Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka kemudian disambut dengan laungan Rakyat ! oleh hadirin yang hadir.
Sunday, January 13, 2013
Laungan Merdeka oleh Anwar Ibrahim di Stadium Merdeka #HKR112
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka kemudian disambut dengan laungan Rakyat ! oleh hadirin yang hadir.
Ito Blues Gang dengan lagu Ubah Sekarang #HKR112
Kata Ito, #KL112 ialah crowd paling ramai yang dia pernah perform dalam kariernya sebagai penyanyi, Tak kira Blues Gang atau solo.
Kata Ito: Ubah sekarang. Kuatkan Pakatan. Ubah sekarang. Lupakan Barisan #KL112
YB Yusmadi dalam status FB turut menyukai lagu ini. Katanya "Lagu kegemaran terbaru saya selepas Memburu Impian dari Kristal & Kaza"
Thursday, January 10, 2013
Monday, May 14, 2012
Demonstrasi Hapuskan TOL di Batu Tiga dan Sg Rasau yang membebankan
Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.
"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang? - YB Khalid Samad
Video - AMK Selangor Demo Tuntut Mansuh Tol @ http://www.mobtv.my/current_affairs-1373.htm
Monday, April 30, 2012
Keganasan Polis pada rakyat di #Bersih
Sumber Malaysiakini :
Sunday, April 29, 2012
Gambar-gambar suasana #Bersih 3 di Pasar Seni & Masjid Jamek
Lokasi : Pasar Seni & Masjid Jamek
Adakah ada provokasi plan dari polis insiden kemalangan kereta polis #Bersih
Analisa 1
oleh Al-Khair Nuar Ibnu Manan:
Provokator? 2 org pelakon hebat mungkin 'upahan' pihak tertentu yg beraksi lagak ngeri.
Bulatan merah --- mmg dh standby nk serang keta polis di lokasi tersebot, ditugaskan menghentak batu ke cermin keta.
Bulatan biru --- pemandu 'stunt' yg ditugaskan memandu ke lokasi tersebot sambil bersedia menunggu cermin keta dipecahkan, sbb tu die awal2 lg dah pakei helmet utk melindungi dirinyer dr serpihan kaca
Kesan dr insiden tersebot makanyer, si pemandu dgn sengaja merempoh keta polis ke arah org ramei sbg menampakkan 'keganasan' para pendemo. Sbb tu org ramei belasah mamat yg pakei helmet tu sebaliknyer membantu polis yg tersepit di dlm keta yg terbabas.
Ini hanya la analisis teman shj berdasarkan bukti2 bergambar dan rakaman video dan mengikot logik akal.
Analisa kedua :
Video oleh PDRM:
Anda lihat lelaki ini di video yang memakai penutup muka ini memijak dan menendang kereta polis. Kemudian dia dengan lelaki baju merah ini datang menyelamatkan anggota polis yang tercedera ini keluar dari kereta takut dipukul oleh orang awam.
Logik akal:
"Adakah ada orang yang geram dengan memijak dan menendang kereta pemandu tersebut kemudian dengan baik hati membantu pemandu tersebut (Anggota Polis) keluar dari kereta ?"
Video ini mengimbau kita apa berlaku pada Demo Anti ISA 2009 di mana anda lihat kereta polis sengaja diletakkan di tengah-tengah demonstran berjalan supaya ada seseorang datang untuk mulakan provokasi.
Kini mereka lakukan sekali lagi demo #Bersih 3.
Anda teliti kedua-dua video ini !
Friday, April 27, 2012
Malam sebelum Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan KL
Sunday, January 1, 2012
Tragedi berdarah di UPSI, mahasiswa SMM dicederakan
Polis Mengganas! Mahasiswa Dibelasah, Ditangkap Dalam Tragedi Berdarah UPSI

Safwan koma dibelasah

Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai.
Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa.
Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit.
Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya.Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.
Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital ditemani beberapa rakan mahasiswa.
Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis.
Tujuh belas siswa ditangkap
Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli.
Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah (KAMI), Syukri Razab (SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.
Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.
‘Hadiah’ tahun baru yang ‘suprise’
“Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima.
“Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi).
“Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim.
Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka.
‘Manja’ bertukar kepada ‘benci’
Monday, December 19, 2011
Mahasiswa (SMM) respon kepada Pemuda UMNO tegas tidak mohon maaf isu bendera Najib Rosmah
Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.
Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.
Katanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.
Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.
Lihat juga kualiti kenyataan dari YDP MPP UPSI,Muhd Afiq Zikri yang mengecam Adam Adli :
As salam dan selamat sejahtera.... saya SANGAT TIDAK menyokong tindakan menurunkan bendera dan melakukan perarakan yang khabarnya ingin mnyampaikn memorandum di PWTC semalam.. Tindakan menurunkan bendera di sana bagi saya telah menjatuhkn martabat mahasiswa terutamanya UPSI.... Jika sekadar untuk menyampaikn memorandum,pada khemat saya banyak medium lain yang boleh digunakan.. Mengapa perlu di jalanan? Begitukah cara mahasiswa yg intelek? Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Bgi sy, tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri.. Ini pendirian saya selaku Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan juga salah seorang MAHASISWA..!!!... Bagi saya manusia sebeginilah yang mencalar dan merosakkan nama baik bakal seorang pendidik khususnya UPSI... Kerana insan beginilah usaha untuk memastikan penempatan pelajar semakin sukar... Terima Kasih Menambah Kerja saya yang dah hampir selesai, menjadi tidak selesai....
YDP MPP UPSI ,Muhd Afiq Zikri.
Lihat Link ini untuk menonton ucapan alat gangster Pekida oleh Arman Azha
Saturday, July 23, 2011
Jawapan PM Najib pada PM UK isu Bersih 2.0
http://www.churpchurp.com/ikhwanhafiz/share/MaxisPlayBook1
"Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak.
Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,"
kata PM Najib kepada PM Britain David Cameron ketika pertemuan di No.10 Downing Street.
@pantherian -PM Malaysia jangan ingat PM UK itu bodoh, ini dunia Internet yang mana semua orang boleh akses maklumat tanpa sempadan.
Dahulu PM Najib janji bagi Stadium tetapi kemudian Polis tidak benarkan BERSIH menggunakan Stadium.
Bak kata Bang Mat Sabu dengan taglinenya -" Najib Bohong, PM Bohong ! "
Tuesday, July 12, 2011
Amnesty International kecam kerajaan Najib diatas tindakan kejam pada peserta BERSHI 2.0
Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan Sabtu lalu.
Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.
“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Ramai dikasari
Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.
Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini.Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.
Monday, July 11, 2011
AMKPP selar fitnah Berita Harian pada penyokong BERSIH 2.0

Bersiar-siar untuk " Bersih 2 "di Kotaraya Haram KL- Part 1
oleh Pantherian @ikhwanhafiz
Nah ! sapa kata perniagaan dibuka pada hari perhimpunan aman rakyat" RUGI"? Mamak kedai yang berani berniaga tidak menang tangan melayan pelanggan yang luar biasa ramai !
Lihat Video dibawah kisah demonstran bergerak dari Stesen KTM ke Pasar Seni.Ada video kisah berlaku dalam Stesen KTM.
From KTM to Pasar Seni oleh Malaysiakini
Wednesday, July 6, 2011
Pesuruhjaya Tinggi PBB kecam tindakan Polis tahan penyokong BERSIH

NOTA TAKLIMAT AKHBAR OHCHR – Malaysia
Jurucakap untuk Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak-hak Manusia: Rupert Colville
Lokasi: Geneva 5 Julai 2011
Malaysia
OHCHR baru-baru telah ini menerima laporan-laporan satu tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk gangguan, ugutan, penangkapan dan ancaman- ancaman, mensasarkan ahli-ahli Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) dalam menuju satu demonstrasi aman dijadual untuk sebegini kedatangan pada Sabtu, 9 Julai. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sekurang-kurangnya 150 orang telah disaman, ditahan atau mendakwa, termasuk sejumlah ahli-ahli Parlimen pembangkang .
Pihak berkuasa turut dilaporkan menahan aktivis-aktivis hanya untuk ada Kemeja-T kuning tersendiri dan risalah kempen Bersih. Kami sangat bimbang tentang pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara di Malaysia, termasuk tahanan pencegahan , dan keputusan Kerajaan dilaporkan mengisytiharkan Bersih satu organisasi menyalahi undang-undang.
Kami meminta pihak berkuasa mengeluarkan semua mereka yang iditahan kerana menjadikan secara aman bersenam kebebasan bersuara mereka. Kami juga menggesa Kerajaan bagi mengambil langkah-langkah untuk memansuhkan undang-undang pencegahan, termasuk Emergency (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Ordinance 1969, sebagai telah meminta oleh Working Group pada Arbitrary Detention.
Untuk lebih banyak maklumat atau temu duga, sila hubungi jurucakapRupert Colville (+41 22 917 9767 atau rcolville@ohchr.org ) atau pegawai-pegawai akhbar: Ravina Shamdasani (+ 41 22 917 9310 atau rshamdasani@ohchr.org ) atau Xabier Celaya (+ 41 22 917 9383 atau xcelaya@ohchr.org )
Tuesday, July 5, 2011
Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib

Oleh Wira Arjuna
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.
Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.
Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.
Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.
Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.
“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik”.
Tersasar hayati ucapan
Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.
Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.
Sayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.
Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH.
Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.
Apabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH.
Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.
Mencetuskan ketegangan
PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan.
Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0.
Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0.
Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.
Rakyat terima padah
Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH.
Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?
Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?
Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.
Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0.
Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan “patriot-patriot” lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.
Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.
Aktivis tersohor
Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0?
Harus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.
Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.
Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.
Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.
Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.
Tawaran jengkel
Namun beliau memilih jalan mudah untuk “melepaskan” segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.
Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.
“Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara,” itu antara teras titah Tuanku Mizan.
Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:
“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat… buatlah, tidak menjadi masalah”
Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.











