INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Pemimpin UG PAS,Nik Abduh salahkan Anwar punca gagal Putrajaya & mahu Anwar redha tewas PRU13

 Oleh UTUSAN

KOTA BHARU 1 Jun - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus giat merancang perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula menerima kekalahan pakatan pembangkang dan menyifatkannya sebagai takdir Allah.
.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan (5 Mei lalu) adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan Pas.

“Keputusan PRU-13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat pakatan pembangkang. Pas melalui Presidennya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah," katanya.

Nik Abduh turut menyentuh prestasi pembangkang di Sabah dan Sarawak yang kekalahan pembangkang di kedua-dua negeri itu membayangkan kelemahan jentera Anwar.

Kekalahan pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak jelas beliau, telah melenyapkan harapan pembangkang untuk memenangi Putrajaya seterusnya membentuk kerajaan meskipun berjaya menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung.

Dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa ‘kencing manis akibat janji manis bergula’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru dengan TGNA (Tuan Guru Nik Aziz), TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan guru politik dalam Pas, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.

“Ya, DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan Pas dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah Pas. Tetapi, saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung Pas," katanya.

Beliau sehubungan itu menempelak ahli dan pendukung Pas yang sukar memahami maksud ‘menerima takdir Allah’ yang dianjurkan Abdul Hadi sehingga menganggap kekalahan pilihan raya lalu sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang didakwa mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sukar memahami sesetengah ahli Pas tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.
“Sama ada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung Pas sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara kerana mungkin juga kedua-duanya bersalah," katanya.

Nik Abduh turut mengakui Pas masih gagal memikat undi orang Melayu di seluruh negara termasuk kegagalan parti itu membantu sekutunya PKR mengekalkan tiga kerusi Parlimen di Kelantan yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, Dewan Pemuda Pas sekitar tahun 2010 telah merumuskan bahawa Pas mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang didakwa masih liat untuk berubah.

Dalam rumusan tersebut katanya, Dewan Pemuda Pas juga mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang Melayu agar Pas dilihat mampu menggantikan UMNO.

“Pas perlu bertegas dengan isu orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya Pas hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa rasis UMNO. Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada Pas," katanya lagi merujuk kepada rumusan sayap Pas itu.
Nik Abduh turut menegaskan bagaimana Dewan Pemuda Pas telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam serta yakin memperolehi hasil yang agak positif.

@Pantherian :  Puak UG Ulama PAS melalui Nik Abduh sudah bersuara lantang dengan menyalahkan PKR terutama Anwar Ibrahim diatas kegagalan menawan Putrajaya.
 
Mungkin dia lupa PAS hilang negeri di Kedah, tumbang kekuasaan Azizan Razak "Keteqaq" di tangan Mukriz Mahathir. Selain itu,  banyak juga seat DUN PKR juga tewas kepada UMNO disebabkan Azizan. Orang Kedah tolak Azizan tapi PAS masih sayangkan Azizan dan letak dia mengepalai jentera Kedah yang akhirnya menguburkan PAS. Seat Parlimen Kedah kurang nak tawan Putrajaya? Mat Sabu pun melopong.
 
Mungkin Nik Abduh  lupa juga PAS tergolek juga di Terengganu yakni kawasan Melayu dan Haj i Hadi masih kempunan lagi untuk jadi MB menggantikan Ahmad Said. Presiden Pas dok berebut seat DUN Terengganu dengan PKR, akhirnya dia sendiri melopong nak jadi MB.

Jika kita membaca komentar Nik Abduh juga, kita dapat melihat bahawa Ulama PAS ini walaupun mereka kata nak perjuangkan Islam tapi persoalan bangsa Melayu masih membelenggu ulama UG Pas ini seperti apa diperjuangkan UMNO.
Ternyata kini suara Nik Abduh yang kini merasa gah menjadi Ahli Parlimen senada dengan pemimpin besar UG PAS, Harun Taib. Kita nantikan pemimpin UG ini bersuara di Parlimen nanti.

https://www.facebook.com/pages/Nik-Mohamad-Abduh/177786515581027?fref=ts

Tuesday, May 14, 2013

Raja Nong Chik menangis kalah Lembah Pantai tak dapat jadi Menteri Wilayah

Gambar yang didakwa di media sosial bahawa Raja Nong Chik menangis sedih tewas kepada Giant Young Women, Nurul Izzah Anwar di PRU Lembah Pantai.

Apa yang dilaburkan dan kerja kuatnya di Lembah Pantai menjadi sia-sia apabila tewas kepada Izzah. Gaya Raja Nong Chik bekerja di Lembah PAntai sebelum ini bagaikan beliau bukan Menteri Wilayah Persekutuan tapi Menteri Negara Lembah Pantai.

Raja Nong Chik juga dikenali "Raja Longkang Parit" apabila rajin turun padang melihat parit longkang dan terdapat billboard yang mana beliau berbangga digelar "Menteri Parit Longkang ".Billboard yang menujukkan hasil kerja tekun membaiki parit longkang.

Nurul Izzah ternyata hebat sebelum ini menewaskan Tauke Lembu kondo dan kini menewaskan Raja Nong Chik, bekas Menteri Lembah PAntai aka Menteri Parit Longkang.

Monday, May 13, 2013

Anwar Ibrahim ditemubual oleh Al Jazeera berkaitan PRU13




Keputusan PRU13 dan Press Conference (PC)  Pakatan Rakyat dan BN




Interview Anwar Ibrahim with Al Jazeera




 Interview Dr Farish Noor with Al Jazeera


Sunday, May 5, 2013

Gempar !Pengundi warga India,Bangla dan Myanmar ditangkap di Pusat Mengundi oleh rakyat Malaysia

Seorang warga India mendapat IC dan mahu mengundi dicekup oleh org ramai seterusnya diberi kepada polis untuk disoalsiasat.




Auntie Cina pun berani tanya sekumpulan bangla ini demi menjaga kedaulatan negara.

Akhirnya bangla2 ini ditahan Polis daripada mengundi
Lokasi SMK Tropicana

 Shared: Foreigners with Malaysian IC & BN paper


Lokasi dikesan : Batu 3 jalan Kota Raja Kg Jawa 5Mei2013.

Diharapkan "Banglasia" atau warga asing lain di Malaysia tidak layak untuk mengundi pada pagi ini...

"Bukan Bnaglasia atau warga asing lain yang menentukan halatuju negara untuk 5 tahun selepas ini, tetapi kita semua rakyat Malaysia"

by era pasca


Dua orang Myanmar di tahan kerana cuba mengundi. Myanmar ini baru tiba di Malaysia 2 hari lepas dan terus diberikan IC untuk mengundi BN serta di beri wang rm1500.


Ayuh rakyat Malaysia lakukan tanggungjawab anda dengan mengundi!

Jangan biar pengundi India,Bangla, Nepal, Myanmar  dan Indon menjadi pengundi!

Ini tanahair kita, rakyat Malaysia akan tentukan masa depan negara!

Lihat link ini untuk video bangla dicekup org ramai.LINK


Thursday, May 2, 2013

Anwar Ibrahim dedah JPM terlibat seludup 40,000 warga asing menjelang 5 Mei



 bangla 

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Fakta Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim :

1) 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

2)  Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT.

3) Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

4)  Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak). Kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.

5) Terdapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

6) Menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa. 

 7) Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?

8)  Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA. Ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.

Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab.Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.“ Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi, kata Anwar Ibrahim



Wednesday, May 1, 2013

Norman KRU dan Azhar Sulaiman macai terbaru UMNO BN

Azhar Sulaiman, pelakon filem dan Norman KRU kini menjadi macai terbaru BN yang mengutuk keras Pakatan Rakyat disebabkan takut BN kecundang di PRU13 5 Mei ini.
Gambar dibawah mengambil tweet NormanKRU dan Faizal Tahir yang berbalah isu industri seni akan lebih teruk dibawah PR.

Azhar sulaiman pula mengutuk keras Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali berhubung video lucah yang tersebar dan sanggup dipanah petir jika dtuduh memfitnah mereka.


Friday, April 26, 2013

UMNO selangor hanya janji 20 liter air percuma sahaja di Selangor

UMNO BN hanya menjanjikan 20liter air percuma sahaja untuk rakyat Selangor? Tak percaya lihat banner besar UMNO dibawah.

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri berjaya memberi air percuma setiap bulan melalui subsidi air percuma sebanyak 20 meter padu atau 20m3 atau 20000 liter.

20liter ni basuh berak Noh Omar dan Zin Badak pun tak cukup. Ini idea Najib ka? Maklum la dia Pengerusi BN Selangor.

Rakyat boleh pilih sekarang mahu 20liter atau 20 meter padu!

Tolak UMNO, kekalkan Pakatan Rakyat di Selangor!

Thursday, April 18, 2013

Lawak satira politik PRU13 oleh Malaysian Gags



Komik satira politik PRU13 oleh @MalaysiaGags.

Cute gaya ketawa Nurul Izzah !


Lawak Debat Manifesto PilihanRaya, Najib Razak Pengecut !


 

Wednesday, April 17, 2013

Pemberontakan UMNO Tasek Gelugor diketuai Datuk Shariff Omar

Watch "Pemberontakan di Tasek Gelugor Part 1" on YouTube



Mantan MP Tasek Gelugor, Datuk Shariff Omar  yang kecewa tidak dicalonkan sebagai calon UMNO telah membuat kejutan akan melawan UMNO di PRU13 ini sebagai calon bebas mesra Pakatan Rakyat.

Gaya ceramah Datuk Shariff juga hebat tak ubah mcm zmn reformasi semasa Anwar dipecat jawatan TPM. Pertama aku mendengar pidato berapi-api oleh Datuk Shariff yang sebelum ini terkenal lemah lembut dan mesra rakyat.

Gambar dibawah menunjukkan bukti jelas pengaruh Datuk Shariff Omar dan bekas ADUN Sg Dua yang mengarahkan Bilik Gerakan JDM ditutup serta merta tanda protes kepada calon pilihan Tok Non dan Najib Razak.


Bungkuih UMNO Tasek Gelugoq!

Wednesday, April 10, 2013

Najib Razak guris perasaan Ketua Bahagian UMNO mahu letak 'katak' ex PKR dan PAS sebagai calon PRU13

BN sedia memberi laluan kepada calon' friendly ' bertanding atas tiket UMNO walaupun mereka bukan ahli UMNO - Najib Razak 10 /4/13 PWTC.

Adakah muka-muka dalam gambar di bawah ialah  'winnerable candidate' yang Najib mahu?

Adakah BN ketandusan calon boleh menang sehingga katak2 lompat parti ini yang dipilih?

Apa perasaan War Lord UMNO @ Ketua bahagian UMNO jika mereka tidak dipilih?

Kasihan UMNO dan Najib sampai mengemis politikus gagalis untuk dijadikan calon.

Harap UMNO tidak lupakan juga Ummi Hafilda, itu calon boleh menang UMNO di Ampang atau Gombak! Kahkah kah






Tuesday, April 9, 2013

Ulama pondok Kelantan menjual fatwa di musim PRU13

Ini wajah Ulama bisnes yang menjalankan urusan menjual fatwa halal dan haram ketika musim pilihanraya.

Ustaz pondok ini dapat sedekah RM2juta daripada UMNO melalui Tok Pa, maka 2 fatwa dikeluarkan.

1) Haram org Melayu Islam undi DAP

2) Haram org Melayu Islam undi Pakatan  Rakyat

Inilah ulama akhir zaman yang wajib kita tolak..urusan agama dijadikan perniagaan dunia.

Monday, April 8, 2013

Berita #manifestoBN ciplak idea #manifestoPR dilaporkan oleh media antarabangsa Bloomberg



bloomberg.com
Malaysian Prime Minister Najib Razak pledged to fight corruption, bring down living costs and build a pan-Borneo expressway if his coalition retains power in elections due in a matter of weeks.

 These were all policies mooted by opposition leader Anwar Ibrahim in his manifesto released six weeks earlier than the one Najib’s governing National Front unveiled at a weekend rally in Kuala Lumpur. The Election Commission meets this week to set a date for polls after the prime minister dissolved parliament on April 3.

Manifesto UMNO kekurangan idea.Selain kitar semula, bila terdesak DS Najib akhirnya terpaksa   menelan hempedu dan menciplak dasar utama Pakatan Rakyat termasuklah menurunkan harga kereta.  - Rafizi Ramli 

Kenyataan Media maklumbalas dan analisa Manifesto BN SILA KLIK

Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit. Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat.- DS Anwar Ibrahim



Demokrasi Terpimpin Ala UMNO !

Sunday, April 7, 2013

Najib Razak- Negara tidak bangkrap,harga kereta boleh diturunkan #manifestoBN #manifestoPR


  

Mustafa Ali, SU Agong PAS -  berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Antara perkara yang dicedok daripada manifesto Pakatan itu adalah janji untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Manifesto Pakatan pula, katanya, menawarkan untuk menghapuskan cukai eksais kereta dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing serta membolehkan kereta dikeluarkan dengan harga serendah RM25,000 sebuah.

Pemimpin UMNO kritik idea Turunkan Harga Kereta 

Baca juga LINK di SINI yang memaparkan bukti kenyataan pemimpin UMNO yang mengkritik perlaksanaan penurunan harga kereta secara berperingkat. Kenyataan ini dipetik melalui Utusan Online.


Cedok #manifestoPR

Tapi, semalam Najib dengan muka yang tebal menciplak atau bahasa mudah "fotokopi" sebijik2 idea Rafizi Ramli dan Nik Nazmi yang sudah mula berkempen TURUNKAN HARGA KERETA sejak tahun lepas lagi. BN dalam manifestonya akan menurunkan harga kereta secara berperingkat : 20%-30% gradual reduction in car prices - #manifestoBN.


Kini apa yang dikatakan oleh pemimpin UMNO terkena batang hidung mereka sendiri. Hujah mengatakan negara akan bangkrap jika cukai dihapuskan adalah mitos bodoh macai pemimpin UMNO. 


Thursday, April 4, 2013

Manifesto PR - Hapuskan PTPTN dan perlaksanaan Pendidikan Percuma




Video Pendidikan Percumaakan dihttp://bit.ly/saynoptptn. Share dan like page Rafizi Ramli untuk fakta-fakta lanjut.

Berikut adalah perbandingan mudah kos menghapuskan PTPTN & pelaksanaan pendidikan percuma dengan kontrak2 projek infrastruktur DS Najib. Malah peningkatan perbelanjaan pejabat PM sekarang http://bit.ly/pmexpenses sudah cukup menampung kos ini!


Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR



@Pantherian - suka gaya Rafizi bercakap dan buat pembentangan macam Pensyarah universiti.
 

Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Pakatan, Harapan Rakyat diluncurkan


Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan ‘hidup mati’ perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat ‘terpaksa’ menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia ‘mendictate’ institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.

Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.

Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.

Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara ‘absolute’ kepada mereka, sehingga tiada ‘check and balance’ boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.
Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.

Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.

Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.
Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.

Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.

Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.

Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.

Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.

Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.

Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.
Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Klik Untuk Muat Turun Manifesto PR : BM EN

Monday, February 11, 2013

Rafizi Ramli : Malaysia bakal jadi lebih baik di bawah Pakatan Rakyat




Sertailah Rafizi Ramli di DemiRakyat.my dalam perjuangan kita untuk bersama menuntut dan membawa perubahan yang lebih baik untuk Rakyat Malaysia  !!

 Malaysia bakal jadi lebih baik daripada sekarang selepas 50 tahun negara ditadbir Barisan Nasional, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. 

“Malaysia ada pencapaian, ada yang bangga dengan Malaysia tetapi kita boleh jadi jauh lebih baik daripada sekarang. Selepas 50 tahun dalam sistem pentadbiran dan kerajaan yang sama, kita mula ada banyak masalah yang kini menyusahkan rakyat.

“Masalah ekonomi sampai sekarang tidak ada jalan penyelesaian. Kerajaan sebut macam-macam. Tiap-tiap tahun keluar angka-angka baru (ekonomi), tetapi  ia tidak merubah keadaan rakyat kebanyakan,” ujarnya dalam klip video Demi Rakyat yang dimuat naik ke dalam YouTube, baru-baru ini.

Menurut Rafizi, berbeza dengan dasar Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mempunyai rekod dan keazaman untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Kalau kita berjaya jimatkan penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN, jumlahnya itu cukup besar untuk laksanakan pelbagai program.

“Contohnya untuk kita kurangkan harga barang, turunkan harga minyak, untuk kita batalkan tol, batalkan hutang pelajar, untuk turun harga kereta dan beri pendidikan percuma,” katanya.

Rafizi yang segak dengan kemeja putih dalam video berkenaan turut menyeru sumbangan orang ramai dalam pelbagai cara untuk menjayakan kempen Pakatan Rakyat.

“Sudah tentu kita perlukan sumbangan kewangan yang selari dengan cara dalam Pakatan Rakyat yang berbeza dengan BN yang ambil rasuah.

“Setiap sumbangan melalui Demi Rakyat.My mempunyai makna yang jauh yang jauh lebih besar. Kalau kita mahu masa depan yang lebih baik, tanggungjawab itu di tangan kita untuk bawa perubahan,” ujarnya dalam rakaman kira-kira 2 minit itu.
Untuk ikuti rakaman, KLIK INI.

Demi Rakyat adalah tema kempen KEADILAN untuk mengetengahkan suara rakyat mengenai tanggungjawab kerajaan dan harapan mereka, di mana orang ramai digalakkan menyebarkan klip video kempen yang dihasilkan sebanyak mungkin.

Sehingga kini, terdapat puluhan klip video yang dimuat naik ke  Youtube. Laman Demi Rakyat boleh diakses menerusi Demirakyat.my


Tuesday, February 5, 2013

Listen Listen Listen : Video Malaysia 007 - LISTEN to the People!



Published on Feb 4, 2013
TRUTH MUST BE KNOWN TO ALL MALAYSIANS!

Please SHARE and spread this very IMPORTANT video around so that more people could see the truth from lies before GE13!
LIKE it to show your support in the democratic movement of Malaysia.

Creator / Editor / English Subtitles / 中文字幕: Ray Chong
http://www.facebook.com/MyNameisRayChong

@Pantherian :  Video terbaik untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia !! Hidup Rakyat !

Saturday, November 3, 2012

Poster kempen PRU13 Keadilan dilancarkan



  

 Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu.

Kempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan "caci nista", katanya.

"Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan.

"Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang," katanya dalam ucapan perasmiannya.Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita.

@Pantherian : Tahniah kepada PKR di atas pelancaran poster kempen PRU  ! Semboyan pilihanraya sudah bermula !

Tuesday, September 18, 2012

Deklarasi Kuching :Tawaran PR untuk Sabah Sarawak diPRU 13




Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Peristiharan berkenaan ditandatangani ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang ini.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13
Berikut adalah isi kandungan perisytiharan tersebut:

Kerjasama bersekutu
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Perwakilan yang adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat

Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah 
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

Keadilan dalam isu minyak 
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

Pembangunan sekata 
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Friday, December 9, 2011

Asalkan Bukan UMNO (ABU),gelombang baru melawan UMNO



 
 

@Pantherian - Di dalam FB, aku menulis "ABU "sebagai "Political View" sejak dua tahun lepas dan kini Tag Line kembali di beri perhatian oleh aktivis politik untuk melancarkan satu gelombang baru terhadap UMNO dan BN di saat PRU 13 hampir tiba.

Photo coretan ABU di atas boleh dilihat di Central Market apabila anda menaiki LRT. Coretan atau contengan ini dilakukan oleh anak muda ketika reformasi 98 untuk menunjukkan protes anak muda kepada UMNO.


Sumber Msiakini:

Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan.





LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews