INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Telawi Forum - Impak dan Halatuju Rakyat Pasca #KL112


c


Pendokong-pendokong Himpunan Kebangkitan Rakyat dijemput hadir ! 

Kita berforum di Telawi Forum : Impak dan Halatuju Rakyat Pasca #KL112

bersama Azmin Ali, Isham Rais dan Hasmi Hashim 

Ayuh semua !!  






Friday, September 30, 2011

Forum Awam -Malaysia dan Sejarah Yang Belum Selesai


ANDA DI JEMPUT HADIR KE FORUM AWAM UNTUK PENCERAHAN MINDA !

Sunday, January 2, 2011

NC UUM gagal bina budaya intelektual di UUM, mahu status duty free ?


UUM wants duty-free status to boost varsity

January 01, 2011

SINTOK, Jan 1 — Universiti Utara Malaysia (UUM) will apply to the federal government for duty-free status for its main campus here in an effort to speed up its revival and place it on the world map, said its vice-chancellor Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak.

He said the university was carrying out research on the matter and was now preparing a working paper to be submitted to the Ministry of Higher Education.

“The duty-free status will definitely help UUM become an international-level university in the field of management and business and attract more students locally and abroad,” he told reporters after delivering the vice-chancellor’s message at a gathering of about 3,000 staff of the university here today.

He added that the university would be able to generate an income from business development activities on the campus based on the duty-free status which could reduce financial dependence on the government. — Bernama

**********************************************************************************

Ini NC kangkung GAGAL.

Ini NC kangkung juga gagal angkat UUM sebagai Universiti Antarabangsa... .

Gagal kerana tiada budaya Intelektual di UUM, budaya ilmu...

Gedung ilmu bukan GAH dgn prasarana atau status duty free...

Ia GAH dengan kertas jurnal kajian, tesis terbaik... dan penemuan ilmu baru...

Ia GAH dgn penganjuran perbentangan jurnal peringkat antarabangsa...seminar ilmu...

Kebebasan Mahasiswa juga perlu dititikberatkan, bukan di cucuk hidung seperti LEMBU oleh HEP...

NC KANGKUNG ini mewarisi KEKANGKUNGAN Nordin KORDI..

Apabila tidak layak sebagai NC, maka lahirlah IDEA seperti DUTY FREE ZONE !..

HAHAHAHA

Saturday, June 19, 2010

KJ hadir forum perbincangan buku Pak Khalid Jaafar.





KJ dan penulis komik, Ronasina

KJ hadir di majlis ulasan buku terbaru karya Pak Khalid Jaafar berjudul "Metafizik dan Kosmopolitanisme" pada minggu lepas yang diadakan di Annex, Central market.



Khabarnya KJ turut membeli buka terbaru Pak Khalid tersebut. hahhaa...dalam UMNO , tiada pencerahan hanya kegelapan dan momokan perkauman mengelilingi org UMNO.



Tukar Tiub & Ronasina





Sunday, April 11, 2010

SUDUT PIDATO ZAMAN GILA

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Semalam saya telah menghadiri program RAM di Penang iaitu Sudut Pidato Zaman Gila RAM bertempat Kompleks Penyayang, Georgetown pada jam 8.30pm. Kehadiran penonton yang dikira cukup memberangsangkan yang pada anggaran saya sekitar 30-40 orang yang memenuhi di dewan Kompleks Penyayang.

Program yang agak santai itu dikelola oleh Sdr Ammar ,wakil RAM dari KL yang mula dengan mukadimahnya berkenaan Sudut Pidato Zaman Gila ini. Persembahan pertama dimulakan dengan bacaan puisi oleh Sdr Afif Bahardin yang membaca puisi karya Sasterawan Negara, A Samad Said.

Kemudian ia disusuli dengan pidato oleh YB Sim Tze Sin. Beliau menerangkan zaman gila dari perspektif beliau terhadap apa berlaku di Malaysia sebagai cthnya zaman gila Malaysia dimulakan oleh anak muda, Ishak Hj Muhammad yang mula melaungkan Merdeka dan mahu dengan tanahairnya bebas dari belenggu penjajah.Kemudian zaman gila ini berlaku dikalangan mahasiswa zaman 70an yang berdemo di Baling membela nasib petani di sana.Zaman gila yang terakhirnya katanya ketika demonstrasi 98 terhadap pemecatan DSAI yang mana rakyat turun beramai-ramai di KL menuntut keadilan terhadap DSAI.



Seterusnya persembahan seni bersambung dimana ia dipersembahkan oleh seorang seniman Hasnul J Saidon yang juga pensyarah dari USM .Beliau memainkan gitar kapak dan menyanyikan lagu Hela Nyawaku di atas stage. Persembahan muzikal yang terakhir dipersembahkan oleh sebuah band dari Alor Setar iaitu The Singlet yang menyanyikan 3 buah lagi secara live.


Selesainya persembahan, pidato terakhir malam itu dipersembahkan oleh Sdr Hasmi hasyim yang cukup mantap dan bertenaga. Gaya pidatonya persis Anwar Ibrahim sewaktu zaman muda. Beliau semalam banyak memperincikan pidatonya berdasarkan Testamen Politik Anak Muda yang ditulis olehnya dan ia telah dibukukan.Antara isi pidatonya ialah mahu dihapuskan AUKU dan wujudkan pilihanraya PM di Malaysia.

Saya sempat mendapatkan buku Testamen Politik Anak Muda Malaysia dan buku terbaru Pak Khalid Jaafar iaitu Metafizik dan Kosmopolitanisme.InsyaAllah saya akan cuba berkongsi isi mengenai kedua-dua buku ini.








Monday, April 5, 2010

SUDUT PIDATO RAM PENANG

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


SUDUT PIDATO RAM PeNANG -PIDATO ZAMAN GILA : ANAK MUDA HARAPAN MALAYSIA-

dan

PELANCARAN TESTAMEN POLITIK ANAK MUDA MALAYSIA

Tarikh :Sabtu, 10 April 2010, jam 8.00 malam - 11.00
Tempat : Kompleks Penyayang, Padang Polo, Georgetown

Menampilkan YB Nik Nazmi, YB Sim Tze Tzin, YB Amiruddin, Hasmi Hashim dan persembahan seni oleh anak muda seperti Najwan Halimi, Najmi, dan beberapa kugiran yang muda.

Acara yang tidak boleh dilepaskan andai anda muda dan mahu tahu apa itu TESTAMEN POLITIK ANAK MUDA MALAYSIA.

Jumpa anda disana.


Monday, March 15, 2010

Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010



Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 akan dianjurkan oleh JwtnKuasa Tetap Belia dan Sukan menerusi Sekratariat Belia negeri Selangor yang berhasrat membincangkan isu-isu penting kepada belia , masyarakat dan negara.

Persidangan ini terbuka kepada semua mahasiswa, belia, penggerak belia tempatan dan pimpinan parti politik yang berusia dibawah 35 tahun.

MB Selangor , Tan Sri Khalid akan merasmikan persidangan terbabit manakala pembentang utama persidangan tersebut adalah Yb Azmin Ali (bab kepimpinan) ,YB Khalid Samad (sosial),YB Tony Pua (ekonomi) ,Prof Nik Safiah karim (Budaya) dan Dr Abu Hassan Abdullah (komunikasi) dan ramai lagi panelis di kalangan ahli politik, pemimpin mahasiswa dan NGO yang memberi pengisian sewaktu persidangan terbabit.


Maklumat Program:


Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010


Tema = Anak muda dan Semangat Zaman


Tarikh - 20 Mac 2010


Masa - 8.00 am -10.30 mlm


Tempat - Auditoriam Dewan Sivik MBPJ , PJ.




Sila hubungi Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660 dan Faidzel 017-6238103 untuk pendaftaran (nama, no KP, organisasi, emel dan no tel). Pendaftaran percuma sebelum 12/3/10.















Sunday, November 1, 2009

Teknologi LED untuk masa depan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



TATKALA seluruh dunia bergelap dalam kempen tutup lampu, Earth Hour beberapa bulan lalu, mungkin ada yang skeptikal tentang siginifikannya. Bagaimana dengan menutup lampu dapat memberi manfaat kepada alam sekitar? Artikel ini mungkin secara tidak langsung dapat membuat kita lebih memahami isu tersebut.

Rata-rata lampu yang digunakan di dunia pada masa ini adalah lampu mentol atau pijar dan lampu kalimantang. Tahukah rakan semua bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut.

Menyedari peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif.

Lampu yang dimaksudkan itu adalah lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED. Selama ini, kebanyakan kita mungkin hanya mengenali LED dengan cahaya warna-warninya ketika berada di bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup. Tetapi, teknologi LED kini boleh diadaptasi menjadi satu pencetus fasa baru dalam sektor pencahayaan. Tidak mustahil kalau selepas ini, lampu pijar atau kalimantang konvensional hanya tinggal sejarah.


Sebagai contoh saya membaca satu artikel mengenai sebuah syarikat syarikat bumiputera yang berpangkalan di Pulau Pinang, KCC Engineering & Trading Sdn. Bhd. turut terlibat melakukan kajian dan pembangunan teknologi LED untuk lampu. Meskipun penggunaan lampu LED masih belum meluas di negara ini, KCC sudahpun mempunyai pelanggan dari Itali, Jerman, Sweden, Jepun dan Australia.

"Lampu LED mengeluarkan haba yang sangat rendah. Ia sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar. Penggunaannya boleh mengurangkan kadar pemanasan dunia sebanyak 50 peratus sepanjang masa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KCC, Abdul Khalid Mydini.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid turut menunjukkan satu model cahaya putih LED yang dimajukan syarikatnya. Warna putih sememangnya warna lazim dalam pencahayaan, namun syarikatnya juga boleh menghasilkan warna-warna lain.

Menerangkan bagaimana teknologi LED beroperasi, Abdul Khalid berkata, lampu LED beroperasi secara sekejap-sekejap, itulah sebabnya ia kurang mengeluarkan haba.

"Tetapi, tidaklah bermakna lampu LED kami hanya boleh dipasang secara sekejap-sekejap. Kami telah memajukan teknologi LED ini agar ia mampu digunakan oleh pengguna sebagai produk harian seperti lampu yang biasa kita gunakan," katanya sambil menerangkan antara kaedahnya ialah dengan mengguna pakai material sokongan seperti aluminium yang boleh memindah haba.

Menyerap teknologi LED pada jenis-jenis lampu sedia ada, Abdul Khalid misalnya telah menghasilkan lampu kalimantang berasaskan teknologi LED. Operasinya nyata berbeza dengan lampu kalimantang biasa yang membebaskan gas halogen dan merkuri


Untuk membuktikannya, Abdul Khalid telah membuat perbandingan pada kedua-dua jenis lampu berkenaan.

"Lampu kalimantang biasa memerlukan penggunaan starter, sebaliknya lampu kalimantang yang menggunakan teknologi LED tidak memerlukannya. Lampu kalimantang biasa juga akan berkelip-kelip sebaik sahaja kita membuka suis tetapi lampu LED terus mengeluarkan cahaya. Selain itu, lampu kalimantang biasa menyebabkan warna gelap di bahagian tepi berikutan proses pemanasan dan tindak balas gas

"Cuba anda sentuh kedua-duanya, mana yang lebih panas?" kata Abdul Khalid sambil menyua kepada penulis untuk merasainya. Ternyata, lampu kalimantang biasa lebih panas daripada lampu berteknologi LEDSelain lampu kalimantang berteknologi LED, menerusi syarikat pembuatannya, KCC Global Sdn. Bhd. juga menghasilkan pelbagai lampu konvensional yang diadaptasi dengan teknologi LED seperti lampu-lampu downlight (lampu sorot).

Lebih menarik tentang lampu LED adalah ia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan mampu mengurangkan kos penggunaan.

"Sebagai contoh, lampu kalimantang konvensional yang biasa kita gunakan di rumah memerlukan 40 watt tenaga, sedangkan lampu LED hanya mengeluarkan 20 watt. Oleh kerana LED menggunakan tenaga elektrik yang rendah, maka ia memanjangkan jangka hayatnya. LED mempunyai jangka hayat sekitar 35,000 jam berbanding lampu biasa yang hanya dapat bertahan sehingga 5,000 jam. Secara ringkas, lampu biasa perlu ditukar setiap 15 bulan manakala lampu LED boleh digunakan sehingga 10 tahun berasaskan penggunaan selama 10 jam sehari," katanya.

Walaupun harga lampu kalimantang berteknologi LED lebih mahal iaitu RM168 seunit, namun Abdul Khalid berkata, pengguna perlu berfikir secara jangka masa panjang.

"Walaupun lampu mentol berfilamen dan kalimantang lebih murah berbanding dengan lampu LED, tetapi jika diambil kira penjimatan penggunaan elektrik, kos keseluruhan untuk penyelengaraan lampu-lampu LED dijangka akan menyamai kos keseluruhan penyelenggaraan lampu-lampu mentol dan kalimantang dalam masa setahun penggunaannya.

"Bil elektrik juga mungkin berkurangan kerana pendingin hawa tidak perlu terlalu mengeluarkan tenaga bagi menyejukkan kawasan yang panas disebabkan lampu," katanya.

Produk lampu LED juga dilengkapi dengan elemen mesra alam. Jika lampu kalimantang biasa diperbuat daripada kaca, lampu LED diperbuat daripada plastik dan boleh dikitar semula.

Menerangkan tentang industri LED di negara ini, Abdul Khalid berkata, pembuatan LED pada asasnya telah wujud di negara ini sejak tahun 1970-an. Namun, teknologi LED yang diserap pada lampu-lampu pengguna baru dimajukan kira-kira dua tahun lalu.

"Ada lampu LED di pasaran tempatan terutamanya buatan China tetapi kualitinya agak meragukan. Terdapat juga lampu LED keluaran syarikat lampu berjenama tetapi harganya amat mahal, mencecah RM500 seunit.

"Apabila syarikat-syarikat luar negara membuat tempahan daripada kami, ini menandakan mereka meyakini produk kami. Kami juga baru menghantar prototaip lampu LED untuk pencahayaan lampu tanaman di sebuah negara Eropah. Maklumlah, negara itu bermusim dan apabila musim sejuk, mereka kurang cahaya matahari sedangkan pengeluaran hasil tanaman perlu diteruskan," katanya sambil memberitahu syarikatnya sudah mempunyai beberapa pelanggan tempatan.

"Percaya atau tidak, seorang pengkaji Sweden menyatakan, buah tomato yang dipancarkan dengan cahaya LED mampu menghasilkan rasa yang lebih sedap berbanding dengan cahaya lampu konvensional," ujarnya mengakui lampu LED mempunyai potensi untuk dimajukan dalam pelbagai bidang pada masa depan.

Fakta diatas merupakan petanda jelas potensi produk lampu LED di masa depan dan untuk itu syarikat di mana saya bekerja iaitu Philips Lumileds Lighting Sdn Bhd juga mengorak langkah dengan mempelbagaikan produk LED untuk digunakan dalam pelbagai bidang seperti automotif, IT dan elektrik dan elektronik.



Wednesday, July 29, 2009

Kapitalisme -Kesan kepada krisis ekonomi dunia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

oleh Hishamudin Rais

Hari ini kapitalisma sedang menghadapi krisis yang tenat. Pelbagai hujah telah diberikan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang krisis ini. Manifestasi dari krisis kapitalisma ini sedang dialami oleh kita semua justeru tidak perlu lagi kita berdolak dalik untuk menafikan kewujudan krisis ini.

Apa yang masih belum jelas ialah kenapa krisis ini berlaku. Ada yang mengatakan bahawa krisis ini timbul kerana banyak peraturan perniagaan telah dilupuskan. Ada pakar ekonomi yang mengatakan bahawa krisis ini muncul kerana gaji CEO , pengarah syarikat dan pemegang saham telalu tinggi. Ada yang mengatakan bahawa krisis ini timbul kerana tamak haloba. Semua ini betul. Semua ini tidak salah.

Sebab itu, jawapan-jawapan ini hanyalah manifestasi dari sistem kapitalis itu sendiri. Justeru adalah salah untuk menerangkan bahawa krisis hari ini adalah krisis kewangan. ¨Financial Crisis¨ ini hanyalah symptom dari krisis kapitalisma itu sendiri. Sistem kapitalisma ini mencakupi semua – keewangan, khidmat, pembuatan, pengeluaran dan pengguna.

Jika kita sakit kepala pasti ada bahagian tubuh badan kita yang kurang sempurna. Jika kita deman pasti ada puncanya. Jika kereta rosak maka kita akan mencari apa yang telah patah atau skrew mana yang tercabut. Tubuh badan kita adalah satu sistem. Enjin kereta yang bergerak itu juga adalah satu sistem. Ekonomi yang kita gunakan ini juga adalah satu sistem.

Permasalahan yang muncul hari ini wajib dilihat bukan hanya pada sebiji skrew, sehelai wire tetapi melihat keseluruhan sistem itu sendiri.

Kapitalisma bergerak atas dasar membuat keuntungan maksima. Inilah asas kapitalisma yang tidak pernah berubah-ubah. Jika ianya bukan berasaskan keuntungan maksima, maka sistem itu bukan lagi sistem kapitalis.

Untuk mendapat keuntungan maksima, maka langkah pertama yang akan dilakukan oleh para kapitalis ialah membayar ubah tenaga yang rendah. Dengan upah tenaga yang rendah bermakna kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksima. Lebihan tenaga buruh ini akan menjadi tambahan untuk keuntungan kaum pemodal. Lebih murah upah diberi maka akan lebih banyak keuntungan yang akan dipungut.

Sistem ekonomi kapitalis telah menanamkan nilai konsumer/pengguna kepada kaum buruh dan pekerja. Nilai konsumer ini amat penting dalam budaya kapitalisma. Tanpa menghayati dan menyembah budaya konsumer, maka kapitalisma tidak dapat berkembang. Konsumer dan kapitalisma adalah isi dengan kuku.

Dalam budaya kapitalisma nilai hidup dan erti hidup dihitung dengan barang yang dimiliki, harta yang dipunyai, percutian yang dilalui dan benda-benda yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Untuk mendapatkan produk maka kita diwajibkan menjualkan tenaga kita kepada kaum kapitalis.

Melalui upah yang kita dapati ini, justeru kita akan boleh membeli barang dan produk konsumer. Lebih banyak barang konsumer yang kita beli dan pakai, kita akan dinilai sebagai berjaya dalam budaya kapitalisma.

Di sini muncul krisis dari sistem kapitalisma. Dari satu sudut - para kapitalis ingin barangan yang mereka keluarkan dari kilang dijual dan digunakan. Dari sudut yang lain - bakal si pembeli dan pengguna ini wajib diberi upah yang murah untuk memastikan keuntungan maksima. Namun, dengan upah yang murah mana mungkin si pembeli dapat dan berupaya membeli produk-produk ini.

Inikah kontradiksi dalam sistem kapitalis. Kontradiksi ini tidak akan dapat diselesaikan oleh sistem kapitalisma.

Percubaan untuk menyelesaikan kontradiksi ini telah dijalankan. Kita melihat sendiri di Malaysia di mana kaum pemodal tempatan dan antarabangsa untuk melipat gandakan keuntungan enggan menaikkan upah tenaga kaum buruh. Hingga ke hari ini tidak ada dasar gaji minima untuk kaum buruh, walau pun kaum pemodal memiliki dasar keuntungan maksima.

Untuk melarikan dari tuntutan upah tinggi, maka apa yang telah dilakukan oleh para kapitalis tempatan dan luar negara ialah mengimpot tenaga buruh dari luar. Tenaga buruh dari luar ini telah berjaya menurunkan tuntutan upah dari kaum buruh tempatan.

Hasilnya taraf kehidupan warga terus tidak berubah malah secara nisbah semakin merosot. Cita-cita untuk menikkan taraf kehidupan terus gagal kerana upah untuk bekerja amat murah.

Upah yang rendah ini juga tidak memungkin berkembang dan merancakkan tahap ekonomi dalam negara. Warga yang tidak berduit tidak mungkin ianya akan berbelanja. Upah murah bermakna para konsumer tidak memiliki memiliki tenaga beli.

Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh kaum kapitalis di Amerika dan Eropah. Mereka mengimpot tenaga murah dari dunia ketiga. Untuk terus melipat gandakan keuntungan, mereka telah menjalankan dasar apa yang dipanggil out sourcing. Mengupah orang luar dengan upah yang rendah untuk melakukan pekerjaan yang dahulunya dilakukan dalam negara. Bila ini berlaku maka sekali warga Amerika dan Eropah sendiri kehilangan pekerjaan kerana buruh impot dan buruh luar sanggup menerima upah yang lebih murah.

Tidak cukup dengan ini kaum pemodal ini telah menutup kilang di Amerika dan Eropah dan membuka di wilayah-wilayah dunia ketiga dimana harga buruh amat murah. Kaum buruh di Amerika dan Eropah sekali lagi hilang pekerjaan apabila kilang kilang mula berpindah ke Vietnam, Malaysia, China dan Thailand.

Hari ini hampir 100 peratus barangan yang terjual dari WalMart di Amerika didatangkan dari negara China.

Kontradiksi ini bertambah meruncing. Produk produk yang dibuat di China ini bertujuan untuk dibeli oleh pengguna di Amerika. Tetapi para pengguna di Amerika telah hilang pekerjaan — bermakna tidak memiliki keupayaan untuk membeli. Apa yang terjadi — barangan yang dibuat murah di China semakin menggunung kerana tidak dapat dijual.

Justeru inilah yang telah ditunjukkan oleh Karl Marx bahawa kapitalisma ini membunuh diri sendiri.

Kapitalisma dapat berkembang hebat – boom time - apabila menemui tanah baru seperti Amerika, Australia dan Kanada. Kapitalisma berkembang hebat apabila ada penemuan-penemuan teknologi baru – letrik, jalan keretapi, tenaga nuklear termasuk internet. Boom time ini akhirnya akan menjadi burst time dan pancet. Ini adalah sifat asli kapitalisma.

Penemuan baru akan memungkinkan kaum pemodal membuat keuntungan berlipat ganda. Apabila Britain membuat enjin kereta ianya mengambil hampir 100 tahun sebelum Malaysia dapat menirunya. Selama 100 tahun ini nisbahnya Britain memiliki monopoli – ini antara Britain dengan Malaysia. Tetapi hakikatnya apa sahaja penemuan baru ianya hanya dapat bertahan dari tahun ke tahun sebelum teknologi itu ditiru. Malah teknoloji telah berkembang luas – apa sahaja penemuan teknologi baru akan ditiru dengan cepat.

Jika ini berlaku, nampaknya boom time cukup singkat sebelum sampainya burst time. Contoh terbaik terjadi dalam dotcom boom di akhir tahun 80’an dahulu.

Apabila tiru meniru terjadi, apabila semua negara mengeluarkan produk yang hampir sama, maka hasilnya ialah pengeluaran yang berlebihan dari permintaan. Supply and demand mengikut teori Adam Smith akan mewujudkan ‘tangan halimunan’ untuk memperseimbangkan dua pekara ini. Ini tidak pernah berlaku kerana yang halimunan ini tidak pernah wujud. Tangan halimunan ini adalah satu illusi dalam teori kapitalsima.

Hari ini telah terbukti pengeluaran telah melimpah ruah melebihi permintaan. Lambakan demi lambakan produk murah dari China misalnya sedang mengancam sistem kapitalis ini sendiri.

Pengeluaran melimpah ruah ini juga adalah sifat kapitalisma itu sendiri. Setiap kapitalis akan merahsiakan barangan dan produk yang mereka hasilkan. Kapitalis ingin dapat mengeluarkan satu produk yang eksklusif. Tetapi ini hanyalah angan-angan kerana semua kaum kapitalis memiliki sifat yang sama. Justeru mereka bersaing dan melawan antara satu sama lain dalam usaha untuk melahirkan dan mencipta produk. Di sini jelas pembaziran tenaga, modal dan fikrah.

Satu lagi cara untuk terus unggul di pasaran ialah memurahkan harga barangan mereka. Awalnya ini dapat dilakukan dengan upah buruh yang murah. Atau dengan teknologi baru. Teknologi akhirnya akan ditiru. Upah buruh murah akan membunuh kuasa pembeli. Maka hasilnya ialah lambakan barang murah yang tidak ada pengguna.

Kontradiksi ini tidak dapat diselesikan oleh kapitalisma.

Percubaan telah dilakukan untuk menyelesaikan kontradiksi upah murah ini. Di Amerika – konsumer terbesar dalam dunia – tidak memiliki daya beli. Apa yang telah dilakukan oleh kaum kapitalis semenjak tahun 80’an ialah memberikan bakal konsumer ini duit pinjaman. Duit yang dipinjamkan ini diharapkan akan mengerakkan pasaran jual beli konsumer.

Di Malaysia sendiri skim ini telah dijalankan oleh bank dengan memberi kad kredit. Ini untuk menggalak lahirnya para konsumer untuk membeli produk. Dari laporan media, kita mengetahui hari ini hutang kad kredit yang tidak terpungut hampir mencecah 10 bilion ringgit. Ini hanya di Malaysia.

Di Amerika pukul rata warga memiliki lebih dari lima keping kad kredit. Memang betul untuk satu masa yang pendek ada pergerakan jual beli konsumer produk dengan berhutang. Apabila sampai masanya untu memungut hutang maka didapati bahawa sipiutang ini tidak ada keupayaan untuk membayar. Inilah dia subprime loan yang sedang meracun kapitalisma.

Sebenarnya, kapitalisma ini sebenarnya tidak ada bezanya dari sistem ekonomi Pak Man Telo.

Selama hampir 150 tahun, sistem ini telah bergerak dan berkembang. Membuka dan mencari pasaran baru. Mengeluar produk baru. Tetapi masanya telah sampai di mana sistem ini tidak dapat bergerak lagi. Seperti Pak Man Telo – orang terakhir untuk membeli labu peramnya telah sampai. Tidak lagi ditemui pembeli baru. Pak Man Telo tidak dapat memusing dan memutar lagi. Akhinya semuanya lungkup.

Amerika dan Eropah sedang berusaha untuk menampal lubang lubang kapitalisma yang sedang bocor dengan menggunakan berbilion duit rakyat. Untuk seketika ini kapitalisma masih bergerak dengan tempang. Satu demi satu bank jatuh muflis. Satu demi satu syarikat gergasi masuk gaung. Kaum buruh semakin banyak hilang pekerjaan. Rumah semakin banyak tergadai. Kemiskinan semakin meluas. Jurang mereka yang kaya dengan mereka yang miskin semakin melaut.

Hakikatnya sistem kapitalis ini penuh dengan kontradiksi yang membunuh dirinya sendiri.

Jawapan kepada krisis kapitalisma bukan memperbaiki sistem ini, tetapi menghumbankan sistem ini dan memunculkan satu sistem ekonomi terancang yang bukan berasaskan keuntungan maksima. Satu sistem ekonomi yang demokratik di mana jual beli diuruskan oleh orang yang menjual dan orang yang membeli.

Pendemokrasian perniagaan ini amat penting untuk dijadikan asas di mana pembuatan dan pengeluaran adalah untuk keperluan bukan untuk keuntungan. Pembuatan dan pengeluaran adalah untuk kebaikan ramai bukan untuk kebaikan individu atau peribadi tertentu sahaja. Mereka yang membuat barang di kilang bukan hanya membuat barang tetapi akan turut sama membuat dasar kilang.

Jadi, sebelum keruntuhan sistem Pak Man Telo adalah lebih baik kita gunakan tenaga dan akal fikiran untuk mencipta satu sistem ekonomi yang lebih adil dan yang berdiri di bumi yang nyata dan bukan berilusi dengan ‘the invisible hand’. (HR)

Nota: Makalah ini diedarkan sewaktu Seminar Ekonomi Alternatif, anjuran ASASI pada 23 Mei 2009, di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.




Wednesday, July 15, 2009

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin B Muhammad Nur Al Hilmi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

PENGENALAN

Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang tidak mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)

Prof. Madya Saliha Hassan (Pensyarah Sains Politik, UKM)

Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

Cara Pendaftaran:

  • Melalui SMS atau email : Nyatakan

CARA PEMBAYARAN:

Segala pembayaran dan sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun MAYBANK atas nama PUSAT KECEMERLANGAN UMMAH, nombor akaun: 562106229171

Sila faxkan atau emailkan salinan resit pembayaran anda (Nyatakan nama & no telefon) selepas membuat pembayaran. PAS masuk boleh didapati di kaunter pendaftaran pada hari seminar.

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:

Azlin: 013-303 7867

Nurani: 013-611 4832

Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@yahoo.com

Monday, June 22, 2009

Gula : Penghasilan dan Monopoli

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Pada pertengahan Februari lepas, saya berkesempatan mengikuti lawatan industri ke Kilang Gula Felda Perlis di Chuping ,Perlis. Di sana, saya dan rakan mahasiswa lain berpeluang belajar mengenai proses penghasilan gula dan berdialog berkaitan dengan industri gula di Malaysia.

Justeru itu, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai proses penghasilan gula dan peniagaan gula di Malaysia.

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifatmakanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan “gula” untuk bermaksudsukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih.Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula.

Tebu merupakan tanaman tropika atau sub-tropika yang memerlukan cahaya matahari dan air kerana akarnya tidak dapat menakung air.Tebu biasanya memerlukan masa lebih kurang 6 hingga 12 bulan untuk mencapai tahap matang dan ianya berbeza mengikut tempat.

Ketinggian tebu boleh mencapai 3 meter di kawasan penanaman yang baik contoh di Chuping,Perlis. Sebelum dituai, kebanyakan pokok tebu dibakar untuk menghilangkan daun-daun yang telah kering bagi memudahkan proses penuaian.

Tebu dituai dengan memotong bahagian batang(stem) dan bahagian akar sengaja ditinggalkan bagi membolehkan ia tumbuh semula dimusim hadapan.Selalunya tebu dituai pada musim kering dan tempohnya adalah dari bulan Jun hingga November.Penuaian dilakukan secara manual menggunakan tangan ataupun dengan mesin.

Lebihan daun yang tidak terbakar akan dibuangkan dan batang dipotong serta diikat menjadi satu.Penggunaan mesin mampu memotong tebu menjadi potongan yang lebih pendek.Selepas ditebang, tebu akan dihantar terus ke kilang dengan segera kerana tebu yang dipotong tidak boleh bertahan lama.

Proses pertama dalam penghasilan gula tebu ialah pemerahan jus dari batang tebu.Dalam kebanyakan kilang, tebu dihancurkan dalam satu siri pengisar(roller mills)yang bersaiz besar.Batang tebu akan dihancurkan menjadi hampas dan jus yang dikeluarkan akan dikumpul.

Lebihan hampas yang mengandungi kandungan gula dibasahkan menggunakan mesin diffuser.Hampas yang dibasahkan akan dimasukkan semula ke proses pengisaran sehinggan kandungan gula habis.

Jus yang terhasil masih merupakan cairan yang kotor iaitu sisa-sisa tanah dari ladang dan ekstrak dari daun dan kulit tanaman yang semuanya bercampur di dalam jus tebu. Jus dari hasil ekstraksi mengandungi kira-kira 15% gula dan serat bendasing.Hampas tebu dipanggil bagasse akan digunakan sebagai bahan bakar bagi boiler.

Jus yang dihasilkan akan dipanaskan sebelum dilakukan liming untuk mengoptimumkan proses penjernihan(clarifier).Kalsium hidrosida atau Ca(OH)2 dicampurkan ke dalam jus dengan peratusan yang telah ditentukan bagi mempercepatkan proses penjernihan.Jus yang sudah dicampur kapur ini kemudian dimasukkan ke dalam tangki penjernih(clarifier).

Di sini, jus disalirkan melalui clarifier dengan kelajuan yang rendah sehingga gumpalan bendasing yang terdiri dari serat tebu yang terbentuk.Gumpalan tersebut akan mendap dan jus yang keluar merupakan jus yang jernih.

Kotoran mendapan yang masih mengandungi gula akan disaring lagi dan kali ini menggunakan penyaring vakum putar supaya lebihan jus dapat diasingkan dari lumpur tersebut dapat dibersihkan sebelum dikeluarkan.Hasilnya merupakan cairan yang mengandungi gula dan disalurkan untuk proses seterusnya.

Jus tebu ini kemudian akan disejat menjadi sirap dengan memanaskannya menggunakan stim dalam suatu proses yang dinamakan penyejatan (evaporation).Jus yang telah diikatkan mungkin mengandungi 15% gula tetapi cairan (liquor) gula tepu iaitu cairan yang diperlukan dalm proses penghabluran memerlukan kandungan gula sebanyak 80%.Proses ini akan dilakukan berulangkali dan berperingkat melalui multiple effect evaporator yang dipanaskan dengan stim bagi tahap tepu.

Pada tahap akhir,sirap dimasukkan ke dalam vakum dandang yang sangat besar untuk dididihkan pada suhu 70c .Di dalam dandang ini, sirap tersebut dipanaskan sehingga kristal gula terbentuk.Pembentukan Kristal bermula dengan mencampurkan sejumlah benih Kristal ke dalam sirap.

Kemudian , proses pengasingan dilakukan mengguna mesin emparan untuk memisahkan kristal yang bercampur dengan sirap yang dipanggil mother liquor.Lebihan sirap hasil dari pemisahan tadi juga akan melalui proses penghabluran beberapa kali sehingga tiada lagi kandungan gula, lebihan ini dipanggil molases. Hablur gula yang diasingkan akan dikeringkan sebelum proses pembungkusan.

Sebelum proses pembungkusan, gula putih yang dihasilkan akan diayak bagi meleraikan dan mengasingkan dari gumpalan gula.Gula putih akan disimpan di silo.Gula akan ditimbang dan dibungkus dalam jumlah 50kg dan 1 kg.Proses dilakukan menggunakan mesin secara automatik. Gula yang siap dibungkus akan disimpan di dalam stor sebelum dihantar kepada pengguna.

Beralih kepada perniagaan gula di Malaysia pula, saya mendapat maklumat bahawa terdapat 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM(Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.

Di antara keempat kilang tersebut, MSM Sdn Bhd yang dikuasai oleh Raja Gula, Robert Kuok menguasai pasaran tempatan lebih 47 % jika dibanding dengan syarikat lain. Kesemua empat syarikat itu membeli bahan mentah untuk mengeluarkan gula dari Brazil dan Australia.

Dalam seisi dialog antara mahasiswa dengan pihak pengurusan syarikat, kami difahamkan bahawa industri gula Malaysia tidak menjalankan perniagaan dalam secara bebas untuk pasaran tempatan.Maknanya, untuk usahawan yang berkeinginan untuk menceburi dalam industri gula adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada keempat syarikat gula yang sedia ada.

Oleh itu, jelaslah bahawa industri gula di Malaysia telah dimonopoli oleh pihak tertentu yang sudah tertentu cukup selesa mengaut keuntungan tanpa persaingan daripada pesaing lain. Saya difahamkan oleh wakil syarikat bahawa kilang-kilang gula Malaysia dikuasai oleh dua individu iaitu Tan Sri Syed Bukhary dan Robert Kuok.Mereka menguasai 3 daripada 4 kilang yang diberi hak pengeluaran gula oleh kerajaan.

Jika kita imbas masalah kekurangan gula di pasaran pada tahun 2006 adalah disebabkan oleh keengganan kilang untuk memproses bahan mentah gula untuk pasaran tempatan.Tiga pengilang gula itu lebih mengutamakan pengeluaran bagi tujuan eksport daripada menjual di pasaran tempatan untuk meraih keuntungan tinggi dan mereka menyalahgunakan perolehan gula bahan mentah melalui kontrak jangka panjang (KJP) yang diberikan oleh kerajaan.

Oleh itu, jangan terkejut juga suatu hari nanti pengilang gula ini akan meminta kerajaan untuk menaikkan harga gula sehingga RM2 sekilo dengan pelbagai alasan dalam merealisasikan hasrat mereka untuk kekal meraih keuntungan.

Di akhir tulisan ini, saya menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula sistem monopoli pengeluaran gula yang sedia ada yang sememangnya akan merugikan rakyat untuk masa akan datang. Mungkin kerajaan perlu melihat kepada rancangan untuk meliberalisasikan industri gula di Malaysia kepada pasaran bebas.

Teringat kata-kata emak sewaktu saya bekerja sambilan sebagai operator pembungkusan gula di MSM Prai, bahawa kerja di kilang gula stabil dan tidak tergugut dengan masalah ekonomi kerana gula adalah barang keperluan.

Semut pun suka gula inikan pula manusia !!


*Artikel ini telah disiarkan di Mahasiswakini.com



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews