan terhadap saudara kami yang dihormati Anwar Ibrahim. Kami tidak berniat untuk mencampuri urusan politik dalaman Malaysia, mahupun pertuduhan sivil dan jenayah di dalam negara ini, yang kami ingin ulangi merupakan urusan rakyat dan negara Malaysia. Akan tetapi, gambaran, sepuluh tahun dahulu, bila saudara kami yang dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk dengan sabar di dalam mahkamah selepas dicederakan secara salah dan di luar batas perundangan oleh Ketua Polis Negara pada waktu itu, masih segar dalam ingatan, betapa tindakan itu merupakan pencabulan ke atas konsep keadilan dan kebebasan di bawah undang-undang, terutamanya di sebuah negara Islam yang tersohor. Kami masih merasa malu akan imej tersebut, yang akan sentiasa tersemat di dalam ingatan kami. Kami mengambil peluang ini untuk mengingatkan saudara kami di Malaysia, Nabi Muhammad yang kita dikasihi( rahmat Allah ke atasnya) berkata sesungguhnya keadilan merupakan matlamat utama sesebuah negara dalam Islam. Allah sendiri berfirman dalam Al Quran Yang Mulia:
“Katakanlah: Tuhanku menyuruhku berlaku adil….” (Al- A’raf, 7:29)
?Oleh itu kami merasa kami mempunyai hak — atau sebenarnya satu tanggungjawab di atas nama Islam — untuk menyeru dengan tegas pihak berkuasa Malaysia agar memastikan satu penyelesaian yang adil, terbuka dan cepat ke atas masalah ini dan mestilah memastikan keselamatan, kebebasan dan kesihatan fizikal saudara kami yang dihormati Anwar Ibrahim. Allah berfirman dalam Al Quran Yang Mulia:
“Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-sekali engkau( Muhammad) termasuk orang yang ragu-ragu.” ( Al – Baqarah, 2: 147)
Tambahan lagi, waktu berlakunya insiden terbaru ini dan implikasi politiknya, serta menyedari motif politik ke atas insiden lepas dengan tuduhan yang sama yang dilemparkan pada tahun 1998 — mengakibatkan saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan secara salah selama enam tahun, yang kemudiannya tuduhan itu ditolak oleh mahkamah undang-undang tertinggi di Malaysia — kami terpanggil atas dasar moral untuk menyatakan kebimbangan kami bila menyedari hakikat penglibatan pihak berkuasa di dalam siasatan, yang mana kedudukannya amat meragukan sekarang serta kemungkinan saudara kami Anwar Ibrahim, dinafikan keadilan yang sebenarnya, terutamanya dibawah kendalian pihak polis dan pihak pendakwaan( pimpinan jabatan itu secara peribadi terlibat dalam pertuduhan yang terbukti tidak adil ke atas Anwar Ibrahim) tanpa seliaan politik yang bebas serta pertimbangan yang berhati-hati, cermat, dan secara tidak memihak. Allah berfirman di dalam Al Quran:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Al-Nahl, 16:90)
Terakhir sekali, kami sesungguhnya bertanggungjawab sebagai saudara Muslim untuk juga mengingatkan bahawa agama Islam dan Nabi Muhammad yang kami kasihi (rahmat Allah ke atasnya) menganggap tuduhan palsu seperti ini amat besar dosanya. Malah, di bawah undang-undang Islam, sekiranya dakwaan-dakwaan sebesar ini tidak disahkan melalui empat orang saksi yang berkeperibadian murni (pembuktian cara ini tidak pernah diberi pertimbangan kepada dakwaan-dakwaan di sini termasuk juga dakwaan yang terdahulu) dapat menyebabkan pihak penuduh dikenakan hukuman undang-undang yang berat. Namun apa yang amat merbahaya dan mengganggu, adanya kebarangkalian serta niat jahat dan unsur fitnah disebalik tohmahan dan tuduhan terhadap karakter moral saudara kami Anwar Ibrahim. Allah berfirman di dalam Al Quran:
“(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong)itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar. / Dan mengapa kamu tidak berkata ketika kamu mendengarnya, “Tidak patas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.”/ Allah memperingatkan kamu agar (jangan)kembali mengulangi seperti itu selama-selamanya, jika kamu orang yang beriman.( Surat Al-Nur, 24:15-17)
Sesungguhnya kami meletakkan seluruh kepercayaan kami kepada Allah dan sentiasa berharap, dengan izin Allah, agar kepimpinan tertinggi politik Malaysia memastikan penyelesaian yang telus dan adil kepada situasi yang amat menyulitkan ini. Allah berfirman dalam Al Quran yang Mulia:
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran, 3:104)
Wal-Salaamu ‘Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu.
Signed by (in Alphabetical Order of First Names):
Dr. Abubaker Al-Shingieti
President, American Muslims for Constructive Engagement (AMCE)
Prof. Dr. Akbar Ahmed
Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies, American University, Washington DC; Former Pakistani High Commissioner to the UK
Shaykh Al-Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri
Founder and Director, Taba Institute, United Arab Emirates
Mr. M. Ali Lakhani
Founder and Editor of Sacred Web: A Journal of Tradition and Modernity, Canada
Dr. Anas Al-Shaikh-Ali
Chair, Association of Muslim Social Scientists UK
Academic Advisor, International Institute of Islamic Thought, London
Ms. Amina Rasul
Lead Convenor, Philippine Council for Islam and Democracy, Mandaluyong City, Philippines
Prof. Dr. Aref Ali Nayed
Muslim Scholar, Libya; Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia
Ms. Asma Mirza
President, MSA National (USA)
Asst. Prof. Dr. Caner Dagli
College of the Holy Cross, Worcester MA, USA
H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Ceri?
Grand Mufti and Head of Ulema of Bosnia and Herzegovina
Prof. Dr. Din Syamsuddin
President, Central Board of Muhammadiyah, Indonesia
Mr. Eboo Patel
Founder and Executive Director, Interfaith Youth Core, USA
Ms. Farah El-Sharif
President, Muslim Students Association, Georgetown University, USA
Shaykh Faraz Rabbani
Hanafi Scholar; Instructor, The Razi Institute, Canada
Dr. Faroque Khan
Chairman, Islamic Center of Long Island, NY, USA
Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal
Chairman of the Board of the Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Jordan
Shaykh Salih bin Sultan Ghalib Al-Quaiti
Hadramaut, Yemen
Mr. Hasan (Charles) Le Gai Eaton
Writer on Islam, UK
Dr. Ibrahim Kalin
Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey; Asst. Prof. Georgetown University, USA
Prof. Dr. Ingrid Mattson
President, The Islamic Society of North America (ISNA)
Intisar Rabb, Esq.
Princeton University
Dr. Jamal Barzinji
Vice-President, International Institute of Islamic Thought, USA
Dr. Jonathan Brown
Assistant Professor, University of Washington, USA
Dr. Marve Kavakci
George Washington University
Dr. Mohammad Fadel
Assistant Professor of Law, University of Toronto, Canada
Dr. Mohamed Bechari
President of the National Federation of Muslims of France (FNMF); Secretary-General of The Islamic European conference (EIC/CIE); Vice-President of the Foundation of Islamic Works of France (FOI); President-Rector de of the Avicenna Institute (IASH), France
Mohamed H. Marei
Founder and Director, Qasid Institute, Jordan
Hafiz Moez Masoud
Host of Al-Tariq Al-Sah television show, Cairo, Egypt
H.E. Amb. Dr. Murad Hofmann
Author and Muslim Intellectual, Germany
Mr. Musa Saket
Chairman of the Board, Al-Salam Audio Media (Hayat Fm), Jordan
Prof. Dr. Mustapha Cherif
Muslims Intellectual; Former Minister of Higher Education and Former Ambassador, Algeria
Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui
Islamic Scholar and Theologian; Chairman of the Fiqh Council of North America, USA
Dr. Nabil El-Sharif
Editor- in-Chief, Al-Dustour Daily Newspaper, Jordan
Mr. Nihad Awad
National Executive Director, Co-Founder
Council on American-Islamic Relations (CAIR), USA
Shaykh Nuh Ha Mim Keller
Author and Educator, Jordan
Dr. Seyyed Reza Shah-Kazemi
Author and Muslim Scholar, UK
H.E. Prof. Dr. Rusmir Mahmutcehajic
Professor, Sarajevo University; President of the International Forum Bosnia; Former Vice President of the Government of Bosnia and Herzegovina
Prof. S. Abdallah Schleifer
Distinguished Professor, The American University of Cairo; Founder and former Director of the Adham Center for Journalism (AUC); former Washington DC bureau chief Al Arabiya News Channel
Dr. Sayyid Syeed
ISNA Secretary-General, USA
Dr. Sherman A. Jackson
Arthur H. Thurnau Professor of Near Eastern Studies, University of Michigan; Co-Founder The American Learning Institute for Muslims, USA
Mr. Sohail Nakhooda
Editor-in-Chief, Islamica Magazine
Prof. Dr. Sulayman S. Nyang
Howard University, USA
Dr. Tawfik Awji
Beirut Islamic University, Lebanon
Dr. Yusuf Islam
Composer and Philanthropist, Islamia Schools Trust, London, UK
Dr. Yousuf Zia Kavakci
Director Islamic Association of Northern Texas and Member Fiqh Council of North America
@Pantherian - Surat ini ditulis pada tahun 2008 sewaktu Anwar disabitkan atas dakwaan fitnah ini.
Thursday, January 5, 2012
Wednesday, January 4, 2012
KENAPA KEPUTUSAN PEMBICARAAN ANWAR PENTING UNTUK SETIAP RAKYAT MALAYSIA
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.
Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.
Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
Lawan kepada rejim Umno adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini Umno cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.
Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN
3 Januari 2011
Friday, December 23, 2011
Dialog Anak Muda-DS Anwar Ibrahim dengar suara anak muda dan mahasiswa
Semalam saya menghadiri Sesi Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di kediamannya terletak di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Ini pertama kali saya sampai ke rumah beliau dan mendapati Anwar Ibrahim lebih selesa memilih tinggal di tempat yang dihuni oleh rakyat bawahan. Apabila memandu kereta ke rumahnya, jalan yang dilalui agak teruk dan dihiasi pemandangan di sekeliling rumah kampung milik rakyat bawahan dan bukannya banglo besar atau kondo mewah.
Tiba di sana sudah ramai yang hadir terutama anak-anak muda dan juga teman dari ABIM yang melakukan solat hajat dana bacaan Yasin di rumah beliau. Program solat hajat ini merupakan acaran rutin yang dilakukan oleh teman-teman dari ABIM bersama Anwar Ibrahim.
Pihak penganjur program dialog iaitu Anwar Ibrahim Club (AIC) turut mengedarkan risalah berkaitan Buku Jingga, Harga Minyak Turun, isu NFC, isu pinjaman Bank Dunia/IMF,akhbar Selangorkini dan Kes fitnah 2 kepada peserta sebelum program bermula. Selain itu, turut dijual buku Gelombang Kebangkitan Asia tulisan Anwar Ibrahim dan buku Qazaf. Saya juga membawa teman baru seramai 3 orang yang belum pernah mengikuti program parti dan mereka amat teruja dan bersemangat apabila bertemu secara dekat dengan Anwar Ibrahim melalui program tertutup seperti ini.
Program dialog tersebut dipengerusikan oleh Dr. Afif dan ucapan dimulakan dengan YB Nurul Izzah diikuti dengan DS Wan Azizah, sdr Rafizi Ramli dan DS Anwar Ibrahim. DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan dengan mengupas isu anak muda, mahasiswa dan negara. Beliau mengimbau pengalamannya sebagai pemimpin mahasiswa yang agak keras mengkritik kerajaan tetapi layanan pemimpin negara dahulu seperti Tun Razak amat berbeza dengan pemimpin sekarang. Kini mahasiswa dan anak muda ditakutkan dan ditekan oleh pemerintah dan universiti supaya tunduk dan tidak mengkritik kerajaan.
Kemudian, sesi QA bermula dengan pelbagai soalan berkaitan politik, pilihanraya, masyarakat dan ekonomi diutarakan kepada Anwar Ibrahim untuk dijawab. Saya sempat bertanya Anwar mengenai persoalan penswastaan di Malaysia, berkaitan penjualan aset-aset negara kepada syarikat kroni semakin berleluasa sebagai contoh KTMB dibida sebanyak RM 1 billion oleh MMC yang dipunyai oleh TS Syed Mokhtar untuk dibeli. Beliau menjelaskan dasar penswastaan tersebut perlu telus dan memberi keuntungan kepada rakyat dan negara bukan hanya untung besar pada kroni sahaja seperti isu IPP.
Program tamat pada jam 11.30 pm dan berakhir dengan acara bergambar bersama Anwar Ibrahim. Syukur kehadiran cukup membanggakan lebih 100 orang. Saya selaku penggerak majlis tersebut dan AIC berterima kasih kepada yang hadir dan InshaALLAH program seperti ini diadakan lebih kerap dengan anak muda. Untuk makluman juga, pelamin di photo dibawah itu untuk perkahwinan puteri Anwar, iaitu Ilham dan suaminya, Reza yang diadakan pada hujung minggu ini.
Sesi bergambar bersama Anwar dan Izzah.
Klik Link dibawah untuk berita berkaitan dialog ini daripada Keadilandaily
Monday, December 5, 2011
DS Anwar Ibrahim - Pemimpin Melayu UMNO patut dihumbankan
" Semua orang mengakui ini merupakan Perhimpunan Agong UMNO terakhir UMNO sebagai parti pemerintah"
" Melayu mana nak bela? Melayu Pemimpin UMNO? Melayu ini patut dihumbankan "
"Kita ambil alih Putrajaya, kedudukan Bahasa Melayu akan dimartabatkan yang tidak pernah disaksikan semenjak merdeka"
"Hak keistimewaan Melayu - PR sudah termetrai perjanjian dokumen bersama Pakatan Rakyat "
Friday, September 16, 2011
DS Anwar Ibrahim - Memaknai Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia
Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 54 Kemerdekaan negara dan esok rakyat negara ini akan menyambut pula Hari Malaysia pada tanggal 16hb September. Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara.
Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha membangun negara bernama Malaysia ini, yang usianya jika dibandingkan dengan negara lain, sebenarnya masih muda.
Namun sudah beberapa lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja. Tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya.
Sejarah diseleweng demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.
Mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan. Mereka ini walaupun berbeda pandangan, hakikatnya punyai matlamat yang sama, iaitu mahu tanah air kita merdeka dari penjajah.
Adalah suatu keangkuhan sekiranya kita menafikan sumbangan golongan tertentu menuntut kemerdekaan hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kita.
Jikalau kita jujur berhadapan dengan sejarah, ternyata selain dari Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, ramai lagi seumpama Dr Burhanuddin al Helmi, Ishak Haji Muhammad, V.T Sambathan, Tan Cheng Lock, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah ternyata gigih menentang penjajahan terutamanya penjajahan British.
Tidak wajar dilupakan juga sumbangan tokoh persuratan seumpama Syed Sheh al Hadi dan Pendita Zaaba yang berusaha membina kesadaran membawa pembaharuan kepada masyarakat. Berbekalkan senjata berupa mata pena, mereka tajam menembusi tembok kelesuan yang membarah akibat dari penjajahan.
Tokoh persuratan ini berhasrat membongkar mitos yang ditanam penjajah, kononnya kita tidak berupaya bebas merdeka memerintah tanah air sendiri. Jasa mereka semua wajar dikenangi dan tidak dilupakan.
Mutakhir ini, muncul suatu polemik pensejarahan yang tajam berkaitan siapa sebenarnya pejuang menuntut kemerdekaan. Akan tetapi yang dikesali polemik yang sewajarnya disusuli wacana berhasrat memahami latar perjuangan menuntut kemerdekaan, lebih banyak dibaluti mesej propaganda.
Fakta sejarah diabaikan manakala naratif sejarah terbabas dari landasan rasional sehinggakan ada mereka yang mendabik dada sebagai intelektual, kerana mahu mengampu pemerintah, menafikan negara ini pernah dijajah. Sekonyong-konyong filsafat yang disarankan filasuf Jerman, Hans Vaihinger melalui karyanya, Philosophie des Als Ob (Philosophy of As If) diterima para sarjana kita demi kepentingan penguasa.
Mereka mengiyakan agar diciptakan fiksyen demi memenangkan agenda politik. Meminjam judul karya Julien Benda, perbuatan mereka yang mendabik dada sebagai intelektual itu digelar La Trahison des Clercs (Pembelotan Kaum Intelektual). Seharusnya tragedi keganasan Hitler dan aliran Nazime itu dijadikan iktibar, jangan sesekali menidakkan kebenaran kerana keserakahan agenda politik golongan tertentu.
Teguran Almarhum Profesor Syed Hussein Alatas sepertimana yang terkandung dalam karyanya Intelektual Masyarakat Membangun janganlah dikesampingkan. Intelektual atau para sarjana jangan dihinggapi penyakit “Bebalisme,” suatu penyakit malas berfikir, kelesuan intelektual dan takut menyatakan yang benar.
Tidaklah menjadi suatu kesalahan sekalipun, tatkala kita mengakui sumbangan Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, adalah fakta sejarah sememangnya Umno itu lunak dengan pemerintahan British berbanding golongan lainnya sehinggakan pendiri Umno itu pernah menyelar Hizbul Muslimin yang didirikan antaranya oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir sebagai “bahaya dari gunung.”
Karya berjudul From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Dr. Nordin Sopiee, mantan Pengerusi ISIS, sebuah badan pemikir bagi pemerintah turut mengakui hakikat ini.
Negara kini berada di persimpangan, ketika rakyat negara ini mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak dogengan ciptaan pemerintah, para sarjana dan intelektual tidak boleh lagi tinggal diam membisu. Mereka harus bingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalan memaknai Kemerdekaan dan Membangun Negara Malaysia ini.
Antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakan kebenaran tanpa rasa takut. Kita masyhgul apabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menunding siapa pengkhianat dan siapa yang bukan. Sewajarnya wacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali fakta memperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hatta mengenepikan hakikat sejarah.
Polemik Mat Indera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balas dengan nada emosi. Retorika seumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkan rujukan seperti karya berjudul “Pengukir Nama Johor” terbitan Yayasan Warisan Johor serta disunting Profesor Dato’ Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zam itu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahan British.
Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme. Kita tuntas menolak apa sahaja bentuk fahaman yang membenarkan pemerintahan satu parti, membungkam suara mereka yang tidak sehaluan dan berlandaskan keganasan. Kita tuntas mengecam tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa.
Sejarah menunjukkan kepada kita asakan Komunisme dapat ditewaskan lantaran kekuatan muafakat terutamanya umat Melayu termasuk Umno, PAS dan seluruh kekuatan rakyat. Maka amat dikesalkam manakala Kemerdekaan berjaya dicapai, pihak penguasa kini cuba menafikan sumbangan mereka yang sudah berkorban nyawa, keringat dan harta demi perjuangan yang mulia itu.
Kerana itu kita tidak menafikan pengorbanan pihak keselamatan menumpaskan gerakan militan komunis sekaligus berjaya mengekalkan keamanan di seluruh negara. Berasaskan faham itulah juga memperkukuh tekad kita mahu melakukan perubahan danmenumbangkan hipokrisi pimpinan Umno-Barisan Nasional.
Manakala komunisme dimomokkan sebagai pengkhianat, pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak segan silu pula curang kepada semangat Kemderdekaan yang raih itu. Persoalannya, bagaimana kita menilai makna Kemerdekaan itu. Apakah kita sudah bebas dari segala bentuk penindasan dan kezaliman?
Tiada gunanya dicanang laungan kemerdekaan sekiranya masih ramai yang terpinggir tatkala khazanah negara dikongsi kelompok kecil yang rapat dengan penguasa. Apa makna Kemerdekaan jika Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat masih diteruskan, bahkan digunakan pula untuk memenjarakan musuh politik.
Kita rakyat Malaysia tidak mahu suatu pemerintahan yang sekadar menggantikan regim penjajah, sekadar bertukar bekas sedangkan isi dicurah dan disisihkan. Oleh kerana itu kita tuntas menuntut agar dikembalikan Semangat Kemerdekaan dan dipenuhi pula Makna Pembentukan Negara Malaysia itu.
Adalah suatu keutamaan agar negara ini senantiasa makmur, rakyatnya sejahtera, hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan terjamin serta pilihanraya umum dilaksanakan secara bebas dan adil. Moga negara ini yang sudahpun berusia 54 tahun senantiasa kekal merdeka dan rakyatnya makmur sejahtera.
ANWAR IBRAHIM
Wednesday, August 24, 2011
Panas ! Datuk Zaini Hasan Editor Utusan cemburu ucapan Anwar Ibrahim "bahasa tinggi,jargon dan berfalsafah"
Pahang anugerah Datuk kepada Zaini Hassan (senyum)
Lucu dan ketawa besar bila membaca artikel di Malaysia Insider, Editor Utusan Malaysia Datuk Zaini Hasan dalam Kolum Cuit yang mempertikai kenyataan penuh DS Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi yang disifatkan bahasa terlalu tinggi , JARGON dan berfalsafah.
Adakah editor pengampu UMNO ini cemburu akan keupayaan pemikiran Anwar Ibrahim dan staffnya yang mampu hasilkan ucapan yang disifatkan MAHAKARYA dalam memperjuangkan prinsip keadilan berteraskan undang-undang?
Adakah Zaini Hasan ini pening akan bahasa tinggi Anwar Ibrahim? Adakah setakat ini taraf intelek wartawan pengampu UMNO yang diberi gelaran DATUK ?
Adakah Zaini Hasan ini pening akan bahasa tinggi Anwar Ibrahim? Adakah setakat ini taraf intelek wartawan pengampu UMNO yang diberi gelaran DATUK ?
Zaini Hasan - Editor UTUSAN MeLOYA
SATU jam 45 minit Brother Anwar Ibrahim berucap dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin. Seperti biasa, itulah Anwar Ibrahim. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan Menteri Kewangan dan sebelum itu Menteri Pelajaran, ucapannya cukup berbunga-bunga dan berfalsafah.
Dia memang pandai bermain dengan ayat sejak dulu lagi. Kadang-kadang semasa mengikuti beliau membuat liputan dalam dan luar negeri dulu, kami sudah cukup ‘masak’ dengan cara ucapannya ditulis.Difahamkan ramai penulis ucapannya, pada masa itu. Tapi yang pasti, beliau mahu ucapannya itu ditulis dalam bahasa yang tinggi, berjargon, berfalsafah – yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.
Semasa membela diri (yang tidak boleh disoal balas), Anwar membacakan keterangannya. Pernyataan itu bertaip setebal 32 muka surat dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.Anwar menyelit kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah?
Itulah Anwar yang kita kenali. Jika dia menggunakan bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan cukup tinggi, berbeza dengan bosnya masa itu, Dr. Mahathir yang hanya menggunakan bahasa paling sempoi, baik Melayu atau Inggeris.
DS Anwar Ibrahim telah memberi keterangan beliau di mahkamah. Kita semua maklum, kes yang beliau hadapi adalah kes fitnah liwat Saiful Bukhari.
Sebelum perbicaraan bermula, Anwar mempunyai 3 pilihan:
1.0 Memberi keterangan dari sebagai saksi dan boleh disoal balas oleh Pendakwaraya
2.0 Memberi keterangan "from the docks" - tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya
3.0 Berdiam diri
Anwar Ibrahim memilih pilihan kedua. Yakni memberi keterangan tanpa boleh disoal balas oleh Pendakwaraya.
Baca LINK di bawah untuk detail keterangan DS Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi yang dicemburui oleh Wartawan UMNO, Zaini Hassan.
Najib mahu ikut langkah Mahathir -Anwar - BM
Monday, June 20, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)















