INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Bersiar-siar untuk " Bersih 2 "di Kotaraya Haram KL- Part 2 Akhir






Demonstran stesen KTM mula bergerak ke Pasar Seni sambil melaungkan Hidup Rakyat ! BERSIH BERSIH ! dan Reformasi !. Tiba di Pasar Seni, geng Pasar Seni yang menunggu di stesen LRT mula bergabung membentuk ketumbukan besar yang kemudian bergerak menyusuri lorong-lorong tikus tepi bangunan Dayabumi dan Pejabat Besar POS KL.


Gerakan yang besar ini telah membuatkan kumpulan kami terpisah di mana Syed dan Paksu bergerak agak ke hadapan. Demonstran kali terkandas di belakang bangunan Sultan Abd Samad di mana lori FRU warna merah "block' di laluan menuju Dataran Merdeka. Lebih kurang 8000 orang berkumpul di sini. Kling !Kling ! Loceng dari lori merah FRU dibunyikan menandakan amaran sudah diberi dan puluhan tembakan TEAR GAS dilepaskan ke udara menuju ke arah ribuan demonstran.

Dek kerana TEAR GAS, ribuan demonstran mula melarikan diri dari berdekatan dengan kelongsong peluru tear gas ekoran gas ini amat memedihkan mata anda. Kumpulan kami sekali lagi berpecah masing-masing ketika melarikan diri dari tear gas. Kini saya bergerak solo menyusuri jalan-jalan di China Town dan kelihatan ribuan demonstran mula bergerak menuju ke Petaling Street. Sempat juga melihat beberapa pelancong asing dan barisan peguam dari Bar Council yang menunggu di Petaling Street.

Kemudian, sekumpulan anak muda Cina mula keluar dari Petaling Street dan bergabung dengan kumpulan besar demonstran menuju ke kawasan lapang dan jalan berhadapan Pudu Raya dan Menara Maybank.Saya bangga melihat kali ini kaum Cina baik dari yang muda atau tua kini sudah berani turun berdemonstrasi di jalanan.

Nah ! Momokan UTUSAN yang selalu kata Melayu dan India sahaja kaki demo hanya tinggal nostalgia.

Saya begerak menuju ke Pudu melalui Jalan Hang Jebat dan dari situ datang lagi kumpulan demonstran dari Brickfields yang kebanyakan kaum India mula bergabung membentuk ketumbukan besar menuju ke Puduraya. Di situ saya ketemu sahabat Alumni Akademi Merdeka, Sdr Afif Abdullah dan sempat bergambar kenangan dengannya. Tak sangka, perhimpunan dan demonstrasi macam ini boleh menemukan sahabat lama yang lebih kurang 2 tahan tidak ketemu.

Tiba di Puduraya ibarat "TAHRIR SQUARE MALAYSIA" , sudah puluhan ribu sedang berkumpul dan mendengar amanat pimpinan PR iaitu Dr Hatta, Dr Badrol Amin,Chegu Bard,Nasrudin dan beberapa pimpinan parti yang lain. Mengikut anggaran, boleh dikatakan 50 ribu sudah menawan Pudu Raya dan Dataran Maybank kerana lautan manusia memenuhi segenap inci ruang kawasan tersebut. Laungan BERSIH, BERSIH PILiHANRAYA, HIDUP RAKYAT dan Hancur Kezaliman dilaungkan oleh pimpinan dan rakyat bergema di lautan manusia.



Lautan manusia yang menawan Puduraya dan Maybank telah dicemburui oleh Sang Penguasa Merah &  BIRU.Lori merah datang lagi lengkap dengan pasukannya,kemudian melaksanakan tugas RUTIN mereka iaitu "tembak TEAR GAS dan Air pemedih mata " kepada demonstran. Sang penguasa BIRU dan berpakaian PREMAN pula sibuk berlari mengejar demonstran yang berkumpul di tangga Maybank. Ramai juga yang ditangkap dan ditahan polis sehingga memaksa sebahagian besar demonstran berundur ke Pudu Raya dan Hospital Tungshin.

Saya kemudian berpatah balik mengikut satu lagi kumpulan besar menyusuri Jalan Hang Jebat yang mana ketika itu hujan mulai turun dengan lebat. Hujan lebat tidak sesekali mematahkan pergerakan rakyat menuju ke Stadium Merdeka. Gerakan demonstran kemudian naik bukit melalui jalan di hadapan Stadium MABA (bola keranjang).



Boleh tahan juga kepenatan mendaki bukit ini yang mana ia adalah laluan "short cut" menuju ke Stadium Merdeka. Kemudian Unit Amal dan pimpinan PR seperti Nik Nazmi dan Dr Hatta mengarahkan demonstran berpatah balik kerana sudah laluan kena "Block" dengan kawat berduri berdekatan Stadium Merdeka. Saya berehat sebentar di depan Std MABA, terserempak dengan org ramai yang mahu bergambar dengan Marina Mahathir. Beliau datang memberi sokongan pada Bersih dan nampak ceria bersama rakan-rakannya menyertai perhimpunan aman ini.


Jam kelihatan sudah agak lewat (4.20pm - waktu perhimpuan 2pm-4pm) dan saya mengambil keputusan untuk kembali ke Masjid Jamek ekoran Pasar Seni sudah dikepung Polis. Tiba di Masjid Jamek terkejut melihat POLIS sudah tawan LRT Msjd Jamek dan  rakyat tidak dibenarkan masuk. Masjid Jamek dan Masjid India juga berkunci dan tiada azan Asar berkumandang apabila masuk waktunya.

Arahan siapakah in untuk larang orang solat dan Azan? sudah semestinya Melayu Islam lah yang membuat kerja  GILA @ EDAN ini ! Mungkin mereka sudah banyak pahala dan kira mahu tanggung dosa rakyat tidak SOLAT!

Saya berjalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka selepas makan nasi di Kedai mamak di Masjid India. Di sana juga, ia ibarat DATARAN LARANGAN dan saya diarah ke Stesen Komuter Bank Negara jika mahu ke KL Sentral oleh Polis. Sempat melihat muslimat solat ditepi bangunan Sultan Abdul Samad ekoran masjid dikunci oleh PENGUASA .



Kemudian, saya tiba di Kl Sentral dan bertemu Syed, Azhar ,Paksu,Pak Tam dan Radzi yang baru lepas makan di Food Court. Masing-masing berkongsi pengalaman dan kisah suka duka menjadi demontran BERSIH 2 dan ada yang dikalangan kami yang sesat berjalan sampai di KL sampai Kg Baru. Salute sama PAKSU ! haha memang Bersiar-siar KL !



Dalam perbualan kami ketika itu telah menarik perhatian seorang anak muda Haizal yang mana PAKSU memberitahu beliau lah yang membuat aksi seni secara solo dihadapan FRU yang seolah-olah sindirin pada penguasa yang mahu disembah oleh rakyat. Foto aksi beliau telah tersebar meluas di Malaysiakini, Al Jazeera, Twitter , Facebook dan blog. Tahniah Haizal !. anda telah mempraktikkan apa anda belajar dalam kursus SENI persembahan dahulu.

Tiba masa dan waktunya , Tren Ekspres Senandung Mutiara kami akhirnya tiba di Kl Sentral dan bergerak menuju ke Penang pada jam 11pm.

Mehnah dan suka duka di Kota Larangan KL menjadi kenangan dan pembakar semangat untuk teruskan perjuangan untuk menuntut Pilihanraya yang bersih dan adil.

"Hanya orang yang pernah berdemonstrasi tahu apa itu demonstrasi dan demokrasi "- @ikhwanhafiz













Monday, July 11, 2011

Bersiar-siar untuk " Bersih 2 "di Kotaraya Haram KL- Part 1


Bersih ! Bersih !Bersih !

oleh Pantherian @ikhwanhafiz

Saya tiba di Kuala Lumpur seawal 6.00am di KL Sentral melalui perkhidmatan KTM bersama sekumpulan anak muda Tasek Gelugor dan Permatang Pauh (Syed Mikael,Pak Tam,Pak Su,Azhar & radzi). Tiba di sana sudah kelihatan #demonstran tegar baik tua atau muda sudah berkeliaran sekitar perkarangan KL Sentral yang mana kebanyakkannya dari utara tanahair.

Kami bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan Solat Subuh menggunakan tren Komuter dan berhenti Stesen KTM lama.Sampai di Masjid Negara, sudah kelihatan lebih 200 org demonstran ada di Masjid Negara baik di luar masjid dan dalam masjid.Selepas selesai solat dan mandi , kami bergerak ke Pasar Seni untuk breakfast di sana setelah melihat Restoran Heritage di Stesen KL penuh sesak dengan orang ramai yang mahu breakfast.


Nah ! sapa kata perniagaan dibuka pada hari perhimpunan aman rakyat" RUGI"? Mamak kedai yang berani berniaga tidak menang tangan melayan pelanggan yang luar biasa ramai !

Kemudian kami patah balik ke Stesen KTM lama dan berkubu di situ ekoran Polis sudah berkawal di luar stesen dan menghalang pergerakan demonstran ke Masjid Negara.Di sini, kami lepak santai sambil bergurau senda dan ber" tweet" di Twitter tentang status terkini. Pak Su (veteren PKR) asyik mengusik demonstran dan media yang lalu lalang di hadapan kami.


Kelihatan muslimat agak ramai di dalam stesen terutama dikalangan siswi IPTA dan mereka kebanyakannya menutup muka dengan purdah dan face mask sebagai menutup identiti wajah mereka.Saya juga terserempak dengan sekumpulan warga emas yang duduk di kaki lima hadir untuk memberi sokongan kepada BERSIH dan sempat mengambil photo mereka.




Apabila lihat semangat mereka untuk hadir, kita sebagai anak muda patut berasa malu jika hanya mampu duduk berkepit dengan GF dan BF masing-masing dihujung minggu walhal ALLAH beri tubuh badan yang sihat untuk berjuang di jalan yang benar.Anak muda patut juga malu pada siswi muslimat yang berani hadir walaupun tahu jika ditangkap akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti.


Polis kemudian mula menganggu lepak santai kami di Stesen KL dan menghambat semua demostran keluar dari Stesen KL. Pada mulanya, semua demostran duduk tidak mahu berganjak dan ini memaksa polis mula menangkap mereka yang engkar arahan. Pekikan dan jeritan angkuh seorang Polis pada muslimat melihatkan keangkuhan sang penguasa yang zalim pada rakyat. Mengikut maklumat,lebih 14 orang telah ditahan di Stesen KL termasuk wanita.

Lihat Video dibawah kisah demonstran bergerak dari Stesen KTM ke Pasar Seni.Ada video kisah berlaku dalam Stesen KTM.

From KTM to Pasar Seni oleh Malaysiakini




Catatan bersambung di Part 2 - Nantikan....


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews