INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Laungan Merdeka oleh Anwar Ibrahim di Stadium Merdeka #HKR112



Pidato Kebangkitan Rakyat oleh DS Anwar Ibrahim tegaskan akan angkat martabat dan memerdekakan  rakyat jika PR diberi peluang mentadbir negara selepas PRU13 akan datang. DS Anwar Ibrahim juga melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali di stadium bersejarah ini sebelum menamatkan pidato beliau.

Merdeka !  Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka  kemudian disambut dengan laungan Rakyat ! oleh hadirin yang hadir.




Monday, September 3, 2012

Isu bendera :AMK cabar UMNO tukar lambang bendera parti



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan respon balas ke atas polemik mengenai 'Sang Saka Malaya' yang kini digembar-gemburkan oleh media Umno-BN dan juga penggiat siber.

Isu ini dilihat bermula apabila ada beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya sewaktu perhimpunan aman Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos 2012. Insiden ini kemudiannya dipolemikkan melalui media khususnya Utusan Malaysia yang pada hari ini juga, telah menyiarkan keberkaitan ciptaan bendera tersebut dengan seorang pimpinan AMK pusat.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Ketua Umum KEADILAN, DatukSeri Anwar Ibrahim, tidak ada sebarang cadangan pun untuk menukar ganti Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya. Apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarahnya dalam meraikan sumbangan dan semangat tokoh-tokoh kemerdekaan yang 'didiamkan' oleh buku-buku teks sejarah seperti Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, Almarhum Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, dan lain-lain lagi.

Sejarah telah menunjukkan bahawa elemen Merah Putih di dalam Sang Saka Malaya ini merupakan antara cadangan awal gabungan politik pertama di Tanah Melayu, iaitu PUTERA-AMCJA yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Tun Tan Cheng Lock untuk dijadikan bendera negara selepas kemerdekaan berjaya diraih. Jangan kita lupa, PUTERA-AMCJA dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin, parti pertama tanah air yang berani menggunakan slogan 'Merdeka' sebagai semboyan perjuangannya. PKMM kemudiannya diharamkan British dengan 'endorsement' oleh Umno.

Sungguhpun begitu, pada 1949 dengan perkenan Majlis raja-raja, inisiatif untuk melakar bendera baharu untuk Tanah Melayu telah dimulakan dan lahirlah bendera Tanah Melayu setelah reka bentuk bendera tersebut mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Pada 31 Ogos 1997, ia dimasyhurkan dengan nama Jalur Gemilang. Dan status Jalur Gemilang sebagai panji negara terus kekal tanpa pertikaian sehingga ke hari ini.

AMK perlu memberi penegasan, bahawa isu ini tidak mempunyai asas untuk dipolemikkan sama sekali. Apa yang jelas kelihatan isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara. Di saat Perdana Menteri menyeru generasi muda mempunyai fikiran yang terbuka dan harus menerobos sempadan kemustahilan, adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea yang berbeza dalam mengiktiraf sejarah.

AMK juga merasa pelik apabila wujud juak-juak 'laskar siber' Umno-BN yang kononnya mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara-negara jiran. Justeru AMK ingin mencabar Umno, sekiranya mereka melihat elemen 'Sang Saka' adalah satu ancaman, maka Umno-lah harus menukar lambangnya 'Sang Saka Bangsa' berkuat kuasa serta merta kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen "Sang Saka" selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehinggalah ke hari ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Anak muda kibar Sang Saka Malaya beri hujah kenapa bendera ini dikibarkan


  
Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.


Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.

Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.

Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..


Baca penjelasan mereka ini..

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.

Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.

Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.

Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.

PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.


Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.

Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.

Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

Penjelasan oleh Singa Selatan 

@Pantherian- Sejarah dunia harini tidak dapat disembunyikan lagi apabila ia kini mudah dicapai melalui sumber internet mahupun buku lama. Anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Melayu memberi penjelasan yang baik mengapa mereka membawa bendera tersebut.

Saturday, September 1, 2012

Pidato Ambang Kemerdekaan ke55 oleh DS Anwar Ibrahim



" Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahaman perlu dibaca oleh semua rakyat terutama anak muda. " - DS Anwar Ibrahim

"Kemerdekaan menjanjikan kebebasan , kebajikan kepada rakyat, kemerdekaan menjanjikan kemudahan dan kepedulian pemerintah kepada rakyat " - DS Anwar Ibrahim


Saturday, August 4, 2012

Memaknai Idealisma Pengistiharan Kemerdekaan.




Mari kita panjangkan renungan di sebalik kontroversi tema kemerdekaan yang diambil daripada slogan retorik Parti Pemerintah, kita persetankan lawak lagu rasminya "Janji Ditepati" yang dinukilkan Pak Menteri, di mana menurut penulis terkenal Buddhi Hekayat "bagai meletakkan pisau di leher rakyat!".

Pengistiharan kemerdekaan

Anak bangsa Malaysia perlu kembali mewacanakan secara serius semangat & idealisma Dokumen Pemasyuran Kemerdekaan. Apa yang disebut dalam Peristiharan Keramat tanggal 31 Ogos 1957. Dokumen yang diibaratkan sebagai "sijil lahir" kepada sebuah Negara yang merdeka.

"Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen."

Nah! Pemasyuran kemerdekaan meletakkan asas penting pembentukan negara, Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang meletakkan hak-hak serta kebebasan rakyat dan pemerintah yang dipandu undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan.

Hak Asasi & Kebebasan

Jika diimbau sepanjang pemerintahan Tun Mahahir ini merupakan perkataan tabu, dengan pemaksaan maksimum akta-akta drakonian yang menyekat kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain serta juga Akta Peraturan Polis. Malah diburukkan lagi dengan campurtangan Eksekutif terhadap Legislatif & Kehakiman maka tidak hairan jika indeks demokrasi diukur paling rendah pada zamannya.

Filasuh John Locke, di dalam karya Agungnya "Two Treatises of Government" menggariskan asas-asas kebebasan, persamaan dan matlamat sebenar kerajaan. Teori Locke meletakkan asas baru pemerintahan dan pemerintahan tersebut adalah terbatas. Beliau juga menghalusi hak-hak asasi rakyat di dalam pemerintahan sebuah negara.

Maka inilah yang disebut dalam dokumen tertinggi undang-undang negara kita. Kuasa Pemerintah & hak rakyat dibataskan dengan perlembagaan dan untuk mengimbangi, diaplikasikan pula konsep pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif & Kehakiman . Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman”, di mana dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan imbang.

Demokrasi

Kita panjangkan perbincangan dalam konteks Demokrasi, tidak dapat dinafikan lagi rakyat Malaysia dewasa ini berada di persimpangan demokrasi. Apakah kita akan maju kepada tahap demokrasi yang matang, demokrasi yang tidak memiliki undang-undang yang menyekat hak kebebasan asasi, demokrasi yang akan merangsang kreativiti manusia atau mahu terus kekal sebagai demokrasi palsu?, demokrasi otokratik yang tidak menghargai akal manusia?

Amalan demokrasi yang matang haruslah menjamin kesemua yang disebut oleh Perlembagaan. Dari gemblengan partisipasi massa untuk menyertai demokrasi, Pengendali Demokrasi yang bebas campurtangan, gelanggang politik yang sama luas, akses bebas media sehinggalah perdebatan terbuka tentang idea sang Politikus. Bukan hanya faham sempit setiap lima tahun membuang undi.

Jiwa Merdeka.

Mari kita renung gagasan tokoh besar kemerdekaan, Dr. Burhanuddin Al Helmy lewat puisi patriotiknya:

Di atas runtuhan Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu-padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka.

Gagasan ini meletakkan perjuangan membangun "Jiwa Merdeka" sebagai agenda paling utama. Apakah kontra kepada jiwa merdeka? jiwa yang penakut, hilang daya juang, rendah diri, tiada wawasan, tiada mampu berfikir secara kritis dan seterusnya.

Mengisi kemerdekaan dengan agenda pembinaan Jiwa Merdeka adalah babak perjuangan yang cukup penting dan kritikal. Nilai-nilai Patriotisme serta Pencerahan tulen perlu diserap kepada setiap anak bangsa dalam pembinaan Jiwa Merdeka. Menghargai daya fikir, martabat dan maruah diri serta mewaspadai rempuhan unsur-unsur negatif yang melemahkan.

Apakah kita berdaya untuk memunculkan Jiwa Merdeka jika saban hari disuburkan dengan budaya politik kotor, fitnah-mengaibkan yang jika direnung sejarah Si Kitol padahya cukup parah, bisa memusnahkan maruah bangsa sendiri.

Pembangunan material sahaja tidak cukup, walhal di dalam jiwa masih lagi jauh untuk menghargai kemerdekaan, wahasilnya adalah wawasan palsu apabila sesuatu bangsa berbelanja besar membina pelbagai mercu tanda melangit yang tidak menandakan apa-apa di jiwa selain rasa rendah diri.

------------------------------------------------------------------------------------
Hasani Mohamed, seorang Jurutera & Aktivis AIC yang komited mahu
meletakkan Perubahan terhadap Negaranya.

Tuesday, September 13, 2011

Muhyiddin takut berdebat dengan Mat Sabu isu Mat Indera


 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.

Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."
"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.
Muhyiddin makan malam dengan Komunis?

Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata, hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.

"Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.

Beliau berkata, Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China."Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya.

@pantherian - Bapa kepada Najwa Mahiaddin ini takut berdebat dengan Mat Sabu? haha haha..apa hal ni?...ketaq lutut ka?

Dulu TPM ini minta Mat Sabu tobat "Nasuha" sebab sokong komunis yang bunuh polis British tetapi kini meniskus bila diajak berdebat isu Mat Indera. Adakah kerana takut isu kak Muhyiddin hampir berkahwain dengan Mat Indera terbongkar?

Anwar Ibrahim ajak Najib berdebat hal ekonomi pun takut.Teryata, UMNO memang takut bedebat di media TV hanya mampu cakap dan kutuk orang di TV3 dan RTM
.
Semalam "mentekedarah" dengan Cina Komunis dari negara Bapak Komunis boleh pulak yer? apa beza komunis dulu dengan sekarang? 

Tahan Dr Jeya dan geng PSM atas tuduhan menghidupkan fahaman komunis? Kata Komunis sekarang sudah baik mengapa Dr Jaya dan kawannya ditahan EO?

Jangan lah bodohnya rakyat ...

Saturday, September 10, 2011

Prof Zainal Kling - "Tanah Melayu tidak pernah terjajah"

 Cendiakawan tersohor kebanggaan UMNO ,baca profile di atas.

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi."Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi.Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah."Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan"."British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam."Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.
 
 


 @Pantherian - Wah ! Hebat sejarah kemerdekaan kini diberi tumpuan oleh seluruh rakyat yang mahu mengetahui sejarah sebenar tanahair Malaysia.

Prof Datuk Dr Zainal Kling kali ini mencipta sejarah mengatakan "Tanah Melayu tidak pernah dijajah" hanya naungan British. Kenyataan Zainal ini senada dengan fakta dari Prof Khoo Kay Kim yang berkiblatkan fakta dari penjanjian British dan Raja2 Melayu.

2 Prof yang kini dilabel Prof Kangkung UMNO dikecam keras oleh kebanyakan anak muda di Facebook dan Twitter. Prof Aziz Bari sanggah kenyataan KK Kim dengan mendakwa perjanjian itu hanya teknikal tetapi secara praktikalnya British mengawal semua baik dari segi cukai, hal ehwal melayu/islam, hasil bijih timah,keselamatan dan sebagainya.

Rasional dari kenyataan Prof Kangkung UMNO  ini:

a) Tidak perlu sambut  Hari Merdeka 31 Ogos kerana Malaya tidak pernah dijajah British. Malah yang menarik, 400 tahun lagi Malaya sudah Merdeka..haha
b) Buku sejarah sekolah menengah boleh dibakul sampahkan kerana dalam buku sejarah dakwa British menjajah Tanah melayu.






Thursday, September 8, 2011

Mat Indera :MB Johor cakap macam British "Mat Indera ialah pengganas"


Pemuda PAS Johor berkata tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.


"Tindakan beliau (Ghani) melabel Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Hujah Ketua Pemuda PAS Johor

a)  jika tindakan Mat Indera menyerang rumah pasung Bukit Kepong 1950 yang pentadbirnya ketika itu adalah British dan benderanya masih lagi bendera Union Jack, "saya mahu beliau (Ghani) beritahu kepada saya apakah status Tok Janggut yang turut mengambil tindakan yang sama sewaktu menentang penjajah British di Kelantan?"

b) Bagaimanakah Ghani boleh bercanggah dengan penulisan berkaitan Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dalam buku Pengukir Nama Johor yang beliau sendiri menjadi penaung dan penulis prakata bagi buku ini?

"Bahkan buku itu merupakan terbitan Yayasan Warisan Johor yang merupakan agensi kerajaan negeri itu sendiri? "Bagaimana selama ini semuanya ok dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?" tegasnya.

c) Satu penemuan dan kajian baru tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong 1950 ini juga perlu dijadikan asas agar ruang kepada debat ilmiah serta kajian akademik dibuka semula, bukan dengan cara melabel secara semberono sepertimana dilakukan oleh Ghani.


"Hujah yang beliau gunakan adalah saling tak tumpah seperti alasan dan hujah dari seorang pagawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan airmata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu," katanya.

Link MB Johor -Mat Indera pengganas


@Pantherian  - UMNO kini sudah mula takut dek kerana isu yang dimainkan oleh mereka kononnya Mat Sabu sokong komunis kini memakan diri . Rakyat terutama anak muda sudah mula dahagakan kebenaran tentang sejarah sebenar perjuangan ke arah kemerdekaan negara.

Isu Mat Indera telah mula diselongkar oleh anak muda seluruh negara melalui sumber internet dan bacaan buku. UMNO melalui MB Johor telah "turn" 360 darjah apabila mengatakan Mat Indera ialah pengganas dan pengkhianat. Jika sebelum ini, Mat Ghani sign dan menulis prakata buku tersebut yang bermaksud beliau mengiktiraf sumbangan dan ketokohan Mat Indera. 
 
 Nampaknya , ada desakan kerajaan pusat supaya MB Johor kecam anak watan Johor sebagai pengganas melawan British. 
 
Syabas Mat Sabu ! 
 
Rakyat sudah tahu UMNO tidak ubah seperti penjajah British kecam anak watan sebagai yang menentang British sebagai "Pengganas"

Saturday, September 3, 2011

Panas ! Kerajaan Johor iktiraf sumbangan Mat Indera,sokong Komunis?

 oleh Mohamed Hadi Al Majwi bersumber "Pengukir Nama Johor"


     
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera?

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan.

Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.
 
Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.
Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

@Pantherian - Setiap hari TV3 serang Mat Sabu di musim Raya ini sampai  Raya kali ini Buletin Utama temanya "MAT SABU" . Semua orang kenal siapa Mat Sabu dari budak kecil sampailah orang tua dek kerana isu Mat Indera komunis.

Kini semua anak muda mahu "GOOGLE" ingin tahu siapa "Mat Indera", mereka tidak mahu dengar omongan Ramlah Adam atau Kay Kim yang kata komunis tidak patut dianggap pejuang kemerdekaan. Hits post saya berkaitan Mat Indera naik mendadak dan ini menunjukkan anak muda dan orang ramai ingin tahu siapa Mat Indera.

Kini terbongkar pula kisah Kerajaan Johor yang mengiktiraf ketokohan Mat Indera sehinggan namanya tercatat dalam Buku Biografi Pengukir Nama Johor. Adakah kini MB Johor Ghani Othman penyokong komunis?


Friday, September 2, 2011

Pakatan Rakyat -Mat Sabu tidak sebut komunis, Utusan pembohong rakyat


Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.
Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS
Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN
Liew Chin Tong, DAP

Thursday, September 1, 2011

Gambar Pejuang Kemerdekaan Tok Janggut dibunuh British dan Polis Melayu British

Gambar di bawah merupakan gambar sebenar yang diambil dari sebuah Library di London. Tokoh pejuang kemerdekaan.

Tok Janggut dikhabarkan mayatnya digantung dan diarak di sekeliling kampung untuk memalukan dan menghina orang Melayu. Ini merupakan taktik penjajah yang mahu menakutkan orang Melayu supaya jangan menentang penjajah.

Di dalam gambar ini, di tonjolkan Polis Melayu yang menjadi BALACI British yang dikerahkan untuk menangkap dan membunuh Tok Janggut. POLIS BALACI BRITISH inilah yang dikatakan oleh Mat Sabu sebagai bukan Polis sebenar tetapi Polis BALACI  BRITISH.



Wednesday, August 31, 2011

Merdeka- Mat Indera pejuang kemerdekaan sebenar lawan British




Mat Sabu telah mengangkat Mat Indera, seorang Jawa Johor yang mempunyai ilmu kebal sebagai Pejuang Kemerdekaan melawan British di Bukit Kepong. Utusan Meloya dan Prof Sejarah UMNO seperti Ramlah Adam menganggap Mat Indera sebagai komunis dan pengganas sebenar, bukannya Pejuang Kemerdekaan.

Membaca rencana  di bawah yang disiarkan oleh Berita Harian suatu ketika dahulu ternyata menidakkan komentar Utusan Malaysia, Prof UMNO dan pemimpin UMNO lain.



Sila baca artikel dari Berita Harian (Lidah Rasmi UMNO jugak ni..) ini….

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

2010/12/13

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap.

Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/08/mat-sabu-hina-pejuang-negara.html#more


Monday, August 29, 2011

Malapetaka Merdeka Ogos - Tukar Tiub

sumber Tukar Tiub


MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.


WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




KOMENTAR TUKAR TIUB


Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.

Thursday, September 16, 2010

HAPPY MALAYSIA DAY




HAPPY MALAYSIA DAY !!

EVERY 16 SEPTEMBER


Tahniah kepada DS Anwar Ibrahim di atas cadangan beliau mahu memberi cuti umum pada 16 September telah membuka mata kerajaan 1 Malaysia Najib Rossmah untuk turut memberi cuti umum 16 September dan meraikan Hari Malaysia !

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Ke 53

Untuk sesebuah negara, 53 tahun adalah satu usia yang masih muda dan mentah. Namun, kita wajar berbangga kerana negara kita berjaya mendepani pelbagai cabaran semenjak merdeka. Pengisian itu mestilah kembali kepada intipati pengisytiharan kemerdekaan oleh YAM Tunku Abdul Rahman pada tarikh keramat yang telah melafazkan:

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

-Pengisytiharan Kemerdekaan,31 Ogos 1957-

Namun 53 tahun selepas lafaz keramat ini, intipatinya hanya menjadi siulan bisu yang sengaja dipekakkan dalam lipatan sejarah. Anak muda Malaysia tidak langsung diperkenalkan pada hakikat batu asas kemerdekaan negara ini.

Pembentukan jiwa merdeka pula adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t.

Generasi selepas kemerdekaan juga mesti berpegang teguh kepada idealisma perjuangan dan cita-cita murni untuk memperkasa wacana ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Generasi muda harus memperkemas pengisian kemerdekaan dengan berani menjana perubahan dan memperjuangkan hasrat dan damir rakyat. Ayuh bangsaku Malaysia. Anak muda bukan sahaja dikaitkan dengan umur. Jiwa anak muda yang merdeka akan terus menyerang rasuah dan Sang Perasuah, penyelewengan serta mencabar pegangan yang sudah lapuk dan apa sahaja yang tidak tepat.


Puisi ‘Burung Rajawali’ nukilan WS Rendra menegaskan bahawa burung Rajawali terbang gagah di angkasa. Ketika disumbat dalam sangkar, burung Rajawali tetap Rajawali ! Lihat sahaja pejuang rakyat kita, DS Anwar Ibrahim. Tatkala Sang Penguasa bertindak zalim terhadap beliau dan terpaksa merengkok di sebalik tembok kezaliman selama 7 tahun tetapi jiwa Anwar tetap merdeka. Vaclav Havel menulis orang yang memenjara itulah sebenarnya jiwanya dalam penjara.

Takkala sempena kemerdekaan ini, di dada akhbar terpampang bekas-bekas tentera tempatan mahupun antarabangsa (dari England,Australia dll) telah dianugerahkan pingat penghargaan kepada mereka sewaktu menjalankan tugas semasa darurat dan konfrantasi. Tetapi tidak pula golongan kira seperti arwah Ahmad Boestamam, Burhanuddin Al Helmi, Ibrahim Yaakob dinugerahkan pingat penghargaan jasa mereka dalam melawan British menuntut kemerdekaan.Ini seseuatu yang tidak adil kepada pejuang-pejuang kemerdekaan ini seolah-olah mereka tidak langsung terlibat dalam menuntut kemerdekaan.

Akhir kata, kita sebagai anak muda perlu memahami sejarah benar perjuangan mencapai kemerdekaan bahawa ia bukan satu proses yang mudah malah banyak darah yang mengalir dalam hasrat rakyat mahu mencapai kemerdekaan. Misi pertama "Merdeka " untuk Tanah Melayu sebenarnya bermula dari Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 dan bukannya UMNO yang hanya melaungkan Hidup Melayu dan bukan Merdeka.


Salam Jiwa Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke 53 !

Monday, August 31, 2009

Salam Jiwa Merdeka ke 52

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Merdeka ! Merdeka !

Saya bersyukur kerana negara Malaysia yang tercinta ini telah mencapai usia 52 tahun kemerdekaan. Untuk sesebuah negara, 52 tahun adalah satu usia yang masih muda dan mentah. Namun, kita wajar berbangga kerana negara kita berjaya mendepani pelbagai cabaran semenjak merdeka. Pengisian itu mestilah kembali kepada intipati pengisytiharan kemerdekaan oleh YAM Tunku Abdul Rahman pada tarikh keramat yang telah melafazkan:

“Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.”

-Pengisytiharan Kemerdekaan,31 Ogos 1957-

Namun 52 tahun selepas lafaz keramat ini, intipatinya hanya menjadi siulan bisu yang sengaja dipekakkan dalam lipatan sejarah. Anak muda Malaysia tidak langsung diperkenalkan pada hakikat batu asas kemerdekaan negara ini.

Pembentukan jiwa merdeka pula adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t.

Generasi selepas kemerdekaan juga mesti berpegang teguh kepada idealisma perjuangan dan cita-cita murni untuk memperkasa wacana ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Generasi muda harus memperkemas pengisian kemerdekaan dengan berani menjana perubahan dan memperjuangkan hasrat dan damir rakyat. Ayuh bangsaku Malaysia. Anak muda bukan sahaja dikaitkan dengan umur. Jiwa anak muda yang merdeka akan terus menyerang rasuah dan Sang Perasuah, penyelewengan serta mencabar pegangan yang sudah lapuk dan apa sahaja yang tidak tepat.


Puisi ‘Burung Rajawali’ nukilan WS Rendra menegaskan bahawa burung Rajawali terbang gagah di angkasa. Ketika disumbat dalam sangkar, burung Rajawali tetap Rajawali ! Lihat sahaja pejuang rakyat kita, DS Anwar Ibrahim. Tatkala Sang Penguasa bertindak zalim terhadap beliau dan terpaksa merengkok di sebalik tembok kezaliman selama 7 tahun tetapi jiwa Anwar tetap merdeka. Vaclav Havel menulis orang yang memenjara itulah sebenarnya jiwanya dalam penjara.

Akhir kata, kita sebagai anak muda perlu memahami sejarah benar perjuangan mencapai kemerdekaan bahawa ia bukan satu proses yang mudah malah banyak darah yang mengalir dalam hasrat rakyat mahu mencapai kemerdekaan. Misi pertama "Merdeka " untuk Tanah Melayu sebenarnya bermula dari Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 dan bukannya UMNO yang hanya melaungkan Hidup Melayu dan bukan Merdeka.


Salam Jiwa Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke 52 !

Saturday, August 30, 2008

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sebuah filem dokumentari arahan Fahmi Reza yang cuba membawa kita cerita versi golongan kiri tentang usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan yang mungkin tidak ramai yang mengetahui.Sama-sama kita menonton...adios..

Part 1



Part 2


Part 3


Part 4


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews