Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Apa kata SPRM?
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Apa kata PAS ?
Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.
"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.
"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.
"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.
Apa komen Menteri 1 Malaysia?
"Saya masih tidak ada laporan lengkap berkenaan perkara itu, jangan timbulkan sebarang andaian, biar pihak berkuasa yang siasat dari segala aspek untuk mengetahui perkara sebenar," kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada media malam ini.
Apa kata Polis ?
Ketua Polis Selangor menyifatkan kematian Teo sebagai kematian mengejut dan masih belum menjumpai bukti kukuh terhadap kes ini. Polis masih menunggu laporan dari pakar forensik dan patologi terhadap mayat mendiang.
Pada Januari lepas, individu bernama Halimi Kamaruzzaman membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya dan mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM supaya mengakui Dato' Norza Zakaria terbabit dengan politik wang.
Bantahan di Pejabat SPRM Shah Alam
Perhimpunan berjaya ditenangkan oleh pihak Polis, SB dan FRU (Mesra Rakyat)
Lain-lain berita di sini:
-Mereka juga menuntut supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Said Hamdan dan semua pegawai SPRM yang menyoal siasat Teo digantung serta-merta sehingga selesai siasatan suruhanjaya diraja tersebut
-Persoalan tidak terjawab
"Kami percaya semua rakyat Malaysia menuntut agar perdana menteri, melihat keadilan dalam kematian Teoh," kata kenyataan itu.
Turut hadir di sidang itu ialah Pengerusi Jawantankuasa Hak Asasi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Liau Kok Fah; Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), V Gayathry; Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin dan Pengantara Parlimen Rakyat, Haris Ibrahim.
Menurut mereka, kejadian yang berlaku semalam, telah menimbulkan beberapa persoalan yang tidak mempunyai jawapan.
"Pertama, tidakkah tindakan SPRM melakukan siasatan di pejabat Ean Yong dan enam lagi exco Pakatan Rakyat yang didakwa salahguna peruntukan DUN kira-kira RM500,000 hingga RM600,000 bersifat terpilih dan bermotifkan politik? Kenapa siasatan terhadap skandal PKFZ bernilai RM12.5 billion dan "Istana Khir" tidak diteruskan dengan penuh semangat?
"Kedua, Teoh disoalsiasat selama kira-kira 10 jam 45 minit (iaitu) dari jam 5 petang Rabu hingga jam 3.45 pagi hari Khamis. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Datuk Shukri Abdull?
"Mengapa SPRM menyoalsiasat Teoh dalam keadaan tidak dapat diterima kerana tidur seperti mangsa penderaan mental dan kenapa beliau dinafikan untuk membawa penasihat undang-undangnya?" kata kenyataan itu lagi.
Mereka juga mempertikaikan berhubung kelambatan SPRM memanggil sidang akhbar memaklumkan tentang kematian Teo sedangkan mereka menyedarinya pada jam 1.30 tengahari.
"Kenapa? Kenapa SPRM memanggil sidang media hanya pada jam 5 petang, tiga setengah jam selepas menyedari kematiannya," kata kenyataan itu lagi.
Pengakuan orang terakhir berjumpa Teo -ahli majlis MPK , Tan Boon Hwa.
4 comments:
untuk komen dari PAS,
budak si mati itu tak balik ada sebab iaitu
tahu beliau akan diapa-apakan oleh bos nya kerana mendedahkan rahsia mereka mungkin dan gengster yang kini dikaitkan dengan DAP menerusi DON Ronnie liu..haha
eori yang terbaik ialah Teo membunuh diri kerana malu dengan bukti-bukti yang didedahkan oleh SPRM. Bekas wartawan Sin Che Jit Poh ini dikenali di akhbar tersebut sebagai seorang yang sangat membenci Kerajaan, UMNO dan orang Melayu. Sikap perkaumannya amat jelas sekali ketika itu.
Si mati selalu membuat kenyataan bahawa Kerajan BN sebagai kerajaan korup dan pemimpin Melayu merupakan pemimpin yang korup.
Bagi orang sebegini sudah tentu beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa SPRM mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan pemimpin DAP termasuk "boss"nya lebih korup.
Apabila SPRM meminta dokumen-dokumen yang tertentu supaya dibawa pada hari ini, Teo tentu sedar bahawa hanya masa akan menentukan bila SPRM akan mula melengkapkan kes yang akan memalukan beliau dan bossnya.
Inilah yang merungsingkan akal fikirnya lalu mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri. Beliau berharap dengan membunuh diri di dalam kawasan bangunan SPRM, maka imej dan maruah beliau, bossnya dan keluarga mereka akan terselamat.
Beliau tahu perhatian akan beralih kepada SPRM apabila beliau dijumpai mati di dalam bangunan SPRM. Malahan beliau juga berharap dokumen-dokumen yang beliau miliki yang dapat membuktikan kesalahanya dan Ean tidak akan terdedah lagi dengan kematiannya.
Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu menjilat ludah sendiri. Tiada lagi maruah dan harga diri jika beliau atau bossnya didapati bersalah.
Malah dipercayai Teo juga terbabit dengan penyalahgunaan dana peruntukan wakil rakyat.
Teori tak masuk akal, masih dalam state of denial !!.hahaha
Aku nak berkahwin besok pastu nak pi bunuh diri..gila ka?
Pejuang Bangsa,
Masih merapu? Ini dah macam "reverse psychology". Sebagai contoh, bila dah mencuri serta dah nak ketahuan, untuk mengelak diri, menjerit "pencuri, pecuri", sambil lari kiri dan kanan, seolah-olah mengejar pencuri bayangan.
Seperkara lagi kalaupun simendiang tu perkauman sikapnya sekalipun, kenapa perlu dia dibunuh (andaian ini). Hujah kamu seolah-olah nak mempatutkan dia mati ke? Dasar AMENO biadap.
aku cadangkan lepas ni PM arah SPRM siasat kat Khir Toyoi kalau dia tak mau bagi kerjasama BUNUH dia pulak baru adil dan RAKYAT akan tenteram
Post a Comment