INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, August 8, 2008

Keadaan Ekonomi Malaysia yang membimbangkan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Gambar hiasan : Kilang Ibiden

Apabila kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel ekoran penyusunan semula subsidi ini telah memberi kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi dan kuasa membeli rakyat .Kadar inflasi naik begitu mendadak ,harga barang makanan dan keperluan lain melambung tinggi.Saya bukan pakar ekonomi untuk ulas panjang psl ekonomi secara mendalam tetapi dari membaca pandangan masyarakat dan info dari laman internet sudah memberi kegusaran apakah yang akan berlaku pada ekonomi Malaysia....akan datang.

Sebagai mahasiswa ,saya bimbang terhadap kekurangan peluang pekerjaan di Malaysia yang mana sekarang kita tahu FDI di Malaysia banyak yang akan lari berpindah operasi ke tempat lain seperti di China,India ,Vietnam dan Indonesia. Ini sekaligus akan menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan di Malaysia.Saya baru selesai menghadiri Career Talk oleh JobsBroadway yang mana penceramah,Nick Cheng menyatakan bahawa zaman keemasan ekonomi Malaysia sudah berlalu dan keadaan sudah berubah dan kita perlu hadapi kenyataan ini. Dahulu pada zaman 90an ,seperti kata DSAI ,kita adalah Harimau Ekonomi Asia dan antara pilihan utama FDI asing dan juga setaraf dengan Korea Selatan ,Singapore ,Taiwan dan Hong Kong.Tapi sekarang kita hanya mampu bersaing dengan Thailand,Indonesia ,Filipina dan Vietnam untuk menarik pelaburan asing di kawasan Asia Tenggara. Korea selatan ,Singapura ,Taiwan sudah lama meninggalkan kita.

Entah mana silapnya kegagalannya ..mungkin tumpuan Politik yang lebih ataupun kelemahan pentadbiran pimpinan negara...??? dan mangsanya Rakyat Marhaen

Di Penang , Kilang Nikko yang ditutup telah mengakibatkan ramai yang hilang punca pendapatan.Tapi saya memuji langkah Kerajaan PP untuk cuba mengembalikan daya tarikan Penang sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia.Sebagai contoh kilang Honeywell dari US sudah mula dibina bersebelahan Sony ,Prai dan Ibiden dari Japan yang akan beroperasi pada tahun depan di Bukit Minyak. Mungkin ini peluang saya untuk berkerja apabila selepas tamat belajar pada tahun hadapan.

Diharapkan usaha untuk menarik pelabur di Malaysia perlu dilakukan secara lebih agresif dan langkah kerajaan untuk menubuhkan Majlis Ekonomi diharapkan akan mencapai matlamatnya dan bukan sebagai gimik politik sahaja.


Beberapa ahli ekonomi tempatan berkata, kerajaan perlu lebih serius terhadap objektif penubuhan Majlis Ekonomi itu agar usaha menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi dunia dapat diatasi segera.

Menurut mereka, sekiranya struktur dan modus operandi penubuhan majlis berkenaan tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, dikhuatiri Majlis Ekonomi tersebut akan menjadi seperti majlis-majlis lain yang dilihat hanya berperanan sebagai ad-hoc ketika waktu-waktu tertentu.

Berikutan itu, tokoh ekonomi, Datuk Zainal Aznam Yusoff berpendapat, Majlis Ekonomi yang baru dibentuk itu perlu lebih fokus terhadap keutamaan dalam objektif penubuhannya.

Menurut beliau, ia penting kerana Majlis Ekonomi perlu bertindak dan memberi reaksi segera terhadap perubahan yang berlaku dalam persekitaran ekonomi semasa.

''Saya memberi pendapat begitu kerana saya melihat keputusan penubuhan Majlis Ekonomi ini kerana kerajaan memandang serius terhadap kesan kelembapan ekonomi dunia kepada ekonomi negara,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Di sini contoh keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia....

PKS dijangka terjejas teruk

KUALA LUMPUR 7 Ogos — Sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan mentah dan perkhidmatan serta kejatuhan ketara dalam keuntungan, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.

Kaji selidik itu bertujuan mengukur kesan harga bahan bakar baru kepada industri.

Penyusunan semula subsidi bahan bakar baru-baru ini dan peletakan harga gas asli baru pada Jun dan Julai telah menyaksikan harga yang tinggi, sekali gus memberi kesan kepada PKS dan ekonomi secara keseluruhannya.

"Namun begitu, adalah menggembirakan yang 58 peratus daripada responden mengatakan mereka akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk menangani cabaran yang sukar ini," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian pada sesi kedua Dialog Tahunan 2008 kementerian di sini hari ini.

Dialog tiga hari itu akan berakhir pada 11 Ogos.

Mengulas berkenaan dengan harga gas asli yang baru pula, Muhyiddin berkata, kerajaan telah menerima cadangan oleh industri supaya kenaikan harga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk meminimumkan kesannya.

Untuk PKS yang menggunakan kurang daripada 2 juta kaki padu sehari (mmscsd), harga purata akan meningkat daripada RM12.87/ unit thermal British untuk setiap sejuta (MMBtu) kepada hanya RM22.06/ MMBtu.

"Malah, dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan PKS diskaun sebanyak 70 peratus daripada harga pasaran gas asli. PKS akan diberikan 13 tahun untuk menyesuaikan dengan harga pasaran memandangkan kerajaan akan mengurangkan diskaun subsidi sebanyak lima peratus setiap tahun, kecuali tahun lepas," kata beliau.

- Bernama

Cari kaedah baru tarik FDI

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mencari langkah dan cara baru bagi menarik pelaburan terus asing (FDI) ke dalam negara.

Presidennya, Tan Sri Yong Poh Kon berkata, antara langkah itu adalah membaik pulih proses penyampaian perkhidmatan sektor awam.

''Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang telah menyebabkan FDI semakin sukar (diperoleh) kerana pelabur-pelabur asing bertindak mengurangkan pelaburan mereka.

''Oleh itu, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik yang akan meningkatkan FDI negara,'' katanya.



2 comments:

Anonymous said...

Hi Ikhwan,

Nice article & Very informative. Keep it up.

Nick Cheng.

Pantherian said...

thanks mr nick cheng .Just to express my view about current economic situation in Malaysia...

so bad right now..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews