Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.
Perkara bersidang di bawah pokok ini membuktikan kepada rakyat secara nyata dan jelas bahawa kerajaan haram BN sekarang, dalam bahasa yang agak lembut sedikit - agar tiada pihak yang tersentuh, tadak teloq! Kalau mereka dah sahkan sebagai kerajaan sah, apa kejadahnya yang pergi tutup tempat bersidang? Bukankah mereka boleh minta Polis untuk tidak membenarkan sesiapa menceroboh - jika ada asasnya? Atau mintak injuksi dari mahkamah untuk mengharamkan persidangan? Janganla dok main tipu, pastu acilut belakang Sultan! Ajak main bola, tapi tiang gol bawak lari sembunyik. Ajak ikut undang2, tapi time nak bersidang kunci dewan. Apa kejadahnya ?? Undang-undang rimba menggantikan undang-undang hukum...
***********************************************************
"Jika di atas pokok pun ia sah "
Itulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.
Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”. Klik disini berita selanjutnya.
3 comments:
padan muka Sivakumar dan Nizar penderhaka sultan ..hindu ini cukup kurang ajar sanggup ingkar perintah Sultan dan melanggar Udang2 tubuh kerajaan negeri Perak
aku masih lagi teringat filem Laksamana Doremi ..kerajaan negara pasir 2 butir , ketua kerajaan nya bersidang bwh pokok kerana menteri pasola telah menghancurkan negaranya ..hehe
memang lawak dan begitu terdesaknya Nizar hendak semula kuasanya ..
itulah hebat kuasa speaker mcm juga speaker di dewan rakyat.Zambry silap percaturan kerana Speaker tidak dinyahkan..sesungguhnya rancangan ALLAH lebih hebat dari Najib Altantuya.
Menteri Pasola ialah zambry mamak..zambry !! teh tarik satu..!!!
Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat undang-undang digubal. Sepatutnya ia institusi tertinggi negara dan negeri mengatasi Mahkamah.
Tetapi di Perak, Mahkamah lebih tinggi dari DUN, sedangkan DUN menggubal undang2 utk dilaksanakan oleh mahkamah.
2) Speaker adalah jawatan paling tinggi dlm DUN. Setiausaha DUN perlu patuhi arahan Speaker.
Tetapi di Perak, Setiausaha DUN lebih tinggi dari Speaker. Setiausaha boleh kunci Dewan Undangan Negeri. Speaker terpaksa bersidang bawah pokok!.
Post a Comment