INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Pilih bola sepak atau masjid ? - TS Khalid Ibrahim

 


PEMBANGUNAN sukan pada asasnya perlu didokong dengan bantuan kewangan yang kukuh daripada kerajaan atau pun penajaan kewangan daripada pihak swasta.  Jika kita meneliti acara sukan besar dalam negara seperti SUKMA, Liga Super/Premier, Liga Hoki dan sebagainya, ia mendapat penajaan besar daripada syarikat swasta. Mengambil contoh pasukan bola sepak Kelantan, perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan sokongan penajaan besar daripada pihak swasta telah mengubah senario bola sepak Kelantan daripada pasukan bawahan di Liga Premier kini menjadi jogaan bola sepak  di Liga Malaysia.

Bola Sepak adalah sukan paling diminati di seluruh dunia dan termasuk juga di Malaysia. Peminat bola sepak tanahair pula sudah semestinya mahu melihat pasukan negeri masing-masing berjaya di peringkat Liga Malaysia dan Piala Malaysia. Manakala di pentas antarabangsa, harapan tinggi peminat bola sepak tanahair tentunya digalas berat oleh pasukan kebangsaan " Harimau Malaya " untuk mengecap kejayaan gemilang buat bola sepak negara.

Tetapi sukan bola sepak yang kini rancak berlangsung melalui kempen Piala Malaysia disentap dengan isu "Pilih Bola Sepak atau masjid?" di negeri Selangor.  Polemik “ Bola Sepak atau Masjid “ ini timbul dek kerana  jawapan balas daripada MB Selangor, TS Khalid Ibrahim terhadap soalan kritikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan berhubung kekurangan penajaan Menteri Besar Incorporated (MBI) terhadap pasukan bola sepak Selangor dan kemerosotan pasukan Selangor di kempen  Piala Malaysia.

Selain  itu, penghijrahan pemain bintang Selangor  seperti Amri Yahyah, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra pada musim Liga Malaysia akan datang ke pasukan lain seperti Johor DT juga dibimbangi oleh peminat bola sepak Selangor  jika tidak ditangani cepat usaha penambahan dana dan perubahan kepimpinan pentadbiran Persatuan Bola sepak Selangor.

Agak melucukan apabila melihat jawapan seorang Menteri Besar yang juga Presiden FAS ( Persatuan Bola Sepak Selangor) membandingkan peruntukan bola sepak dengan kos pembinaan masjid yang baru. Mana mungkin dua entiti berbeza yakni sukan (bola sepak) dibandingkan dengan agama (Masjid) dalam membuat penilaian pemberian peruntukan kewangan.

Peruntukan kewangan untuk pembinaan atau program di masjid sudah pastinya mempunyai peruntukan tetap setiap tahun dalam Belanjawan Negeri dan ia tidak perlu dipersoalkan. Tetapi, apabila perbandingan dibuat antara peruntukan sukan bola sepak dan masjid seolah-olah menampakkan jawapan sinis terhadap soalan tersebut oleh MB Selangor. Entiti masjid dipilih oleh MB Selangor untuk perbandingan ternyata mengejutkan semua pihak.

Mungkin apa tersirat melalui jawapan ini adalah  isyarat jelas kepada Pemuda Pas adalah usah campur tangan atau ambil peduli akan isu yang tidak berkaitan dengan perjuangan PAS di negeri Selangor, hanya perlu tumpu pada hal ehwal agama dan mengimarahkan masjid.

Ekoran polemik ini hangat di dada media internet, ia  menarik perhatian Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAINS) tampil memberi penjelasan kepada media bahawa peruntukan pembinaan masjid  oleh kerajaan negeri bukan diberikan melalui MBI tetapi melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini merupakan jawapan pukulan KO kepada TS Khalid Ibrahim oleh MAINS selepas dikritik kiri dan kanan oleh Pemuda Pas , AMK Selangor dan “Giant Politician” seperti YB Azmin Ali dan YB Khalid Samad.

RM7 juta peruntukan tahunan kepada FAS oleh penajanya MBI ditafsir  MB CEO di Selangor terlalu banyak dan ia adalah pembaziran kepada  dana kerajaan negeri.  Perlu diingat peruntukan tersebut bukan hanya untuk pasukan utama Selangor yang bermain di Liga Super sahaja malah Piala AFC pada tahun hadapan yang turut disertai Selangor. Selain itu, peruntukan juga turut disalur kepada  pasukan bola sepak Piala Presiden dan pembangunan bola sepak diperingkat remaja. Jika TS Khalid merasakan MBI tidak mampu memberi peruntukan yang banyak maka penaja baru perlu diganti atau ditambah bilangan penaja bersama.  Pasukan bola sepak Selangor dahulu pernah ditaja oleh pihak swasta seperti KDEB, Gapurna dan Puncak Niaga (Syabas).

Soal pokok di sini ialah kebijaksanaan pengurusan FAS yang diterajui TS Khalid Ibrahim sendiri dalam pentadbiran dan pembangunan bola sepak Selangor. Kejayaan sesebuah pasukan negeri sebagai contoh Kelantan adalah kerana kepimpinan TS Annuar Musa yang membawa pemain bintang dan sokongan tajaan besar daripada syarikat swasta. Manakala prestasi Selangor pula merudum di kempen Piala Malaysia sehingga menyebabkan Jurulatih, Irfan Bakti meletak jawatan selepas 3 perlawanan berlangsung ekoran kemarahan peminat yang tewas pada kelab bawahan. Jangan hanya jadi Presiden Persatuan Bola Sepak yang datang ke stadium untuk pelawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA bagi menjulang piala sahaja.

Kebimbangan dan teguran anak muda melalui Pemuda Pas atau AMK Selangor terhadap isu ini sewajarnya dinilai dengan baik dan tidak cepat melatah oleh TS Khalid Ibrahim. Peminat bola sepak juga adalah rakyat Selangor dan kepedulian mereka terhadap prestasi pasukan Selangor seharusnya dihargai. Selangor perlu belajar daripada Kedah yang dahulu jogaan bola sepak negara di Liga Super kini bermain di Liga Premier sewaktu kepimpinan KFA oleh Mantan Menteri Besar, Arwah TS Azizan Razak ekoran faktor kewangan dan kepimpinan pengurusan pasukan.

Pemahaman terhadap kepentingan sukan terutama bola sepak pada kacamata rakyat perlu difahami oleh Menteri Besar dan bukannya sebagai CEO. Sukan sudah tentu sukar untuk dinilai  kejayaannya dalam bentuk wang Ringgit samada untung atau rugi kerana kebanyakan sumbernya daripada penajaan dan jualan tiket. Namun begitu, sukan bola sepak seharusnya dinilai sebagai medium perpaduan rakyat, aktiviti hidup rakyat dan pembangunan ketamadunan sebuah negeri atau negara.

Ikhwan Hafiz adalah Alumnus Akademi Pak Sako dan Sekolah Politik IKD.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Monday, August 19, 2013

Eekmal Ahmad : Pro Kebebasan lawan Anti Kebebasan





oleh Eekmal Ahmad, kolumnis Jalan Telawi

Lee Kuan Yew, pemimpin paling berpengaruh di Singapura dan salah seorang paling berpengaruh di Asia bukanlah sosok kecil. Kuan Yew sudah lama bersilat politik, sudah lama mengatur muslihat menewaskan komunisme di Singapura, membuatkan pemimpin Malaysia atau Malaya kelihatan naif dan memastikan politik beliau serta Singapura tidak tenggelam dibaham politik antarabangsa.

Bagi Kuan Yew The Asian Drama adalah pentas paling sesuai untuk beliau dan Singapura beraksi. Kuan Yew sedar hanya dengan menjadi rakan Barat maka dia dan Singapura akan selamat, terutamanya dari Malaysia pasca 1965.

Namun menjadi rakan Barat secara syumul tidak menguntungkan Kuan Yew. Perlu ada kawasan kelabu. Tidak semua perlu hitam dan putih. Lee Kuan Yew bijak menyusun langkah. Dia tahu apa yang digusari Barat; Amerika Syarikat mahupun United Kingdom adalah Marxisme. Jadi, Kuan Yew pun merebut peluang untuk dikenali sebagai musuh Marxisme ataupun pergerakan komunisme nombor wahid di Asia Tenggara. Sudah lama Lee Kuan Yew menulis skrip muslihat politik ini, skrip sesuai untuk pemimpin otoritarian yang tidak mahu dipalit dengan gelaran pemimpin kuku besi.
Dekad 90an menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang menghairahkan di Asia Timur. Apa yang sering dilupakan sekarang, pertumbuhan pesat ekonomi negara-negara yang dikenali sebagai Harimau Asia itu bukanlah satu mukjizat yang tiba-tiba terjadi. Padahal ekonomi dunia tatkala itu relatifnya stabil, serta berhadapan perubahan politik antarabangsa pasca keruntuhan Tembok Berlin dan menandai berakhirnya era perang dingin, Lee Kuan Yew dan “rakan-rakannya” menyedari harus ada satu pemikiran politik luar dari lingkungan wacana Marxisme untuk menjadi benteng kepada pemikiran liberalisme. Mereka membaca runtuhnya Tembok Berlin dan kemudiannya rebahnya Soviet Union maka Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah penguasa dominan sejagat.
Berakhirnya era Perang Dingin itu, meminjam judul buku Francis Fukuyama, kononnya mencetuskan fenomena The End of History, bahawa tiada lagi pertentangan antara otoritarianisme dengan kebebasan kerana kebebasan diwakili liberalisme sudah menewaskan otorianisme yang diwakili Marxisme. Episod ini meresahkan pemimpin seperti Lee Kuan Yew kerana faham liberal bukan sahaja merangkumi dasar-dasar ekonomi akan tetapi juga meliputi perlaksanaan nilai-nilai kebebasan; terutamanya menjunjung hak rakyat untuk bebas bersuara dan mendakap kepercayaan serta keyakinan tanpa diganggu gugat oleh negara mahupun sesiapa sahaja.

Ini bermakna, jika liberalisme diterapkan, pimpinan Kuan Yew, Soeharto, Mahathir dan seumpamanya pasti akan disanggah. Dan mereka ini tidak suka serta tidak mahu disanggah. Mereka mahu rakyat sentiasa mematuhi, mengiyakan “kebijaksanaan” mereka dan mereka mahu terus di altar, bagai dewa-dewa yang maksum.

Helah politik Kuan Yew tidak sekadar “manoeuvring” sahaja; tidak sekadar menjatuhkan atau menaikkan pemimpin. Pemimpin Singapura itu sedar, untuk dia terus berkuasa dan pertumbuhan ekonomi Singapura tidak terencat, perlu ada benteng intelektualisme ampuh mengabsahkan otoritarianisme acuan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew, otoritarian par excellence, yang mesti diakui jauh lebih bijak serta inovatif berbanding Perdana Menteri Malaysia ketika itu Mahathir Mohammad, merasakan benteng berhadapan dengan kemaraan liberalisme ini hanyalah dengan mencedok beberapa dasar ekonomi liberal seperti penswastaan serta perlaksanaan disiplin pengurusan ekonomi makro.

Kuan Yew mengungkapkan hujah ampuh, popular dengan gelaran Tesis Lee, bahawa kebebasan politik mesti ditangguhkan terlebih dahulu, kerana yang mustahak adalah pertumbuhan ekonomi; demi mengisi perut-perut yang lapar dan perut-perut yang lapar tidak memerlukan hak bersuara.
Propaganda Kuan Yew adalah kebebasan tidak semestinya menjamin pertumbuhan ekonomi serta kesenangan rakyat. Pastinya pemimpin Singapura itu menawarkan negaranya sebagai bukti kepada hujah-hujah beliau. Tidak ada lebih jelas melainkan apa yang ada di depan mata, iaitu Singapura, sebuah pulau kecil dikelilingi negara-negara Asia Tenggara lainnya, yang pada dekad-dekad 60an atau 70an terkesan akibat persengketaan kaum ataupun revolusi, tetap stabil baik dari sudut ekonomi mahupun politik, sebuah negara anti pergerakan Marxisme dan punya aspirasi sekular. Inilah Tesis Lee, penghujahan yang akhirnya sampai kepada kesimpulan, kenapa perlu memperjuangkan sesuatu yang abstrak seperti kebebasan, jika otoritarianisme acuan Kuan Yew, otoritarianisme lembut, terbukti efektif.

Lama Kuan Yew bersembunyi di sebalik tesis ini, yang kemudiannya berkembang menjadi ‘Nilai-nilai Asia’. Gagasan Nilai-nilai Asia ternyata bukanlah hujah intelektual yang canggih ataupun kuat, tapi cukup sebagai program propaganda membentengi hujah-hujah liberalisme tulen, atau liberal demokrasi yang meraikan kebebasan keyakinan dan suara, dan menjunjung kedaulatan undang-undang. Bersama-sama otoritarian lainnya termasuk Mahathir, mereka merekayasa pembohongan kononnya faham liberalisme, faham kebebasan yang tidak dinafikan bermula di Eropah dan Amerika Syarikat, bertentangan dengan kebudayaan atau kepercayaan orang-orang Asia. Ujar mereka kebebasan dan nilai-nilai orang Asia tidak secocok.
Mereka mahukan dikotomi antara Asia dan Barat itu jelas. Mereka mahukan imej Barat itu dikaitkan dengan kekacauan, malas, kemerosotan moral, tiada agama, tiada akhlak, penjajahan, eksploitasi dan segala yang jelik dan keji. Lee Kuan Yew pun mula tampil sebagai sosok yang mengagumi Confucius, barangkali satu-satunya helah yang beliau pelajari dari Mahathir Mohammad; untuk ekploitasi keyakinanan atau agama menentang faham liberal, sudah lama dikaitkan dengan Barat yang kononnya jijik itu.
Malangnya, propaganda mereka berjaya.  Faham liberal dan imajinasi kebebasan disogok sebagai konspirasi Barat. Pembangkang di Malaysia misalnya, sama ada gerakan Islam mahupun aliran kiri juga gagal menanggapi serta mendedahkan propaganda ini. Slogan anti Barat menelan bulat-bulat akal sihat pemimpin gerakan Islam dan kiri. Semuanya serba mudah buat otoritarian seperti Mahathir dan Lee Kuan Yew. Lucunya, sungguhpun Lee Kuan Yew dan Mahathir Mohammad dianggap seteru utama, ternyata mereka berdua berkongsi jiwa yang sama. Mereka berdua adalah pemimpin anti kebebasan.
Namun pada tahun 97 di Kotaraya New York atau lebih tepat di Carnegie Council of Ethics and International Affairs, Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 1998 telah menyampaikan satu syarahan yang berjudul Human Rights and Asian Values. Dalam syarahan itu, Sen mengungkapkan dua hujah demi menjawab dua mitos, pertamanya kebebasan dan demokrasi tidak secocok dengan nilai serta adat orang Asia, kedua, Amartya Sen  menghalakan serangan intelektualnya terhadap Tesis Lee Kuan Yew; tesis yang mengagungkan “efektif” lebih utama dari kebebasan. Ikhtiar intelektualisme Sen itu menggegar otoritarian terutamanya Lee Kuan Yew.
Sen menyediakan satu pelantar intelektual kepada pendokong kebebasan untuk mempersoal kembali hujah kononnya, asalkan sesuatu negara itu diurus dengan efisien, asalkan pengangkutan awamnya baik, jika perut yang lapar terisi, asalkan jalan rayanya kemas, pendek kata asalkan semuanya teratur, bagaikan seorang pengurus ataupun akauntan memastikan imbangan kewangannya positif, mengapa perlu kepada kebebasan? Perut terisi? Adakah jika kita punya kebebasan keyakinan atau kebebasan suara makanya ekonomi akan berkembang pesat?

Amartya Sen membuktikan tidak semestinya sesebuah negara yang amalkan otoritarian lembut, kononnya mengutamakan pertumbuhan ekonomi ketimbang hak asasi manusia akan berjaya, malah beliau menunjukkan Bostwana pada waktu itu adalah negara yang paling pesat membangun dan pada masa yang sama adalah oasis demokratik di benua Afrika. Hujah bahawa negara-negara membangun perlu mengabaikan kebebasan untuk memberi laluan kepada kepesatan ekonomi sudah jelas tidak berasas. Tesis Lee bagaikan sudah tercabut akar dari tanah.

Yang tinggal kini adalah kesan propaganda sekian lama, yang tinggal adalah sentimen kebencian terhadap apa sahaja yang datang dari Barat, atau lebih tepat apa sahaja yang datang dari Amerika Syarikat. Tesis Lee sudah hilang kehebatannya. Lee Kuan Yew mahupun Mahathir Mohammad sudah tumpul taring hujah intelektualisme mereka. Kedua-dua mereka dan otoritarian lainnya kini hanya mengitar semula kecurigaan rakyat terhadap apa yang mereka sebut sebagai hegemoni Barat.
Usai pilihanraya umum Singapura yang lalu menyaksikan Lee Kuan Yew, “pemimpin agung” Singapura hanya mampu membebel menyalahkan anak muda yang “tidak tahu bersyukur,” propaganda yang sama diulang-ulang oleh UMNO serta Barisan Nasional terhadap pendokong Pakatan Rakyat.

Manakala Kuan Yew perlahan-lahan menyepi, otoritarian seperti Mahathir dan UMNO berterusan meniup kebencian terhadap kebebasan yang sinonim dengan peradaban Barat. Menyalahkan kebebasan, faham liberal dan Barat adalah sasaran mudah dan peluru propaganda berkesan. Ia terbukti berkesan, setidak-tidaknya di Malaysia, baik ke atas nasionalis kanan, aktivis kiri dan Islamis.

Apatah lagi, mutakhir ini kekalutan yang meletus di Mesir dan perang saudara di Syria bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal buat otoritarian seumpama Mahathir. Mantan Perdana Menteri dan juga ideolog utama UMNO itu lekas merebut peluang mengkritik kegagalan Arab Spring, yang pernah dicanang akan membuka pintu dunia Arab untuk mendakap demokrasi dan kebebasan. Buat Mahathir kekalutan di Timur Tengah adalah modal mengkritik Barat, akan tetapi itu tidak lebih penting melainkan untuk melukis gambaran jelik terhadap demokrasi dan kebebasan, nilai yang sering dizahirkan sebagai sebahagian dari nilai-nilai Barat.

Ternyata Amartya Sen berjaya menguburkan Tesis Lee dan memperlihatkan menerusi tradisi Ashoka, Kautilya dan Akbar, hak untuk memilih keyakinan tanpa dipaksa dan sikap meraikan kemajmukan budaya bukanlah sesuatu yang asing dari nilai-nilai Asia. Sen mencungkil dari tradisi bahawa mendengar suara rakyat dan tidak zalim menindas adalah juga “milik” orang Asia. Sementara hujah-hujah Amartya Sen cukup ampuh namun berapa ramai yang terpengaruh dengan penulisan beliau?

Hakikatnya pemikir tersohor asal India itu meluncurkan terlebih dahulu arus intelektualisme menggoncang para otoritarian bermazhab Lee Kuan Yew, sebagai pemangkin; buat seluruh masyarakat pembentuk pendapat (opinion maker) berhadapan dengan tirani di negara mereka. Adalah suatu yang naif sekiranya kita berhasrat menewaskan regim lama, seperti PAP ataupun UMNO-BN hanya sekadar dengan berhimpun di jalanan dan melaung-laungkan slogan kejatuhan regim tersebut.
Bukannya kita menolak peranan perhimpunan aman, lagipun ianya sebahagian dari hak asasi warga sesebuah negara, hak untuk bersuara keyakinan yang kita percayai. Akan tetapi seperti menguliti lapisan demi lapisan, persoalan lain bakal muncul; iaitu apa yang kita suara-kan? Cukupkah sekadar slogan bersemangat dan berapi-api? Jawapannya pasti tidak. Kenyataannya sebarang upaya melakukan perubahan mesti didahului dengan pergerakan intelektualisme, yang membentuk keyakinan-keyakinan substantif, kemudiannya barulah merencana pergerakan aksi politik.
Melawan sosok seperti Lee Kuan Yew, Mahathir Mohammad dan Soeharto seumpama raksasa besar yang tidak mudah dialahkan. Aksi politik bersemuka atau head-on hanya akan melelahkan, tambahan lagi jika sistem juga pincang dan berat sebelah. Kesedaran mesti dipupuk bahawa tanggungjawab menewaskan tirani dan otoritarian bukanlah semata-mata milik parti politik. Persepsi itu mesti berubah, mengalahkan tirani melibatkan keseluruhan forces yang menjalar dan berdenyut dalam masyarakat.

Justeru kekuatan seperti kebudayaan dan intelektualisme tidak boleh lagi diabaikan jika pendokong liberal dan kebebasan, misalnya di Malaysia, mahu melakukan Reformasi yang menyeluruh. Mahathir Mohammad dan Lee Kuan Yew berdekad-dekad memerintah, mereka sudah lama melumpuhkan sistem berfikir rakyat, kerana kekuatan berfikir bersamaan kekuatan untuk mempertanyakan sesuatu; itu bermaksud hak rakyat untuk bersuara. Kerana itu Kuan Yew dan Mahathir tidak mahu hak bersuara itu diagung-agungkan, kerana mereka akan dipertanyakan, mereka akan dipertanggungjawabkan.

Demi melumpuhkan proses berfikir, otoritarian-otoritarian ini menumpukan usaha mencambah lambakan golongan teknokrat; sama ada akauntan, jurutera, arkitek, doktor ataupun peguam. Pendidikan golongan teknokrat ini semata-mata menjadikan mereka robot menuruti apa yang ada dalam buku teks. Jika seseorang itu dilatih sebagai seorang doktor misalnya, apa yang dididik adalah menghadam buku teks dan lulus peperiksaan. Makanya berjayalah kita menghasilkan seorang doktor atau jurutera, namun tanpa imajinasi yang tidak mampu melangkaui sempadan ilmu buku teks.
Imajinasi dimomok sebagai sesuatu yang selekeh. Anak-anak tidak digalakkan punya angan-angan untuk menjadi pemuzik, pelukis ataupun penulis novel kerana kejayaan hidup diukur dengan ijazah apa yang kamu miliki dan kerjaya apa yang kamu pilih. Dalam diam-diam otoritarian dan gerombolan anti kebebasan seperti Mahathir Mohammad serta Kuan Yew memusuhi imajinasi, kerana imajinasi ada makna “liar” yang tidak bersedia tunduk terhadap dogma-dogma sogokan pemerintah.

Benar tidak semestinya sekiranya kita seorang teknokrat maka kita tidak menyebelahi kebebasan. Apa yang cuba dihujahkan adalah betapa pentingnya proses berfikir dirancakkan bagi melahirkan imajinasi kebebasan dalam setiap batang tubuh rakyat. Jadinya, salah satu usaha pro kebebasan adalah merungkai rantaian besi yang menambat imajinasi kebebasan. Imajinasi ini perlu menguasai akal budi rakyat dan memunculkan keyakinan mereka terhadap faham kebebasan dan Liberal.
Rakyat perlu sedar bahawa hanya dengan kebebasan, mereka punya hak untuk bersuara terhadap kejelikan pemerintah. Rakyat perlu sedar hanya dengan kebebasan, keyakinan mereka tidak boleh dipaksa-paksa pemerintah. Rakyat perlu sedar bahawa harga kebebasan mereka sememangnya mulia, lebih mulia dari bebelan menakut-nakutkan Mahathir Mohammad kononnya kebebasan akan mencetuskan kekacauan.

Sudah tiba masanya, seluruh kekuatan masyarakat, kekuatan kebudayaan dan intelektualisme digerakkan untuk mengungkapkan kehendak kebebasan. Sama ada anda seorang seniman, penyair, wartawan, pemain bolasepak, akauntan, peguam, doktor, penulis, pemuzik, pelukis, para hakim ataupun ahli politik, rancakkanlah wacana membincangkan hak anda sebagai rakyat dan rencanakan “serangan” anda dari pelbagai sudut terhadap kejelikan pemerintah, terhadap pemimpin anti kebebasan.

Eekmal Ahmad berumur 33 tahun, seorang penterjemah, aktivis Jalan Telawi dan bercita-cita menjadi seorang penulis.

Thursday, February 21, 2013

BR1M : Politik Sedekah Duit

D 
alam bulan Februari dan Mac menjelang PRU13, kerajaan pemerintah  sibuk melaksanakan pengagihan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M)  kepada rakyat yang layak menerimanya. Pemberian wang RM500 ini adalah tepat pada masanya ketika menghampiri  pilihanraya untuk mempengaruhi rakyat supaya terus menyokong kerajaan.

Kebanyakan rakyat yang menerimanya ialah golongan rakyat bawahan yang bergaji RM3000 ke bawah untuk satu keluarga. Manakala individu  bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000  menerima sebanyak RM250.

Perdana Menteri berkata  pemberian BR1M 2.0  merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentadbir negara dan mengurus ekonomi. Tambah beliau juga, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas sebagai asas pemberian BR1M 2.0 ini. Itu fatwa daripada Perdana Menteri la.

Kita mungkin tertanya-tanya di mana kerajaan  mendapat  dana  besar untuk membiayai BR1M ini yang berjumlah lebih RM3 billion. Mana mungkin kerajaan yang berhutang terkumpul sehingga tahun lalu  melebihi RM456 billion mampu pula mengadakan dana sebanyak ini. Ini mungkin menerusi dana pinjaman daripada bank komersial yang akhirnya  meningkatkan lagi hutang negara.

Hutang awam negara sudah tidak lagi ‘sustainable’ atau tidak mapan mengikut kata The Edge Financial Daily di laporan muka depan akhbarnya tahun lalu. Jumlah hutang awam kini berada pada 53.5% daripada KDNK yakni kurang 2 peratus daripada tahap maksimum 55% yang diizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983). Berapa ribu juta Ringgit lagi hutang yang kita mahu wariskan kepada anak cucu kita di masa depan? Greece bankrap kerana  berbelanja besar melalui cara off-budget seperti diamalkan pemerintah hari ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada Mei tahun lepas mengkritik syor kerajaan menyediakan BR1M 2.0 yang menandakan pentadbiran Najib telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.  Wang RM500 diberi secara One Off  kepada rakyat sebenarnya membantu rakyat dalam satu atau dua bulan sahaja dan selepas itu rakyat akan terbeban kembali dengan kos sara hidup yang tinggi.

Pemerintah perlu faham keperitan  duit poket rakyat yang perlu dikeluarkan untuk membayar  pelbagai bayaran contohnya pinjaman kereta, pinjaman rumah, barang keperluan harian, bil utiliti , telefon, hutang PTPTN dan kos penjagaan anak kecil dan kos pengangkutan (TOL & Minyak). Itu belum dicampur dengan kos persiapan perkahwinan untuk anak muda ingin berumahtangga dianggarkan  kosnya  mencecah sehingga RM25 ribu untuk majlis perkahwinan.

Wang RM500 tidak mampu selesaikan masalah rakyat. Ia bertahan 2 hingga 3 bulan dan kemudian rakyat kembali menderita. Ansuran bulanan kereta Proton Saga dan MyVI amat tinggi antara  RM500 hingga RM600 membebankan rakyat disebabkan harga kereta dijual mahal di pasaran.

Pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk jualan kereta  sekaligus menyebabkan harga kereta menjadi mahal. Walaupun pelbagai harapan oleh rakyat menanti harga kereta diturunkan terutama ketika AFTA mahu dilaksanakan, pemerintah masih berdegil  untuk tidak menurunkan atau memansuhkan cukai  ke atas kenderaan yang dijual.

Ini merupakan satu contoh di mana masalah rakyat yakni harga kereta mahal sebenarnya gagal difahami oleh pemerintah. Liberalisasi di sektor automotif  perlu dilakukan segera untuk menguntungkan rakyat dan negara melalui penjualan harga kereta yang berpatutan. Masih ramai rakyat yang menggunakan kereta yang sudah berusia lebih 10 tahun di jalanraya kerana tidak mampu untuk membeli kereta baru yang mahal.
Kita sudah lama kalah  kepada Thailand dan Indonesia dalam pelaburan di industri automotif apabila gergasi automotif seperti  GM, Ford, Nissan, Toyota lebih berminat melabur dan meningkatkan pelaburan mereka di negara tersebut. Pemerintah kita pula sibuk untuk menjaga kepentingan Proton  sehingga Dasar Automotif Baru sudah beberapa kali ditangguhkan perlaksanaannya.

Selain itu, isu permit teksi yang dimiliki oleh syarikat kroni  menjadi  isu besar di kalangan pemandu teksi. Permit teksi ini memberi kekangan kepada pemandu teksi untuk meningkatkan pendapatan harian mereka apabila terpaksa membayar sewaan bulanan kepada syarikat untuk menggunakan permit tersebut.

Mereka memohon kepada pemerintah untuk diberikan permit teksi  individu tetapi yang difahami pemerintah pula ialah isu tayar kereta yang mahal di pasaran. Oleh itu, diadakan insentif penukaran tayar kereta untuk meredakan rungutan pemandu teksi seketika terhadap isu permit ini.

Jadi begitulah bila rejim terlalu lama berada di tampuk kuasa, akalnya  bongsai dan kurang berfikir. Maka berlaku lah kes minta permit teksi tapi yang dapat empat tayar kereta.

Taktik pemberian wang BR1M ini jika diteliti ia sebenarnya meniru program kebajikan tahunan Kerajaan Pulau Pinang yang terkenal iaitu Program Penghargaan RM100 Warga Emas dan Program Penghargaan RM100 untuk Ibu Tunggal yang dimulakan pada tahun 2010. Kejayaan program ini dalam mendekati hati rakyat terutama golongan warga emas Melayu telah menarik perhatian pemimpin UMNO dan media perdana waktu itu yang menyerang sumber dana tersebut sebagai haram hasil pemberian syarikat judi.

Mungkin kita boleh anggap ia umpama “sedekah” duit juga seperti RM500 BR1M tapi apa yang membedakannya ialah sumber dana program kebajikan tersebut adalah hasil penjimatan wang daripada perbelanjaan berhemah dan anti rasuah. Ini pun telah disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara tentang lebihan paling besar di Pulau Pinang pada tahun 2008 sebanyak RM88 juta dan RM77 juta pada tahun 2009. Tidak ada sesen pun disumbang atau diderma oleh pihak swasta.

Kerajaan pemerintah pula dalam keadaan berhutung Ratus Billion ringgit tanpa segan silu menambahkan hutang lagi untuk BR1M 2.0 bertujuan untuk mendekatkan hati kepada rakyat agar terus menyokong BN di PRU13 nanti.  Masa yang dipilih untuk pemberian jelas memancing undi rakyat dan cara penyampaian BR1M  agak memualkan apabila disempurnakan oleh politikus pemerintah terutamanya ketua bahagian UMNO. Kemudian program itu dihiasi ucapan rayuan dan muka tagih simpati supaya terus menyokong BN di pilihanraya nanti.

Usah menganggap rakyat pada zaman ini bodoh atau buta akan kebobrokan dan rasuah yang mewarnai di media internet. Hanya datang berjumpa rakyat menjelang pilihanraya bersama sogokan wang tidak mampu untuk memadamkan segala kepincangan yang mereka lakukan beberapa tahun lepas.

Rakyat mampu untuk menilai apa yang dilakukan kerajaan negeri dan persekutuan selepas tsunami 2008 hingga 2013.  Ya ! Najib terkenal dengan Program Transformasi Kerajaan, tapi rasuah dan aliran wang haram juga makin berleluasa. Rakyat juga tahu banyak program kebajikan dan kesejahteraan di Selangor dan Pulau Pinang yang sebelum ini belum pernah difikirkan untuk dilakukan oleh rejim lama.

Parti yang mana memenangi pilihanraya nanti perlu memikirkan semula langkah program pemberian wang sebegini daripada semua aspek baik dari sudut etika, ekonomi,kedudukan kewangan dan keadilan sosial.
Adakah masalah rakyat iaitu  kos sara hidup tinggi selesai dengan wang ini? Jika tidak,  perlunya satu program holistik  dilakukan kerajaan baru untuk mengurangkan beban hidup rakyat melalui gaji minimum, bantuan subsidi, pengurangan cukai, liberalisasi perniagaan, hapuskan monopoli dan galakan persaingan.

Ikhwan Hafiz adalah seorang Jurutera, Alumnus Sekolah Politik dan Akademi Pak Sako.

Artikel ini telah disiarkan di JalanTelawi.com

Friday, September 21, 2012

Reformasi Tidak pernah mati - AIC

Rencana Khas
Anwar Ibrahim Club
20 September 2012

 
Sayugia, 14 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini , telah muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, atas konspirasi peringkat tertinggi. Konspirasi ini dijalankan kerana mereka yang berkepentingan telah mula menyedari, arus perubahan kuat bakal melanda sekiranya lelaki yang bernama Anwar Ibrahim ini tidak dihumban segera dari hierarki pentadbiran negara.
 
Kelab Anwar Ibrahim menelusuri sejarah Reformasi dengan penuh insaf dan bangga. Reformasi yang lahir pada 1998 itu, ditohmah sebagai sebuah kesedaran membela individu semata-mata. Telahan itu ternyata meleset kemudian, dan semangat Reformasi yang didukung oleh anak muda ketika itu, tetap kekal utuh dan bakal mengusir pemerintah zalim yang selama ini ternyata angkuh menganiayai kebebasan dan hak rakyat untuk hidup sebagai bangsa yang berdaulat.
 
14 tahun lamanya, darah, airmata, kudrat dan keringat telah tumpah bagi membajai semangat Reformasi itu sendiri. Selama tahun itu juga, anak muda telah mula melancarkan perang terhadap penindasan yang keterlaluan. Matlamatnya cuma satu, kemenangan dan kebanggaan untuk hidup bebas sebagai manusia. 
 
Kritik terhadap kezaliman punya sejarah jelek dan memualkan, lantas kemudian kritik itu bertukar menjadi kebencian kepada pemerintah , dan ternyata pemerintah sekarang tidak belajar untuk memahami kritik dan isyarat yang dihantar oleh anak muda Reformasi 14 tahun yang lalu. Kini, terbentang luas di hadapan mata mereka pintu keluar yang dibina oleh anak-anak muda masa kini, yang menyambut nadi perjuangan Reformasi yang didenyutkan oleh anak muda sebelum mereka.
 
Pemerintah berulang kali mengimpikan Reformasi ini mati, malah telah berkali-kali mengisytiharkan kematian Reformasi ini. Ternyata mereka sinis dan lekeh terhadap api perjuangan anak muda tanahair Meskipun diakui juga segelintir yang lari meninggalkannya, namun Reformasi terus didokong oleh para istiqamah dan pemberani.
 
Anak muda zaman kini haruslah bersyukur , dan berterima kasih kepada anak muda 14 tahun lalu yang mencetuskan rasa melawan ini , dengan harapan tinggi untuk satu derap langkah terakhir bersama-sama untuk menumbangkan rejim zalim dalam pertempuran terakhir yang akan berlaku bila-bila masa dari saat ini. Oleh demikian, AIC mengajak anak muda untuk terus membiarkan semangat Reformasi terpasak dan menjadikannya pedoman ampuh bagi memenangi perang pembebasan ini. 
 
Kelab Anwar Ibrahim dan ahli-ahlinya, dari utara ke selatan, Malaysia Timur serta yang masih berkelana di bumi United Kingdom , merasa begitu terinspirasi dari gelombang Reformasi yang berusia 14 tahun ini, malah kamilah anak-anak yang membesar dan ditakdirkan untuk menjadi penyambung sebagai pendokong semangat ini. Kami akur, dan bersedia , untuk melengkapkan babak terakhir Reformasi ini , dan menyumbang segala apa yang terdaya, sehingga keadilan benar-benar bertakhta. Salam Reformasi , untuk pendokongnya yang benar-benar berani.

Saturday, August 4, 2012

Memaknai Idealisma Pengistiharan Kemerdekaan.




Mari kita panjangkan renungan di sebalik kontroversi tema kemerdekaan yang diambil daripada slogan retorik Parti Pemerintah, kita persetankan lawak lagu rasminya "Janji Ditepati" yang dinukilkan Pak Menteri, di mana menurut penulis terkenal Buddhi Hekayat "bagai meletakkan pisau di leher rakyat!".

Pengistiharan kemerdekaan

Anak bangsa Malaysia perlu kembali mewacanakan secara serius semangat & idealisma Dokumen Pemasyuran Kemerdekaan. Apa yang disebut dalam Peristiharan Keramat tanggal 31 Ogos 1957. Dokumen yang diibaratkan sebagai "sijil lahir" kepada sebuah Negara yang merdeka.

"Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen."

Nah! Pemasyuran kemerdekaan meletakkan asas penting pembentukan negara, Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang meletakkan hak-hak serta kebebasan rakyat dan pemerintah yang dipandu undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan.

Hak Asasi & Kebebasan

Jika diimbau sepanjang pemerintahan Tun Mahahir ini merupakan perkataan tabu, dengan pemaksaan maksimum akta-akta drakonian yang menyekat kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain serta juga Akta Peraturan Polis. Malah diburukkan lagi dengan campurtangan Eksekutif terhadap Legislatif & Kehakiman maka tidak hairan jika indeks demokrasi diukur paling rendah pada zamannya.

Filasuh John Locke, di dalam karya Agungnya "Two Treatises of Government" menggariskan asas-asas kebebasan, persamaan dan matlamat sebenar kerajaan. Teori Locke meletakkan asas baru pemerintahan dan pemerintahan tersebut adalah terbatas. Beliau juga menghalusi hak-hak asasi rakyat di dalam pemerintahan sebuah negara.

Maka inilah yang disebut dalam dokumen tertinggi undang-undang negara kita. Kuasa Pemerintah & hak rakyat dibataskan dengan perlembagaan dan untuk mengimbangi, diaplikasikan pula konsep pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif & Kehakiman . Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman”, di mana dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan imbang.

Demokrasi

Kita panjangkan perbincangan dalam konteks Demokrasi, tidak dapat dinafikan lagi rakyat Malaysia dewasa ini berada di persimpangan demokrasi. Apakah kita akan maju kepada tahap demokrasi yang matang, demokrasi yang tidak memiliki undang-undang yang menyekat hak kebebasan asasi, demokrasi yang akan merangsang kreativiti manusia atau mahu terus kekal sebagai demokrasi palsu?, demokrasi otokratik yang tidak menghargai akal manusia?

Amalan demokrasi yang matang haruslah menjamin kesemua yang disebut oleh Perlembagaan. Dari gemblengan partisipasi massa untuk menyertai demokrasi, Pengendali Demokrasi yang bebas campurtangan, gelanggang politik yang sama luas, akses bebas media sehinggalah perdebatan terbuka tentang idea sang Politikus. Bukan hanya faham sempit setiap lima tahun membuang undi.

Jiwa Merdeka.

Mari kita renung gagasan tokoh besar kemerdekaan, Dr. Burhanuddin Al Helmy lewat puisi patriotiknya:

Di atas runtuhan Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu-padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka.

Gagasan ini meletakkan perjuangan membangun "Jiwa Merdeka" sebagai agenda paling utama. Apakah kontra kepada jiwa merdeka? jiwa yang penakut, hilang daya juang, rendah diri, tiada wawasan, tiada mampu berfikir secara kritis dan seterusnya.

Mengisi kemerdekaan dengan agenda pembinaan Jiwa Merdeka adalah babak perjuangan yang cukup penting dan kritikal. Nilai-nilai Patriotisme serta Pencerahan tulen perlu diserap kepada setiap anak bangsa dalam pembinaan Jiwa Merdeka. Menghargai daya fikir, martabat dan maruah diri serta mewaspadai rempuhan unsur-unsur negatif yang melemahkan.

Apakah kita berdaya untuk memunculkan Jiwa Merdeka jika saban hari disuburkan dengan budaya politik kotor, fitnah-mengaibkan yang jika direnung sejarah Si Kitol padahya cukup parah, bisa memusnahkan maruah bangsa sendiri.

Pembangunan material sahaja tidak cukup, walhal di dalam jiwa masih lagi jauh untuk menghargai kemerdekaan, wahasilnya adalah wawasan palsu apabila sesuatu bangsa berbelanja besar membina pelbagai mercu tanda melangit yang tidak menandakan apa-apa di jiwa selain rasa rendah diri.

------------------------------------------------------------------------------------
Hasani Mohamed, seorang Jurutera & Aktivis AIC yang komited mahu
meletakkan Perubahan terhadap Negaranya.

Tuesday, June 26, 2012

Program Bedah Buku Islam & Melayu karya Dr Siddiq Fadzil



SINOPSIS PROGRAM BEDAH BUKU “ISLAM & MELAYU: MARTABAT UMAT& DAULAT RAKYAT” KARYA DR. SIDDIQ FADZIL.
OLEH AIC MALAYSIA – 23 JUN 2012, HILL CITY HOTEL IPOH PERAK.
Moderator:         Saudara Irwan Hidayat
Panelis:                      i)            Dr. Muhd Nur Manuty.
                                  ii)            Saudara Hasmi Hashim
                                 iii)            Saudara Saifullah Maslul

Program dimulakan dengan pengenalan oleh Moderator, sisi-sisi perbincangan yang terkandung dalam buku ini, tetang kritikan penulis terhadap kelesuan Bangsa Melayu sejak 50 tahun kemerdekaan apatah lagi semasa di bawah penjajahan kuasa asing.

Buku ini mengimbau pensejarahan keunggulan Pemerintahan Melaka citra Melayu dalam sejarah, pegangkatan Martabat Ummah setelah kehadiran Islam sebagai Ad-Din dan cara hidup masyarakat pada masa tersebut.

Saudara Saifullah Maslul.
Moderator menyerahkan perbicangan kepada Saudara Saifullah untuk memulakan, beliau memperincikan tentang penegasan penulis terhadap peranan institusi beraja dalam suasana bangsa Melayu komitmen amanah & keadilan. Setia Melayu adalah setia bersyarat maka lahirnya penegasan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DIsanggah!”

Ianya menjelaskan komitmen Melayu terhadap maruah & keadilan dengan tiada kompromi menyembah pemimpin membuta-tuli ianya selaras dengan tuntutan islam mengesa penganutnya berlaku adil. Menurut Saifullah buku ini merungkai banyak isu islam & melayu yang selama ini dianggap sensitif. Yang menurutnya, bila disentuh mengenai Melayu/Islam kita akan emosional, tergangu & “defensive”.
Seterusnya  Penulis membincangkan solusi bertenaga terhadap kelesuan bangsa bicara tentang komitmen martabat, memaknai bangsa merdeka, pembebasan & pencerahan.

Saudara Hasmi Hashim.

Moderator menyerahkan perbincangan kepada Saudara Hasmi, beliau menegaskan komitmen anak muda melawan rejim adalah melalui idea & perbincangan intelektual seperti yang diadakan pada hari ini. Beliau mengkritik tentang pengambilan sejarah daripada prospektif Orientalis tanpa diselidiki. Apabila merungkaikan sejarah tidak harus dikecilkan kepada Melayu & Islam sahaja tetapi harus terangkum semua.
Menurut Hasmi anak muda harus kenalpasti zaman yang mereka hidup dan adaptasikan corak pemikiran.Tahu sejarah,hanya panduan. Anak muda perlu tahu memilih antah ntegr beras. Latar pemikiran politik Melayu dan budaya harus difahami.
Baliau mengkritik Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) yang menurutnya dicipta untuk mengangkat berlebih-lebihan Sultan Melaka. Apakah tiada Sultan Negeri lain yang cerdik pada zaman tersebut jika ingin bicara sejarah melayu keseluruhannya?
 
Beliau mengambil sejarah Kanun Undang-undang Terengganu dahulu memperuntukkan seseorang raja berhak dijatuhkan sekiranya melakukan kesalahan. Ini adalah menjelaskan komitmen tentang keadilan. Hasmi juga mempersoalkan tentang Orang Melayu sampai ke hari ini keliru dgn kisah pertentangan Hang Tuah dan Hang Jebat. Siapa benar dan siapa salah? Dan ianya tidak dapat dirungkai sehingga hari ini.

Dr. Muhd Nur Manuty.

Seterusnya Dr. Muhd Nur Manuty mengambil tempat dalam perbincangan, mengimbau sejarah persahabatan dengan Penulis  mengulas tentang peribadi  pintar, dianugerah Tuhan dapat menulis dan seorang ahli pidato yg baik, kuasai arab, Inggeris & Jawa. Malah boleh berkhutbah dalam bahasa jawa di Kampungnya.
 
Dr. Muhd Nur menyatakan buku ini sediakan formula agar Melayu tidak lagi diperlekehkan.Beliau melontar persoalan Bagaimana nak baiki semula martabat Melayu yang rosak? Jawabnya Islam menjelaskan  peluang pemulihan.
Beliau mengupas mengenai daulat, daulat rakyat sudah digunakan pemuka-pemuka islam lama, daulat menurut penulis nte berpaksi kepada syariat Allah swt. Beliau juga mengupas tentang hubungan Islam-Demokrasi yang ditegaskan oleh penulis.

Beliau mengupas persoalan penulis tentang de-humanisasi akibat rempuhan globalisasi, mewaspadai ancaman-ancaman baru globalisasi yang sebenarnya menyaksikan gejala berulangnya Jaman Edan. Zaman gila yang kehilangan prinsip dan integriti moral.Penulis adalah seorang tokoh yang bergitu berhati-hati dalam menggabungkan idea warisan & idea baru.

Penulis ialah  Hasani Mohamed, Exco Anwar Ibrahim Club (AIC)

Monday, July 19, 2010

REALPOLITIK DI KEMAS KINI -Tukar Tiub


PROPAGANDA UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN




REALPOLITIK DI KEMAS KINI oleh Tukar Tiub

Ada tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah :

1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan
2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat
3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah jika Anwar ‘diketepikan’ maka Pakatan rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan aparacik politik Najib Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strateji politik langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet , bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan di yakini umum.

Langkah pertama ialah mengkaitkan Anwar dengan lubang berak Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan lubang berak Saiful telah di tujah dan diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Muhamad pada tahun 1998 dahulu melalui lubang berak Azizan.

Apabila Saiful diberitakan tidak terberak selama dua hari kerana menyimpam bahan bukti didalam juburnya maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Ganja telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seluruh Malaysia telah senyum puas. Kemudian dengan tetiba warga se Tanah Melayu menjadi hairan dan tertanya-tanya siapakah agaknya yang menuliskan kata bual yang bagitu bodoh untuk si Saiful ini.

Seperti kes lubang berak Azizan , kes lubang Saiful ini juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib Rosmah. Propaganda lubang berak Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para aparacik dan jentera Najib Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strateji baru – ajen asing.

Harus di sedari bahawa surah – ajen asing – ini juga telah mula muncul pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998 dahulu memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ajen CIA. Apabila berita ini tersebar kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran bahawa : sila jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai maka surah Anwar ajen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti pekara yang sama juga telah terjadi sekali lagi kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini tidak lagi melaung-laungkan surah ajen asing ini. Pentabiran di Rumah Puteh melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA maka pasti pentabiran Obama ini , seperti tahun 1998 dahulu telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh aparacik dan jentera Najib Rosmah ialah memastikan parti Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adaklah langkah yang amat stratejik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika Pas dapat dipisahkan dari Pakatan maka dengan segera Pakatan rakyat akan luntur dan pecah.

Kita harus menyedari bahawa walau pun Pas mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam macam. Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kueh bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.

United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada ! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Rosmah untuk berunding dengan Pas ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan Pas maka Najib sang anak juga akan berunding dengan Pas. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warong Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan Pas ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan - perpaduan Pakatan rakyat yang kompak wajib di lemahkan. Kota yang kukuh wajib di bocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau bilaukan. Pas wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua – sebahagian. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita smapai ke strateji ke ketiga : mengharu birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu gugat kerana slogan – ‘kita semua Melayu dan kita semua Islam.’ Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi ‘slow sikit’ kerana Dap ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli Dap. Malah Dap ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum.

Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau , masjid, kuil , sekolah, kasut, punggung, jubur – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

Aparacik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada Adun PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerjaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Dimana akhirnya semua ini ? Dalam merancang realpolitik Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini stratiji utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib Rosmah susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Serawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula agen-agen CIA yang lain? – apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti lubang berak Saiful – senjata dan propaganda akan memakan tuanya.

Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan : mengajak Pas datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau Pas meminta Najib melempang Muhyiddin – pasti Munyiddin akan kena satu pelempang. Kalau Pas meminta Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan di tampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang , Najib akan melakukan apa sahaja keculi Pas tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. (TT)Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Friday, January 1, 2010

Hadiah Tahun Baru 2010 -Harga Gula naik

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Ada kemungkinan harga gula tidak dinaikkan berikutan kelembapan ekonomi dunia. Kementerian mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan apatah lagi kita mahu elak membebankan rakyat.

“Industri gula membabitkan pengeluar serta pemborong juga memberikan jaminan tidak menaikkan harga gula pada waktu terdekat dan akur terhadap keputusan kerajaan yang dijangka diumumkan empat minggu lagi,” katanya.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

*** Hadiah tahun baru dari kerajaan BN 1 Malaysia.Apabila harga gula dinaikkan, media-media UMNO mengerakkan kempen penggunaan gula berlebihan membahayakan kesihatan dan cuba memutarkan kisah bahawa kenaikkan ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Harga minuman dan makanan kemungkinan selepas ini akan dinaikkan oleh peniaga untuk menampung kos kenaikan harga gula ini.

Rakyat Malaysia berterusan diperbodohkan oleh media dan kerajaan kononnya kenaikkan disebabkan harga gula dunia meningkat. Tetapi kita tidak diberitahu bahawa perbelanjaan kerajaan semakin berkurang dan dalam masa yang sama kita masih memperuntukkan RM 1billion untuk F1 dan RM100 juta untuk projek Permata Rossmah. Sepatutnya wang tersebut mampu menampung digunakan untuk subsidi gula atau bahan makanan lain untuk mengelakkan kenaikan harga.

Rakyat Didahulukan , Gula Dinaikkan



Monday, June 22, 2009

Gula : Penghasilan dan Monopoli

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pada pertengahan Februari lepas, saya berkesempatan mengikuti lawatan industri ke Kilang Gula Felda Perlis di Chuping ,Perlis. Di sana, saya dan rakan mahasiswa lain berpeluang belajar mengenai proses penghasilan gula dan berdialog berkaitan dengan industri gula di Malaysia.

Justeru itu, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai proses penghasilan gula dan peniagaan gula di Malaysia.

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifatmakanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan “gula” untuk bermaksudsukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih.Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula.

Tebu merupakan tanaman tropika atau sub-tropika yang memerlukan cahaya matahari dan air kerana akarnya tidak dapat menakung air.Tebu biasanya memerlukan masa lebih kurang 6 hingga 12 bulan untuk mencapai tahap matang dan ianya berbeza mengikut tempat.

Ketinggian tebu boleh mencapai 3 meter di kawasan penanaman yang baik contoh di Chuping,Perlis. Sebelum dituai, kebanyakan pokok tebu dibakar untuk menghilangkan daun-daun yang telah kering bagi memudahkan proses penuaian.

Tebu dituai dengan memotong bahagian batang(stem) dan bahagian akar sengaja ditinggalkan bagi membolehkan ia tumbuh semula dimusim hadapan.Selalunya tebu dituai pada musim kering dan tempohnya adalah dari bulan Jun hingga November.Penuaian dilakukan secara manual menggunakan tangan ataupun dengan mesin.

Lebihan daun yang tidak terbakar akan dibuangkan dan batang dipotong serta diikat menjadi satu.Penggunaan mesin mampu memotong tebu menjadi potongan yang lebih pendek.Selepas ditebang, tebu akan dihantar terus ke kilang dengan segera kerana tebu yang dipotong tidak boleh bertahan lama.

Proses pertama dalam penghasilan gula tebu ialah pemerahan jus dari batang tebu.Dalam kebanyakan kilang, tebu dihancurkan dalam satu siri pengisar(roller mills)yang bersaiz besar.Batang tebu akan dihancurkan menjadi hampas dan jus yang dikeluarkan akan dikumpul.

Lebihan hampas yang mengandungi kandungan gula dibasahkan menggunakan mesin diffuser.Hampas yang dibasahkan akan dimasukkan semula ke proses pengisaran sehinggan kandungan gula habis.

Jus yang terhasil masih merupakan cairan yang kotor iaitu sisa-sisa tanah dari ladang dan ekstrak dari daun dan kulit tanaman yang semuanya bercampur di dalam jus tebu. Jus dari hasil ekstraksi mengandungi kira-kira 15% gula dan serat bendasing.Hampas tebu dipanggil bagasse akan digunakan sebagai bahan bakar bagi boiler.

Jus yang dihasilkan akan dipanaskan sebelum dilakukan liming untuk mengoptimumkan proses penjernihan(clarifier).Kalsium hidrosida atau Ca(OH)2 dicampurkan ke dalam jus dengan peratusan yang telah ditentukan bagi mempercepatkan proses penjernihan.Jus yang sudah dicampur kapur ini kemudian dimasukkan ke dalam tangki penjernih(clarifier).

Di sini, jus disalirkan melalui clarifier dengan kelajuan yang rendah sehingga gumpalan bendasing yang terdiri dari serat tebu yang terbentuk.Gumpalan tersebut akan mendap dan jus yang keluar merupakan jus yang jernih.

Kotoran mendapan yang masih mengandungi gula akan disaring lagi dan kali ini menggunakan penyaring vakum putar supaya lebihan jus dapat diasingkan dari lumpur tersebut dapat dibersihkan sebelum dikeluarkan.Hasilnya merupakan cairan yang mengandungi gula dan disalurkan untuk proses seterusnya.

Jus tebu ini kemudian akan disejat menjadi sirap dengan memanaskannya menggunakan stim dalam suatu proses yang dinamakan penyejatan (evaporation).Jus yang telah diikatkan mungkin mengandungi 15% gula tetapi cairan (liquor) gula tepu iaitu cairan yang diperlukan dalm proses penghabluran memerlukan kandungan gula sebanyak 80%.Proses ini akan dilakukan berulangkali dan berperingkat melalui multiple effect evaporator yang dipanaskan dengan stim bagi tahap tepu.

Pada tahap akhir,sirap dimasukkan ke dalam vakum dandang yang sangat besar untuk dididihkan pada suhu 70c .Di dalam dandang ini, sirap tersebut dipanaskan sehingga kristal gula terbentuk.Pembentukan Kristal bermula dengan mencampurkan sejumlah benih Kristal ke dalam sirap.

Kemudian , proses pengasingan dilakukan mengguna mesin emparan untuk memisahkan kristal yang bercampur dengan sirap yang dipanggil mother liquor.Lebihan sirap hasil dari pemisahan tadi juga akan melalui proses penghabluran beberapa kali sehingga tiada lagi kandungan gula, lebihan ini dipanggil molases. Hablur gula yang diasingkan akan dikeringkan sebelum proses pembungkusan.

Sebelum proses pembungkusan, gula putih yang dihasilkan akan diayak bagi meleraikan dan mengasingkan dari gumpalan gula.Gula putih akan disimpan di silo.Gula akan ditimbang dan dibungkus dalam jumlah 50kg dan 1 kg.Proses dilakukan menggunakan mesin secara automatik. Gula yang siap dibungkus akan disimpan di dalam stor sebelum dihantar kepada pengguna.

Beralih kepada perniagaan gula di Malaysia pula, saya mendapat maklumat bahawa terdapat 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM(Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.

Di antara keempat kilang tersebut, MSM Sdn Bhd yang dikuasai oleh Raja Gula, Robert Kuok menguasai pasaran tempatan lebih 47 % jika dibanding dengan syarikat lain. Kesemua empat syarikat itu membeli bahan mentah untuk mengeluarkan gula dari Brazil dan Australia.

Dalam seisi dialog antara mahasiswa dengan pihak pengurusan syarikat, kami difahamkan bahawa industri gula Malaysia tidak menjalankan perniagaan dalam secara bebas untuk pasaran tempatan.Maknanya, untuk usahawan yang berkeinginan untuk menceburi dalam industri gula adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada keempat syarikat gula yang sedia ada.

Oleh itu, jelaslah bahawa industri gula di Malaysia telah dimonopoli oleh pihak tertentu yang sudah tertentu cukup selesa mengaut keuntungan tanpa persaingan daripada pesaing lain. Saya difahamkan oleh wakil syarikat bahawa kilang-kilang gula Malaysia dikuasai oleh dua individu iaitu Tan Sri Syed Bukhary dan Robert Kuok.Mereka menguasai 3 daripada 4 kilang yang diberi hak pengeluaran gula oleh kerajaan.

Jika kita imbas masalah kekurangan gula di pasaran pada tahun 2006 adalah disebabkan oleh keengganan kilang untuk memproses bahan mentah gula untuk pasaran tempatan.Tiga pengilang gula itu lebih mengutamakan pengeluaran bagi tujuan eksport daripada menjual di pasaran tempatan untuk meraih keuntungan tinggi dan mereka menyalahgunakan perolehan gula bahan mentah melalui kontrak jangka panjang (KJP) yang diberikan oleh kerajaan.

Oleh itu, jangan terkejut juga suatu hari nanti pengilang gula ini akan meminta kerajaan untuk menaikkan harga gula sehingga RM2 sekilo dengan pelbagai alasan dalam merealisasikan hasrat mereka untuk kekal meraih keuntungan.

Di akhir tulisan ini, saya menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula sistem monopoli pengeluaran gula yang sedia ada yang sememangnya akan merugikan rakyat untuk masa akan datang. Mungkin kerajaan perlu melihat kepada rancangan untuk meliberalisasikan industri gula di Malaysia kepada pasaran bebas.

Teringat kata-kata emak sewaktu saya bekerja sambilan sebagai operator pembungkusan gula di MSM Prai, bahawa kerja di kilang gula stabil dan tidak tergugut dengan masalah ekonomi kerana gula adalah barang keperluan.

Semut pun suka gula inikan pula manusia !!


*Artikel ini telah disiarkan di Mahasiswakini.com



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews