INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

YB Azmin Ali memulakan tugas Menteri Besar Selangor

Dato MB Selangor YB Azmin Ali memulakan tugas di Pejabat Menteri Besar, Bangunan SUK Selangor harini.

Pada sebelah petang pula Menteri Besar Selangor menghadiri Majlis Penyerahan Lembu oleh syarikat GLC Selangor sempena Hari RAYA Korban hujung bulan ini.

Tuesday, September 23, 2014

Dari Pengembala kambing di Kg Klang Gate kini sebagai Menteri Besar Selangor ke 15 : YB Azmin Ali







Gambar di rumah bondanya di Kg Klang Gate
Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali dalam ucapan sulungnya menceritakan kisah hidupnya sewaktu kecil di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang.

Menurut Azmin, beliau pernah menjadi pengembala kambing dan menternak ayam sewaktu beliau kecil.

Menurut Azmin lagi, arwah ayahnya merupakan antara peneroka tanah pertama di kampung itu dan buktinya adalah nombor rumahnya di situ yang merupakan nombor '1E'.

"Saya dahulu pernah jadi pengembala kambing di kampung ini," katanya.

"Saya pernah menternak ayam daging di kampung ini dan berkat doa ibu dan ayah saya, saya diberikan amanah sebagai menteri besar Selangor yang baru," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang penduduk sekitar serta penyokongnya pada satu majlis kenduri kesyukuran.

Kenduri itu diadakan di perkarangan rumah ibu Azmin, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang.

Terdahulu, Azmin mengimamkan solat Zuhur berjemaah di masjid kampung itu.






Dato Menteri Besar Selangor yang baharu, YB Azmin Ali mengangkat sumpah di Istana Alam Shah










Surat Pelantikan Dato' Menteri Besar Selangor dikeluarkan oleh Istana Alam Shah


ADUN kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini.


Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang, pada pukul 10.42 pagi.



Mohamed Azmin, Timbalan Presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.



Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi

"Saya dipandu oleh perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor serta polisi yang telah diluluskan oleh Pakatan Rakyat yang perlu diimplementasikan,"  - Menteri Besar Selangor , YAB Azmin Ali

Tuesday, September 24, 2013

MB Khalid Ibrahim tempelak Pemuda PAS Selangor: Nak masjid atau bola sepak ?




Jika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid. - MB TS  Khalid Ibrahim

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".




@Pantherian : Ada beberapa isi tersirat dan tersurat daripada kenyataan MB Khalid #lameduck yang dapat disimpulkan di bawah :

 a)  MB Selangor  menempelak soalan Pemuda PAS dengan memberi perbandingan antara masjid dan bola sepak. Makna jawapan tersirat ini PAS itu masjid dan masjid itu PAS. Pemuda PAS tak perlu ambil tahu bab bola sepak hanya fikir nak bina masjid baru atau mengimarahkan masjid.


b)  Perbandingan masjid dan bola sepak adalah satu perbandingan yang premis yang berbeza. Mana mungkin sukan dibandingkan dengan agama?  Isu nak bina masjid itu tentunya ada peruntukan yang dikhaskan oleh kerajaan manakala sukan bola sepak tentunya ditaja oleh syarikat swasta atau dana kerajaan negeri. Untuk Selangor, penaja utama ialah anak syarikat kerajaan Selangor, MBI.

c) Khalid #Lameduck gagal mentadbir urus dengan baik pengurusan bola sepak negeri Selangor melalui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Khalid juga adalah Presiden FAS. Tiada dana besar diperuntukan dan tumpuan kepada pengurusan bola sepak Selangor telah menyebabkan kemerosotan pasuka Selangor dalam kempen Liga Super dan Piala Msia.











Monday, October 1, 2012

Presiden GAPS (UMNO) terlibat kes pecah amanah tipu pembeli rumah PKNS


Nama Presiden GAPS Selangor Disebut Kes Pecah Amanah 2010
 

SHAH ALAM, 1 OKT: Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor.

Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.

Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.

“Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut,” menurut sumber itu.

Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.

Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.

“Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.

“Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS,” menurut sumber itu lagi. Sumber berita TV Selangor


@Pantherian :  Bukan sesuatu yang pelik orang paling kuat memekik dan maki hamun kerajaan Selangor kononnya terlibat penyelewengan rupanya Presiden GAPS (Gerakan Anti Penyelewengan Selangor) sendiri terlibat kes pecah amanah terhadap pembeli rumah PKNS.

Ini lah loyar kaki penipu yang saban hari muncul di TV3 untuk menyerang kerajaan Selangor. Rakyat harus membuka mata terhadap juak-juak UMNO yang berimej NGO seperti GAPS, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor  dan JMM yang sememangnya akan menyerang kuat pimpinan PR terutama di Selangor.Matlamat mereka adalah untuk merampas kerajaan Selangor daripada PR.






Monday, January 23, 2012

Panas ! Ibrahim Ali menghina keputusan Sultan Selangor





Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.

YAB Dato' Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews