INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label senibudaya. Show all posts
Showing posts with label senibudaya. Show all posts
Sunday, September 30, 2012
Keadilan lancar lagu kempen PRU13 "Panji Keadilan" ciptaan Buddhi Hekayat
Verse 1)
Bersama mengubah harapan
Ayuh menuju kejayaan
Sekuntum bunga berguguran
Tumbuh sejuta pahlawan
(Verse 2)
Bersama mengubah harapan
Kibarkan panji Keadilan
Kibarkan sejagat raya
Demi rakyat semua
(Chorus)
Pantang undur sekali – kali
Tekad anak Malaysia
Dalam dadaku…ada namamu
Pantang undur sekali – kali
Tekad anak Malaysia
Keadilan
Reformasi
Menjayakan ibu pertiwi
Verse 3(2)
Bersama mengubah harapan
Kibarkan panji Keadilan
Kibarkan sejagat raya
Demi rakyat semua
Bridge (Chorus 2)
Pantang undur sekali – kali
Tekad anak Malaysia
Keadilan
Reformasi
Menjayakan ibu pertiwi
Verse 4 (2)
Bersama mengubah harapan
Kibarkan panji Keadilan
Kibarkan sejagat raya
Demi rakyat semua
Demi rakyat semua
Demi rakyat semua
Lagu dan Lirik oleh Hasmi Hashim @Buddhi Hekayat
Sunday, September 23, 2012
Buddhi Hekayat - Lawan filem dengan filem isu filem hina Nabi Muhammad
Sumber Keadilankini
Penulis lirik popular, Buddhi Hekayat berkata penggiat seni Muslim sewajarnya menjadikan karya seni mereka sebagai medium untuk melawan gejala penghinaan terhadap Islam yang kini semakin menular.
Dengan merujuk kepada insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh penerbit filem Innocence of Muslims, Buddhi atau nama sebenar beliau Hasmi Hashim dalam kenyataan menerusi akaun Twitternya menggesa supaya serangan terhadap Islam yang dilancarkan menerusi filem seharusnya dijawab menerusi penghasilan filem yang lebih baik.
Dalam kenyataan Twitter yang sama, Buddhi turut mempersoalkan tentang 'dana filem ratus juta yang tak jelas ke mana'.
"Lawan filem dengan filem. Jangan mengakui bela ugama tapi membisu dengan dana filem ratus juta yang tak jelas ke mana," tulis beliau menerusi Twitter @HasmiHashim pada 18 September lalu.
Ketika dihubungi oleh Keadilankini.com, Buddhi yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 26 menerusi lagu Awan Nano menjelaskan bahawa 'dana filem ratus juta' yang beliau maksudkan adalah Dana dan Geran Industri Kreatif sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu industri perfileman dan seni nasional.
“Hanya beberapa orang penggiat seni saja yang kita ketahui menerima peruntukan di bawah dana khas ini seperti U-Wei Haji Saari dan syarikat produksi KRU. Maka persoalannya adalah siapa lagi karyawan kita yang terima dana ini?
“Saya menuntut Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya mengemukakan penjelasan dan mendedahkan pihak mana yang memperoleh dana tersebut. Saya harap ianya tidak diselewengkan," tegas beliau.
Dalam pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Najib Razak telah mengumumkan peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membantu dan mengalakkan penghasilan filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Pada Mac tahun ini, Dr. Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman dalam usaha menggalakkan cetusan idea, kreativiti dan inovasi melalui hasil karya mereka.
Tuesday, September 18, 2012
Buddhi Hekayat bidas Datuk Rais Yatim isu dana industri kreatif RM320 juta
Sumber KeadilanDaily
Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana dan Geran Industri Kreatif sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.
“Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat?
“Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut.
“Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi.
Semasa pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif
berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan
drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Buddhi Hekayat bidas Zed Zaidi
Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan
golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan
kerajaan.
“Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ianya
bukan isu pokok, isu pokoknya ialah perjuangan dapatkan keadilan &
hak-hak golongan artis,” kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu
Awan Nano ini.
“Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya
seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak
persoalkan?,” katanya.
Saturday, September 8, 2012
Azmin Ali mahu Buddhi Hekayat hasilkan lagu terbaru Keadilan
" Ketemu Saudara Buddhi Hekayat, penulis lirik
popular di Majlis Rumah Terbuka DUN Batu Caves & Parlimen Gombak.
Nantikan lagu terbaru buat KEADILAN ! "-Azmin Ali (Facebok)
@Pantherian - Semalam aku bersama Hasmi dan Khairil menghadiri Rumah Terbuka Raya YB Amir Saari di Batu Caves, agak terkejut akan kehadiran YB Azmin Ali yang keluar dari dalam dewan dan bertemu kami.
Seperti status FB beliau di atas, beliau mahu Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat menghasilkan lirik dan lagu baru buat Parti Keadilan Rakyat. Mungkin lagu ini akan digunakan sebagai strategi kempen PRU13 tidak lama lagi.
Sekalung tahniah kepada Hasmi yang mendapat tugas baru oleh pimpinan parti untuk melahirkan lagu baru parti yang lebih bermakna mengambil semangat perjuangan reformasi.
Monday, June 18, 2012
Forum Seni Senjata Politik anjuran AIC di Ipoh
Satu forum akan diadakan di Ipoh, Perak bertajuk " Seni Senjata Politik" yang dianjurkan oleh
Anwar Ibrahim Club (AIC)
menampilkan panelis:
Hasmi Hashim @Buddhi Hekayat -Penulis,budayawan, penulis lirik dan ahli politik
Najwan Halimi - Pengasas Akademi Pak Sako dan ahli politik
Rozaimin Elias -Pemuzik
Fuad Nakamura- Ahli politik dan penggerak AIC
Anak muda dan peminat seni di jemput hadir !
Monday, April 2, 2012
Pidato Kebudayaan rai tokoh Sasterawan Negara di Penang
membariskan :
Goenawan Mohamed - tokoh sasterawan tersohor Indonesia
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang Malaysia
Hasmi Hashim @Buddhi hekayat - Penulis dan budayawan
Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
anjuran
PENANG INSTITUTE
bertempat di
Dewan Tunku , Tingkat 5, KOMTAR
Penang
Institute amat berbangga untuk mengajak para peminat dan pencinta
bahasa dan budaya dari seluruh pelusuk negara untuk menghadiri dan
menjayakan acara khas ini yang bertujuan untuk meraikan seorang tokoh
yang sudah lama menuang baktinya demi memelihara dan mengembangkan dunia
persuratan di rantau ini.
Yuran penyertaan kesemua program di atas adalah PERCUMA. Program akan dimulakan dengan pendaftaran dan
jamuan makan malam pada jam 7.30 malam. (Surau untuk Solat Maghrib
disediakan).
AYUH ke KOMTAR 14hb Mac 2012 !
Thursday, February 2, 2012
Sembang Seni - Buddhi Hekayat & Awan Nano
Buddhi Hekayat dan trofi AJL 26
oleh @IkhwanHafiz
"Dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya."
Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan” – Buddhi Hekayat
Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan” – Buddhi Hekayat
Akademi Pak Sako semalam telah mengadakan sesi Tweet Up @Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat @Hasmi Hashim di NZ Garden berhadapan menara pencakar langit, KLCC yang bermula pada jam 8.30pm sehingga 12.00am. Program Sembang Seni ini diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan Buddhi Hekayat yang baru menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL ke 26) menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lirik lagu ini ditulis oleh Buddhi Hekayat manakala lagunya oleh Datuk M Nasir.
Ramai teman-teman rapat dari Telawi dan Akademi Pak Sako hadir pada malam tersebut tanda sokongan pada Buddhi dan mahu meraikan kejayaan bersamanya. Turut bersama pada malam tersebut beberapa anak siswa dan aktivis agama seperti Ustaz Wanji Bakistani dan penggiat seni Pyan Habib. Ternyata sosok budayawan seperti Buddhi Hekayat mampu menarik hadirin yang ramai pada malam tersebut kira-kira 25 orang.
Buddhi ternyata terharu dengan sokongan pada teman-teman yang hadir pada malam tersebut dan mengungkapkan kata-kata ini pada teman yang hadir keesokannya di Twitter:
@HasmiHashim : BH:Terima Kaseh dgn twit-up semalam oleh @AkademiPakSako. Suka hati sbb ada ramai kawan yag baik hati.#AwanNano#AJL26
Seni
Sembang Seni semalam dilakukan secara santai di mana hadirin yang hadir boleh bertanya soalan secara terus kepada Buddhi. Pelbagai genre soalan bertubi-tubi disoal oleh hadirin kepada Buddhi baik dari seni mahupun politik. Buddhi memulakan bicara sembang seni petang tersebut dengan mengulas kemenangan Awan Nano yang diakui hanya menang tipis mengikut keputusan markah juri seramai 30 orang pada malam persembahan tersebut. Buddhi memuji persembahan Hafiz yang baik dan bertenaga walaupun mengalami masalah gangguan teknikal di mana smoke machine blow dalam ½ minit yang mengeluarkan bunyi bising di tepi pentas.
Apa yang dibanggakan oleh Buddhi mengenai kemenangan Awan Nano adalah kerana berjaya memecahkan gaya bahasa Indonesia di kebanyakan lagu-lagu di Malaysia dan mengambil contoh lagu Faizal Tahir yang kerap menggunakan perkataan Indonesia secara sinisnya. Konsep pakaian Hafiz pada malam tersebut turut dikupas Buddhi yang mengakui ia dipilih hasil perbincangan dengan Fashion Designer di Telawi yang mahu baju hafiz di dalam video klip Awan Nano digunakan di pentas final AJL untuk memberi kelainan pada malam tersebut. Ternyata idea ini berhasil dan dipuji orang ramai ditambah dengan vokal mantap oleh Hafiz ketika persembahan.
Monopoli penghasilan lagu oleh sesetengah artis turut dikritik oleh Buddhi yang mahu penyanyi memberi fokus kepada nyanyian sahaja dan bukannya mahu menjadi penulis lirik dan komposer lagu sekaligus. Monopoli ini dibimbangi akan memudaratkan kualiti lagu yang dihasilkan dan idea itu tidak berkembang. Mengambil contoh M Nasir yang disebut Buddhi sebagai komposer dan bukannya penyanyi. Siti Nurhaliza itu adalah penyanyi katanya.
Politik
Kemenangan Awan Nano pada malam tersebut amat dirai oleh ahli parti dan pimpinan parti terutama di ruang maya Twitter dan Facebook. Siapa itu Buddhi Hekayat yang berdiri di stage TV3 telah dilondeh oleh penyokong parti dengan nama sebenarnya iaitu Hasmi Hashim, memegang jawatan Ketua Cabang PKR Parit Sulong dijaja. Pelik juga ada ahli parti yang seperti terkejut beruk tidak mengetahui siapa Hasmi Hashim walhal dia calon untuk pemilihan Ketua AMK pada tahun 2007.
Buddhi amat menghargai ucapan tahniah daripada teman-teman Telawi dan ahli parti tetapi mengakui terdapat juga kalangan politisi yang lagak ucapannya bersifat opportunis politik. Ternyata Buddhi kenal siapa teman baik hati di sekelilingnya atau teman dalam parti yang lagak opportunis boleh mencantas sendiri teman untuk menaiki tampuk kuasa.
Soalan berkaitan temubualnya dengan M Star berkaitan penglibatan politik selepas Awan Nano turut ditanya oleh Zul Bumi Langit. Jawapan Buddhi jelas seperti diungkap dalam M Star yang kini mahu lebih fokus menghasilkan karya-karya bagus untuk semua orang dan beliau mahu membina nama semula menerusi bidang seni.
Petikan berita M Star:
"Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya.
"Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.
"Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa."
Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.
"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.
Arwah Loloq
Antara cerita yang menarik pada malam tersebut hingga larut malam oleh Buddhi adalah mengenai persahabatannya dengan Arwah Loloq yang diakui seorang yang hebat dan gurunya dalam penulisan lirik.
Gaya bersahaja Buddhi bercerita lagak ucapan dan tingkahlaku Loloq ini cukup menghiburkan sehingga hadirin yang mendengar ketawa. Itu pada aku antara kelebihan dimilikinya yang mampu membuatkan hadirin lain terpaku mendengar dia bercerita dan ketawa.
Buddhi tetap merendah diri menyatakan sosok gurunya, Loloq tiada galang ganti walaupun pendapat ramai mengatakan ketiadaan Loloq di arena seni tanahair akan diisi oleh Buddhi Hekayat yang muncul hanya 2 lagu di mainstream tetapi 1 lagu sudah menang AJL.
Semoga berjaya Buddhi Hekayat !
Monday, January 30, 2012
Awan Nano dan Buddhi Hekayat @HasmiHashim
Tahniah dan syabas kepada Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat di atas kemenangan lagu Awan Nano di Anugerah Juara Lagu (AJL ke 26). Lagu Awan Nano yang cukup indah dari segi lirik dan melodi sememangnya antara calon Juara Lagu ke 26 kali ini. Lirik lagu ini ditulis oleh Buddhi Hekayat dan muzik oleh M Nasir cukup hebat di pentas Final AJL yang didendangkan oleh Hafiz. Hafiz cukup bertenaga dengan vokal yang baik turut menggondol Anugerah Vokal Terbaik.
Kemeriahan sokongan terhadap Awan Nano ini bermula di Twitter pada petang Ahad (29 Jan) apabila aku rakan-rakan Twitterjaya yang lain seperti @Mamunakhabaq,@NajwanHalimi @Bumilangit dan @afifbahardin mula berkempen di Twitter menyatakan sokongan dan solidariti kepada lagu Awan Nano dan Hasmi Hashim. Kempen di twitter tersebut ternyata berjaya menarik sokongan orang ramai sehingga lah sewaktu keputusan pemenang diumumkan oleh FBI dan Cheryl pada malamnya.
Kenali Hasmi @Buddhi Hekayat
Aku mula mengenali Hasmi Hashim sekitar tahun 2008 melalui Facebook apabila membaca tulisan cerpen kisah cintanya dengan gadis Tionghua. Bahasa yang digunakannya cukup indah dan puitis. Kemudian sekitar tahun 2010, aku menemui secara dekat dengan beliau di program Pidato Zaman Gila anjuran Republik Anak Muda (RAM) di Penang yang turut dinaungi oleh beliau.Aku tertarik dengan pidatonya yang tegas perjuang hak anak muda melalui usulnya di Testamen Politik Anak Muda dan penyampaian sajak WS Rendra Paman Doblang pada malam tersebut.
Oleh itu malam tersebut membawa aku mengenali siapa itu Hasmi Hashim, ternyata seorang budayawan dan sosok seni yang hebat yang petah berpidato. Kemudian aku ke program Debat Calon Ketua AMK pada September 2010 di Taiping dan hadir untuk menyatakan sokongan pada Hasmi Hashim yang mahu bertanding Ketua AMK. Kelompok anak muda seperti Hilman dan Izmil dan kebanyakan siswa yang hadir memberi sokongan Hasmi kerana beliau rapat dengan mereka melalui Sekolah Politik IKD.
Beliau terkenal dengan idea Gagasan Pencerahan yang mahu mengupas semula makna dan harapan semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan fungsi seni dan budaya tidak diketepikan dalam arus perjuangan politik negara.
Beliau terkenal dengan idea Gagasan Pencerahan yang mahu mengupas semula makna dan harapan semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan fungsi seni dan budaya tidak diketepikan dalam arus perjuangan politik negara.
“Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat,” katanya
Kini setelah berpindah di KL, aku kerap hadir lepak sembang seni & politik bersama Hasmi dan kawan-kawan lain seperti Khairil, Najwan, Beeha dan Puspa di Pelita Jalan Telawi, Bangsar. Lepak dengan mereka ternyata tidak membosankan walaupun hingga larut pagi dengan pelbagai cerita dan topik dibualkan.
Sembang Seni
Jangan lupa untuk hadir jam 8mlm di NZ Garden, KLCC pada 31Jan 2012(Selasa) akan diadakan @Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat yang dianjurkan oleh Akademi PakSako. Semua kawan-kawan dan peminat Buddhi Hekayat dijemput hadir.
Tahniah Buddhi !
Subscribe to:
Posts (Atom)




