Wednesday, October 23, 2013
Pilih bola sepak atau masjid ? - TS Khalid Ibrahim
PEMBANGUNAN sukan pada asasnya perlu didokong dengan bantuan kewangan yang kukuh daripada kerajaan atau pun penajaan kewangan daripada pihak swasta. Jika kita meneliti acara sukan besar dalam negara seperti SUKMA, Liga Super/Premier, Liga Hoki dan sebagainya, ia mendapat penajaan besar daripada syarikat swasta. Mengambil contoh pasukan bola sepak Kelantan, perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan sokongan penajaan besar daripada pihak swasta telah mengubah senario bola sepak Kelantan daripada pasukan bawahan di Liga Premier kini menjadi jogaan bola sepak di Liga Malaysia.
Bola Sepak adalah sukan paling diminati di seluruh dunia dan termasuk juga di Malaysia. Peminat bola sepak tanahair pula sudah semestinya mahu melihat pasukan negeri masing-masing berjaya di peringkat Liga Malaysia dan Piala Malaysia. Manakala di pentas antarabangsa, harapan tinggi peminat bola sepak tanahair tentunya digalas berat oleh pasukan kebangsaan " Harimau Malaya " untuk mengecap kejayaan gemilang buat bola sepak negara.
Tetapi sukan bola sepak yang kini rancak berlangsung melalui kempen Piala Malaysia disentap dengan isu "Pilih Bola Sepak atau masjid?" di negeri Selangor. Polemik “ Bola Sepak atau Masjid “ ini timbul dek kerana jawapan balas daripada MB Selangor, TS Khalid Ibrahim terhadap soalan kritikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan berhubung kekurangan penajaan Menteri Besar Incorporated (MBI) terhadap pasukan bola sepak Selangor dan kemerosotan pasukan Selangor di kempen Piala Malaysia.
Selain itu, penghijrahan pemain bintang Selangor seperti Amri Yahyah, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra pada musim Liga Malaysia akan datang ke pasukan lain seperti Johor DT juga dibimbangi oleh peminat bola sepak Selangor jika tidak ditangani cepat usaha penambahan dana dan perubahan kepimpinan pentadbiran Persatuan Bola sepak Selangor.
Agak melucukan apabila melihat jawapan seorang Menteri Besar yang juga Presiden FAS ( Persatuan Bola Sepak Selangor) membandingkan peruntukan bola sepak dengan kos pembinaan masjid yang baru. Mana mungkin dua entiti berbeza yakni sukan (bola sepak) dibandingkan dengan agama (Masjid) dalam membuat penilaian pemberian peruntukan kewangan.
Peruntukan kewangan untuk pembinaan atau program di masjid sudah pastinya mempunyai peruntukan tetap setiap tahun dalam Belanjawan Negeri dan ia tidak perlu dipersoalkan. Tetapi, apabila perbandingan dibuat antara peruntukan sukan bola sepak dan masjid seolah-olah menampakkan jawapan sinis terhadap soalan tersebut oleh MB Selangor. Entiti masjid dipilih oleh MB Selangor untuk perbandingan ternyata mengejutkan semua pihak.
Mungkin apa tersirat melalui jawapan ini adalah isyarat jelas kepada Pemuda Pas adalah usah campur tangan atau ambil peduli akan isu yang tidak berkaitan dengan perjuangan PAS di negeri Selangor, hanya perlu tumpu pada hal ehwal agama dan mengimarahkan masjid.
Ekoran polemik ini hangat di dada media internet, ia menarik perhatian Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAINS) tampil memberi penjelasan kepada media bahawa peruntukan pembinaan masjid oleh kerajaan negeri bukan diberikan melalui MBI tetapi melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini merupakan jawapan pukulan KO kepada TS Khalid Ibrahim oleh MAINS selepas dikritik kiri dan kanan oleh Pemuda Pas , AMK Selangor dan “Giant Politician” seperti YB Azmin Ali dan YB Khalid Samad.
RM7 juta peruntukan tahunan kepada FAS oleh penajanya MBI ditafsir MB CEO di Selangor terlalu banyak dan ia adalah pembaziran kepada dana kerajaan negeri. Perlu diingat peruntukan tersebut bukan hanya untuk pasukan utama Selangor yang bermain di Liga Super sahaja malah Piala AFC pada tahun hadapan yang turut disertai Selangor. Selain itu, peruntukan juga turut disalur kepada pasukan bola sepak Piala Presiden dan pembangunan bola sepak diperingkat remaja. Jika TS Khalid merasakan MBI tidak mampu memberi peruntukan yang banyak maka penaja baru perlu diganti atau ditambah bilangan penaja bersama. Pasukan bola sepak Selangor dahulu pernah ditaja oleh pihak swasta seperti KDEB, Gapurna dan Puncak Niaga (Syabas).
Soal pokok di sini ialah kebijaksanaan pengurusan FAS yang diterajui TS Khalid Ibrahim sendiri dalam pentadbiran dan pembangunan bola sepak Selangor. Kejayaan sesebuah pasukan negeri sebagai contoh Kelantan adalah kerana kepimpinan TS Annuar Musa yang membawa pemain bintang dan sokongan tajaan besar daripada syarikat swasta. Manakala prestasi Selangor pula merudum di kempen Piala Malaysia sehingga menyebabkan Jurulatih, Irfan Bakti meletak jawatan selepas 3 perlawanan berlangsung ekoran kemarahan peminat yang tewas pada kelab bawahan. Jangan hanya jadi Presiden Persatuan Bola Sepak yang datang ke stadium untuk pelawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA bagi menjulang piala sahaja.
Kebimbangan dan teguran anak muda melalui Pemuda Pas atau AMK Selangor terhadap isu ini sewajarnya dinilai dengan baik dan tidak cepat melatah oleh TS Khalid Ibrahim. Peminat bola sepak juga adalah rakyat Selangor dan kepedulian mereka terhadap prestasi pasukan Selangor seharusnya dihargai. Selangor perlu belajar daripada Kedah yang dahulu jogaan bola sepak negara di Liga Super kini bermain di Liga Premier sewaktu kepimpinan KFA oleh Mantan Menteri Besar, Arwah TS Azizan Razak ekoran faktor kewangan dan kepimpinan pengurusan pasukan.
Pemahaman terhadap kepentingan sukan terutama bola sepak pada kacamata rakyat perlu difahami oleh Menteri Besar dan bukannya sebagai CEO. Sukan sudah tentu sukar untuk dinilai kejayaannya dalam bentuk wang Ringgit samada untung atau rugi kerana kebanyakan sumbernya daripada penajaan dan jualan tiket. Namun begitu, sukan bola sepak seharusnya dinilai sebagai medium perpaduan rakyat, aktiviti hidup rakyat dan pembangunan ketamadunan sebuah negeri atau negara.
Ikhwan Hafiz adalah Alumnus Akademi Pak Sako dan Sekolah Politik IKD.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
Tuesday, September 24, 2013
MB Khalid Ibrahim tempelak Pemuda PAS Selangor: Nak masjid atau bola sepak ?
"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid. - MB TS Khalid Ibrahim
"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.
Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.
Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".
@Pantherian : Ada beberapa isi tersirat dan tersurat daripada kenyataan MB Khalid #lameduck yang dapat disimpulkan di bawah :
a) MB Selangor menempelak soalan Pemuda PAS dengan memberi perbandingan antara masjid dan bola sepak. Makna jawapan tersirat ini PAS itu masjid dan masjid itu PAS. Pemuda PAS tak perlu ambil tahu bab bola sepak hanya fikir nak bina masjid baru atau mengimarahkan masjid.
b) Perbandingan masjid dan bola sepak adalah satu perbandingan yang premis yang berbeza. Mana mungkin sukan dibandingkan dengan agama? Isu nak bina masjid itu tentunya ada peruntukan yang dikhaskan oleh kerajaan manakala sukan bola sepak tentunya ditaja oleh syarikat swasta atau dana kerajaan negeri. Untuk Selangor, penaja utama ialah anak syarikat kerajaan Selangor, MBI.
c) Khalid #Lameduck gagal mentadbir urus dengan baik pengurusan bola sepak negeri Selangor melalui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Khalid juga adalah Presiden FAS. Tiada dana besar diperuntukan dan tumpuan kepada pengurusan bola sepak Selangor telah menyebabkan kemerosotan pasuka Selangor dalam kempen Liga Super dan Piala Msia.
Saturday, October 27, 2012
Futsal Piala Rakyat 4 Nov ! Ayuh sertai !
Tunggu apa lagi……….. ada berani!!!! hantar pasukan
Download Borang :-
borang futsal rakyat.latest
Tuesday, November 22, 2011
Garuda rebah di sambar harimau di Gelora Bung Karno
Tahniah sekali lagi diucapkan kepas anak muda negara dibawah kendalian Coach Ong Kim Swee.
Perjuangan bola sepak negara tidak selesai di sini,
Tunjukkan kebolehan kita di Kelayakan Olimpik 2012 ketika menentang Syria minggu ini.
Ayuh Malaysia, teruskan memberi sokongan kepada
Skuad Harimau Muda Negara !
Monday, January 3, 2011
Maxis "Ananda" bakal penaja baru MSL

Selepas tamatnya Piala Suzuki 2010 , tahun 2011 ini akan bermulanya Liga Malaysia . Penajanya pun baru dan akan diumumkan oleh secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) .Kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menggantikan Dunhill selaku penaja utama Liga M sejak musim 2004 akan berakhir pada 26 Januari ini dan ia tidak akan diperbaharui.
Selepas ini , nama penaja baru akan tertera jersi semua pasukan serta nama liga itu sendiri . Contohnya seperti dahulu penaja dahulu iaitu TM Liga Super & TM Liga Perdana .
“Esok (hari ini) kita ada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan memuktamadkan hal penaja baru ini,” katanya pada Majlis Taklimat dan Undian Liga M 2011 di Bukit Jalil petang semalam.
Rumours mengatakan bahawa syarikat gergasi telekomunikasi di negara ini , Maxis bakal menjadi penaja baru Liga M bermula musim 2011 . Kita tunggu dan lihat siapa penaja terbaru liga bola sepak Malaysia .
ASTRO sebagai RAKAN MEDIA & EJEN Pemasaran Liga Super Malaysia
FAM mendapat suntikan 4 tahun Liga Malaysia mulai musim ini berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.
Penajaan itu meliputi hak penyiaran RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerja...sama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma
Maju lah bola sepak untuk negara !Sunday, January 2, 2011
Safee sali dan Mahali dapat tawaran kelab Indonesia
Sumber http://www.malayatigerfootball.com/
Kenyataan penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali yang menyatakan keinginan beraksi di Liga Super Indonesia mulai mendapat sambutan. PSPS Pekanbaru menyatakan minat untuk menjemput penyerang yang mantap di depan gawang itu ke Indonesia selepas melihat aksi beliau di perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki Cup 2010 kelmarin.
Dua pemain nasional Malaysia, Mohd Safee Sali dan Mahali Jasuli kini menjadi rebutan PSPS Pekanbaru. Kedua pemain cemerlang Malaysia ini dianggap memiliki peranan besar dalam membantu kemenangan pasukan Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium National Bukit Jalil, Malaysia 26 Desember lalu.
Keinginan PSPS untuk mendapatkan kedua - dua pemain Malaysia ini diakui sendiri Pengurus PSPS Pekanbaru, Dastrayani.
"Ya, seperti ketika kita mengadakan perbincangan dengan Safee Sali sambil mempertanyakan khabar tentang Mahali Jasuli. Apatahlagi, Safee telah menyatakan keinginan hasratnya untuk beraksi di liga yang ada di Indonesia. Walaupun, kita belum lagi berbicara langsung dengan Mahali tetapi dengan perbincangan yang baik secara bersama nanti, semoga saja semuanya akan berjalan dengan lancar," harap Dastrayani ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan selasa lalu.
| Safee Sali |
Menurut Gurning, ketika ini PSPS sedang mengalami masalah di barisan hadapan, setelah kecederaan menimpa pemain penyerang, M Isnaini serta batalnya untuk menandatangani kontrak seorang penyerang dari negara Asia. Pasukan diberi jolokan Askyar Bertuah kini hanya menyandarkan harapan kepada pemain bernama Dzumafo Herman di barisan hadapan.
“Pengurusan kelab sudah memberitahu saya, sudah ada pembincangan dengan agen Safee mengenai kemungkinan dia beraksi bersama pasukan PSPS di musim kedua. Dia pemain yang bagus,” ujar Gurning.
Ditambah pula, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki Cup 2010 itu memperlihatkan persembahan yang bagus sepanjang kejohanan bolasepak ASEAN dwi tahunan tersebut. Safee mempunyai kelajuan, ketajaman dan penyudah yang baik untuk menjaringkan gol gawang lawan.
“Gol-gol yang dihasilkan dari Safee menunjukkan kelasnya sebagai penyerang. Mengenai boleh atau tidaknya dia datang ke PSPS, semua bergantung dengan perbincangan dan situasi di pengurusan. Selain itu, kita tidak tahu apakah Safee mahu bermain hanya setengah musim,” ucap Gurning.
![]() |
| Mahali Jasuli |
"Sama seperti Safee, Mahali juga pemain yang memiliki mental kerja keras. Tentu saja saya mahu, sebab kriteria pemain seperti merekalah yang saya perlukan," jawab Gurning singkat.
Musim di Liga Super Malaysia kembali berjalan pada Januari nanti.
******
Tahniah Safee Sali dan Mahali !
Anda patut mengubah angin ke Indonesia untuk meningkatkan permainan anda !...
Wednesday, May 12, 2010
Malaysia terkulai ditangan Jepun
Sunday, February 14, 2010
Sunday, July 19, 2009
Malaysia hampir memalukan Manchester United di Bukit Jalil

Saya yang menonton menerusi Astro mulanya tidak meletak harapan besar kepada Malaysia untuk mengikat MU tetapi berharap Malaysia tidak malu besar dengan bolos gol yang banyak menentang MU dan juga berharap mereka memberi tentangan sengit kepada MU.Jangkaan saya meleset apabila Amri menjaringkan gol pertama Malaysia dengan tendangan yang sukar dipercayai boleh dilakukan pemain Malaysia. Tetapi pada saya,Malaysia di separuh masa pertama ternyata bukan tandingan MU dan mereka banyak melakukan hantaran kurang tepat kepada rakan dan akhirnya penguasaan bola jatuh ke tangan MU.
Second Half, Malaysia bermula dengan baik dengan cuba menandingi penguasaan bola MU dan sedikit sebanyak lebih baik dari first half dan akhirnya Amri sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila berjaya menghidu kesilapan Ben Foster yang tidak menahan dengan baik bola dan akhirnya dicuri baik oleh Amir dan beliau menjaringkan gol penyamaan. Harapan saya supaya Malaysia mampu mengikat MU hingga ke wisel penamat berakhir apabila Owen bijak menyambar peluang tampanan muntah GK Malaysia, Farizal yang bejaya cubaan pertamanya menghalang throw ball kepada penyerang MU. Jika Rajagopal mengekalkan Zamani dan Aidil di Centre Back sehingga wisel penamat, saya merasakan Malaysia mampu seri dengan MU.Akhir nya keputusan memihak MU dengan 3-2 jua apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil .
Tahniah Malaysia !!..walaupun tidak ramai yang memakai jersi Malaysia di stadium tetapi masih ada rakyat diluar stadium yang sayang bola sepak Malaysia. Saya sedih melihat VVIP dan VIP Malaysia berbangga memakai baju MU sampai anak kecil mereka pun diajar memakai baju MU untuk menyokong MU. Pak Menteri Belia Sukan pula seakan terhegeh-hegeh mahu bersalam dengan Alex Ferguson sampai sempat memegang bahu Ferguson untuk meminta berjabat tangan dengannya dikala beliau tidak perasan Pak Menteri ini. Hahaha Lawak betul Pak Menteri ini.
Untuk rakyat Malaysia yang menyokong MU, saya ketawa melihat pemain MU apabila turun selepas selesai menerima medal dari tetamu kehormat tidak endah akan sapaan salam penyokong MU ditepi tangga dengan hanya berjalan terus ke bawah balapan dengan muka yang masam. Nampaknya mereka kecewa apabila hampir diikat oleh Malaysia jika tidak Owen menutup malu mereka pada minit akhir permainan dan juga gol yang dilepaskan MU cukup bodoh la dan mesti menjadi perbualan hangat peminat sukan antarabangsa. Oleh itu, sedarlah rakyat Malaysia semua, janganlah mengagungkan sangat pasukan luar kerana mereka tidak pandang penyokong apabila mereka merasakan hampir dimalukan oleh pasukan kerdil seperti Malaysia.
Gambar perlawanan MU Vs Malaysia disini.
Comment form Alex Ferguson :
SKY SPORT
Meanwhile, Ferguson is not reading too much into Ben Foster's blunder in the game. The goalkeeper made a hash of Darron Gibson's
harmless backpass allowing the Malaysia XI to equalise.
First game
As it was Foster's first match for a while, Ferguson is just pleased to see the keeper back out on the pitch rather than criticising his performance.
"Ben has had ligament damage in his finger and that was his first game for a few months," he continued.
"It was a big day for him coming back after such a long time and I am not too concerned.
"I have said I think he will be England's number one keeper and I still believe that."
More is expected of Wayne Rooney this season following Cristiano Ronaldo
and Carlos Tevez's
departure and Ferguson believes the striker is playing with more maturity.
"You are seeing maturity from him now, which is what you expect from all young players.
"I don't believe he needs to look at anything but himself because we know there is a lot of improvement to come from him yet.
"Wayne is not the finished article by any means."
Tuesday, April 28, 2009
"Wonderkid" untuk bola sepak Malaysia
Name: Wan Kuzain Wan Kamal
Date of Birth: September 14, 1998
Football (soccer) wonder kid. Possesses great skills, passing, and speed. Loves the game. Looking to have a future in the game. Plays in the United States. Is feared by all he plays. Well known football (soccer) star in the Midwest of the United States.
He is a good 11 years old footballer and I believe with correct guidance, he can be a decent player at least. Football Association of Malaysia (FAM) should keep in touch with his parent in possibility of getting him representing national team in the future. This is the time FAM should play proactive approach rather than waiting. Nothing will happen if we did not start the first step.
He is eligible for Malaysia nationality because his dad is Malaysian. If FAM could sponsor him to attend a good soccer school and enroll him to Europe football academy, we can get agreement from his parent that he will feature for Malaysia .
Believe me, if we did not do anything, this boy going to be like Shaun Maloney. Malaysian who is playing for Celtic, ex-Aston Villa and Scotland national squad.
Sunday, April 26, 2009
Piala FA- Selangor VS Kelantan


Kehadiran DS Anwar ke Stadium Nasional Bkt Jalil menyaksikan perlawanan Final Piala FA antara Selangor dan Kelantan sememangnya mengejutkan semalam bersama pemimpin yang lain seperti Tan Sri Khalid, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Belia Sukan yang baru iaitu Datuk Shabery Chek.Kelihatan juga semalam, Tengku Faris yang datang bersama isteri yang jelita iaitu Manohara yang semestinya menjadi tumpuan lensa kamera jurugambar.
Diberitakan oleh rakanku di sana sewaktu DS Anwar sabentar tiba di pentas utama, bergema Bkt Jalil dengan sorakan reformasi yang menjadi trademark Anwar Ibrahim dan berkibaran bendera PAS dan PKR disebalik kibaran bendera negeri masing. Hahaha..apa petanda ini semua..?sokongan cukup kuat rakyat Selangor dan Kelantan kepada beliau dan Pakatan Rakyat.Mungkin terkedu juga Menteri Belia Sukan melihat suasana tersebut di depan matanya.
Kelihatan juga kelibat KJ (Khairy Jamaluddin) yang agak low profile menyorok di saf belakang bersama pemimpin negeri Selangor yang lain walhal dia Timbalan Presiden FAM !!.Nampaknya kehadiran beliau seakan tidak diendahkan oleh FAM.
Sekalung Tahniah kepada Selangor yang memenangi perlawanan tersebut menerusi penentuan sepakan penalti. Ayuh !! Majulah Bola Sepak Malaysia. !!






